Isnin, Oktober 15, 2012

Neelofa dan Hans Mengaku Bercinta Cuti Bersama Di Thailand


Loading...

Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.


Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.

Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua pihak.

“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.

“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.

“Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.

“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.

-Mstar.com.my

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon