Wednesday, March 13, 2013

Perompak Cuba Membunuh Selepas Gagal Merompak


Seorang lelaki mengacu dua pisau pada leher seorang pembantu kedai, mengancam membunuh mangsa selepas cubaannya untuk merompak gagal, semalam.

Situasi cemas ketika perompak mengancam membunuh pembantu kedai.

Drama ngeri yang berlarutan selama empat jam itu bagaimanapun berakhir dengan wanita itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas anggota keluarga perompak terbabit berjaya memujuknya supaya membebaskan mangsa.

Kejadian bermula apabila lelaki itu menyerbu kedai menjual kelengkapan dapur di Zengzhou di wilayah Henan dan mengambil dua pisau dari rak.

Dia kemudian memaut tengkuk pembantu kedai dan mengacu pisau itu pada leher mangsa.

Satu ketika darah dilihat mengalir dari pipi mangsa akibat daripada tusukan pisau itu.

Polis yang gagal memujuk lelaki itu menyerah diri, terpaksa memanggil anggota keluarganya untuk berbuat demikian.

Empat jam selepas ia bermula, lelaki itu akhirnya akur dengan pujukan keluarganya dan menyerah diri.

-Daily Mail

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon