Tuesday, November 27, 2012

Pelik! Kajian Menunjukkan Ikan Juga Mabuk Laut


Dalam satu kajian, 49 ekor ikan diletakkan dalam akuarium mini dan kemudian dihantar dengan pesawat (simulasi) ke angkasa. Pesawat itu mewujudkan simulasi kepada keadaan hilang graviti yang akan dialami angkasawan bila berada di angakasa.

Ikan
Gambar hiasan.

Hasilnya, lapan ekor daripada ikan-ikan berkenaan mulai berputar tanpa orientasi yang jelas.

Mereka berenang membentuk lingkaran. “Mereka telah kehilangan keseimbangan, berperilaku seperti manusia yang mengalami mabuk laut,” ujar Hilbig.

“Ikan-ikan itu kehilangan orientasi, mereka benar-benar bingung dan kelihatan seolah-olah hendak muntah,” tambahnya.

Di alam liar, ikan ‘mabuk laut’ seperti itu boleh menjadi mangsa ikan lain kerana mereka tak mampu menyelamatkan diri dari bahaya, katanya.

Kelapan-lapan ikan ‘mabuk laut’ itu pun kemudian dipisahkan dan diperiksa otaknya untuk melihat penyebab kepada ’sakit’ mereka.

“Ikan-ikan ini kehilangan kawalan dengan pergerakan air dan getaran yang berlaku berperanan besar dalam menentukan diorientasi mereka.” ujarnya.

BACA INI JUGA: Ikan Keli Makanan Paling Kotor Di Dunia? Ini Jawapan Dari Jabatan Perikanan Malaysia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon