Wednesday, November 28, 2012

Gambar Suspek Nodai Tukang Urut Wanita Vietnam


Polis hari ini mengedarkan gambar suspek bagi membantu siasatan berhubung kes menetak seorang pekerja lelaki sebuah premis urut dan merogol dua pekerja wanita warga Vietnam di premis yang sama di Setapak baru-baru ini.


Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan samun dengan mendatangkan cedera.

Pihak Polis telah sedang mengesan individu seperti dalam gambar yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Orang ramai bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pekerja lelaki menerima 120 jahitan selepas telinga kirinya hampir putus ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang yang turut merogol dua pekerja wanita warga Vietnam di premis itu selain melarikan wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM2,000, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, dua pekerja lelaki di kaunter tiba-tiba muncul tiga lelaki menyerang mereka dengan parang.

Menurut sumber, lelaki itu menetak telinga kiri seorang daripada mangsa, manakala seorang lagi mangsa turut ditetak di tangan.

“Mangsa kemudian melarikan diri dari premis itu. Lelaki terbabit kemudian pergi ke belakang premis yang menempatkan dua pekerja wanita warga Vietnam sebelum merogol mereka.

“Selepas setengah jam di premis itu, lelaki berkenaan turut mengambil wang tunai, dua telefon bimbit dan jam tangan milik wanita berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

“Sumber berkata, mangsa kemudian menghubungi majikannya memaklumkan kejadian itu yang terus bergegas ke tempat kejadian dan membawa pekerjanya yang tercedera ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon