Saturday, August 03, 2013

Meja Unik Untuk Menghalang Pelanggan Kafeteria Bersembang!


Info Unik Dunia. Akur dengan permintaan para pelajar mereka yang tidak mahu berbual atau sembang kosong semasa makan tengahari , universiti di Kyoto dan Kobe, Jepun menggantikan meja biasa di kafeteria mereka dengan sejenis meja dengan penghadang setinggi 50 cm di tengah-tengah meja.


Dalam kebanyakan budaya, pergi makan tengahari dengan rakan sekelas, sepejabat adalah satu cara untuk melepaskan tekanan dan berehat.

Bagi pelajar di universiti-universiti ini, ia adalah satu perkata yang perlu dihindari bagi mengelakkan mereka membuang masa.

Mereka biasanya sangat sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk berbual kosong. Jadi untuk mengelakkan perkara begitu, mereka sendiri memohon pihak universiti melakukan sesuatu.

Bagi menyelesaikan masalah itu, pihak universiti menggantikan meja dan kerusi biasa dengan kerusi meja dipanggil 'bocchi seki' atau 'Kerusi Keseorangan'.

Menurut laporan akhbar Jepun, Asahi kerusi seperti itu kini popular dalam kalangan pelajar di Jepun kerana mereka boleh makan dengan tenang sebelum pergi menghadiri kelas kemudiannya.

Menurut seorang pelajar berusia 22 tahun, apabila sedang mengejar masa kerusi sebegitu banyak membantunya menjimatkan masa.

Bagaimanapun, meja makan seumpama itu hanya memastikan pelajar selamat dari berbual dengan orang di hadapan mereka tetapi tidak di sebelah mereka.-Odditycentral

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon