Wednesday, November 21, 2012

Guru Karate Parah Ditikam Empat Penyamun


Seorang pembantu jurulatih karate cedera parah ditikam di belakang badan ketika cuba melawan empat penyamun bersenjatakan pisau dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Permai Jaya, Mantin, malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Tam Yam Choy berusia 55 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) disebabkan luka tikaman dalam dan hampir mengenai paru-paru.

Menurutnya, pergelutan itu dikatakan berlaku selepas suspek meluru masuk ke kawasan rumah yang turut disaksikan isteri mangsa.

“Mangsa dan isterinya ketika itu berada di hadapan rumah sebelum didatangi empat suspek menaiki dua motosikal. Menyedari suspek cuba menyamun, mangsa bertindak melawan dan ketika pergelutan, seorang daripada suspek itu menikam belakang badan mangsa dengan sebilah pisau menyebabkan dia rebah.

“Suspek kemudian menyamun wang tunai RM200 dan sebuah telefon bimbit milik isteri mangsa sebelum melarikan diri. Isteri mangsa yang tergamam dengan kejadian itu meminta pertolongan jiran sebelum menghubungi polis,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon