Tuesday, November 13, 2012

Pelajar Wanita 18 Tahun Urus Sindiket Pelacuran


Dia hanya seorang pelajar berusia 18 tahun ketika mula-mula membantu teman lelakinya menguruskan agensi pengiring sosial Discreet Passion bagi melindungi aktiviti pelacuran mereka.

Gambar hiasan

Kedua-duanya ditahan setahun selepas itu pada 2011.

Mabel Wong Liya, kini berusia 20 tahun dan menganggur, didakwa membekalkan wanita untuk pelacuran, mendapatkan pendapatan melalui kerja tidak bermoral.

Mabel dijatuhkan hukuman satu setengah tahun tempoh percubaan dan diarahkan melakukan 100 jam khidmat masyarakat, semalam.

Bulan lalu, teman lelakinya Andy Chang Shi Chang, 29, dihukum penjara lapan bulan atas dakwaan yang sama.

Dokumen mahkamah menyebut rangkaian jenayah Internet mereka menawarkan khidmat sembilan wanita Singapura berusia antara 20 dan 45 tahun.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon