Rabu, Oktober 10, 2012

Nicole Kidman Akui Usia Jadi Penghalang


Loading...

Aktres jelita, Nicole Kidman mengakui kini mulai kekok untuk menjalani sesi fotografi.

Nicole Kidman

Kidman mengakui faktor usia banyak mempengaruhi cara kehidupannya.

“Pada usia ini, banyak perkara perlu diambil kira dan sesi fotografi adalah antara perkara yang akan saya elakkan buat masa ini.

Pernah gagal dalam perkahwinannya bersama aktor, Tom Cruise, pelakon ini tidak pernah menyesal dengan zaman silamnya.

“Saya tidak mahu memandang ke belakang. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anak-anak saya yang semakin membesar.

“Setiap yang berlaku sebelum ini, saya anggap sebagai proses normal dalam kehidupan seseorang manusia,” katanya yang bakal tampil dengan filem terbaru, Grace of Monaco.

-Sinarharian

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon