Sunday, December 29, 2013

UNIK! Keindahan Tasik Diatas Tasik!


Info Unik Dunia. Dibahagian barat laut pulau Vagar, Kepulauan Faroe, terdapat sebuah jajaran tasik unik bertingkat yang terbentuk secara semula jadi.

Vagar, Faroe Islands

Jika dilihat sekali imbas, tasik yang dikenali sebagai Leitisvatn itu kelihatan seperti sebuah tasik di atas tasik persis pemandangan indah yang wujud di dalam cerita dongeng.

Pulau Vagar, yang terletak di dalam wilayah jajahan Denmark sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan terkemuka di negara itu.

Di kota Vagar, industri pelancongan merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi tempatan. Keindahan alam semula jadi dan landskap geografinya sentiasa menggamit pelancong dari seluruh dunia untuk hadir ke sini.

Vagar City, Faroe Islands

Dan salah satu 'hot spot' yang sering menjadi perhatian ialah keunikan tasik di atas tasik.

Tasik ini begitu unik kerana ia mempunyai dua bahagian yang kelihatan seperti bertingkat - satu tasik dibahagian atas dan satu lagi dibahagian bawah. Kedua-dua bahagian itu dipisahkan oleh bukit batu semula jadi yang membuatkan ia tampak terpisah menjadi dua lapisan dengan tahap ketinggian yang berbeza.

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar ilusi optik semata-mata. Tasik yang berkeluasan 3.4 kilometer persegi itu sebenarnya mempunyai tahap ketinggian yang sama.

Namun, kewujudan bukit tegak berketinggian 100 meter yang memisahkan kedua-dua bahagian tasik itu membuatkan danau ini kelihatan bertingkat.

Jika melihatnya daripada posisi yang lebih tinggi, ia benar-benar nampak seperti mempunyai tahap ketinggian yang berbeza iaitu seolah-olah satu tasik berada diatas tasik yang lain.

Tasik Leitisvatn ini juga dikelilingi oleh tebing-tebing batu yang berhadapan dengan lautan Atlantik Utara.

Dibahagian selatan tasik ini, tebingnya agak rendah yang mana paras air tasik berada betul-betul separas dengan tebing berkenaan. Pada kedudukan itu ia kelihatan tinggi, tetapi paras yang sebenarnya hanyalah sekitar 30 meter daripada paras Lautan Atlantik sahaja.

The Faroe Islands
Keindahan yang memukau mata.

Kewujudan pemandangan ilusi optik membuatkan tasik ini begitu istimewa dan terkenal di kalangan pelancong dari seluruh dunia. Kebanyakan pengunjung datang ke sini bukan sekadar ingin menikmati keindahan alam semula jadinya, tetapi mereka juga ingin melihat sendiri keunikan tasik Leitisvatn ini yang mempunyai dua lapisan.

Di Kepulauan Faroe, ia merupakan danau terbesar dengan keluasan yang meliputi 3.4 kilometer persegi serta mempunyai panjang yang melebihi enam kilometer. Ukuran itu menunjukkan ia tiga kali ganda lebih besar daripada saiz tasik Fjallavatn, yang terletak di pulau Vagar.

Bahagian hujung tasik ini yang terletak di sebelah utara tasik, tebingnya berketinggian 25.2 meter hingga 376 meter.

Pada bahagian ini terdapat sebuah air terjun yang dikenali sebagai Bosdalafossur, yang merupakan saluran keluar air tasik Leitisvatn ke Lautan Atlantik. Sementara di bahagian timurnya pula, ia berhadapan dengan pulau Streymoy yang dipenuhi dengan bukit berbatu.

Dikalangan penduduk tempatan, terdapat perdebatan sengit mengenai nama tasik ini. Masyarakat yang mendiami kawasan Sorvagur berbangga bahawa tasik ini dinamakan sempena kampung mereka.

Sementara penduduk di bahagian lain pula mahu menamakan tasik ini sebagai Miovagur. Disesetengah tempat lain ia turut dikenali dengan nama Vatni.

Bagi mengelakkan ia terus menjadi perdebatan dikalangan penduduk tempatan, pihak pemerintah Vagor akhirnya terpaksa campur tangan bagi menghindarkan berlakunya ketegangan kaum yang hanya berpunca akibat nama.

Akhirnya, ia dinamakan sebagai Leitisvatn, sempena nama kawasan itu yang dikenali sebagai Leiti.

Bagaimanapun, nama Leitisvatn hanya didaftarkan secara formal dan lebih dikenali dikalangan pelancong asing sahaja. Sementara penduduk tempatan pula masih menggelar tasik berkenaan mengikut nama yang dikenali sebelum ini.

Bagi masyarakat asli yang menghuni lembah Leiti, mereka menganggap kawasan tasik ini sebagai sebuah tempat suci. Bukan itu sahaja, malah sejak dari berdekad-dekad lagi penduduk sekitar turut mempercayai kandungan air yang memenuhi tasik berkenaan merupakan air terapeutik yang mempunyai khasiat tertentu.

Bermula selepas Perang Dunia Kedua berakhir, jumlah pelancong yang datang ke lokasi tersebut semakin bertambah.

Pengunjung-pengunjung bukan sekadar ingin melihat leindahan semula jadi tasik berkenaan tetapi ia juga turut menjadi lokasi memancing bagi kaki-kaki pancing di sekitar Eropah.

Saksikan keindahan gambar-gambar sekitar Tasik Vagar.

Vagar, Faroe Islands

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon