Friday, January 11, 2013

Tom Cruise Enggan Menari Tarian Gangnam Style


Aktor terkenal, Tom Cruise, menolak peluang mencuba kemahirannya menari Gangnam Style semalam, walaupun dia menjadi tokoh idaman paling utama pencipta fenomena itu.


Tahun lalu, penyanyi rap Korea Selatan, PSY (yang mencipta tarian Gangnam Style) berkata, individu paling diingini untuk menari Gangnam Style ialah Cruise.

Hero filem Mission Impossible itu berada di Seoul untuk mempromosi filem terbarunya, Jack Reacher, dan sempat memuji PSY sebagai artis yang “agak sensasi.” Namun, Cruise enggan mencontohi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, dengan meniru aksi tarian Gangnam Style. Kata Cruise, PSY mampu melakukan tarian menunggang kuda itu jauh lebih baik berbanding dirinya.

“Saya gembira dengan kejayaannya dan semua orang suka,” katanya.

Jack Reacher mula ditayangkan di Korea Selatan minggu depan.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon