Monday, November 18, 2013

Benarkah Filipina Di Timpa Bala Angkara Robohkan Masjid?!


Sadis dan kasihan apabila melihat bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan yang telah meragut lebih 10,000 nyawa.

Taufan Haiyan Bala Tuhan

Kini, wilayah tengah Filipina itu bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia tahun ini.

Di sebalik kejadian ini pasti ramai tidak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah menurunkan bala dengan kelajuan angin 315km sejam yang merupakan taufan terkuat sekali pernah melanda di dunia yang pernah di catatkan.

Taufan Haiyan Bala Tuhan
Taufan Haiyan Bala Tuhan
Taufan Haiyan Bala Tuhan

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.

Taufan Haiyan Bala Tuhan
Taufan Haiyan Bala Tuhan

Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut. [Sumber]


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon