Sunday, November 11, 2012

Ada Pelajar IPT Jadi Gigolo


Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikesan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral sebagai lelaki simpanan dan pengiring sosial hingga dijangkiti penyakit Aids bukan saja membabitkan mereka di peringkat diploma dan ijazah, malah doktor falsafah (PhD).

Gambar hiasan

Pengasas dan Pengarah Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah, Muhammad Abdullah berkata, pihaknya menerima beberapa kes membabitkan pelajar IPT daripada pelbagai peringkat yang menghidap Aids selepas terbabit dalam kegiatan itu.

“Ini sebenarnya satu contoh yang saya kira sebagai balasan Allah apabila seseorang cuba mencari kesenangan dengan cara mudah, seterusnya melanggar hukum Allah.

“Walaupun Darul Ukhwah membantu mereka, kita sedih kerana selepas penat belajar dan berjaya menamatkan pelajaran, akhirnya disahkan dijangkiti virus HIV lantaran sikap ingin hidup mewah sewaktu belajar,” katanya.

Menurutnya, hampir 40 peratus penghidap Aids yang berlindung di Darul Ukhwah mendapat HIV berikutan menjalin hubungan terlarang dan bertukar-tukar pasangan.

Malah, ada antaranya bukan sekadar menawarkan khidmat seks kepada wanita, malah kaum sejenis.

“Kerana itu, saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam gejala seks haram dan bersekedudukan.

“Nikmatnya sekejap saja, yang perlu dirisaukan adalah kesannya. Aids bila sekali terkena, memang tidak ada ubatnya. Jadi elakkan seboleh mungkin,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon