Tuesday, January 22, 2013

Macamana £10 Juta Boleh Lesap Dari Bank Di Jerman?


Sekumpulan perompak berjaya menggali terowong menembusi tiga pintu konkrit yang tebal di bawah tanah milik sebuah bank di Berlin dan melarikan wang tunai serta barangan berharga yang lain berharga £10 juta.


Perompak tersebut dipercayai menggali terowong di bank Volksbank itu, beberapa minggu lalu.

Mereka memulakan kerja-kerja penggalian berkenaan bermula dengan bilik berkunci yang disewa dengan menggunakan nama palsu.

Kerja jenayah itu dilakukan secara profesional dan mereka kemudiannya membakar terowong itu bagi menghapuskan semua bukti termasuk cap jari dan peralatan yang digunakan untuk memecah masuk.

Terowong itu digali setinggi 4.5 kaki dan 3 kaki lebar serta disokong dengan banyak kepingan kayu bagi mengelakkan ia runtuh.

Ia digali dengan menggunakan gerudi yang senyap, hinggakan tiada siapa pung menyedari mengenainya.

Dianggarkan 100 peti deposit mengandungi barangan kemas dan wang tunai dipecahkan dalam kejadian berkenaan.

Setakat ini polis tidak dapat memastikan berapa ramai yang terlibat dengan rompakan itu namun pihak berkuasa percaya perompak profesional telah diupah untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon