Thursday, April 18, 2013

Pusat Urut Bogel Warga China Kena Serbu


Kelekaan 11 tukang urut warga China melayan pelanggan tanpa seurat benang dikejutkan dengan serbuan anggota penguat kuasa Imigresen dalam Operasi Sayang, di Setapak, baru-baru ini.


Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, tukang urut warga asing terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan urut daripada badan ke badan dan juga seks jika dikehendaki pelanggan.

Menurutnya, beberapa anggota penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki premis berkenaan, sebelum menahan semua warga asing terbabit dalam serbuan kira-kira jam 10 malam.

"Semua tukang urut lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dipercayai melanggar syarat pas lawatan sosial, ditahan.

"Dua lelaki warga tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga premis itu juga ditahan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa pas sah,” katanya.

Beliau berkata, Operasi Sayang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama sembilan orang anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan orang awam.

"Operasi sama juga dijalankan secara berterusan bagi menangani isu sosial di kawasan ibu kota secara bersepadu.

“Kami memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan premis berkenaan jika disabitkan kesalahan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon