Tuesday, May 07, 2013

Tsunami Kaum Cina Atau Semua Kaum Di Malaysia?


Keputusan pilihan raya umum ke 13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen dan 274 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara lebih mirip kepada “tsunami Malaysia” berbanding “tsunami Cina”, kata bekas Ketua Pengarang Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.


Dalam sidang akhbar awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan BN akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” soal Kadir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.

“Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu,” tambah beliau lagi.

Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Selain itu, PR turut gagal untuk merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008 akan tetapi kembali dikuasai oleh BN selepas tiga ADUN PR membelot.

“Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat,” tulis beliau lagi.

“Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerusi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.”

[Sumber]

3 comments

  1. Benar kata Tun Mahathir. Sekaramg siapa yang racist?

    ReplyDelete
  2. Sentimen perkauman terang2 diwujudkan oleh bn..x nak jd mcm singapura katanya..parti politik mana yg lepaskan singapura dulu? pas ke,,pkr ke?? sendiri ingat balik..nk kuasa punya psl sanggup melagakan kaum melayu dgn cina. sama mcm bapak dia jgak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno lah yg melepaskan singapore sehingga lee kuan wey nangis dan tergamam
      Mahathir dari umno dalang cetus perkauman masa 13 mei
      umno selamanya takkan mengaku salah akan kesilapannya berdekad dekad
      kenapa najib mahu perdamaian nasional apakah selama ini pru di malaysia ibarat perang lebih dari cuba menyuburkan demokrasi

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon