Tuesday, February 25, 2014

Makanan Yang Sesuai Mengikut Jenis Darah

Makanan Yang Sesuai Mengikut Jenis Darah

Patutkah anda mengikuti diet tertentu dan senaman berdasarkan jenis darah anda? Itulah apa yang telah dicadangkan oleh Dr. D'Adamo di dalam bukunya yang bertajuk 'Eat Right for Your Blood Type'.

Eat Right for Your Blood Type

Dr. D'Adamo adalah seorang doktor 'naturopathic' yang merasakan bahawa jenis darah boleh menentukan penyakit dan penyakit-penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh badan anda.

Ia adalah satu pendekatan yang menarik, namun belum ada kajian lagi dijalankan, dan tidak ada kajian yang menunjukkan jenis darah boleh menjadi peramal untuk perkembangan sesuatu penyakit.

Walaubagaimanapun, jika anda tertarik dengan idea berdiet mengikut jenis darah, anda boleh teruskan membaca.

Apa yang menentukan kuantiti?

Wanita akan makan dalam kuantiti jumlah yang rendah setiap hari. Menurut Dr. D'Adamo, pengiraan ini adalah berdasarkan etnik.

Dalam jenis darah, anda perlu mengubah pengambilan kumpulan makanan tertentu mengikut kumpulan etnik anda seperti Asia, Caucasian atau Afrika-Amerika.

Kumpulan makanan dan jenis darah

Jenis O. Dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak, ayam , ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta senaman dengan bersungguh-sungguh.

Jenis A. Perlu mengamalkan makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut.

Jenis B. Perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran , jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang.

Jenis AB. Harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman yang menenangkan.

Faedah mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah

Dr. D'Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan makan protein yang mencukupi dengan mengambil daging tanpa lemak, ayam, makanan soya, makanan laut dan susu rendah lemak. Beliau juga mengesyorkan untuk memakan lemak setiap hari, dan menghadkan gula dan alkohol.

BACA INI JUGA: Rahsia Kelebihan Zat Masam Epal Hijau Sebagai Pembersih Tubuh

Sumber: Tupai.com.my

Bila Suami Isteri Enggan Lagi Lakukan Seks!

Bila Suami Isteri Enggan Lagi Lakukan Seks!

Pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah, "adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan bagi tempoh yang lama sedangkan mereka baru berkahwin?"

Suami enggan seks
Gambar hiasan.

Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk dijawab bagi pihak suami yang dipertikaikan, kerana hubungan seks adalah satu keseronokan yang tiada bandingannya jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan.

Jika begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin sepatutnya benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam!

Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan. Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan.

Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya daripada imaginasi mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan kendiri, sedangkan kini mereka kena mengikut ragam pasangan masing-masing.

Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan terhadap anggota sulit sebenarnya lebih padat dan mendapat sentuhan, sedangkan cengkaman faraj pasangannya lembut dan tidak memberi tekanan diperlukan kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.

Pendek kata, lelaki menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas untuk melakukan persetubuhan. Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri yang turut berjinak-jinak dengan amalan onani.

Jadi, suami sukar memberi kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan diri tidak dapat diberikan anggota kelamin suami. Kesudahannya, isteri mengelak persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.

Ada juga suami mengadu bahawa dia tidak berminat bersetubuh dengan isteri kerana faraj berbau atau berair dan tidak mencengkam.

Ada juga suami yang mengatakan bahawa isteri enggan mencuba posisi lain, sedangkan semua posisi yang suami ingin cuba tidak dilarang agama.

Ada juga suami yang hilang minat terhadap isteri kerana perubahan bentuk badannya iaitu gemuk dan tidak menghangatkan perasaan. Dalam keadaan tidak teruja, sukar mengadakan persetubuhan.

Ada isteri pula memberitahu, mereka kurang berminat kerana suami cepat klimaks atau ereksi tidak cukup keras dan keadaan itu menyakitkan.

Ada juga yang menyatakan ereksi suami tidak cukup padat untuk melakukan pelbagai posisi, oleh itu hubungan kelamin menjadi hambar kerana asyik melakukan satu posisi. Ada juga menyatakan suami berperut buncit manakala ereksinya terbenam.

Suami dan isteri perlu membaca catatan ini dan maklum bahawa hubungan seksual sebenarnya tanggungjawab dan tidak boleh diabaikan.

Suami perlu memastikan isteri mendapat nikmat seksual yang secukupnya dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk kepada doktor atau pakar untuk rawatan. Isteri pula perlu menjaga tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan diidamkan suami.

Menurut pandangan Islam, ini sedekah dan pahalanya sangat besar jadi, lakukan tanggungjawab anda bersama pasangan.

Jika ada yang tidak kena, maklumkan pada pasangan dan cari penyelesaian sebaiknya demi kebahagiaan rumah tangga.

Dr. ISMAIL TAMBI, Pakar Sakit Tuan

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, February 24, 2014

Swara, Budaya Gadai Anak Tebus Maruah!

Swara, Budaya Gadai Anak Tebus Maruah!

Pada satu petang yang indah, ketika berlari pulang dari sekolah dengan perasaan riang, Saneeda dihampiri ayahnya. Berita yang disampaikan ayahnya sukar untuk diterima.

Swara - Child-Marriage [3]
Gambar hiasan.

Ayahnya mahu dia berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dilihatnya bagi ‘menebus kehormatan’ - dan ketika itu umurnya baru lima tahun.

Beberapa bulan sebelum itu, ayah Saneeda, Ali Ahmed menghilangkan diri bersama seorang remaja perempuan dari kampung lain.

Bagi mengelakkan keluarga remaja itu membalas dendam, Ali berjanji akan menyerahkan anak perempuan dan anak saudaranya untuk dikahwinkan.

Budaya menyerahkan atau menawarkan kanak-kanak perempuan untuk dikahwini sebagai pampasan bagi menyelesaikan perbalahan masih diamalkan di kebanyakan tempat di Pakistan.

Di Swat, daerah kelahiran Saneeda, amalan ini dipanggil swara. Data kerajaan menunjukkan empat tahun selepas tamatnya pemerintahan Taliban, budaya ini semakin meningkat di Swat, perkampungan indah yang mendapat nama jolokan ‘Switzerland Pakistan’.

Pada 2013, sebanyak sembilan kes direkodkan, bertambah satu kes berbanding pada 2012. Namun, pejuang hak asasi manusia berkata, jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi kerana ramai yang lebih rela menyembunyikan budaya itu walaupun ia sebenarnya merampas kehidupan kanak-kanak perempuan.

“Ayah menahan saya di tengah jalan dan memberitahu dia sudah menyerahkan saya kepada seseorang melalui budaya swara.

"Tidak lama lagi saya akan diserahkan kepada lelaki yang bakal menjadi suami saya,” kata Saneeda, yang memakai selendang warna keemasan bersulam benang merah dan ungu.

Swara - Child-Marriage
Perkahwinan kanak-kanak.

Mendengar berita itu, ibu Saneeda membantah. Ibunya tidak rela melihat anak gadis yang masih kecil terperangkap dalam perkahwinan paksa, tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa.

Salah seorang daripada pemimpin kampung terdiri daripada orang tua yang dihormati (jirga) sudah memberi arahan untuk melaksanakan semua urusan.

“Memang pada awalnya kami fikir boleh melawan. Mereka tidak boleh ambil anak kami, tetapi setiap hari mereka memberikan tekanan supaya kami cepat menyerahkan Saneeda dalam swara,” kata Fazal Ahad, ayah saudara Saneeda daripada keluarga ibunya.

Namun nasib menyebelahi mereka apabila keluarga Saneeda menerima perintah mahkamah untuk melindunginya. Polis menahan Ali Ahmed dan anggota jirga yang bersetuju mengahwinkan Saneeda menerusi amalan swara.

Bagi orang luar, Saneeda yang kini berusia tujuh tahun dianggap sangat bernasib baik. Tetapi keadaan sebenar tidaklah semanis yang disangkakan. Akibat peristiwa itu, sampai sekarang Saneeda diejek dan disisihkan.

“Kawan di sekolah mengejek-ngejek saya, mengatakan saya sebenarnya sudah diserahkan melalui swara dan akan berkahwin,” katanya sedih.

Kes Saneeda ini sebenarnya agak luar biasa kerana keluarganya berani menentang dan mencabar keputusan jirga.

Di negara di mana penduduknya sangat mementingkan nama baik keluarga, tindakan ini dianggap seperti menyingkap kain sendiri dan ia amat jarang berlaku.

Kebanyakan keluarga akur dengan keputusan jirga dan melepaskan anak dara sunti untuk menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah dikenalinya.

“Memang ada banyak kes swara, tetapi penduduk di sini tidak mendapatkan khidmat polis dan mahkamah. Malah, tidak mahu pun ia dihebahkan.

"Penduduk di sini tidak bawa kes berkaitan wanita ke mahkamah. Kanak-kanak perempuan yang jadi mangsa perlu menanggung semuanya sendirian,” kata Fazal.

Pihak berkuasa juga tidak menyimpan data mengenai swara, tetapi menurut Samar Minallah, aktivis yang menghasilkan dokumentari mengenai amalan ini berkata, dia sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 132 kes swara di Pakistan sejak 2012.

Seorang lagi remaja perempuan yang diserahkan oleh bapa Saneeda ialah Sapna, yang kini berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, Sapna terpaksa akur dengan keputusan jirga dan berkahwin dengan lelaki yang dipilih untuknya.

Sikap penduduk setempat yang amat mematuhi peraturan budaya swara dan menjaga kerahsiaan, membantutkan usaha wartawan untuk berjumpa dengan Sapna.

Fazal berkata, sembilan kes swara yang dilaporkan di Swat adalah serpihan kecil daripada jumlah kes sebenar.

Bagaimanapun, apa yang menggembirakan, kini semakin ramai mangsa bersedia untuk membuat pengakuan dan bercerita mengenai kisah hidup mereka.

“Melalui laporan media, kini orang ramai semakin sedar bahawa amalan ini menindas hak kanak-kanak perempuan dan ia adalah satu kesalahan. Jadi sesetengah daripada mereka mula tampil membuat laporan,” katanya.

Perkahwinan bawah umur secara paksa ini sebenarnya melanggar undang-undang, tetapi polis berkata, siasatan kes seperti ini sering menemui jalan buntu kerana kebanyakan saksi keberatan untuk memberikan keterangan.

“Dalam kes swara, saksi tidak memberikan bukti untuk menyalahkan atau menentang satu sama lain kerana mereka tinggal di kampung yang sama,” kata Naveed Khan, pegawai polis kanan di Mingora, Swat.

“Contohnya dalam satu kes perkahwinan swara pada 2012, semua 12 yang tertuduh dibebaskan kerana tidak cukup bukti untuk menyabitkan kesalahan mereka. Tiada siapa mahu memberi keterangan dalam kes seperti itu,” ceritanya.

Sambungnya lagi, pada 2013, pihak berkuasa menangkap 65 suspek dalam sembilan kes swara (termasuk bapa Saneeda), tetapi nasib mereka bergantung kepada keputusan mahkamah.

Swara - Child-Marriage [2]
Gambar hiasan.

Kumpulan pejuang hak wanita berkata, kerajaan perlu berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menghapuskan budaya swara.

“Ada lebih 15 kes swara yang diberi pendedahan,” kata Tabassum Adnan Safi, pengerusi kempen kumpulan pejuang hak wanita di Swat.

“Kami sedang berusaha meningkatkan kesedaran wanita mengenai betapa buruknya budaya ini.

"Selain kempen kesedaran, kami juga mengadakan protes menentang amalan swara dan cuba mendapatkan sokongan ramai supaya kanak-kanak perempuan dilindungi.

"Namun saya mengakui, bukan mudah hendak mendapatkan saksi yang bersedia memberikan keterangan di mahkamah,” sambungnya.

Menurut Samar Minallah, perubahan tidak akan berlaku sekiranya polis dan pendakwa tidak bersedia mencabar jirga.

Ini satu tugas yang sukar khususnya di kawasan di mana struktur pemerintahan tradisional amat dihormati.

“Satu kempen kesedaran terhadap keburukan swara sudah dijalankan dan inilah sebabnya kini semakin banyak kes dilaporkan, tetapi pihak berkuasa perlulah mengambil tindakan tegas terhadap jirga dan menghentikan mereka daripada melanggar undang-undang,” katanya.

Nampaknya impian Samar Minallah masih terlalu jauh untuk digapai kerana sebahagian besar penduduk termasuklah pengamal undang-undang sendiri mempertahankan budaya ini.

“Saya tidak nampak di mana salahnya membuang satu duri dalam masyarakat (si pesalah) demi kebaikan banyak pihak.

"Ia menyelamatkan banyak nyawa dan membawa keharmonian dalam keluarga,” kata Syed Kareem Shalman, peguam di Mingora.

“Jika keluarga yang menerima menantu perempuan menerusi swara menganiayanya, keluarga ini akan berhadapan dengan ancaman atau balas dendam daripada keluarga yang memberikan anak perempuan mereka,” katanya. -AFP

Filem Bajet Rendah Yang Mencapai Kejayaan Besar!

Filem Bajet Rendah Yang Mencapai Kejayaan Besar!

Filem-filem yang dihasilkan di negara-negara Barat biasanya adalah berbajet tinggi dan berskala besar. Namun, bajet yang besar sekalipun adakalanya tidak menjamin filem tersebut akan mencapai kutipan pecah panggung malahan kualitinya juga tidak semestinya baik.

Alexis Bledel

Disebalik keghairahan para pembikin filem Hollywood menerbitkan filem-filem berskala besar, ada juga filem-filem berbajet rendah dan berskala kecil yang akhirnya mencapai kejayaan yang menakjubkan.

Senarai dibawah adalah antara filem-filem bajet rendah yang telah mencapai kejayaan yang melampaui jangkaan semua.

Badlands (1973)
Bajet: USD500,000

Badlands (1973)

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh pembuat filem yang agak nakal dan menyendiri iaitu Terrance Malick dan dibintangi oleh Martin Sheen dan Sissy Spacek sebagai pasangan kanak-kanak yang menjelajah seluruh negara untuk membunuh dengan skrip yang berdasarkan kisah hidup Charles Starkweather dan Caril Ann Fugate.

Terrance memulakan kerja-kerja pembikinan filem semasa dia masih menuntut dalam tahun kedua di sekolah perfileman.

Semasa filem itu muncul dalam Festival Filem New York, filem ini dikatakan terus mendapat perhatian dan berjaya mengatasi filem Martin Scorsese iaitu Mean Streets. Pihak Library of Congres juga telah memilih filem ini untuk disimpan.

Sejak filem ini dihasilkan, Terrance terus menghasilkan 3 buah filem lain yang menjadikan beliau antara pengarah pilihan para pengkritik filem.

Napoleon Dynamite (2004)
Bajet: USD400,000

Napoleon Dynamite (2004)

Filem ini telah ditulis dan diarahkan bersama-sama diantara pasangan suami isteri, Jared dan Jerusha Hess.

Filem ini diadaptasikan daripada sebuah filem pendek dan apabila dipasarkan ia terus mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan berjaya mengutip kira-kira USD50 juta untuk pasaran tempatan.

Malahan, kerana filem ini jugalah telah membuka peluang yang lebih besar untuk pelakon utamanya, Jon Heder.

Cube (1997)
Bajet: 365,000 Dolar Kanada

Cube (1997)

Filem arahan Vincenzo Natali yang dikeluarkan di Kanada ini adalah sebuah filem thriller fiksyen tentang sekumpulan orang-orang asing yang terjaga secara bersendirian dalam sebuah kiub yang tidak bertingkap.

Setiap satu kiub akan menghubungkan ke kiub yang lain dan begitulah seterusnya. Walaupun kutipannya tidaklah sebesar kutipan filem lain, namun ia terus menjadi sebuah filem ikutan klasik.

Malah, sambil masa berlalu, filem ini masih terus mampu untuk mencari pasaran serta penontonnya sendiri dalam bentuk dvd.

Halloween (1978)
Bajet: USD320,000

Halloween (1978)

Filem hasil arahan John Carpenter ini seringkali dilabel sebagai 'pemula' filem-filem genre seumpamanya di layar perak. Filem ini adalah antara filem yang paling berjaya secara kewangannya yang pernah dibuat.

Dihasilkan dengan bajet yang cukup rendah, namun segala keperitan itu terbayar kerana selepas ditayangkan, ia berjaya mengutip kutipan sebanyak USD60 juta, kira-kira USD203 juta pada nilai hari ini.

Pada tahun 2006 pula, pihak Film Registry dan Library of Congress di Amerika Syarikat telah memilih filem ini untuk disimpan sebagai sebuah filem yang 'secara budaya, sejarahnya dan astetiknya signifikan'.

The Texas Chainsaw Massacre (1974)
Bajet: USD83,000

The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Pada asalnya filem ini bukanlah sebuah filem yang dianggap sebagai filem ikutan klasik, malah pada mulanya para pengkritik membenci filem ini. Filem yang mengisahkan tentang satu keluarga yang memakan manusia (kanibal) dan pernah diharamkan daripada ditayangkan di negara-negara tertentu termasuklah Australia dan United Kingdom.

Dan kerana pengharaman itulah yang telah mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat terhadap filem ini. Akhirnya, filem ini berjaya mengutip USD30 juta untuk pasaran tempatan walaupun para pengkritik melabelkannya sebagai filem sampah.

Masa terus berlalu, dan filem ini terus diangkat sebagai filem yang cukup berpengaruh dalam genrenya dan berjaya disambung ke sekuel-sekuel yang lain serta berjaya menangkis segala kritikan yang pernah dilemparkan terhadap filem ini.

Clerks (1994)
Bajet: USD27,000

Clerks (1994)

Walaupun secara rasminya filem ini hanya berjaya mengutip USD3 juta, namun legasinya tidak boleh dinafikan lagi.

Semasa ingin membikin filem ini, Kevin Smith terpaksa menjual kebanyakan daripada koleksi buku-buku komik miliknya dan dicampurkan lagi dengan duit daripada kad kredit, dana-dana kolej dan tidak lupa juga duit insuran yang diperolehinya akibat keretanya hilang dalam sebuah banjir.

Jadi, tidak hairanlah jika filem ini gagal, maka sudah tentulah akan mendatangkan banyak masalah kepada Kevin.

Akhirnya filem ini berjaya menggerakkan pembuatan filem-filem sekuelnya, pembuatan filem animasi dan paling penting, melonjakkan karier Kevin Smith.

The Blair Witch Project (1999)
Bajet: USD22,000

The Blair Witch Project (1999)

Sekitar tahun 1999, filem ini telah mendapat liputan meluas. Pengarah filem ini, Daniel Myrick dan Eduardo Sanchez telah memikirkan idea tentang filem ini pada tahun 1988 namun mereka tidak memulakan penggambaran untuk filem ini kerana tidak mempunyai sumber kewangan dan menangguhkannya sehinggalah 10 tahun kemudiannya.

Namun, apabila akhirnya ianya difilemkan, mereka menggunakan bajet yang seolah-olah hampir tiada, dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari tentang lagenda tempatan yang digabungkan dengan futej-futej daripada pihak amatur.

Filem ini sendiri dan mitologinya telah menjadi sensasi di serata dunia dalam sekelip mata.

Apa yang mengejutkan ialah kutipannya yang sangat banyak, USD250 juta!

El Mariachi (1992)
Bajet: USD7,000

El Mariachi (1992)

Sebenarnya memang sejak dahulu lagi sebelum menjadi terkenal, pengarah Robert Rodriguez sentiasa menghasilkan filem-filem berbajet rendah termasuklah filem El Mariachi yang telah menjulang namanya dalam persada perfileman.

Malahan bagi filem ini, Robert dikatakan telah mengumpul wang untuk pembikinan filem ini bersendirian dengan bersetuju untuk menjadi sukarelawan untuk satu ujian experimen dadah di Texas.

Dia hanya menggunakan kelengkapan sedia ada untuk membuat filem ini dan tidak kisah mengupah mana-mana pekerja lain. Filem ini adalah tentang seorang ahli muzik yang telah disalah anggap sebagai seorang gengster yang kejam.

Filem ini sangat berjaya dan disambung ke dua lagi sekuel selain melonjakkan karier Robert sendiri ke tahap yang ada sekarang.

Primer (2004)
Bajet: USD7,000

Primer (2004)

Filem ini memang menggunakan bajet yang cukup rendah malah filem ini telah ditulis, diarah, diterbit dan dilakonkan sebagai pelakon utama oleh orang yang sama iaitu seorang ahli matematik yang juga bekas seorang jurutera bernama Shane Carruth.

Dalam pesta filem Sundance, filem ini telah berjaya memenangi hadiah utama pesta tersebut iaitu Grand Jury dan sejak itu telah menjadi sebuah filem kembara masa paling digemari terutamanya kepada penggemar-penggemar filem di seluruh dunia.

Malah, satu komen yang dikeluarkan oleh The Village Voice telah menggelarkan filem ini sebagai filem paling segar yang pernah dikeluarkan sejak filem Kubrick pada tahun 2001.

Following (1998)
Bajet: USD6,000

Following (1998)

Dengan beredarnya filem-filem seperti The Dark Knight dan Inception, pengarah Christopher Nolan telah menjadi salah satu nama besar dalam dunia perfileman dan filemnya seolah-olah dijamin akan mencapai kutipan pecah panggung.

Namun, lama sebelum menjadi pengarah tersohor, dia telah berjaya menarik ramai pengikutnya yang tersendiri. Dengan duit yang sangat sedikit, peralatan yang terbatas dan para pelakon dan krew yang bekerja sepenuh masa di tempat lain pada hari biasa, akhirnya filem hasilan Christopher Nolan berjaya disiapkan dalam tempoh setahun.

Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis yang menghadapi kesukaran telah cuba mendapatkan inspirasi dengan mengekori sesiapa saja ke sana-sini.

-Sentiasapanas.com

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Dalam satu perjumpaan rahsia dengan kumpulan Jesuit (The Society of Jesus), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersetuju dengan pendapat paderi Kristian daripada Singapura yang menyatakan bahawa PAS walaupun namanya Islamik, namun perjuangan parti itu kini bukan lagi memperjuangkan gagasan Islamik, Negara Islam.

PAS Bukan Islamik

Malah, Anwar turut menambah, PAS sekarang tidak lagi komited perjuangan Islamik itu sebaliknya mengubah perjuangan yang senada dengan Pakatan Rakyat (PR) ke arah demokrasi dan liberalisme.

“Anwar dalam satu perjumpaan rahsia bersama golongan jesuit dan seorang father daripada Singapura telah menyatakan negara ini bukan negara Islam dan PAS bukan lagi berjuang untuk Negara Islam.

“Kata Anwar, PAS kini, satu parti (yang) komited untuk reformasi media dan badan kehakiman bebas, demokratik, liberalisme..,” dedah bekas pembantu Anwar, Yuktes Vijay dalam laman sosialnya, yuktes.vijay.

Yuktes membuat pendedahan itu ketika mengulas kehadiran Anwar di Gereja Holy Family pada Ahad lalu.

Dalam ucapan di gereja terbesar Kajang, Yuktes berkata Anwar telah mengapi-apikan sentimen pengundi Kristian supaya membenci pemerintahan Putrajaya yang didakwa membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan serta menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.

“Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah

“Memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu..turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat,”lapor Yuktes.

Menurut Yuktes, Anwar merupakan tokoh politik yang sentiasa meniupkan sentimen adu domba dan kebencian untuk mendapatkan sokongan politik kepadanya.

Jika dahulu, kata Yuktes, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar meniupkan kebencian terhadap kelompok kristian yang didakwanya sedang menjalankan gerakan Kritianisasi besar-besaran di negara ini.

“Di ABIM ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar telah menuduh berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, dan dia akan demo jika gerakan ini tidak dibendung. ABIM turut menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia…

“Masa itu motif anwar adalah untuk bongkar ‘niat’ Stamford Raffles yang mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu adalah untuk ‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara ini,”katanya

Yuktes juga turut mempersoalkan penubuhan badan berjenama Islam, IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ditubuhkan Anwar pada tahun 1981 di sebuah negara yang terkenal memerangi agenda Islamik, Amerika Syarikat.

“Bolehkah wujudkan IIIT di Amerika Syarikat masa dia di ABIM ?

“Cuba selidik..sebelum serangan dilakukan ke atas mana-mana negara Islam, Anwar akan bersuara menyokong Amerika…Afghan, Iraq, Libya dan kini Syria….Kristian serang Islam namanya masalah….Islam serang Islam namanya norma…

“Bersatulah…jangan biarkan Anwar hancurkan Malaysia! Dia agen CIA,” katanya lagi.


Pada tahun 2009, ketika berucap dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia, Anwar turut menyentuh tentang Pakatan Rakyat (PR) yang di dalammya termasuk PAS yang sering dilabel sebagai Islamik.

Anwar menyebut kehairan orang ramai tentang kehebatannya menyatukan parti-parti PKR, DAP dan PAS dalam PR.

“Mereka berkata awak (Anwar) membentuk Pakatan Rakyat di Malaysia. Parti Keadilan (PKR), Awak ada Democratic Action Party (DAP)..Cina dan juga Parti Islam (PAS)..Oh my god !.

“Ini adalah parti (PAS) yang ekrimis yang cuba mempromosi syariah.

“Ketika itu saya bertanya, ‘apa maksud anda tentang syariah ?’ (sambil memperlahankan suara Anwar berkata) memotong tangan dan apa-apa sahaja yang boleh dipotong,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa.

“Awak tahu apa maksud saya,” tambah Anwar lagi.

Anwar mendakwa berlaku salah faham terhadap syariah, dakwanya lagi matlamat sebenar syariah seperti terkandung dalam Maqasid Syariah yang dikemukakan oleh Abu Ishaq al-Shatibi adalah untuk menggalakkan kebebasan beragama.


Pada tahun 2005, ketika Anwar berceramah di hadapan pemikir Yahudi dan Jesuit di Amerika Syarikat, Anwar mendakwa perjuangan PAS yang dahulunya memperjuangkan teokrasi (Negara Islam) telah mengubah dasar perjuangannya kepada teo-demokrasi (demokrasi agama).

“Dalam pengalaman singkat saya dengan Parti Islam (PAS) yang dahulunya dikenali sebagai penyokong kuat undang-undang Islam dan Negara Islam.

“Sekarang, Negara Islam bukan lagi agenda mereka,” katanya.

[Sumber]

Merungkai Rahsia Cahaya Merah Di Kaki Langit

Merungkai Rahsia Cahaya Merah Di Kaki Langit

Ketika matahari hampir terbenam dibahagian barat dan kemudian terbit di timur, kita akan menyaksikan cahaya kuning kemerah-merahan yang sangat indah di garis horizon atau kaki langit. Sedarkah kita kenapa Allah SWT menciptakan ia sedemikian rupa?

Cahaya merah di ufuk timur

Setelah diteliti dalam tafsir Al-Qur'an, Imam Ibnu Kathir menyimpulkan bahawa cahaya mega atau dalam sebutan bahasa arab, Syafaq, bermaksud kemerah-merahan digaris ufuk. Cahaya itu muncul sama ada sebelum matahari tenggelam atau ketika matahari hendak terbit.

Berpandukan Al-Qur'an, Ibnu Haytam, saintis Islam paling popular dari Sepanyol telah melakukan kajian berhubung fenomena mega ini.

Hasil penemuannya mendapati kemunculan cahaya merah pada waktu pagi atau ketika senja berlaku ketika matahari berada pada kedudukan 19 darjah di bawah kaki langit.

Fakta saintifik ini telah disebutkan oleh beliau hampir 1,000 tahun dahulu ketika berada di Sepanyol, sebelum meninggal dunia pada 1,039 Masihi.

Difahamkan, fakta dan idea asal milik Ibnu Haytam dicedok oleh seorang ahli fizik Belanda, Willebrord Snel Van Royen (1591-1626).

Willebrord Snel Van Royen (1591-1626)

Dia kemudian mempatenkannya dengan istilah Hukum Snellius untuk digunakan dalam menghitung sudut bias pada cahaya atau gelombang yang melalui udara. Ramai saintis moden hari ini menggunakannya sebagai sumber rujukan ilmiah.

Dengan berpandukan hukum tersebut, kiraan yang dilakukan oleh ahli sains mendapati, 20 minit sebelum matahari naik atau terbenam, matahari akan berada pada kedudukan 5 hingga 10 darjah altitud (garis lintang Bumi).

Apabila matahari berada pada posisi tersebut, cahaya ungu akan muncul di langit dan tersebar dengan meluas kira-kira 40 hingga 60 darjah azimut - ukuran kedudukan sfera. Cahaya ini akan berubah menjadi warna merah selepas melalui tingkat kepadatan gas dan molekul yang melikupi ruang atmosfera bumi.

Ahli sains sepakat mengatakan fenomena mega berlaku kerana adanya lapisan atmosfera yang melikupi bumi.

Sebelum sinaran matahari sampai ke Bumi, ia harus menembusi lapisan atmosfera, melalui titik halus yang dinamakan horizon, seterusnya disebar oleh partikel-partikel kecil di atmosfera.

Atmosfera

Sekiranya Bumi tidak memiliki lapisan atmosfera, fenomena cahaya merah mungkin tidak akan muncul dengan tiba-tiba ketika terbit dan terus hilang begitu sahaja pada waktu terbenam.

Daripada interiaksi itu jugalah, manusia mampu melihat cahaya matahari ketika ia hampir tenggelam dan terbit seperti waktu tengah hari dimana penglihatan kita terhalang daripada melihat matahari kerana sinarannya yang menyilaukan mata.

Allah sengaja menciptakan fenomena sebegitu kerana pada saat itu sinar matahari yang sudah condong akan melalui atmosfera yang lebih tebal untuk mencapai mata kita.

Dengan itu, kita boleh melihat sinaran matahari dengan jelas tanpa mencedera atau menyakitkan mata.

Kepentingan fenomena mega ini telah dijelaskan secara tersirat oleh Allah di dalam Al-Qur'an melalui surah Al-Insyiqaq, ayat 16. Firman Allah yang bermaksud: "Maka Aku bersumpah demi mega".

Aku bersumpah demi mega

Allah bersumpah pada ayat tersebut kerana Dia hendak memberitahu bahawasanya Syafaq, yakni cahaya merah terletak betul-betul ditengah garis pemisah antara dua keadaan iaitu siang dan malam.

Bahkan, jika dikaji surah Al-Insyiqaq daripada ayat 1 hingga 25, kedudukan ayat tentang Al-Syafaq ini juga terletak di antara bahagian tengah surah.

Untuk memahami ayat ini, ilmuwan tafsir, Hasan Al-Basri dan Ikrimah cuba menjelaskan makna Syafaq dengan berpandukan plot selepas ayat 16, iaitu bermula daripada ayat 17 yang bermaksud; "Dan (demi) malam serta segala yang dihimpunkannya". Ayat ke-18 pula, "Dan (demi) bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama".

Setelah Allah bersumpah dengan tiga perkara itu - demi cahaya merah, malam yang menghimpunkan segala-galanya dan demi bulan apabila ia penuh purnama.

Dan (demi) malam serta segala yang dihimpunkannya

Allah berfirman pula pada ayat ke-19 yang maksudnya; "Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)".

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, Hasan Al-Basri dan Ikrimah membuat kesimpulan bahawasanya Allah ingin memberitahu sesungguhnya kehidupan kita pasti akan melalui situasi yang berbeza-beza, seperti mana perubahan alam.

Fenomena alam hidup yang berubah-ubah ini untuk menunjukkan kepada kita kekuasaan Allah mencipta segala sesuatu.

Dia jugalah yang menghiasi warna-warni hidup manusia yang sentiasa bersulamkan bahagia, dukacita, kesenangan dan kepayahan.

Demikian Allah mendidik manusia agar menjadikan sunnah alam ini sebagai panduan hidup di muka bumi.

Penjelasan inilah kenapa Allah bersumpah pada cahaya merah, pada malam yang gelap dan bulan purnama.

-Sentiasapanas.com

Sunday, February 23, 2014

Wajah Pemilik Fan Page 'Murtads In Pantai Timur'

Wajah Pemilik Fan Page 'Murtads In Pantai Timur'

Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.

Murtads In Pantai Timur

Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh.

Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.

Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.

Murtads In Pantai Timur [2]

Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu.

Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.

Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan.

[Sumber]

Remaja Maut Ketika Cuba Halau 'Jin'

Remaja Maut Ketika Cuba Halau 'Jin'

Sekurang-kurangnya dua remaja meninggal dunia selepas mereka dibawa ke pusat perubatan alternatif bagi merawat ‘gangguan makhluk halus,’ lapor media.

Asap kemenyan
Gambar hiasan.

Dalam kejadian pertama, seorang remaja perempuan, Ghada, dipercayai dirasuk jin dan dibawa ke pusat perubatan itu untuk bertemu pemiliknya, dikenali sebagai Sheikh Abu Harith.

Saksi berkata, Abu Harith meletakkan alat perakam di kepala Ghada sambil membaca ayat al-Quran, manakala ibu dan abangnya berdiri di sebelah.

“Kemudian sheikh itu menekan satu daripada jari kaki kiri Ghada menyuruh jin yang merasuk tubuh remaja terbabit supaya keluar.

“Ghada masih sedarkan diri ketika sesi rawatan selesai dan meninggalkan klinik dalam keadaan baik,” katanya.

Bagaimanapun, kata saksi, Ghada akhirnya meninggal dunia apabila pulang ke rumah.

Ibu Ghada berkata, dia membawa anak perempuannya itu ke klinik perubatan berkenaan pada 16 Februari lalu.

Dalam kejadian kedua, Israa Zourob, 17, turut menemui ajal ketika dirawat seorang lagi pengamal perubatan seumpamanya, Abu Khalil al-Zamili di depan ibu bapa dan abangnya pada 2 Februari lalu.

Pengamal perubatan itu menyuruh Israa meminum satu liter air yang dicampur dengan setengah kilogram garam kononnya untuk membolehkan jin yang merasuk remaja itu keluar.

(Baca: Misteri Pusara Di Lebuh Raya Utara Selatan)

Ibu Israa, Um Youssef Zourob berkata, dia tidak tahu sama ada anaknya mati akibat tercekik ketika meminum air garam itu atau mengalami keracunan.

“Saya nampak muka anak saya bertukar biru ketika dipaksa agar meminum air garam itu.

“Selepas seketika Israa longlai dan tidak lagi bergerak,” katanya.

Ekoran kejadian itu, polis Gaza menahan seorang daripada pengamal perubatan alternatif terbabit.

Pihak berkuasa berkata, lelaki yang ditahan itu memiliki ijazah sarjana dalam Sains Syariah.

Jurucakap polis Gaza, Abu Shaar berkata, lelaki yang disyaki bertanggungjawab terhadap kematian pesakitnya itu masih disoal siasat.

“Pendakwa raya sudah mengemukakan bukti untuk mendakwanya dan suspek kini menunggu arahan daripada mahkamah,” katanya.

Menurut kajian dilakukan Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Palestin, Israa bukan mangsa pertama yang mati akibat rawatan sedemikian.

Pada 1998, Sabira al-Athamna menemui ajal selepas dibelasah pengamal perubatan yang merawatnya atas alasan untuk memaksa makhluk halus yang ada di dalam tubuhnya supaya keluar. -Agensi

Derita 6 Jam Diperkosa 30 Lelaki!

Derita 6 Jam Diperkosa 30 Lelaki!

London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Gadis Pakistan Kena Rogol
Gambar hiasan.

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

(Baca: Ngeri! Masih Hidup Leher Hampir Putus Di Tetak Pencuri)

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Shaista Gohir
Shaista Gohir.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan. -Agensi

Empayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia

Empayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia

Empayar ialah sebuah pemerintahan yang merangkumi kawasan pemerintahan sesebuah negara dan termasuk juga negara-negara yang berada di bawah takluk jajahan pemerintahantersebut.

The Great Empire

Sepanjang sejarah dunia sejak dahulukala, terdapat beberapa buah empayar yang terkenal dan berjaya dalam pemerintahannya.

Berikut adalah empayar-empayar yang paling besar dalam sejarah dunia diukur dari segi keluasan jajahan takluknya.

Empayar British
Keluasan: 33.7 Juta Kilometer Persegi

The British Empire in the 1920's
The British Empire in the 1920's.

Empayar British terdiri daripada dominion-dominion, koloni-koloni serta pelbagai lagi kawasan lain yang diperintah oleh United Kingdom yang pada asalnya bermula dengan koloni-koloni di luar negara serta kawasan-kawasan perdagangan yang ditubuhkan oleh England pada lewat kurun ke 16 dan awal kurun ke 17.

Pada masa kemuncaknya, empayar ini ialah empayar terbesar dalam sejarah dan selama lebih satu abad adalah kuasa utama di dunia.

Menjelang tahun 1922, Empayar British menguasai populasi manusia seramai 458 juta yang merupakan kira-kira suku daripada penduduk dunia secara keseluruhannya pada masa tersebut serta jajahan takluknya merangkumi kawasan seluas 33,670,000 kilometer persegi iaitu kira-kira suku daripada keluasan sebenar bumi.

Sebagai impaknya, segala jenis fahaman politik, linguistik serta budayanya tersebar luas ke kawasan jajahan takluknya. Pada zaman kemuncaknya juga pernah ada orang yang menggelarkan empayar ini sebagai 'Matahari tidak pernah terbenam di Empayar British' kerana luasnya empayar tersebut sehinggakan matahari akan sentiasa bersinar di mana-mana jajahan takluknya.

Empayar Mongol
Keluasan: 33.0 Juta Kilometer Persegi

The Mongol Empire
The Mongol Empire.

Empayar Mongol ialah empayar yang berkuasa pada kurun ke 13 dan 14 Masehi dan kawasan pemerintahannya adalah seluas dari Eropah Timur sehinggalah ke benua Asia. Malah, empayar ini adalah empayar yang mempunyai sempadan terbesar dalam sejarah dunia.

Ia mula muncul dari penyatuan puak Mongol dan Turki pada zaman moden Mongolia dan bertambah keluasannya setelah setelah mereka menjajah terutama sekali selepas Genghis Khan dilantik menjadi pemerintah pada tahun 1206.

Pada zaman kemuncaknya, empayar ini boleh diukur dari Danube di Laut Jepun sehinggalah ke Kemboja dengan keluasan 33,000,000 kilometer persegi yang merupakan kira-kira 22% daripada keluasan tanah bumi dan populasi penduduk pula ialah lebih 100 juta orang.

Ia selalu digelar sebagai 'Empayar Dunia Mongol' kerana merentasi kebanyakan Eurasia. Sebagai impak kepada penguasaan dan impak politik serta ekonomi kepada dunia purba, peperangan yang berlaku antara empayar ini dengan kuasa pemerintahan kuat lain yang berada di Afrika, Asia dan Eropah, maka peperangan ini juga dikenali sebagai perang dunia zaman silam.

Dibawah kemajuan yang dibawa oleh empayar Mongol, pelbagai teknologi baru selain komoditi dan idealogi telah tersebar ke serata Eurasia.

Empayar Rusia
Keluasan: 23.9 Juta Kilometer Persegi

Russian Empire 1866
Russian Empire.

Empayar Rusia ialah sebuah negara yang telah wujud sejak tahun 1721 sehinggalah ke Revolusi Rusia pada tahun 1917. Ia adalah pengambil alihan daripada pemerintahan Tsar di Rusia dan juga pengasas kepada Soviet Union.

Ia adalah empayar bersempadanan kedua terbesar di dunia dalam sejarah yang hanya boleh diatasi oleh Empayar Mongol serta empayar ketiga terbesar di dunia. Pada satu ketika pada tahun 1866, ia merentasi dari Eropah Timur ke Asia serta ke Utara China.

Pada awal kurun ke 19, Rusia ialah negara terbesar di dunia yang bermula dari Lautan Artik di bahagian utaranya sehinggalah ke Laut Hitam di bahagian selatannya dan dari Laut Baltik di bahagian baratnya merentasi ke Lautan Pasifik di sebelah timurnya.

Dengan penduduk di bawah jajahannya seramai 176.4 juta orang, ia menjadi populasi manusia ketiga terbesar di dunia ketika itu selepas jajahan Qing di China dan Empayar British. Ia mempersembahkan banyak pengaruh dalam ekonomi, etnik dan pelbagai pegangan agama.

Manakala ketua empayar ini pula dipegang oleh seorang maharaja yang merupakan monarki penuh terakhir yang wujud di Eropah. Menjelangnya bermulanya perang dunia pertama pada bulan Ogos 1914, Rusia adalah salah satu dari lima kuasa besar yang berada di Eropah.

Empayar Sepanyol
Keluasan: 20.0 Juta Kilometer Persegi

Spanish Empire
Spanish Empire.

Empayar Sepanyol merangkumi kawasan dan koloni yang diperintah secara terus oleh Sepanyol sama ada di Eropah, Amerika, Afrika, Asia dan Oceania. Pada zaman kemuncaknya, ia adalah salah satu empayar terbesar dalam sejarah dunia dan bersifat global yang pertama di dunia. Ia bertahan dari kurun ke 15 Masehi sehingga kurun ke 20.

Sepanyol muncul sebagai sebuah monarki yang bersatu pada tahun 1480an dengan berlakunya perkahwinan Monarki Katolik iaitu monarki bagi kerajaan Castile dan Aragon. Undang-undang antara kedua-duanya dipisahkan tetapi akhirnya polisi luar dan dalam negara berjaya disatukan.

Pada tahun 1492, mereka berjaya menakluki Semenanjung Iberian dari pemerintahan kerajaan Islam Moorish Al-Andalus dalam peperangan yang digelar 'Battle of Granada' yang membuka sumber-sumber kepada eksplorasi dan kolonisasi untuk pembinaan sebuah empayar.

Pada tahun yang sama juga, Christopher Colombus melakukan penjelajahan ke barat merentasi Lautan Atlantik yang mewujudkan hubungan kolonial antara Eropah dan Amerika. Kawasan di Hemisfera Barat kini menjadi fokus kepada Castile dan kemudiannya orang-orang Sepanyol telah menguasai kolonisasi di Amerika.

Pada zaman Age of Discovery pula, Sepanyol mula mendiami kepulauan Carribean dan tidak lama selepas itu, mula menguasai empayar dikawasan lain seperti Aztec dan Inca di tanah besar Amerika Selatan.

Kemudian, ekspedisi telah dijalankan yang membolehkan mereka menubuh sebuah empayar yang mengunjur dari Kanada pada hari ini di Amerika Utara sehinggalah ke Falklands di Amerika Selatan.

Eskpedisi navigasi dunia yang dimulakan oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1519 telah berjaya disempurnakan oleh Juan Sebastian Elcano pada tahun 1522 dan mencapai apa yang pernah diinginkan oleh Christopher Colombus iaitu satu jalan menuju ke benua Asia dan membawa Timur Jauh ke pengetahuan pihak Sepanyol yang mana mereka kemudian telah menubuhkan koloni-koloni di Guam, Filipina dan pulau-pulau disekitarnya.

Pada zaman Siglo de Oro, Empayar Sepanyol terdiri daripada Belanda, Luxembourg, Belgium, sebahagian daripada Itali, Jerman dan Perancis, beberapa jajahan di Afrika, Asia dan juga Oceania selain kawasan-kawasan luas seperti Amerika.

Menjelang kurun ke 17, Sepanyol telah menguasai sebuah empayar yang mempunyai jajahan takluk yang sangat luas yang tidak lagi akan diulangi oleh penggantinya.

Empayar Qing
Keluasan: 14.7 Juta Kilometer Persegi

Empire of the Great Qing
Empire of the Great Qing.

Dinasti Qing yang turut dikenali sebagai Dinasti Manchu ialah dinasti terakhir yang memerintah negara China dari tahun 1644 hingga ke tahun 1912. Ia telah digantikan kemudiannya oleh Dinasti Ming dan kemudiannya menjadi Republik China. Dinasti ini telah ditubuhkan oleh puak Manchu, Aisin Gioro, iaitu apa yang dikenali sebagai China Barat Daya pada hari ini dan turut dikenali sebagai Manchuria.

Bermula pada tahun 1644, ia telah berkembang sebagai China yang sempurna serta kawasan-kawasan jajahan di sekeliling menjadikannya sebuah empayar yang dikenali sebagai Great Qing. Pasifikasi yang lengkap bagi negara China telah berjaya dilengkapkan sekitar tahun 1683 dibawah pemerintahan Maharaja Kangxi.

Ia mula-mula sekali ditubuhkan di bawah Dinasti Jin, Amaga Aisin Gurun pada tahun 1616 namun nama itu telah ditukar kepada Qing, yang bermakus 'Jelas' pada tahun 1636. Pada tahun 1644, Beijing telah dibuang oleh pihak penentang yang diketuai oleh Li Zicheng, seorang pegawai kecil kerajaan Ming yang juga ketua bagi kumpulan revolusi petani.

Maharaja terakhir dinasti Ming, Chongzhen telah membunuh diri apabila bandar itu jatuh, menandakan secara rasminya kejatuhan Dinasti Ming. Puak Manchu kemudiannya bersekutu dengan general Dinasti Ming, Wu Sangui dan mengambil alih kawalan di Beijing dan menjatuhkan pemerintahan Dinasti Shun yang hanya sekejap sahaja memegang takhta.

Semasa mereka berkuasa, Dinasti Qing telah menjadi sangat berintegrasi dengan budaya China. Dinasti ini mencapai kemuncaknya pada kurun ke 18 iaitu semasa kedua-dua buah jajahan dan penduduknya meningkat. Namun, kuasa ketenteraannya pula menjadi lemah selepas itu dan berhadapan dengan penentangan yang hebat serta kekalahan dalam perang yang menyebabkan akhirnya Dinasti Qing dinafikan pada pertengahan kurun ke 19.

Dinasti ini akhirnya dijatuhkan oleh Revolusi Xinhai apabila Maharani Dowager Longyu telah turun takhta bagi pihak maharaja terakhir iaitu Puyi, pada 12 Februari 1912.

BACA INI JUGA: Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan

-Sentiasapanas.com