Home » Cerita Menarik » Benarkah Paus Benediktus XVI Berundur Kerana Masuk Islam?

Benarkah Paus Benediktus XVI Berundur Kerana Masuk Islam?

Dunia tersentak, tiba-tiba Paus Benediktus XVI mengumumkan pengunduran diri daripada takhta tertinggi Katolik Rom, secara rasmi pada akhir bulan lalu (28/2/2013). Paus ke-265 ini memutuskan untuk meletakkan jawatan yang sudah dipegang sejak tahun 2005, dengan alasan uzur.


Pada usia yang mencapai 85 tahun, dia merasakan sudah tidak mampu lagi menjalankan tugas yang diberikan kepadanya. Namun, banyak pihak meragui faktor usia sebagai alasan perletakan jawatan beliau, kerana selama ini biasanya Paus baru berhenti daripada tugasnya hanya setelah meninggal dunia. Pelbagai spekulasi pun muncul sama ada daripada aspek ancaman, intimidasi, skandal, hingga bertukar agama.

Uniknya, dalam kalangan aktivis Islam beredar berita dan artikel di jejaring sosial yang menyatakan bahawa Paus mengundurkan diri kerana telah memeluk Islam di Istambul Turki, setelah membaca Injil Barnabas di sana. Berita di blog-blog pun beredar dengan tajuk yang menarik “Paus Benediktus Ke-IX Masuk Islam.” Berita yang diperkuat dengan gambar Paus sedang menunaikan solat di masjid pun beredar luas. Sehingga pada hari Jum’at ada khatib Juma’at cuba meyakinkan jemaah mengenai keislaman Paus.

Hakikat, khabar angin keislaman Paus ini tidak perlu dibesar-besarkan, apalagi untuk melupakan dosa-dosa Paus terhadap Islam. Kerana ketika menjalankan tugasnya sebagai Paus, ia sangat petah menghina Islam. Salah satu pernyataan yang menggoncang dunia adalah pidato dalam kuliah umum bertema “Korelasi Iman, Logik dan Dialog Antara Agama” di Universiti Regensburg, Jerman (12/9/2006). Paus terang-terangan menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengutip pernyataan Kaisar Byzantium Manuel II Paleologus (Kaisar Kristen Ortodoks): “Tunjukkan kepadaku apa khabar baru yang dibawa Muhammad, dan kalian akan menjumpai hal-hal yang tidak manusiawi, sebagaimana perintahnya menyebarkan dengan pedang agama yang dipeluknya.”

Diterima dengan reaksi yang luar biasa, empat hari kemudian Paus menyesal tapi masih tidak mahu meralat dan meminta maaf terhadap umat Islam. Ia hanya mengaku tidak berniat menghina Islam. Dan sehingga kini, dia tidak pernah mengakui kesalahannya apalagi meminta maaf. Sangat sedih apabila umat Islam mudah menelan berita yang tidak jelas sumbernya. Menurut pengamatan penulis, berita ini palsu (hoax) yang dibawa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pertama, cerita bahawa Paus masuk Islam setelah membaca Injil Barnabas di Turki juga sangat menggelikan hati. Kerana Injil Barnabas sudah beredar luas di seluruh dunia dan diterjemahkana ke pelbagai bahasa. Jika ingin membaca Injil Barnabas, Paus tidak perlu susah payah ke Turki, kerana Vatikan memiliki perpustakaan yang sangat lengkap. Bahkan dengan beberapa kali klik Paus boleh membaca ebook Injil Barnabas di internet.

Kedua, gambar Paus sedang solat itu tidak benar. Perhatikan gambarnya, Paus masih berkalung salib kebesarannya. Kedudukan tangannya pun bukan posisi solat, kerana dia meletakkan tangan kiri di atas tangan kanan. Wajah orang-orang di sekelilingnya pun tidak menunjukkan sedang solat berjamaah, kerana pandangannya ke mana-mana, tidak ke satu qiblat.

Ketiga, gambar yang dijadikan dalih Paus solat setelah masuk Islam di Turki itu adalah gambar Paus ketika berkunjung ke Masjid Sultan Ahmad atau Masjid Biru (Blue Mosque) Istambul didampingi Mufti Turki Syaikh Musthafa Kakaraji (Cagrici) pada 30 November 2006. Kunjungan ini diadakan sebagai usaha mengurangkan amarah umat Islam seluruh dunia berkaitan dengan pernyataan-pernyataan Paus yang menghina Islam pada bulan September sebelumnya. Dalam kunjungan tersebut, Mufti Turki menjelaskan tentang tatacara solat dalam ajaran Islam. Paus mendengar penjelasan itu sambil mendakap tangannya seperti orang sedang bersolat. Gambar Paus berdakap itu dimanfaatkan oleh kaum pembohong untuk membuat hoax bahwa Paus masuk Islam dan solat di masjid.


Menurut akhbar Asharqul Awsath, Jumaat (1/12/2006), Paus berasa kagum mendengar kapasiti masjid yang boleh menampung sehingga 8,000 jamaah, terutama ketika solat Jumaat dan Tarawih di bulan Ramadhan. “Lapan ribu orang, banyak sekali,” kata Paus. Dalam video dokumentasi CBS News bertajuk "Pope Visits Blue Mosque", nampak jelas bahawa dalam acara itu Paus hanya berdiri mendengar penjelasan mufti. Paus hanya berdakap sambil berdiri, tidak melakukan takbir, rukuk, i’tidal, sujud, iftirasi mahupun salam selayaknya orang solat.

Paus Berundur Kerana Terlibat Skandal Seks?

Teka-teki pengunduran lelaki yang sudah 8 tahun menjadi Paus itu dijawab oleh La Repubblica pada hari Khamis (14/2/2013). Akhbar harian Itali ini mengungkapkan alasan lain yang sangat kontroversi, iaitu kes skandal seks yang berlaku di gereja Katolik.

Diungkap bahawa Paus dengan nama asal Joseph Aloisius Ratzinger itu mengundurkan diri setelah pasukan penyiasat dalaman melaporkan adanya skandal di Vatikan yang disebut-sebut sebagai “VatiLeaks.” Vatileaks terungkap pada bulan Januari 2012 ketika serangkaian dokumen dalaman bocor ke media Itali. Setelah kejadian tersebut, Wartawan Itali, Gianluigi Nuzzi mendapat perhatian orang awam dengan sebuah buku berjudul “His Holiness: Pope’s Benedicts XVI’s Private Papers,” yang habis terjual dalam sehari.

Buku ini membongkar skandal di Vatikan, dengan bukti-bukti dokumen dan surat-surat rahsia dan juga berasal daripada Paus serta setiausaha peribadinya. Salah satunya menyebut bahawa orang-orang Katolik dengan mudah boleh berbicara empat mata dengan Paus Benediktus jika membayar sekitar RM39,000 ringgit kepada Bertone.

Buku ini membuat Georg Gaenswein, setiusaha peribadi Paus Benediktus, yakin Gabriele adalah pencuri dokumen rahsia itu. Sebab hanya dia dan Gabriele yang boleh masuk ke ruang peribadi Paus. Pada bulan Mei 2012, pihak berkuasa Vatikan menangkap Paolo Gabriele, pelayan Paus kerana dicurigai berada di sebalik kebocoran dokumen tersebut. Dia berhadapan kemungkinan dipenjara 18 bulan, namun kemudian dia diampuni.

Pada Jun 2012, muncul berita di media Itali yang menghubungkan Vatikan dengan ketua mafia Sicily. Laporan tersebut muncul setelah Ketua Bank Vatikan, Ettore Gotti Tedeschi dipecat di tengah tuntutan perebutan kekuasaan dan rasuah di Vatikan. Dia dituduh melakukan pengubahan wang haram (money laundering) untuk mafia.

Sejak terbongkarnya VatiLeaks tahun lalu, Paus membentuk pasukan penyiasat yang terdiri daripada tiga kardinal iaitu Kardinal Sepanyol, Julián Herranz, Kardinal Slovakia, Jozef Tomko serta Kardinal Salvatore, De Giorgi, bekas Uskup Agung Palermo. Mereka diminta menyiasat sejumlah tuduhan seperti penyelewengan kewangan, kronisme dan rasuah di Vatikan. Pada 17 Desember lalu, tiga kardinal menyerahkan dua laporan hasil penyiasata kepada Benediktus.

Hasil penyelidikan yang di dalam berkas setebal masing-masing 300 halaman itu mengungkap sejumlah anasir kejahatan di dalam Vatikan yang melanggar Sepuluh Perintah Tuhan (The Ten Commandments), terutama nombor enam mengenai perzinaan dan nombor tujuh tentang pencurian.

“Pada hari itulah, dengan berkas-berkas di mejanya, Benediktus XVI mengambil keputusan yang telah begitu lama dia renungkan,” tulis La Repubblica. Menurut sumber yang dekat dengan ketiga kardinal, pasukan penyelidik telah menemui sebuah jaringan gay bawah tanah yang anggotanya merupakan sejumlah pejabat Vatikan dan warga non-Vatikan. Kegiatan mereka berlangsung di beberapa tempat di Rom dan Vatikan. Akibatnya, para pelaku menjadi mangsa terhadap pemerasan.

Laporan ehwal jaring homoseksual dalam tubuh Tahta Suci Vatikan bukanlah yang pertama ditulis La Repubblica. Pada tahun 2010, harian ini melaporkan seorang anggota paduan suara Vatikan dipaksa meletak jawatan kerana menyewa pelacur lelaki. Beberapa bulan kemudian, sebuah majalah mingguan Itali mendakwa seorang pastor yang mengunjungi kelab gay dan berhubungan seksual dengan sesama jenis. Pada 2011 lalu, korban pelecehan seksual menuduh Paus dan beberapa pejabat Takhta Suci Vatikan lainnya telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan. Selain itu, para pemimpin gereja Katolik juga dituduh telah memelihara praktik pelecehan seksual, namun merahsiakan hal itu. Awal Februari lalu, seorang kakitangan berjawatan tinggi di Vatikan, Kardinal William Levada, terbukti terlibat dalam merahsiakan kes pelecehan seksual terhadap anak-anak.

Nampaknya, berita surat khabar tempatan Itali itu ada benarnya. Selang dua hari setelah mengumumkan pengunduran dirinya, Paus mengeluarkan komen soal maraknya kes kejahatan seksual di lingkungan Katolik. Ketika memimpin misa terakhirnya di Vatikan, Rabu (13/2/2013), Paus mendesak umat Kristian agar mengakhiri kemunafikan agama di gereja Katolik. Perletakan jawatan Paus Benediktus XVI ini mengingatkan kita dengan para paus pendahulunya yang meletakkan jawatan kerana skandal seksual. Dalam daftar Paus yang memburukkan nama gereja Katolik, tercatat nama Paus Benediktus IX dengan nama asalnya Theophylactus dari Tusculum. Dia mengundurkan diri pada usia 30 tahun. Di bawah kepemimpinannya kepausan diselimuti berbagai kes skandal gereja seperti pemerkosaan, pembunuhan, dan lain-lain.

Dalam buku Dark History of the Popes: Vice Murder and Corruption in the Vatican (Sejarah Gelap Para Paus: Kejahatan, Pembunuhan, dan Rasuah di Vatikan), halaman 9, Brenda Ralph Lewis menyebut Benediktus IX sebagai rohaniawan iblis. Beliau menerima julukan sebagai “salah satu paus abad kesebelas yang paling hebat berskandal, yang dideskripsikan sebagai seorang yang keji, curang, buruk dan digambarkan sebagai ‘iblis dari neraka yang menyamar sebagai pendeta.”

Nama lainnya yang juga meletak jawatan kerana skandal adalah Paus Gregory VI. Paus dengan nama asalnya Johannes Gratianus ini hanya memegang jawatan selama tujuh bulan kerana dipaksa meletak jawatan oleh sejumlah Uskup berikutan munculnya skandal rasuah.

Paus yang tidak kurang buruk lakunya adalah Paus Sylvester III. Paus ini paling singkat memimpin jabatan kepausan, hanya 22 hari pada 1045. Kepemimpinannya dihentikan kerana kes pelecehan dan pembunuhan. Dia diasingkan dan meninggal dunia dalam pengasingan. Dia pun termasuk dalam senarai Paus yang memburukkan nama gereja pada masanya. Banyak kekacauan timbul dengan latar belakang agama disebabkan olehnya.

Sekian.

[Sumber]

0 comments :

Terima kasih kerana sudi memberikan komen..:

HOT! Misteri MH370 Dan Teori Konspirasi

JUMLAH ARTIKEL: