Monday, May 06, 2013

SPR Gagal Kekang Pengundi Hantu - Anwar


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila masih wujud pelanggaran peraturan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13, semalam.

Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu 
wawancara eksklusif di pejabatnya.

Anwar mendakwa sebanyak sembilan kes telah dilaporkan pada hari pengundian termasuk cubaan warga asing untuk mengundi, namun ia berjaya dihalang oleh pemantau setelah pergerakan mereka mencurigakan.

"Satu kes di Shah Alam apabila Muslimat Pas berjaya menghalau sekumpulan lelaki warga Bangladesh apabila mereka cuba menghampiri pusat mengundi.

"Lebih dikesalkan apabila ada satu kes di mana pihak polis mengarah pemantau pulang bagi mengaburi taktik mereka membiarkan beberapa bas membawa warga Bangladesh pusat daerah mengundi," kata beliau pada sidang media di sini lewat malam tadi.

Pada Sabtu lalu, Anwar telah memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan semasa proses pengundian.

Dalam pada itu, pihaknya sedang mengumpulkan bukti yang secukupnya sebelum mengambil tindakan selanjutnya bagi membawa mereka ke muka pengadilan.

Tambahnya, cubaan melakukan penipuan dalam pilihan raya dapat dilihat dengan jelas apabila seorang warga Bangladesh yang dipercayai pengundi hantu ditahan di Taman Segar, Cheras.

Bagaimanapun pihak polis membawanya pergi.

Anwar juga mengulangi amarannya supaya kegagalan SPR mengekang pengundi hantu perlu dipertanggugnjawabkan kerana ia melibatkan kecuaian.

"SPR gagal kerana membiarkan pendatang asing cuba mengundi. Ia perlu disiasat tanpa sebarang alasan.

"Kita ada fakta kukuh untuk membuktikannya," tegasnya.

-Sinarharian

5 comments

  1. Ini adat rakyat Malaysia bertanding lebih lagi di PRU.
    Mesti ada salah.
    Mesti ada rasuah.
    Mesti ada tak betul.
    Mesti tak cukup itu.
    Mesti dakwat tak blh fungsi.
    Mesti ada hantu.
    Mesti ada impot pengundi.
    CEC punya tukar undi lebih dari sebualan ok kan ?
    saya juga tak puas ati dap dapt 38 Parl,Menang DUN PPinag.
    Saya tak hati dengan gelang patah, sebab 50,000 orang PRC undi.
    saya tak puas ati gelang patah . ..
    saya tak puas hati lumut.

    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Takziah kepada pembangkang :)

    ReplyDelete
  3. Dengan rm 500.00 bangsa melayu boleh bertahan 5 tahun lagi.JANGAN MENGELUH kalau selepas ini BARANG NAIK dan pelbagai cukai dikenakan.TAHNIAH BANGSA MELAYU

    ReplyDelete
  4. Tahniah BN. Nak dakwat kekal dah bagi, mungkin lepas ni nak minta kira undi di pusat pembuangan undi pula ke?

    ReplyDelete
  5. Rakyat akan dpt susah..tggu dan lihat. dijangka dlm tempoh masa terdekat,hrga minyak akn naik. Nak ajar ckit pd rakyat yg dungu ni..bila harga minyak naik,sume brg keperluan dan brg2 lain akan naik harga.bila harga brg dh naik,rakyat jgak yg susah. Lps tu korang ngeluh padahal korang yg pangkah bn.!!! Apapun yg bn buat,rakyat ttp jadi mangsa..lps ni mmg susah nk ubah lg.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon