Monday, July 22, 2013

Alvin-Vivian Adalah Contoh Pelajar Cemerlang Yang Tidak Berakal


Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi dakwaan mahkamah kerana menghina agama Islam melalui laman sosial baru-baru ini dianggap sebagai pemusnah kepada keharmonian masyarakat.


Pengerusi Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak (YPKBTR), Datuk Chew Yin Keen berkata, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, adalah contoh golongan pelajar cemerlang yang tidak bermoral.

“Pelajar cemerlang yang tidak bermoral seperti Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tidak bermakna dan perbuatan mereka adalah pemusnah kepada masyarakat harmoni.

“Pelajaran cemerlang sahaja tidak mencukupi kerana ia juga harus mempunyai nilai-nilai murni yang baik,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan YPKBTR memberi penghargaan kepada pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 baru-baru ini.

Menurutnya, seramai 112 pelajar menerima anugerah masing-masing dan hadiah bernilai lebih RM16,000.

Justeru beliau berharap anugerah itu dapat memberi dorongan kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan seterusnya mempunyai masa depan yang cerah.

“Ini bukan sahaja tidak menghampakan harapan ibu bapa malah memberi manfaat kepada masyarakat dan juga negara,” katanya.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon