Wednesday, January 23, 2013

Gangnam Style Jana USD8 Juta Melalui Google Adsense


Google hari ini mengumumkan laman YouTube yang memaparkan video “Gangnam Style” nyanyian penyanyi rap Korea Selatan, Psy meraih lebih AS$8 juta menerusi pendapatan iklan.

Gangnam Style

Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan.

Pendapatan iklan dari video popular YouTube dikongsi bersama dengan pencipta kandungan video berkenaan.

Pada Disember, “Gangnam Style” menjadi video pertama yang mencecah satu bilion penonton di YouTube, meanadakan satu peristiwa bersejarah dalam dunia alam maya.

Berdasarkan rekod, video itu ditonton lebih 1.23 bilion penonton sejak ia dimuat naik pada Julai tahun lalu.

BACA INI JUGA: 'Gentleman' Single Terbaru Psy

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon