Saturday, May 04, 2013

Tahukah Anda Siapa Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim?


Siapa yang tidak mengenali anak sulung kepada ketua pembangkang ini kan. Nurul Izzah merupakan anak perempuan sulung kepada bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izza

Dilahirkan pada 19 November 1980, Nurul Izzah mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, kemudiannya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Sri Hartamas sebelum berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Assunta di Petaling Jaya.

Selepas menamatkan zaman persekolahannya, Nurul Izzah kemudiannya menyambung pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan selamat bergraduasi pada tahun 2004.

Pada 2007, dia memperoleh pula Master dalam bidang pengajian Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Nurul Izzah berkahwin dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Johor pada 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 6, dan Raja Harith, 4 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang diadakan pada Mac 2008, Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan mengalahkan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti sebanyak 2895 jumlah undian.

Menjelang 5 Mei ini, Nurul bakal ditentang oleh calon Barisan Nasional iaitu Raja Nong Chik dan calon Bebas, Rosli Baba bagi kawasan Parlimen yang sama.

Mampukah dia mengulangi kembali kejayaannya itu selepas penyebaran video skandal seks yang didakwa sebagai dirinya tersebar baru-baru ini?

Anda sendiri yang tentukan.

Jangan lupa mengundi dengan bijak!

BACA INI JUGA: Panas! Benarkah Ini Video Seks Nurul Izzah?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon