Tuesday, September 19, 2017

Sambutan Maal Hijrah Awal Muharam

Sambutan Maal Hijrah Awal Muharam

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Muharam

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah, Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia, hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.

Sambutan Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah SAW.

Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq r.a.

Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan tarikh bagi Madinah ketika itu.

Ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenang betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk sebuah kerajaan.

Hijrah dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke serata dunia.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

8 Soalan Tun Mahathir 'Fatwa Kafir' PAS Wajib Jawab

8 Soalan Tun Mahathir 'Fatwa Kafir' PAS Wajib Jawab

Kerana geram dengan kritikan dan sindiran Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyuruhnya mencerminkan diri, Tun Mahathir Mohamad telah mengemukakan lapan soalan "cepumas" untuk dijawab oleh timbalan presiden Pas itu.

Fatwa kafir

Soalan itu diajukan Tun Mahathir dalam blognya yang sudah dipetik oleh banyak portal berita.

8 soalan itu ialah;
  1. Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam?
  2. Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS?
  3. Apakah ibu bapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS?
  4. Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP?
  5. Mengikut PAS, Umno kafir. Jika PAS bekerjasama dengan Umno apakah PAS menjadi kafir?
  6. Amanat Hadi dakwa pemerintah Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad, dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?
  7. Jika pemerintahan yang didirikan oleh Umno dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir?
  8. Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dah empat orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir?

Untuk menjawab kelapan-lapan persoalan dibangkitkan Tun Mahathir ini, ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab Tuan Ibrahim tetapi keseluruhan pemimpin Pas terutamanya mereka yang menerima dakwaan berkenaan khususnya yang menjadikan Amanah Abdul Hadi Awang sebagai fatwa politik yang meninggalkan kesan buruk sehingga boleh merosakkan akidah ummah Islam negara ini.

Majlis Syura Ulama (MSU) merupakan dewan tertinggi parti agama itu sepatutnya mengadakan ijmak mereka untuk merumuskan jawaban kepada soalan Tun Mahathir itu.

Kita percaya jawaban Tuan Ibrahim nanti bukan sahaja menjelaskan persoalan Tun Mahathir, tetapi ia juga ditunggu-tunggu oleh orang lain yan juga keliru dengan dakwaan dan persoalan seperti dibangkitkan itu.

Tidak dinafikan disebabkan ada yang menerima dakwaan berkenaan telah berlaku "takfir" (kafir mengkafir) sesama Islam di negara ini.

Kalau dahulu di kalangan ahli Pas dengan Umno sahaja tetapi kini ahli Pas dengan ahli Parti Amanah Negara (Amanah).

Ahli Pas kini semakin rancak mengkafirkan rakannya yang telah menyertai Amanah.

Kejadian pulau memulau oleh ahli Pas di kampung-kampung terhadap ahli Amanah berlaku sekarang ini seperti mana suatu masa dahulu ahli Pas memulau ahli Umno dalam beberapa aktiviti kehidupan, majlis kenduri, solat dan sebagainya.

Tuan Ibrahim tidak perlu bertamsil ibarat dalam menjawab persoalan Tun Mahathir yang mungkin dianggap jahil oleh orang Pas itu.

Beliau seharusnya menyertai dalil-dalil dan nas yang kemas dan sekiranya persoalan didakwa Tun Mahathir itu tidak benar, Tuan Ibrahim dan Pas perlu menjelaskan dan memohon maaf ke atas keterlanjuran sesetengah ahlinya beranggapan benar apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir itu.

Kegagalan Tuan Ibrahim dan Pas menjawab dan menjelaskan persoalan dibangkitkan bekas PM itu boleh menjejaskan wibawa parti agama itu.

Dalam pada itu molek juga kalau Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Ulama Malaysia serta Majlis Raja-Raja juga turut meminta penjelasan daripada Tuan Ibrahim dan Pas berhubung apa dibangkitkan oleh Tun Mahathir itu kerana ia sudah menjadi satu fenomen dalam politik amalan Pas hari ini.

Tidak seharusnya Majlis Fatwa Kebangsaan atau badan-badan bertanggungjawab termasuk juga Majlis Raja-Raja sendiri bersikap mendiamkan diri mengenai perkara itu.

Ia tidak boleh dilihat apa yang dimainkan oleh Pas itu sebagai perkara terasing dan terpisah daripada tanggungjawab mereka.

Kajian juga mungkin perlu dibuat berapa ramai umah Islam berpecah, bergaduh ekoran perkara-perkara dibangkitkan oleh Tun Mahathir ini.

Kita bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir bahawa perpecahan di kalangan orang Melayu antara lain ialah kerana wujudnya politik yang menggunakan agama sebagai modal atau bahan kempen dan dakyah agar orang menyokong partinya dan menolak parti lain.

Politik yang menggunakan agama sebagai alat ini sangat merbahaya kepada agama, bangsa dan negara.

Perbuatan inilah sebenarnya suatu penderhakaan (burah) kepada agama Islam itu sendiri.

BACA INI JUGA: Misteri Salasilah Keturunan Tun Mahathir?

sumber: msomelayu

Tradisi Kejam Sebat Isteri Suku Hamar

Tradisi Kejam Sebat Isteri Suku Hamar

Hamar ialah salah satu suku paling terkenal di Selatan Ethiophia yang mendiami wilayah Omo River Valley serta perkampungan tradisional di Turmi dan Dimeka.

Suku Hamar

Jumlah masyarakat suku Himar seramai kira-kira 42,000 orang, menjalani kehidupan berpoligami dan separuh nomad.

Dari segi penampilan, mereka mudah dikenali dengan ciri-ciri khas seperti gelang berwarna-warni serta manik-manik di rambut dan pinggang.

Bagi lelaki, badan mereka dilumur dengan kapur putih, manakala wanitanya biasa memakai rantai berlingkar di leher, menunjukkan bahawa mereka telah berkahwin.

Wanita yang mengenakan tiga jenis rantai di leher menandakan dia adalah isteri pertama berstatus tinggi.

Suku Hamar sangat akrab dengan kehidupan yang keras, panas, gersang dan tandus.

Hasil daripada belajar melalui tentangan alam ini, ia kemudiannya diteruskan ke dalam hubungan sosial.

Akhirnya, wujudlah pelbagai amalan di luar daripada kehidupan normal dan salah satunya ialah budaya menyebat isteri.

Dalam tradisi suku Hamar, wanita dilayan sekeras-kerasnya seperti seorang lelaki dimana mereka akan disebat dengan kayu berduri.

Sebatan yang dilakukan pula bukan hanya sekali, tetapi sehingga kulit terkoyak, menampakkan isi, berdarah dan meninggalkan parut tebal.

Kenapa tradisi kejam ini dilakukan?

Suku Hamar

Lelaki suku Hamar bebas mengamalkan poligami dan setiap kali memilih bakal isteri, wanita tersebut akan disebat sekuat-kuatnya dengan kayu khas oleh sekumpulan lelaki dikenali sebagai 'Maza'.

Sebatan biasanya dilakukan dibahagian punggung dan belakang secara berterusan sehingga berdarah.

Dan ketika amalan itu berlangsung, wanita tersebut tidak dibenarkan menjerit, menangis atau merayu untuk tidak dipukul.

Wanita juga tidak dibenarkan untuk melarikan diri sepanjang sebatan dijalankan.

Secara tradisi, lelaki suku Hamar tidak tertarik dengan wanita manja, lemah, mengada-ngada, kuat melatah atau banyak songeh.

Lelaki suku Hamar hanya mahukan wanita yang kuat untuk dijadikan bakal isteri.

Status tinggi isteri pertama

Suku Hamar

Wanita Hamar berlumba-lumba untuk menjadi isteri pertama kepada bakal suami kerana dianggap bertuah dan istimewa dalam masyarakat.

Nasib isteri kedua dan seterusnya sangat berbeza dimana mereka akan menjadi orang suruhan isteri pertama.

Mereka akan dilayan seperti hamba, memasak, mengambil air, menjaga anak dan pelbagai kerja berat.

Lebih teruk lagi, sebatan juga diteruskan selepas bergelar isteri sehinggalah isteri melahirkan sekurang-kurangnya dua orang anak.

Tapi jangan terkejut, kebanyakan isteri disebat bukan secara paksa sebaliknya atas kerelaan sendiri.

Ada isteri yang mahu disebat kerana ingin mendapatkan parut di badan dengan sengaja.

Bagi mereka, tubuh yang dipenuhi parut adalah lebih seksi, cantik dan menarik.

Kesian kan?

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!

-SENTIASAPANAS.COM

Sejarah Kod Morse, Ciptaan Hebat Yang Terhasil Dari Tengah Lautan

Sejarah Kod Morse, Ciptaan Hebat Yang Terhasil Dari Tengah Lautan

Pada tanggal 1 Oktober 1832, Samuel Morse seorang pelukis terkenal yang sedang berada di puncak kariernya menaiki kapal laut dari Perancis menuju ke New York.

Kod Morse

Pada malam kedua pelayaran, Samuel dan beberapa orang penumpang berkumpul di dewan makan, mendengar perbincangan berkaitan elektrik yang disampaikan oleh Dr. Charles Jackson yang menceritakan tentang eksperimennya.

"Untuk menghasilkan elektromagnet, wayar yang ditebat mesti dibalut rod besi.

"Bila wayar tadi disambung pada bateri, ia memagnetkan rod itu.

"Lebih banyak lingkaran wayar dililit sekeliling rod, elektromagnet akan menjadi lebih kuat," terang Dr. Charles Jackson.

"Jika menggunakan banyak wayar, tidakkah ia akan melambatkan pengaliran elektrik?" soal salah seorang penumpang.

Dr. Charles menggelengkan kepala.

"Tidak. Elektrik akan melaluinya tidak kira berapa panjang wayar tersebut," jawabnya.

Malam itu semasa masih terjaga diatas katil, ungkapan kata-kata Dr. Jackson, 'elektrik mengalir serta-merta tanpa mengira panjang wayar' benar-benar menarik perhatiannya.

"Kalau mesej boleh dihantar dengan aliran elektrik, mesej itu akan sampai dengan pantas," getus Samuel.

Esoknya, dia membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni dan memulakan eksperimen untuk mencari cara menghantar mesej pada kelajuan elektrik mengalir.

Tugas tersebut bukan mudah kerana dia tidak tahu banyak perkara mengenai elektrik, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya.

Tiga tahun mencuba, Samuel berjaya mencipta satu alat yang dinamakan telegraf.

Dalam ciptaannya itu, Samuel melekatkan elektromagnet pada bod, kemudian menggantung batu ladung berdekatan dengannya. Dibawah batu ladung dia melekatkan sebatang pensel.

Bila suis dibuka, kuasa elektromagnet akan melepaskan batu ladung dan mencoret satu tanda diatas kertas yang bergerak.

Dengan menggunakan kod huru yang kasar, garisan seperti cacing kerawit itu boleh diterjemahkan menjadi mesej.

Walau bagaimanapun, kuasa bateri yang digunakan terlalu lemah untuk menghantar mesej pada jarak jauh.

Jatuh Miskin

Sejarah Kod Morse

Selama enam tahun Samuel menghabiskan masanya mencipta alat ini, namun orang ramai langsung tidak berminat dengan ciptaannya.

Malah, reputasinya sebagai seorang pelukis turut lenyap sehinggakan dia tidak lagi berduit.

Suatu hari, Samuel bertemu dengan Alfred Vail, seorang lelaki muda yang mempunyai kemahiran teknikal lalu mereka bergabung tenaga mencipta semula perincian telegraf tersebut.

Mereka memasang elektromagnet untuk mengaktifkan kunci yang mencetak satu siri tanda titik dan sengkang.

Menggunakan kod yang dicipta oleh Samuel, titik dan sengkang ini akan diterjemahkan menjadi huruf, angka, tanda baca dan aksara yang kemudian diterjemah menjadi mesej.

Berita tersebut memang benar!

Pada tanggal 24 Mei 1844, mereka menguji ciptaan itu diantara Baltimore dan Washington dengan jaraknya lebih kurang enam puluh kilometer. Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan ciptaan baru tersebut.

Di Washington, Samuel mengetuk mesej. Dalam masa yang singkat, mesin telegraf yang berada di Baltimore mengeluarkan bunyi 'klik! klik!' menandakan titil dan sengkang pada pita sebelum Alfred menafsirkan kod tersebut.

Orang ramai kagum tetapi tidak menunjukkan minat. Ada yang menganggap ia satu penipuan.

Kebetulan, satu konvensyen politik sedang dijalankan di Baltimore yang mana seorang calon dari Washington telah dicalonkan untuk kedudukan penting.

Sebaik sahaja berita mengenainya diumumkan, Alfred segera menghantar telegraf tentang berita tersebut kepada Samuel di Washington.

Berita itu sampai dengan cepat, ditafsirkan oleh Samuel dan diumumkan kepada orang ramai. Memang sah, berita tersebut memang benar!

Samuel Morse

Demonstrasi itu mencapai kejayaan yang tidak disangka-sangka. Mesin telegraf tersebut berjaya menghantar mesej dalam masa hanya beberapa minit.

Kod ini kemudiannya dikenali sebagai 'Kod Morse'.

Sejak itu, orang mula percaya telegraf adalah cara yang cepat untuk menghantar mesej.

Akhirnya, TELEGRAF, idea yang tercetus di dalam benak Samuel Morse ketika berada di tengah lautan diterima dan digunakan diseluruh dunia.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Kod Bar?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 September)

Tanggal 19 September merupakan hari ke 262 (hari ke 263 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 103 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Emoticon

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Santo Kitts dan Nevis (1983) dan Dia de las Glorias del Ejercito di Chile.

Peristiwa

634 – Perang Arab-Byzantine: Tentera Khulafah Al-Rasyidin pimpinan Khalid bin al-Walid menawan Damsyik Damsyik daripada Empayar Byzantine.

1356 - Perang Seratus Tahun: Angkatan Inggeris yang diketuai Edward, Si Putera Hitam memenangi Pertempuran Poitiers dan menawan Raja Perancis Jean II.

1692 – Giles Corey, yang enggan membuat rayuan, dihimpit sehingga mati semasa perbicaraan ahli sihir Salem.

1893 – New Zealand menjadi negara pertama memperkenalkan hak pengundian sejagat, selepas dilobi gerakan hak pengundian wanita yang diketuai Kate Sheppard.

1982 – :-) dan :-( pertama kali dicadangkan oleh Scott Fahlman untuk digunakan sebagai emotikon.

1985 – Satu gempa bumi bermagnitud 8.1 memusnahkan Bandar Mexico, mengorbankan lebih 9,000 orang dan menyebabkan hampir 100,000 yang lain tiada tempat berteduh.

2006 – Jeneral Tentera Darat Diraja Thai Sonthi Boonyaratglin merampas kuasa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra semasa beliau berada di Bandar Raya New York untuk mesyuarat Perhimpunan Agung PBB.

Kematian

1881 - James Garfield, Presiden Amerika Syarikat ke-20.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 September)

sumber: wikipedia

Monday, September 18, 2017

6 Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Di Malaysia

6 Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Di Malaysia

Entah di mana silapnya, tragedi kebakaran yang menimpa pusat-pusat Tahfiz di Malaysia kerap kali berlaku dan lebih malang, seringkali berlaku kematian kepada anak-anak kecil yang belum mengerti makna kehidupan.

TAHFIZ Terbakar

Artikel ini bukan berniat untuk mengungkit, tetapi mengimbas peristiwa lalu yang ada kalanya boleh dijadikan panduan agar kita lebih berhati-hati dan seterusnya mengambil langkah proaktif bagi mengelak kejadian sama berulang.

1. Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat (2017)

Dalam satu kejadian kebakaran yang sangat menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi (14/9/2017), 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.

Apa yang sangat menyedihkan, kejadian kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat oleh 7 suspek yang baru berusia 12 hingga 18 tahun, selepas berlaku ejek mengejek di antara mereka.

2. Madrasah Tahfiz Al-Redzuan, Dengkil (2016)

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan asrama dan dewan makan terbakar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pelajar berada di masjid.

3. SMA As-Siddiqiah Al-Islamiah, Naka (2016)

Seramai 170 pelajar berdepan detik-detik cemas apabila dua bangunan asrama yang turut menempatkan surau terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu.

Mereka berjaya menyelamatkan diri namun gagal menyelamatkan harta benda kerana api marak dengan cepat.

Nilai kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.

4. Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah, Tanjong Karang (2015)

Kira-kira 95 peratus bangunan dua tingkat asrama dan bilik kuliah hangus terbakar dalam kebakaran pada 8 Ogos 2015 itu.

Tiada kemalangan jiwa kerana kesemua pelajar menghadiri majlis jamuan hari raya.

Litar pintas dikenal pasti sebagai punca.

5. Maahad Tahfiz Al Barakah, Tikam Batu (2013)

Pelajar pintar, Aiman Nurhakim Yahya, 13, gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku di salah sebuah asrama.

Kejadian jam 2 pagi 15 Jun 2013 itu turut mengakibatkan dua lagi pelajar cedera.

Kejadian berlaku dipercayai akibat litar pintas.

6. Pondok Pak Ya, Guar Chempedak (1989)

Siapa mampu melupakan tragedi Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, pada 22 September 1989? Kebakaran asrama perempuan madrasah yang terletak di Guar Chempedak itu mengakibatkan 27 orang pelajar maut.

Difahamkan punca kebakaran adalah api dari lilin yang dipasang untuk menerangi bilik asrama.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan khas yang dinamakan '27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya'.

Semoga semua pihak mendapat pengajaran berguna kali ini.

BACA INI JUGA: Video Pusat Tahfiz Jalan Keramat Ujung Terbakar, 23 Pelajar Dan Warden Terkorban!

sumber: astroawani