Tuesday, December 25, 2012

Unik! Kampung Yang Memiliki Seratus Kembar Seiras


Info Unik Dunia. Kampung Kodinhi di daerah Malappuram, Kerala, India juga dikenali sebagai ‘wonderland of twins’. Malahan, guru sekolah yang bertugas disana mendapat tugas tambahan untuk menghafal muridnya satu per satu.


Pasang kembar ini semuanya kembar seiras. Guru mereka sering tersilap ketika menyebut nama mereka, apalagi setiap pasang kembar hanya dibezakan dengan belahan rambut.

Salah satu pasangan kembar mengatakan, tanda lahir di leher merupakan salah satu pembeza mereka. Selebihnya mereka hampir sama.

Penduduk kampung Kodinhi yang majoritinya muslim juga mengatakan, kewujudan anak kembar di kampung itu bukan perkara yang aneh.

Mereka menganggapnya sebagai kurniaan  istimewa yang dianugerahkan Allah.

Kebanyakan anak kembar juga dilahirkan di hospital yang sama. Menurut gynaecologist hospital tempatan, selama 10 tahun dia bekerja, dia telah merekodkan antara 100 hingga 150 pasangan kembar. Lima atau enam di antaranya kembar tiga.

Kewujudan kembar-kembar yang terlalu ramai ini tentunya meninggalkan misteri yang menarik untuk dikaji dengan lebih lanjut.

BACA INI JUGA: Unik! Taman Bunga Khas Untuk Mereka Yang Ingin Mencari Jodoh

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon