Sunday, December 02, 2012

Pelik! Almari Khas Untuk Seterika Pakaian


Steamrail merupakan produk buatan sebuah syarikat perusahaan barangan elektronik, DisplaySense yang terletak di Amerika Syarikat.

Steamrail by DisplaySense

DisplaySense merupakan sebuah syarikat yang menjual barangan melalui sistem dalam talian. Menurut jurucakap DisplaySense, Jim Moody, produk sebegini adalah yang pertama kalinya dicipta di dunia.

Almari steamrail didatangkan sekali bersama-sama beberapa komponen yang terdiri daripada alat stim yang menggunakan teknologi wap, tiub dan juga kabinet.

Penggunaan almari ini juga mudah. Langkah pertama, alat stim harus diisi air dan dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian alat stim tersebut akan menukarkan air menjadi wap apabila air dipanaskan ke takat didih.

Wap yang terhasil itu seterusnya disalurkan ke dalam almari menggunakan tiub yang dibekalkan.

Keadaan panas dan lembap yang saling berganti di dalam almari akan menyebabkan fabrik menjadi lembut seterusnya menjadikan pakaian itu licin dan tidak berkedut.

Menurut Moody lagi, ciptaan ini mengambil masa beberapa tahun bagi proses penyelidikan dan pembangunan.

Apa yang menariknya, penggunaan steamrail boleh dilakukan secara efisien. Ini kerana, komponen-komponennya mudah disimpan.

Kabinet tersebut boleh dilipat dan disimpan di bawah katil dan sebagainya.

Penciptaan steamrail dari Displaysense ini merupakan salah satu teknologi yang bersifat inovatif bagi menangani masalah kedutan pada pakaian.

BACA INI JUGA: Giler! Pertandingan Seterika Baju Tahap Extreme

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. masih wujud ke alat ni, dan mana nak dapatkan maklumat lanjut

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon