Monday, May 06, 2013

Suami Anggota Polis Kena Belasah Di Sangka Pengundi Hantu


Suami kepada seorang anggota polis wanita mendakwa dia dipukul oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali di pusat pengundian di sini.


Tajudeen N. Anver Dacha,50, seorang rakyat Malaysia berkata insiden tersebut berlaku ketika dia sedang berjalan menuju ke Dewan Serbaguna Rawang untuk membuang undi

“Saya didatangi oleh sekumpulan lelaki dan wanita yang mendakwa saya pendatang asing.

“Mereka melemparkan pelbagai tuduhan kepad saya sebelum saya disepak di bahagian belakang dan dipukul oleh salah seorang daripada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tajudeen berkata beliau berasa takut akan keselamatannya dan kecewa apabila dinafikan hak untuk mengundi sebagai rakyat Malaysia yang sah.

“Saya dilahirkan di Taiping, Perak. Mengapa ada orang mahu menghalang saya daripada mengundi.

“Ini satu bentuk diskriminasi terhadap saya hanya kerana saya orang India Muslim yang mempunyai kulit cerah,” katanya.

Tajudeen berkata dia telah membuat laporan polis di balai polis Rawang.

“Saya akan balik ke sana dan mengundi secepat mungkin sebaik sahaja saya selesai membuat laporan polis,” katanya.

-Mynewshub

2 comments

  1. Buat report la kalau memang itu betul. Bini sendiri pun polis. Tak kan satu orang polis pun tak ada di pusat mengundi tu?. Sekadar cakap tak guna. Buat laporan poilis dan bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Setakat heboh sana sini dalam blog..buang masa saja. Paling baik...tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja kalau mau lebih telus. Ada berani ka???.

    Aku yakin lepas siasat..akan senyap macam tu jer. He he

    ReplyDelete
  2. Sokong!

    Kes letup kat mahkamah dulu, kes jumpa bom buatan sendiri semasa BERSIH 2.0 serta kes samseng serang ceramah orang..semua senyap dan bisu macam tu jer. Ini bukti polis Malaysia tercekap didunia. Admin tentu setuju kan?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon