Pembelian Sistem Pertahanan Negara Tidak Semudah Yang Di Sangka | Sentiasa Panas
Home » Ketenteraan » Pembelian Sistem Pertahanan Negara Tidak Semudah Yang Di Sangka

Pembelian Sistem Pertahanan Negara Tidak Semudah Yang Di Sangka

Anda pernah kena tipu atau cuba di tipu oleh tauke bengkel kereta anda? Sebagai pengguna masalah kena tipu dan cuba ditipu ini adalah perkara biasa.


Kalau kena tipu, janganlah anda bersedih dan beranggapan bahawa diri anda itu bodoh kerana anda kena tipu pasal kerajaan Malaysia sendiri pun pernah kena tipu dan cuba ditipu.

Kita ini negara pengguna, penjualan dan pembelian senjata adalah satu bentuk perniagaan dan ini melibatkan untung serta rugi.

Misalnya, pembelian helikopter Eurocopter EC725, seperti mana anda membeli kereta, kerajaan Malaysia terpaksa membayar sejumlah amaun wang sebagai downpayent dan ia disalurkan kepada syarikat Eurocopter melalui pemindahan wang secara “electronics transfer”.

Wang downpayment tersebut dalam kes helikopter ini saya difahamkan sudah pun didepositkan kepada akaun syarikat Eurocopter pada pertengahan tahun lepas.

Sebenarnya sama sahaja walaupun tidak 100 peratus serupa, konsep pembelian sistem senjata ini dengan pembelian barangan umum yang lain.

Ada juga syarikat senjata yang tidak jujur dan cuba menipu pelanggannya seperti negara pembeli, Malaysia.

Misalnya, dalam kes pembelian meriam jarak jauh 155mm dari sebuah syarikat pembekal senjata yang beribupejabat di benua Afrika.

Syarikat ini tergamak menghantar laras meriam 155mm yang sudah dipakai, dia ingatkan orang Melayu yang jadi jurutera dalam tentera darat ini bodoh agaknya.

Orang Melayu, Iban, Cina atau India yang dok jadi pegawai dalam Kor Jurutera Lektrik dan Jentera DiRaja (KJLJD) bukan calang-calang, mereka ini adalah specialist malah lebih hebat dari jurutera tentera dari negara maju seperti Amerika Syarikat.

Untuk memeriksa sebuah meriam, KJLJD hanya menggunakan seorang sahaja pegawai untuk memeriksa satu-satu sistem meriam atau senjata tetapi mampu menghasilkan satu laporan lengkap yang merangkumi keupayaan laras meriam, sistem breech, peluru mahupun tayar sistem itu.

Amerika Syarikat (AS) misalnya memerlukan empat atau lebih jurutera untuk memeriksa sistem meriam yang sama dan pegawai ini terdiri dari jurutera yang pakar bab laras, seorang lagi pakar dalam sistem breech, pakar dalam hal peluru meriam dan juga seorang yang pakar pasal sistem pemanduan dan kesemua mereka menghasilkan laporan yang sama lengkapnya dengan seorang jurutera tentera Malaysia.

Ok berbalik pasal isu tipu laras meriam oleh syarikat dari Afrika tadi, jurutera kita berjayalah menyelamatkan jutaan dollar duit kerajaan Malaysia apabila berjaya mengesan bahawa laras meriam 155mm tadi bukanlah “DARA”, sebaliknya sudah jadi barang terpakai.

Jurutera kita ini menyiapkan laporannya dan menegaskan kepada panglima, “Tuan, tidak boleh jadi, ini barang terpakai, ada kesan geseran dalam barrel (laras)”.

Panglima kita menganggukkan kepala dan menegaskan kepada pakar-pakar mat salleh yang konon-kononnya pandai ini bahawa pihak tentera dan kerajaan Malaysia menolak perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini dan menegaskan sebagai pengguna, tentera darat mahukan laras yang baru. Hah Padan Muka…

Yalah, siapa nak pakai laras meriam yang sudah terpakai kerana laras meriam atau barrel ini mempunyai jangka hayat masing-masing dan jangka hayat ini ditentukan melalui berapa banyak tembakan yang sudah dilepaskan dari laras itu.

Kita andaikan laras meriam G5 mempunyai jangka hayat sebanyak 10,000 pusingan atau rounds tetapi kalau 1,000 sudah dilepaskan dan kemudian dihantar kepada kita sebagai produk baru, kita sudah pun rugi 1,000 tembakan dan tinggal 9,000 lagi tembakan sebelum laras meriam itu ditukar atau diservis semula.

Bercerita bab kena tipu ini, kerajaan Malaysia sendiri sudah beberapa kali memperolehi pembelian yang tidak berbaloi atau tidak memuaskan hati.

Kerana itu sejak tahun 1988, saya lihat dalam ucapan-ucapan menteri dan panglima, sangat-sangat ditekankan mengenai “Transfer of Technology” yang benar-benar “IKHLAS” dari negara maju kepada negara pengguna yang sedang membangun macam Malaysia.

Transfer of Technology atau TOT ini merupakan satu program pemindahan teknologi dari syarikat pembekal senjata kepada pelangganya iaitu Malaysia dan dalam program ToT ini,sudah tentulah teknologi ini akan dipindahkan kepada syarikat tempatan Malaysia.

Malangnya, usaha baik kerajaan ini tidak dilaksanakan secara jujur oleh syarikat pembekal senjata.

Saya masih ingat lagi dalam pembelian senjata yang bernilai berbilion-bilion USD dari United Kingdom (UK) yang melibatkan pembelian pelbagai sistem senjata termasuk peluru berpandu, pesawat dan kapal perang, Tot yang diberikan adalah teknologi membina pylon pesawat.

Itu sahaja yang diajar…memang tidak berbaloi sungguh. Umpama beginilah, Malaysia membeli jutaan dollar kereta dari US, tetapi syarikat kereta dari US ini hanya mengajar Proton, teknik untuk membina cermin sahaja sedangkan teknologi lain seperti pembinaan enjin kereta tidak diajar.

Sedih juga saya melihat program ToT ini gagal walaupun saya tidak memiliki data yang benar-benar tepat dan saya andaikan perkara ini terjadi kerana Malaysia masih tidak mempunyai pengalaman dan negara kita baru sahaja hendak membangunkan sistem peperangan konvensionalnya selepas berpuluh tahun terperangkap dalam kemelut darurat dengan komunis.

Sebagai negara pengguna yang memiliki status sebagai negara Islam, Malaysia, tidak dapat lari dari dianak tirikan oleh negara yang membekalkan sistem senjata.

Pada akhir tahun 80an dahulu, Malaysia yang berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebenarnya sangat-sangat berminat dengan jet pejuang F-16.

Masa itu saya masih bersekolah dan cerita tentang pengganti jet F-5E dan A4 Skyhawk Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) ketika itu benar-benar hangat malah UK siap menghantar skuadrom pejuang/penyerang Panavia Tornado untuk diuji oleh juruterbang TUDM di Malaysia.

Masa itu, ramailah yang menyangka Malaysia akan memilih Panavia Tornado.

Kerajaan Malaysia akhirnya melalui persetujuan Mahathir memilih untuk menggunakan pesawat Mig-29 dan F-18 Hornet.

Hasrat murni Malaysia untuk membeli F-16 Fighting Falcon dari AS terpaksa dibatalkan kerana AS mahu menjual jet F-16 yang sudah didowngrade dan tidak setanding dengan pesawat F-16 yang dijual kepada Singapura.

Kerana AS ini merupakan sekutu dagangan Malaysia yang sangat besar (AS banyak beli produk Malaysia), kerajaan belilah juga F-18 Hornet tetapi itu pun kena main juga kerana source code pesawat tidak diberi dan Kongres AS hanya membenarkan penjualan F-18D sahaja tetapi menghalang sistem peluru berpandu beyond visual range (BVR) atau AMRAAM dijual ke Malaysia. Hampehhhh…

Sekarang heboh dalam internet dan forum pertahanan mengenai sistem senjata dari China yang kelihatan sangat menarik dan konon-kononnya murah.

Maka ramailah peminat pertahanan ini (sebenarnya bukan peminat pertahanan sejati pun) yang mempertikaikan mengapa kerajaan tidak membeli sistem dari China yang murah ini.

Baiklah umpama kita hendak membeli kereta, siapa yang berani mentaruhkan puluhan ribu wang anda untuk membeli kereta dari China semasa kereta China mula-mula diperkenalkan ke tanahair pada awal tahun 2000 dahulu.

Anda akan bertanya pada kawan anda atau pada masa sekarang ini akan melawat laman internet untuk mengetahui sama ada produk kereta dari China ini benar-benar berbaloi atau tidak.

Begitu juga dengan pihak kerajaan Malaysia dan penggunanya iaitu TUDM atau TLDM.

Maklumat mengenai sesuatu produk pertahanan ini kadang-kadang dikongsi dengan negara-negara sahabat.

Thailand misalnya sudah lama menggunakan produk pertahanan dari China dan antara produk terawal ialah kapal perang buatan China dari kelas Jianghu.

Kapal-kapal tersebut dilaporkan mempunyai pelbagai masalah kualiti dan sistem komputernya juga tidak boleh dipercayai.

Antaranya masalah paling kecil ialah apabila skrin komputer (deria persenjataan dan radar) yang kadang-kadang menyala atau tidak, Aduhhh…masalah itu, bayangkan hal ini terjadi kalau dalam situasi peperangan.

Maklumat seperti inilah yang dikongsi di antara negara sahabat dan tidak semestinya apabila kerajaan berminat dengan sesuatu sistem senjata, tentera laut atau TUDM perlu membuat ujian atau dalam bahasa umumnya “test drive” dan inilah yang selalu dipolitikkan pembangkang apabila mereka mengeluarkan tuduhan bahawa TUDM tidak buat ujian dahulu terhadap helikopter EC725.

Maaf, saya bukanlah mahu merendahkan keupayaan sistem pertahanan China, saya yakin produk pertahanan negara tersebut sudah jauh berubah cuma buat masa sekarang, Malaysia lebih berminat untuk membeli sistem persenjataan berteknologi rendah dari China.

Kadang-kadang maklumat diperolehi bukan melalui pertukaran informasi, ia dibuat melalui sistem risikan dan bagaimana risikan ini dijalankan, saya tidaklah tahu.

Umpama, semasa Malaysia mahu memilih negara India untuk dijadikan rakan kongsi dalam latihan dan baik pulih pesawat Mig dan Sukhoi.

Malaysia terlebih dahulu mendapatkan maklumat mengenai perjalanan bidang aeroangkasa India sebelum kita tahupun mengenai krisis spare part MIG India ini dihebohkan melalui media.

Masalah kegagalan pembekalan alat ganti MIG oleh Russia kepada India beberapa tahun lepas dijadikan sandaran kepada minat Malaysia untuk meneruskan kerjasama Malaysia dengan India serta Russia.

Apabila masalah itu berjaya diatasi, pemimpin Malaysia memberikan lampu hijau untuk projek itu diteruskan dan hari ini India menjadi rakan kongsi utama Malaysia dalam hal-hal yang berkaitan dengan Sukhoi dan MIG.

Untuk pemahaman lanjut, anda boleh membaca artikel mengenai peranan broker senjata dalam pembelian produk ketenteraan negara.

[Sumber]

0 comments :

Apa komen anda?

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

JUMLAH ARTIKEL: