Sunday, March 10, 2013

Benarkah Semua Orang Suluk Jahat?


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meminta semua pihak mengikis tanggapan semua orang Sulu di negara ini jahat.


Katanya, penduduk negeri ini perlu mengelak menyinggung mana-mana pihak terutama masyarakat Sulu tempatan.

Beliau berkata, bukan semua etnik Sulu yang menetap di daerah ini jahat dan hakikatnya, mereka sudah lama bergaul dengan masyarakat Bajau di sini.

Kita tidak boleh menganggap semuanya jahat. Contohnya, serangan di Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 yang melabelkan semua orang Islam jahat sedangkan itu tidak tepat.


Ini sama dengan apa yang berlaku di Kampung Simunul dan Sri Jaya ini. Bukan semua penduduk Sulu tempatan di situ jahat dan kita perlu perbetulkan tafsiran itu, katanya dalam majlis bersama belia Semporna, di sini, semalam.

Sementara itu, penduduk Kampung Simunul, Hassan Abdul Kadir, 58, berkata masyarakat Sulu tempatan tidak pernah membuat masalah.

Katanya, kebiasaannya orang luar yang kurang memahami cara hidup masyarakat majmuk di negeri ini.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon