Friday, July 19, 2013

Pelik! Wanita Makan Batu Apabila Menghadapi Masalah


Info Pelik. Kira-kira 20 tahun lalu, seorang wanita yang bernama Teresa Widener yang berasal dari Bedford, Virginia, Amerika Syarikat sering mengalami masalah kemurungan. Pada waktu itu, boleh dikatakan setiap hari dia berdepan dengan situasi sedih.


Ekoran keadaan itu, wanita tersebut menjadi tidak keruan serta buntu memikirkan permasalahan yang dihadapinya. Disebabkan itu, dia cuba meluahkan rasa tekanan yang dialaminya itu dengan...

Cuba anda teka, apakah tindakan yang diambil oleh Widener untuk menghilangkan rasa stresnya itu.

Agaknya pasti ramai yang mengandaikan wanita berkenaan akan mengambil jalan mudah seperti menelan pil penenang atau lebih teruk lagi kemungkinan membunuh diri.

Kedua-dua andaian tersebut semuanya salah! Pasti ramai yang tidak percaya bahawa wanita berkenaan sebenarnya memilih untuk meluahkan rasa tertekan dengan memakan batu.

Menariknya, semakin banyak masalah yang dihadapinya maka jumlah batu yang akan dimakannya akan bertambah.

Percaya atau tidak, Widener boleh memakan batu sebanyak 1.3 kilogram dalam tempoh seminggu.

Menurut wanita itu, setiap kali menghadapi masalah atau stres dia akan keluar berjalan-jalan sambil mengutip objek tersebut.

Pun begitu, tidak semua batu dimakan sebaliknya dia memilih batu-batu tertentu yang lebih lembut dan rapuh.

Kebiasaannya, Widener akan menyimpan batu-batu yang dikutipnya di dalam sebuah almari khas di rumahnya.


Setiap kali menjamah hidangan itu, wanita berkenaan akan memastikan batu yang dikutipnya akan dipecahkan terlebih dahulu menjadi ketulan-ketulan kecil. Biasanya, alatan yang digunakan adalah tukul besi.

Selepas itu, Widener akan mengunyah secara perlahan-lahan dengan menggunakan gigi rahang pada bahagian sebelah kiri.

Menurutnya, dia berasa lebih relaks dan tahap tekanan yang dihadapinya mula berkurangan sewaktu menikmati makanan tersebut.

Selain rasanya yang enak, dia juga tertarik dengan bau aroma tanah yang terdapat pada batu yang dimakannya.


Soalnya, sejauh manakah 'hidangan' ini yang didakwa mampu mengurangkan stres? Bagaimana pula tahap kesihatan seseorang yang menikmati makanan ini? Adakah wujud kesan sampingan jika ia diambil dalam tempoh masa yang lama?

Mengulas mengenai perkara itu, dakwa Widener, dia bukan sahaja menjadi lebih tenang malah turut membantu mengatasi masalah kekurangan zat besi akibat penyakit anemia yang dihidapinya.

Dia juga memberitahu, setakat ini dia belum pernah menghidapi sebarang masalah serius ekoran tabiat pemakanan peliknya itu, apatah lagi tahap kesihatannya sama seperti manusia normal lain. Dia tidak menafikan pernah mengalami sakit perut tetapi ia jarang berlaku.

Kini, tabiat pelik Widener yang suka memakan batu sejak bertahun lamanya mula berubah. Sejak melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu, Jim Widener, wanita tersebut dipercayai telah berhenti daripada menikmati 'makanan' tersebut.


Keputusan itu, katanya, turut mendapat sokongan daripada suaminya yang banyak membantu dirinya daripada menghilangkan ketagihan yang menjadikan batu sebagai makanan.

Widener sebenarnya menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai Pica. Ia selalunya terjadi pada seseorang individu yang menghadapi masalah gangguan pemakanan atau dikenali sebagai 'eating disorder.'

Pica merupakan gangguan pemakanan yang melibatkan pengambilan sesuatu yang bukan makanan (non-nutritive substances).

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon