Wednesday, July 16, 2014

Digi Bayar Kerosakan Kereta Uncle Dan Gadis Peugeot CDM25?

Digi Bayar Kerosakan Kereta Uncle Dan Gadis Peugeot CDM25?

Selain Ketua Polis Negara, video viral melibatkan pemandu Peugeot Putih bertindak ala samseng jalanan terhadap seorang warga emas yang melanggar belakang keretanya tanpa sengaja pada hari ini telah menarik perhatian syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications untuk ‘masuk campur’.

Peugeot CDM25

Menerusi satu status dimuat naik di Facebook, Digi menawarkan untuk membayar kos baik pulih kereta lelaki warga emas tersebut kerana telah menunjukkan sifat penyabar dan empati ketika menangani situasi tengah hari semalam.

Pada masa sama, Digi turut memberi tawaran sama kepada pemandu CDM25 kerana memahami keadaan sukar yang telah dilaluinya namun dia perlulah memaafkan Uncle tersebut terlebih dahulu.

Peugeot CDM25 [2]

Mungkin bagi Digi, tawaran ini dianggap selaras dengan bulan Ramadan sekarang di mana umat Islam dianjurkan berbuat baik dan prinsip ini digambarkan dengan hastag #30HariBaik.-Mynewshub.my

Saya Sudah Maafkan Dia

Sim Siak Hong, 68

Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

“Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

“Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.–Harian Metro

Iron Dome Gagal Pintas Roket J80 Al-Qassam!

Iron Dome Gagal Pintas Roket J80 Al-Qassam!

Wartawan TV10 Zionis dilaporkan telah memohon maaf kepada penonton-penontonnya kerana Iron Dome mereka tidak mampu menghentikan roket-roket J80 Al Qassam.

Jaabari 80 (J80)

Isnin lalu pada jam 9 malam (waktu Gaza) 2 pagi (waktu Malaysia), Al-Qassam melancarkan roket terbaru mereka iaitu Jaabari 80 (J80) ke arah Israel.

Al-Qassam memberi amaran awal agar Tel Aviv bersedia dan mencabar Iron Dome milik Israel untuk mematahkan serangan mereka.

Roket-roket mula dilancarkan. Siren dibunyikan. Masjid-masjid bertakbir seperti takbir hari raya. Bunyi letupan berlaku di banyak tempat.

Israel panik dan huru-hara apabila Iron Dome mereka tidak dapat menghalang roket ciptaan terbaru milik Al-Qassam. 4 letupan kedengaran.

Iron Dome
Misil dilancarkan 'Iron Dome', sistem pertahanan misil jarak dekat.

Ada roket Iron Dome yang jatuh terkena mereka sendiri sehingga ada rumah yang hancur. Bunkers dipenuhi manusia sehingga sesak. Hospital menerima pesakit yang sangat ramai.

Malah ada pelancong Amerika yang begitu terkejut dengan bunyi siren lalu mati di tempat kejadian.

Zionis begitu terkejut dengan kekuatan roket terbaru milik Al-Qassam.

Tambah mereka, Al Qassam telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Arab sebelum ini.

Roket ‪Jaabari 80 bergerak secara berayun dan tidak tetap membuatkan Iron Dome tidak dapat menangkis.

Penganalisis tentera Israel untuk saluran Ibrani berkata roket Jaabari 80 Al Qassam dihasilkan dengan teknologi untuk mengelak dari Iron Dome.

Selain itu, wartawan TV2 Zionis melaporkan terdapat kemungkinan Hamas akan meneruskan serangan ini untuk tempoh 4 minggu.

J80 Al-Qassam
Roket yang dilancarkan dari sempadan Gaza menuju Israel.

Video serangan roket Jaabari 80 ke atas Tel Aviv




#CDM25 Gadis Amuk Peugeot, Apa Komen Artis Malaysia?

#CDM25 Gadis Amuk Peugeot, Apa Komen Artis Malaysia?

Percaya atau tidak #CDM25 kini sudah jadi trending di laman Twitter! Video seorang wanita rasis dan kurang ajar memaki hamun pakcik yang melanggar keretanya!

#CDM25

Bagi mereka yang belum menonton video tersebut, seorang gadis mengamuk sakan kerana keretanya dilanggar kini telah mencetuskan kemarahan para netizens. Mana taknya, siap hempuk kereta orang dengan steering lock lagi!



Rasanya inilah seorang mangsa kemalangan kecil yang paling teruk mengamuk dan lebih menarik perhatian dia adalah seorang wanita.

Hari ini sahaja, video amukan wanita bertudung ini sudah tersebar di serata media sosial Facebook dan laman perkongsian video YouTube.

Si wanita itu turut merampas kunci lelaki Cina yang melanggar belakang kereta milik wanita itu yang berjenama Peugeot.

Jessica Qi yang dipercayai merupakan anak kepada pak cik tersebut telah berkongsi satu status yang menunjukkan kemarahannya yang tak bertepi terhadap pemandu wanita tersebut.

Jessica Qi

Menurut Jessica dia hendak melaporkan tindakan keterlaluan wanita itu yang menghentak kereta bapanya dengan steering lock kepada pihak polis namun bapanya enggan memanjangkan cerita dengan melibatkan pihak berkuasa.

Memang sungguh mulia hati pakcik tu walaupun dirinya dimalukan serta diherdik sebegitu biadap di hadapan orang ramai

Memang memalukan, melihat wanita Melayu berperangai sebegitu dan lelaki Cina itu yang jelas lebih berumur darinya bercakap dengan nada elok dan mengakui bahawa dia tidak sengaja melanggar kereta Peugeot itu.

Apa komen artis?

#CDM25 [6]

Dek kerana itu, para selebriti turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap gadis tersebut yang dipercayai merupakan seorang pengusaha butik pengantin.

#CDM25 [2]

Paling menarik sekali, Misha Omar menggunakan laman Instagramnya untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap kebiadaban gadis tersebut.

Selain itu, Harith Iskander dan Fizo Omar turut menyelar tindakan gadis itu yang dilihat turut membangkitkan sentimen perkauman.

#CDM25 [3]
#CDM25 [4]

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, famous satu Malaysia. Diharapkan gadis ini bakal membuat permohonan maaf kepada uncle yang cool itu.

Sebelum itu, ini sindiran paling halus buat si road bully daripada Ryzal Jaafar.

#CDM25 [5]


Pekerja Bertudung Dipecat Dan Dihina Majikan Singapura!

Pekerja Bertudung Dipecat Dan Dihina Majikan Singapura!

Seorang wanita bertudung di Singapura dilaporkan diberhentikan kerja semata-mata kerana tudung yang dipakainya.

Zafirah Edwards

Tak cukup dengan itu, wanita berkenaan turut dihina apabila diarah meninggalkan premis di pusat beli belah terkenal itu menggunakan pintu servis manakala begnya digeledah pengawal keselamatan.

Kejadian ini tersebar selepas ia dikongsikan kakak mangsa, Zafirah Edwards di Facebook, Rabu lalu.

Menurut Zafirah dalam posting Facebook, adiknya sedang bekerja di bahagian pakaian sukan popular di pusat beli belah tersebut apabila melihat dua pengurus bercakap dalam bahasa Mandarin dengan seorang pekerja lain sambil membuat isyarat tangan tentang tudung dipakai adiknya.

Tidak lama kemudian seorang kaki tangan memberitahu adiknya bahawa dia tidak boleh bekerja di situ kerana memakai tudung.

Tambah menyakitkan hati, adiknya diminta keluar menerusi pintu servis dan begnya digeledah pengawal keselamatan seolah-olah telah melakukan kesalahan besar.

Susulan kejadian ini, emel daripada Ahli Parlimen Zainal Sapari yang meminta Kementerian Tenaga Kerja Singapura melakukan penyiasatan telah tersebar.

Zafirah Edwards [2]

Difahamkan, permohonan maaf berhubung isu ini telah dibuat namun Zafirah berasakan ia tidak memadai bagi membetulkan keadaan yang telah menimpa adiknya dan kini dia masih berutus emel dengan pusat beli belah tersebut untuk mencari penyelesaian terbaik.-Mynewshub.my

Zafirah Edwards [3]

Tuesday, July 15, 2014

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s?

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s?

Di saat McDonald’s menerima tempias kemarahan orang ramai terhadap isu serangan Israel pada penduduk Islam Palestin di Gaza hingga ada yang melancarkan boikot terhadap produk mereka, ada isu baru yang tidak sepatutnya berlaku melibatkan makanan segera ini.

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s

Ia adalah kalimah menyerupai perkataan ALLAH pada pek kentang goreng edisi World Cup yang kini giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.

Di sebalik lukisan grafik pada pek kentang goreng tersebut, terdapat ukiran berupa kalimah Allah yang tidak dapat dipastikan sama ada ia disengajakan.

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s [3]

Apa pun alasannya, McDonald’s perlu lebih hati-hati dan sensitif dengan isu seperti ini kerana seperti kita sedia maklum, kalimah Allah terlalu suci dan tidak boleh diletakkan sesuka hati pada sebarang objek.-Mynewshub.my

McDonald’s M’sia Nafi Salurkan Hasil Jualan Untuk Keganasan

Kalimah ALLAH Pada Pek McDonald’s [2]

McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.

“Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya,” menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.

Kenyataan McDonald’s Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.

Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.

“Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini,” menurutnya.

“Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik,” kata McDonald’s.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald’s Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.

Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam ‘Operasi Perlindungan Sempadan’ sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.-Bernama

Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!

Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!

Perang di Gaza kini bukan sekadar bertumpu kepada serangan bersenjata di kawasan itu oleh tentera Yahudi tetapi dikembangkan juga sehingga ke dunia siber.

Malaysia Security Tester (MST)

Ratusan laman web milik Israel sudah berjaya digodam pasukan siber dari seluruh dunia (anonGhost) termasuk dari negara ini yang di ketuai oleh Malaysia Security Tester (MST).

Serangan dimulakan sejak 1 Julai lalu dan setakat ini lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh kerajaan haram Israel berjaya digodam.

Laman yang digodam akan diletakan hastag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin.

Sumber MST memberitahu, serangan mereka hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir co.il.

anonghost

Antara laman kerajaan Israel yang diserang ialah http://jobs.galil.gov.il/temp/ dan http://galilee.gov.il/temp/index.asp.

Tinjauan juga mendapati sebahagian laman web rasmi kerajaan Israel yang berjaya digodam telah ditutup sementara dipercayai oleh webmaster laman-laman berkenaan.

Sementara itu, jurucakap AnonGhost, Donnazmi pula berkata, serangan siber pihak mereka adalah bagi mendedahkan kepada dunia sikap dan keganasan Israel ke atas masyarakat Palestin.

“Tindakan melancarkan roket dari sektor Gaza ke Israel adalah sesuatu yang normal dan boleh diterima terhadap babi-babi berkenaan (Israel), ia dipanggil penentangan dan bukannya keganasan,” katanya.

Malaysia Security Tester (MST) [2]

Tambah kenyataan itu, Israel tidak pernah wujud dan yang ada hanyalah Palestin.

“Tunjukan kepada dunia berapa banyak darah yang ada di tangan Yahudi,” katanya.

Serangan siber ke atas Israel dipercayai akan diteruskan sehingga objektif untuk mendedahkan kezaliman negara haram Yahudi itu berjaya dicapai. –Mynewshub.my

Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

Bumi Gaza terus dibedil dan jumlah kematian di pihak Palestin terus meningkat. Begitu juga dengan mangsa yang cedera. Hospital sesak.

Gaza

Ubat-ubatan tidak mencukupi. Banyak rumah ranap. Masjid turut runtuh terkena bom. Penduduk di Genting Gaza dilanyak oleh rejim Zionis. Apakah kesudahannya?

Yahudi terus mengganas tanpa mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rejim Yahudi akan terus mencari kepuasan dengan alasan mahu menggempur pejuang Hamas tetapi yang menjadi mangsa adalah orang awam termasuk kanak-kanak.

Begitulah apabila sifat kebinatangan menguasai manusia. Siapa pun yang memimpin Israel, keadaannya sama.

Di tangan mereka `berlumuran darah' rakyat Palestin. Sebutlah siapa pemimpin itu. Benjamin Netanyahu, Ehud Olmert, Ehud Barak atau Ariel Sharon. Tiada bezanya.

Bukanlah sesuatu yang pelik apabila rakyat Palestin diserang, 'polis dunia' hanya mampu merayu dan melihat pembunuhan mereka yang tidak berdosa.

Mereka ini hanya bertindak pantas dan cuba campur tangan apabila sesama umat 'bergaduh' di negara yang dinaungi pemimpin Islam.

Lihat apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Mesir, Syria, Iran dan beberapa negara lain. Adakah mereka peduli nasib umat Islam yang nyawa mereka seolah-olah tidak berharga. Jika dilihat jumlah pelarian, sudah tentu paling ramai adalah dalam kalangan masyarakat Islam.

Kisah pembunuhan dan penindasan anggota keluarga kita yang beragama Islam ada di seluruh pelosok dunia. Selain Palestin, kita tahu nasib rakan-rakan umat Islam di Bosnia, Chechnya, Pattani, Myanmar, Tunisia, Kashmir, Lubnan, Uzbekistan dan China. Kenapa terjadi begitu?

Adakah jumlah umat Islam teramat sedikit sehingga tidak mampu lagi untuk membantu rakan-rakan seagama yang ditindas?

Kembali ke Palestin, sudah terlalu banyak cerita duka. Kematian menjadi rutin harian. Palestin tidak boleh lari daripada kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis. Saban hari akan ada kekejaman yang dilakukan tanpa ada rasa belas kasihan.

Apa yang melanda di Palestin bukanlah isu kemanusiaan semata-mata sebaliknya berkait dengan keimanan kepada Allah. Ini kerana perkara itu membabitkan maruah agama Allah SWT yang perlu dipertahankan semua pihak di seluruh dunia.

Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak tahan dengan penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis akan lari meninggalkan negara itu. Adalah lebih baik untuk mereka mencari negara lain yang menjanjikan suasana yang lebih baik.

Keadaan sebaliknya berlaku bagi penduduk Palestin. Bagi mereka, memang benar peribahasa, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri.

Bagi rakyat Palestin, bumi negara itu perlu dipertahankan walaupun sebahagian daripadanya sudah hilang.

Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin dan Pemimpin Tertinggi Hamas pernah berkata kepada pemimpin Malaysia bahawa, "Kami di sini lebih beruntung kerana diberi peluang oleh Allah untuk menikmati syahid mempertahankan bumi Baitulmaqdis bagi pihak kalian''.

Palestin

Bumi Palestin adalah tanah yang diwakafkan dan umat Islam seluruhnya mempunyai hak terhadap tanah itu yang melahirkan ramai nabi dan imam Shafie. Di bumi Palestin juga terletaknya kiblat pertama umat Islam.

Penduduk Palestin sering menyatakan rasa syukur kerana berpeluang tinggal di situ dan mempertahankan tanah milik umat Islam itu. Begitulah semangat yang ada pada rakyat Palestin.

Malangnya ketika ini, Israel sedang melakukan pengusiran secara halus apabila mengarahkan penduduk meninggalkan kediaman mereka untuk memberi ruang tentera melancarkan serangan.

Diselak kembali lembaran sejarah, kekejaman pemimpin Israel tidak pernah terhenti. Mungkin masih ramai yang ingat bagaimana kezaliman yang dilakukan oleh Ariel Sharon pada 16 September 1982.

Di kem Sabra dan Shatila yang menjadi khemah pelarian rakyat Palestin di Lubnan digempur oleh rejim Zionis. Ketika itu Sharon bertindak sebagai Menteri Pertahanan. Akibat tindakan ganas itu yang hanya berpunca mahu menghapuskan pejuang PLO, kira-kira 3,000 maut.

Sharon bebas malah 'kegemilangan' itu meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri. Apakah tindakan ke atas Sharon?

Sharon hanya 'dihukum' menderita strok sehingga hilang jawatan Perdana Menteri. Bayangkan jika pembunuhan seumpama itu dilakukan oleh pemimpin di negara Islam. Mereka akan dicari sehingga ke lubang cacing.

Sharon dengan angkuh pernah berkata: ''Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing Barat ke Jordan'' (New York Times 17 Mei 1982).

Itu impian Sharon yang diteruskan oleh Ehud Olmerd dan kini Benjamin Netanyahu. Bilakah akan berakhir penderitaan rakyat Palestin ini? Apakah masih ada harapan bagi mereka hidup merdeka di negara sendiri?

Masyarakat Islam dunia hanya mampu berdoa dan menunaikan solat hajat supaya penduduk Palestin diberikan kekuatan dan dilindungi.

Mereka bersama masyarakat pelbagai anutan agama yang lain juga hanya mampu mengutuk dan menganjurkan demonstrasi bantahan.

Mereka hanya mampu menangis mengenangkan bencana ciptaan manusia yang melanda kehidupan masyarakat Palestin.

Disebabkan tidak ada harapan lagi, ada yang mengharapkan agar peristiwa kemusnahan tentera bergajah yang mahu menghancurkan Kaabah berulang.

Ketika itu Allah mengirimkan sekumpulan burung yang menjatuhkan batu-batuan dari tanah yang terbakar ke atas tentera bergajah pimpinan Abrahah.

Maknanya dalam keadaan seperti di Gaza sekarang, hanya kuasa Tuhan yang dapat menghapuskan kekejaman dan keangkuhan Zionis itu.

Alangkah baiknya jika Ababil datang membantu. Malangnya tidak. Kenapa? Jika Ababil tidak dapat membantu, adakah umat Islam hanya sekadar melihat dan mendengar rintihan rakyat Palestin?

Bilakah agaknya pemimpin umat Islam yang ramai ini benar-benar bersatu menunjukkan kekuatan bagi menghadapi rejim Zionis ini?

OIC

Apa yang berlaku di Palestin adalah satu ujian amat besar kepada umat Islam khususnya pemimpin-pemimpin serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Tidak ada gunanya jumlah kita yang ramai tetapi lemah.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Seorang sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Adakah kita (umat Islam) hari ini sudah tergolong dalam kumpulan itu?

BACA INI JUGA: Kekejaman ISIS Dan Kezaliman Zionis

sumber: utusan

Penyelewengan Zakat Di Majlis Agama Islam Johor?

Penyelewengan Zakat Di Majlis Agama Islam Johor?

Jika disebut perihal zakat, pasti ada saja persoalan yang diajukan mengenainya.

Penyelewengan Zakat

Ia termasuklah sejauh mana ketelusan badan atau institusi yang dilantik untuk menguruskan kutipan zakat mengagihkan wang zakat yang telah dikutip kepada pihak yang sepatutnya menerima.

Selain itu, kerenah birokrasi sehingga menyukarkan fakir miskin memohon untuk menerima bantuan juga pernah timbul.

Persoalan demi persoalan ini diutarakan lantaran masih banyak masalah kemiskinan di kalangan umat Islam di negara yang belum berjaya diatasi.

Terbaru, menerusi portal Ameno World, satu lagi cerita kurang enak timbul mengenai pengurusan duit zakat kepada pelajar-pelajar miskin di Johor.

Alkisahnya, seorang pengadu melaporkan pihak pegawai Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuat pembelian basikal untuk 60 pelajar miskin dengan harga keseluruhan RM30,000.

Justeru, ia bermaksud harga bagi sebuah basikal ialah RM500.

Bagaimanapun, selepas diselidik, harga basikal berjenama Schwin Candy itu hanyalah dalam lingkungan RM190 – RM200.

Penyelewengan Zakat [2]

Hasil tinjauan seorang lagi pengguna Facebook turut menemukan harga seunit basikal yang sama hanyalah RM235.

Penyelewengan Zakat [3]

Persoalannya, bagaimana pihak pegawai MAIJ tersebut boleh mengemukakan harga sehingga RM500 untuk seunit basikal?

Memang agak pelik di situ. Adakah kita perlu bersangka baik dengan mengatakan pegawai MAIJ tersebut ditipu oleh pembekal atau sebagainya?

Apapun, diharap agar pihak pentadbiran MAIJ akan mengambil inisiatif untuk melakukan siasatan mengenai perkara ini bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai mengenai ketelusan pengurusan zakat di negara ini.

Sumber: Mynewshub.my

Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Bina Mall Terbesar Di Dunia!

Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Bina Mall Terbesar Di Dunia!

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya, apa kaitannya serangan Israel di Palestin dan hasrat kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hendak membina pusat membeli-belah terbesar di dunia?

Dubai ‘Mall Of The World’

Jawapannya mudah, bayangkan segala peruntukan berbilion dolar untuk membina Dubai ‘Mall Of The World’ itu disalurkan untuk kemudahan perubatan, pembangunan warga dan bumi Palestin atau kelengkapan untuk rakyatnya mempertahankan diri, sudah tentu Palestin tidak melarat dan diganyang sedemikian rupa oleh rejim zionis Laknatullah!

Berbalik kepada projek super-mega kerajaan UAE ini, ia dijangka merangkumi keluasan sebanyak 8 juta kaki persegi yang akan menyambungkan 100 buah hotel dan 20,000 buah bilik.

Gaza, Palestine

Suhunya akan sentiasa nyaman kerana dikawal bagi memenuhi keselesaaan para pelanggan dan peniaga di sepanjang tujuh kilometer kompleks perniagaan itu.

Taman tema terbesar di dunia khas untuk hiburan mereka yang berkeluarga juga akan dibina di tempat yang sama.

Di dalam Mall of The World juga akan dibina kawasan menyerupai Oxford Street London untuk membeli belah, kawasan hiburan menyerupai Broadway New York dan kawasan taman santai seperti di Barcelona.-Mynewshub.my

Dubai ‘Mall Of The World’ [2]
Dubai ‘Mall Of The World’ [3]
Dubai ‘Mall Of The World’ [4]

Boikot Barangan Amerika Syarikat Dan Israel

Boikot Barangan Amerika Syarikat Dan Israel

Marilah kita teruskan usaha kita memboikot produk-produk Israel, kerana Allah suka hambanya yang beristiqamah dalam membuat kerja atas keredhaan-NYA.

Boikot Barangan Amerika Syarikat Dan Israel

Boikot Israel. Kerana setiap kita yang membeli produk-produk penyumbang Zionis itu, kita memberikan sekian ringgit dan dolar untuk Zionis yang kemudian dibelikan peluru untuk ditembak ke tubuh pejuang, wanita dan kanak-kanak Palestin.

(Baca: 729, Barkod Produk Israel)

Mari ambil sedikit masa berkenalan dengan produk 'berprestij' yang menjadi kebiasaan kita selama ini, dan inilah saatnya kita semua mengerti apa dan siapa yang berada disebalik semua ini.

ASTRO (Malaysia)

Boikot Astro dan Yahudi [2]

Astro telah melantik Amdocs, yang merupakan syarikat milik YAHUDI LAKNAT, untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil. (Baca disini..)


Mc Donald's

Mc Donald's

Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Markas Besar Mc Donald's Corporation yang berpangkalan di luar Chicago, adalah cabang perniagaan Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federasi Yahudi (Jewish Federation).

Salah satu tujuan JUF adalah menjaga dokongan ketenteraan, ekonomi, dan diplomatik Amerika Syarikat, mengawasi, bahkan mengawal pemberitaan media ke atas Israel. Salah seorang CEO Mc Donald's, Jack M. Greesberg, adalah anggota kehormat Badan Dagangan dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).

Coca-Cola

Coca-Cola

Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberikan penghargaan Israel Trade Award kepada Coca-Cola atas kesetiaan mereka memberi bantuan kepada negara itu selama 30 tahun. Coca-Cola juga menolak seruan Liga Arab untuk memboikot Israel.

Pada Februari 2002, Coca-Cola bekerja sama dengan friend of Israel menjadi sponsor ceramah tokoh Zionis, Linda Gradstein, di Universiti Minnesota.

Tahun 2002, Coca-Cola membangunkan kilang di atas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini hadiah Israel atas sumbangan jutaan dolar Coca-Cola kepada mereka.

Produk yang masih berafiliasi dengan Coca-Cola adalah Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora, Lilt, Sprite, Sunkist, dan Schweppes.

Nestlé

Nestlé

Satu perusahaan dengan Johnson & Johnson. Beberapa jenama produk Nestlé yang dipasarkan di Malaysia antaranya ialah Nescafé, Nestlé Milo, Kit Kat, Aiskrim Nestle, Maggie, dan pelbagai lagi.

Johnson & Johnson

Johnson & Johnson

Tahun 1998, wakil perusahaan Johnson & Johnson, Roger S. Fineon, mendapat penghargaan Jubilee Award dari Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu.

Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan Johnson & Johnson memperkuat ekonomi Israel.

Sejumlah produk Johnson & Johnson beredar di Malaysia adalah barangan bayi dan kanak-kanak, antara lain: Johnson Baby Powder, Johnson Baby Lotion, Johnson Baby Shampoo, Johnson Baby Oil, dan Johnsons Baby Cologne.

L'Oreal

L'Oreal

Dianggap sahabat rapat Israel dan telah menanam modal besar-besaran di Negara Yahudi itu. Kongres Yahudi Amerika telah menyatakan 'keputusannya' dengan perusahaan ini yang disebut-sebut sebagai 'teman hangat'.

L'Oreal telah menetapkan Israel sebagai pusat perdagangan di Timur Tengah dan telah meningkatkan pelaburan dan pembuatan produk di negeri itu. Masih satu kumpulan dengan mereka adalah Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Halena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La rocheposay, Carson.

Danone

Danone

Tahun 1998, Franck Riboud, yang berasal dari Israel, atas nama perusahaan Danone, menerima penghargaan Jubilee Award yang diberikan Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu. Danone Institute, sudah didirikan di Israel sejak Julai 1998.

Danone dikenal memiliki banyak jenama air mineral di seluruh dunia. Di Asia mereka tampil dengan jenama Yilli, di Indonesia Aqua, di China Wahaha. Dan di Malaysia, antara produk mereka yang terkenal adalah Oreo, Aqua, Ritz, dan keju Kraft.

Revlon

Revlon

Menurut majalah Forbes, pemodal syarikat ini, Ronald Perelman, adalah seorang Zionis. Dia dikenal sebagai pendukung utama Zionis dan juga anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama di dunia dan kerap mempromosikan Israel.

Starbucks Cofee

Starbucks Cofee

Direktor Starbucks, Howard Shult, dikenali sebagai aktivist Zionis yang kuat. Tahun 1998 dia diberi penghargaan Isarel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award oleh Jerussalem Fund of Aish HaTorah.

Sejak meletus perang keatas Lebanon, pemimpin Syarikat Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk Israel .

"Mendukung Yahudi dengan secangkir kopi", ungkapan tersebut sering terdengar ditujukan kepada penggemar Starbuck Cafe.

Di saat banyak perusahaan lain bermati-matian menarik diri dari Israel, Starbucks sebaliknya memutuskan untuk menolong ekonomi Israel yang sedang dilanda krisis dan menanam modal untuk membuka counter Starbucks di Israel (Shalom Coffee Co).

IBM

IBM

International Business Machines Corporation (IBM) diketahui memiliki hubungan rapat dengan Israel. Senior Vice President IBM, Ricciardi lawrence, dalam sebuah wawancara dengan Akhbar Israel, The Jerusalem Post, mencatat bahawa syarikat ini telah mengupah 1700 orang Yahudi. IBM merupakan tiga dari perusahaan yang dipuji dalam acara malam penghargaan demokrasi The American – Israel Friendship League (AIFL), 25 Jun 2001, oleh Ariel Sharon, bekas PM Israel.

Nokia

NokiaNokia

Pengurus Am Nokia, Lars Wolf, mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 May 2001, “Kami benar-benar fokus pada israel dari semua sudut kerana kami memiliki projek dalaman bernama Project Israel.”

Time Warner Inc

Time Warner Inc

Time Warner Inc dikenal sebagai raksasa media. Wakil Direktor Time Warner, Kenneth Novack, pernah secara terang-terangan mengaku bahawa sangat menguntungkan bekerjasama dengan Israel.

Satu kumpulan dengan Time Warner adalah TIME Magazine, Life Magazine, Time-Life Books, CNN (TV Network), Warner Bros, dan ICQ (Internet chat program).

Marks & Spencer

Marks & Spencer

Sir Marcus Sieff, chairman M&S, menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah untuk membantu perkembangan ekonomi Israel (Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990). M&S mendukung Israel dalam bentuk dagangan sekitar $233 juta setahun (Jerusalem Report, 5 Juni 2000).

Philip Morris

Philip Morris

Phillip Morris telah mendermakan 12% keuntungannya untuk Israel. Dengan rata-rata margin keuntungan sehari sebanyak 10%, atau $80 juta sehari, maka $9.6 juta wang umat Islam diberikan kepada Israel.

Produk-produk di bawah payung Philip Morris adalah Marlboro, Merit, L&M, Sampoerna Tbk, Lark, Winston, Gold Cost, Côted'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, Benson & Hedges dan West.

Delta Galil Industries Ltd

Delta Galil Industries Ltd

Delta Galil, salah satu syarikat tekstil terbesar di Israel. Pengasas dan pemegang saham utama perusahaan ini, Dov Lautman, merupakan sekutu rapat Presiden Israel, Ehud Barak.

Jenis produk perusahaan ini adalah produk-produk Nike, Reebok, Caterpillar, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Redup, Old navy Dockers, Celio, J.Crewa, JC Penney, Lou Riders, Pryca, Hema, Auchan, Lindex, Tchibo Tati, Colombia. Syarikat ini juga turut memiliki rangkaian pasaraya runcit Carrefour.

News Corporation

News Corporation

News Corporation adalah raksasa media milik Rupert Murdoch yang melabur besar di Israel. News Corp adalah satu dari 3 perusahaan yang mendapat pujian atas sokongannya kepada Israel dalam America-Israel League Partners for Democracy Award Dinner 25 Jun 2001. Murdoch sendiri menjadi wakil penyelenggara acara tersebut.

Group News Corp adalah Fox TV Network, NBC, 20th Century Fox Film, Fox Kids, Sky TV Network, dan Star TV Network, national Geographic (journal & TV), new of the World, the Sun, Independet Newspaper Ltd, Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, Amerika: The New York Post, Harper Collins Book Publisher, Ragan Books, Zondervan, Nursey World, Raskus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records.

Estée Lauder

 Philip Morris

Pengarah Estée Lauder, Ronald Lauder, adalah salah seorang ketua Persidangan Presiden Organisasi Yahudi-Amerika. Sekarang, beliau merupakan presiden Dana Nasional Yahudi (Jewish national Fund).

Selain dikenali sebagai seorang Zionis, Ronald Lauder juga aktif di dalam beberapa organisasi Yahudi, diantaranya The Conference of President of Major American Jewish Organitations, The Jewish national Fund, The World Jewish Congres.

Kelab Bola Sepak Arsenal

Boikot Arsenal

Mac 2006, Innovative Minds dan lembaga HAM Islam (The Islamic Human Right Commision) melakukan kempen memboikot kelab bola sepak Arsenal (Arsenal Football Club) atas keterlibatannya dalam mempromosikan Israel sebagai tempat tujuan utama pelancongan.

Senarai Barangan Lain Yang Perlu Di Boikot


Senarai ini memang tidak memberi tahu kepada pengguna bahawa sebenarnya mereka adalah orang yahudi. Namun, kita sudah menjadi pengguna setia yang secara tidak langsung menyokong ekonomi orang yahudi selama ini.

Walaupun ramai yang menganggap usaha memboikot produk-produk ini sebagai sia-sia dan tidak membawa kemana-mana, anggaplah ia sebagai salah satu jihad kecil kita untuk agama. Mungkin pada pandangan manusia nampak kecil, tetapi pada pandangan Allah, besar nilainya.

Setiap kali Gaza diserang, setiap kali itulah kita akan dengar seruan memboikot barangan yahudi. Diperhatikan sikap umat Islam terhadap kempen sebegini ada 3 golongan:
  1. Ada yang memboikot barangan Yahudi yang dia tahu, dan terus memboikot barang yahudi sehingga selagi nyawa di kandung badan.
  2. Ada yang memboikot barangan Yahudi sekejap, lepas tu tak tahanlah... balik asal.
  3. Ada yang terus tak ambil kisah..

Antara alasan golongan kedua dan ketiga ialah, nak buat apa susah payah boikot barang yahudi. Dah berpuluh tahun kita boikot, tapi tak jadi apa pun. Kita ni pengguna yang kecil jumlahnya, buat apa susahkan diri.

Tentang perkara ini, ada satu kisah Israiliyyat yang agak menarik yang boleh dijadikan iktibar.

Kononnya semasa raja namrud menyalakan api untuk membakar Nabi Ibrahim 'alaihisalam, ada seekor burung kecil yang bersungguh-sungguh mengambil air dari paruhnya untuk memadamkan api yang dinyalakan itu.

Burung kecil ni digelakkan oleh burung-burung lain yang lebih besar, sebab tak mungkin api yang begitu besar boleh dipadamkan dengan curahan air yang begitu sedikit.

Kemudian, burung kecil tu berkata, "Allah tidak akan bertanya api padam atau tidak dengan usaha aku ini, tapi Allah akan bertanya apa yang aku dah buat untuk menolong Nabi Ibrahim 'alaihissallam."

Begitulah kawan-kawan, kita boikot barang yahudi bukan kerana kesannya, tapi kerana tanggungjawab terhadap saudara Islam.

Sekurang-kurangnya, boleh dijadikan alasan dihadapan Allah kelak.

Mungkin dengan cara ini sahaja untuk kita menolong saudara seagama kita di bumi Palestin, memandangkan rata-rata dari kita terlalu mencintai dunia dan takut mati.

Lagipun, jika ada diantara kita yang turut serta berjihad di sana, akan dilabel sebagai militan dan pengganas pula kan.

Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah
Klik gambar untuk paparan besar.

Jika itu dirasakan sukar untuk dilakukan, maka berdoalah dengan Doa Qunut Nazilah supaya membolehkan mereka yang teraniya di Palestin serta Gaza dikurniakan bantuan oleh Allah S.W.T.

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Adakah anda bersama saya? Hanya tindakan anda sahaja yang membuktikannya.

Layari inminds.co.uk untuk senarai terkini dan penjelasan bagaimana setiap produk Israel ini membantu Israel dalam menyerang Palestin.

Semoga kita meneruskan dan menyokong jihd memboikot barangan US dan Israel.

#SaveGaza

-Sentiasapanas.com