Sunday, November 18, 2012

Lombong Berlian di Rusia Mampu Bekal Pasaran Selama 3000 Tahun!


Rusia yang sebelum ini terkenal dengan imej kebuluran dan masalah penduduk yang tiada tempat tinggal walaupun mempunyai tahap ekonomi yang tinggi telah mendedahkan bahawa selama ini mereka telah tinggal di atas "lubuk yang mempunyai berbilion-bilion karat berlian" yang terletak di bawah sebuah kawah asteroid berdiameter 63 batu yang berusia 35 juta tahun di timur Siberia dikenali sebagai Popigai Astroblem.

Russian Popigai Astroblem

Pihak Rusia mula mendapat tahu rahsia mengenai rahsia berkenaan semenjak tahun 1970-an dan mula berkira-kira untuk memulakan perlombongan di lokasi berkenaan bagi membekalkan pasaran berlian ke seluruh dunia untuk tempoh 3,000 tahun akan datang.

"Kawasan sumber berlian super-keras yang ditemui dalam struktur batuan di Popigai mempunyai bekalan berlian 10 kali ganda lebih besar berbanding rizab berlian yang ada di seluruh dunia," ujar Pengarah Institut Geologi dan Mineralogi Akademi Sains Rusia, Nikolai Pokhilenko semasa di temuramah agensi berita ITAR-TASS.

Tetapi, itu tidak bermaksud berlian di kawasan berkenaan akan diproses dan dijual sebagai sebentuk cincin pertunangan di seluruh dunia semata-mata.

Berlian di kawasan tersebut merupakan berlian yang super-keras, bermakna bahan galian tersebut mempunyai ketahanan yang 2 kali ganda lebih kuat daripada permata biasa dan mempunyai struktur berlian yang berbeza.

Menurutnya lagi, berlian seumpama ini hanya sesuai diproses dan digunakan untuk tujuan saintifik dan perindustrian.

Menurut CSM, pihak Rusia akan menjadi pemilik dan pemonopoli untuk kawasan rizab berkenaan.

Lombong Berlian Terbesar di Rusia

Mir Mine

Mir Mine atau Mirny Mine adalah lombong berlian berupa lubang besar terbuka yang terletak di Mirny, Siberia Timur, Rusia.

Lombong ini mempunyai kedalaman 525 meter dan berdiameter 1,200 meter. Lombong ini menjadi lombong terbesar kedua di dunia selepas Bingham Canyon Mine.

Ruang udara diatas lombong ini ditutup bagi helikopter kerana beberapa kemalangan yang berlaku di mana mereka disedut kedalam akibat udara yang mengalir ke bawah lubang.

Lombong ini ditemui pada 13 Jun, 1955 oleh ahli geologi Soviet, Yuri Khabardin, Ekaterina Elagina dan Viktor Avdeenko dalam Ekspedisi Amakinsky di Yakut ASSR.

Mereka mencari jejak batu volkanik kimberlite yang biasanya dihubungkan dengan berlian. Atas penemuan ini, pada tahun 1957 Khabardin dianugerahi Lenin Prize.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon