Thursday, September 12, 2013

Najib Pertahan Tempoh Pinjaman Bank Dipendekkan


Datuk Seri Mohd Najib Razak mempertahankan langkah kontroversi Bank Negara Malaysia (BNM) memendekkan tempoh pinjaman, menegaskan rakyat Malaysia perlu menguruskan kewangan mengikut kemampuan.

Pinjaman peribadi

Najib (gambar) yang juga menteri kewangan, semasa berucap di Forum Alliance for Financial Inclusion (AFI) kali kelima di ibu kota, berkata misi kerajaan adalah bagi memastikan kefahaman kepada rakyat dalam melibatkan pengurusan kewangan.

(Baca: Panas! Tempoh Bayaran Pinjaman Peribadi Dihadkan Kepada 10 Tahun!)

"Misi kami adalah untuk melengkapkan semua rakyat Malaysia dengan kefahaman asas dalam pengurusan kewangan.

"Memberi mereka faham dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka," kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata langkah tersebut juga bagi memastikan rakyat menguruskan kewangan berdasarkan kemampuan mereka dan tidak berlebihan.

"Hal ini kerana sesetengah orang hidup lebih daripada kemampuan mereka," kata Najib lagi.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon