Gadis Venezuela Wanita Tercantik Di Dunia | Sentiasa Panas
Home » Ratu Cantik » Gadis Venezuela Wanita Tercantik Di Dunia

Gadis Venezuela Wanita Tercantik Di Dunia

Sebahagian besar rakyat Venezuela berdepan waktu sukar. Inflasi kini di paras tertinggi sepanjang dua dekad, gaji mengecil ekoran kemerosotan nilai mata wang manakala bekalan barangan keperluan asas seperti susu dan tisu tandas turut berkurangan.

Maria Gabriela Isler
Maria Gabriela Isler.

Namun, ketika ekonomi Venezuela diambang kegawatan, negara itu masih berupaya menghasilkan jelitawan seperti Maria Gabriela Isler yang memenangi gelaran ratu cantik Miss Universe.

Ia merupakan mahkota Miss Universe ketiga untuk negara Amerika Selatan itu dalam tempoh enam tahun.

Beberapa minit selepas kemenangan Isler dalam acara yang berlangsung di Moscow itu, Presiden Nicolas Maduro menghantar ucapan tahniah beliau di laman Twitter.

"Kecemerlangan Isler sekali gus kejayaan buat negara," katanya.

Kebanggaan tersebut turut dikongsi pihak pembangkang.

"Tidak syak lagi bahawa wanita Venezuela adalah yang paling cantik di dunia," kata seorang anggota parti pembangkang berusia 68 tahun, Marco Sando-val.

Maria Gabriela Isler
Juara Miss Universe ke 61.

Dilahirkan di bandar raya Valencia, Isler, 25, bertugas sebagai pembaca berita untuk saluran televisyen tempatan, Venevision.

Saluran tersebut memiliki hak penyiaran pertandingan ratu cantik Miss Venezuela yang merupakan acara paling popular di negara itu.

Wanita tinggi lampai berambut hitam itu mengetepi- kan finalis dari Sepanyol, Ecuador dan Filipina untuk memenangi pertandingan Miss Universe ke-61.

Venezuela memenangi lebih banyak pertandingan ratu cantik antarabangsa berbanding negara lain di dunia termasuk tujuh gelaran Miss Universe.

Ratu-ratu cantik Venezuela merupakan antara eksport terbesar negara itu seperti juga bintang besbol dan minyak. -AP

0 comments :

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN.

SEKALIPUN KOMEN ANDA TIDAK TERBALAS DISINI, INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA..

JUMLAH ARTIKEL:

BOIKOT! Senarai Barangan Yahudi!