Saturday, October 27, 2012

'Ayam' Kota Kinabalu Terjun Dari Tingkat 1


Bimbang dicekup polis, seorang wanita warga asing disyaki pelacur yang menunggu pelanggan di sebuah bilik di hotel bajet, nekad terjun melalui tingkap dari tingkat satu bangunan berkenaan di Kampung Air, di sini, malam kelmarin.

Kampung Air, Kota Kinabalu

Tindakan itu menyebabkan kaki kiri wanita berusia 20-an itu cedera sebelum dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mendapatkan rawatan.

Sebelum kejadian, wanita terbabit cuba melarikan diri selepas hotel itu diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, selepas menerima maklumat mengenai kewujudan kegiatan tidak bermoral, jam 10.30 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, anggota IPD Kota Kinabalu yang mendapat maklumat kemudian bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mengesan seorang wanita disyaki pelacur sedang menunggu pelanggan dipercayai bagi melakukan aktiviti tidak bermoral di tingkat satu hotel berkenaan.

“Bagaimanapun, wanita terbabit terlebih dulu menyedari kehadiran polis keluar melalui tingkap sebelum terjun dari tingkat satu bangunan terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chandra berkata, tindakan itu menyebabkan wanita itu terbaring di atas jalan raya selepas kakinya cedera.

“Bagaimanapun, wanita itu cuba bangun dan mahu melarikan diri, tetapi ditahan polis,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis menemui tujuh kondom termasuk satu yang sudah digunakan. “Wanita itu direman mengikut Seksyen 372 B, Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon