Wednesday, April 17, 2013

Belum Seminggu Psy Gentleman Di Tonton 100 Juta Kali


Video muzik terbaharu bintang “Gangnam Style” iaitu Psy memecah rekod di laman perkongsian video YouTube apabila melepasi jumlah 100 juta tontonan seluruh dunia.

'Gentleman'

Video yang diberi judul Gentleman itu ditunggu-tunggu selepas ia diperkenalkan pada Sabtu lalu yang mencatat hit 105.4 juta.

Rekod sebelum ini dicatatkan oleh bintang “Britain Got Talent” – Susan Boyle yang menyanyikan I Dream A Dream dalam sebuah rancangan televisyen apabila berjaya menerima 100 juta hit dalam masa seminggu pada tahun 2009.

Karya terbaharu Psy ini mendapat 20 juta hit dalam masa 24 jam pertama, memecah rekod sebelum ini yang diperoleh bintang Kanada, Justin Bieber menerusi video lagu Boyfriend yang diterbitkan pada bulan Mei 2012.

Video Psy ini menyaksikan beliau memakai cermin mata hitam dengan menari di pelbagai lokasi di Seoul, restoran, kolam renang, perpustakaan dan juga memakai pakaian-pakaian mahal.

Jalahn cerita klip video itu menampilkan seorang penyanyi berjenaka dengan wanita seperti menarik kerusi sehingga mereka jatuh dan membuka ikatan bikini wanita di kolam renang sebelum mengadakan perlawanan.

Gentlemen pada Rabu lalu menduduki tangga ke 20 lagu terbaik di kedai-kedai iTunes di beberapa negara termasuklah Perancis, Australia, Kanada dan Britain serta memasuki carta tertinggi di Finland, Sweden, Denmark dan Greece.

BACA INI JUGA: Jamsu, Trend Cantik Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon