Sunday, February 23, 2014

Perempuan Simpanan Tersilap Upload Gambar!

Perempuan Simpanan Tersilap Upload Gambar!

Gara-gara tersilap memuat naik gambar ke media sosial, seorang perempuan simpanan telah mendedahkan wang tunai yang dimilikinya iaitu sebanyak £3 juta di dalam bank.

Li Shanshan

Rupa-rupanya dia bukan sahaja memuat naik gambar bersama kekasihnya yang juga orang kuat parti politik di China, Luo Zhiyuan di Facebook, sebaliknya dia juga memuat naik akaun bank tanpa disedarinya.

Entri tersebut telah menyebabkan Facebook wanita itu, Li Shanshan dihujani dengan pernyataan mengenai wang tersebut.

Shanshan sebelum ini berbuat demikian kerana ingin mengajar kekasihnya yang dikatakan enggan membayar nafkah kepada anak mereka.

Sebagai bukti bahawa dia adalah kekasih Zhiyuan, Shanshan merakamkan selfie bersama Zhiyuan yang ketika itu sedang tidur bersama, dan dimuat naik dalam facebook.


Kini timbul persoalan sama ada Zhiyuan sudah membayar nafkah berkenaan atau tidak, dan berdasarkan akaun yang dimuat naiknya itu, sudah pasti ia menunjukkan bahawa wang nafkah itu sudah dijelaskan kekasihnya.

Namun selepas dihujani pelbagai pertanyaan, Shanshan terus memadamkan entri berkenaan.

Bagaimanapun dia kemudiannya menulis dalam Facebook bahawa wang berkenaan tiada kaitan dengan Zhiyuan, dan ia merupakan urusan peribadinya.

Shanshan juga mendakwa ahli politik yang kaya itu telah memanupulasi orang ramai untuk mendapatkan kontrak dan telah menggodanya untuk menjalin hubungan dengannya.

Dalam pada itu, Zhiyuan dalam satu mesej pesanan ringkas memberitahu perempuan simpananya bahawa jika dia kehilangan pekerjaan, maka wanita itu akan menerima padah.

Sumber: Mynewshub
Belanja £150,000 Ketagih Diet Coca!

Belanja £150,000 Ketagih Diet Coca!

Seorang wanita yang ketagih dengan minuman Diet Coke telah menghabiskan wang sebanyak £150,000 untuk membolehkannya minum hingga 16 liter minuman itu setiap hari.

Jakki Ballan Diet Cola

Sehinggakan pada satu-satu masa, Jakki Ballan sanggup minum 50 tin Diet Coke sehari hanya dalam masa tiga jam.

Ibu kepada tiga orang anak itu mula minum Diet Coke ketika berusia 14 tahun dan sejak itu dia mula ketagih dengan minuman berkenaan.

Adakalanya dia sanggup membelanjakan £500 seminggu semata-mata untuk membeli Diet Coke.

(Baca: Giler! Video Pemuda Ramas Payudara 1,000 Orang Wanita)

Ballan juga akan panik jika bekalan coke itu tidak mencukupi.

Dia kini mula mendapatkan rawatan perubatan untuk mengatasi ketagihannya itu selepas mengalami halusinasi akibat minum terlalu banyak Diet Coke.

“Ketagihan ini membuat hidup saya kacau-bilau. Saya tidak boleh keluar rumah tanpa memastikan Diet Coke mencukupi.

“Saya kini bimbang dengan kesihatan saya dan saya mahu melihat anak-anak saya membesar,’’ katanya.

Sumber: Mynewshub

Saturday, February 22, 2014

BR1M, Kenapa Ada Yang Terima RM450 Sahaja?

BR1M, Kenapa Ada Yang Terima RM450 Sahaja?

Hari ini beberapa kelompok tertentu rakyat Malaysia mula mengukir senyuman manis selepas menerima wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M3.0) melalui akaun bank masing-masing.

BR1M 2014

Sesetengah dari mereka ada yang menerima RM650 dan ada di antara mereka yang lain menerima RM450.

Bagaimanapun, difahamkan ada cakap-cakap di belakang tabir berkenaan ada penerima BR1M yang merungut kerana hanya mendapat RM450 sahaja berbanding RM650 seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 tahun lepas.

Bagi penerima yang menerima wang bernilai RM450, gabungan pendapatan di dalam isi rumah atau keluarga mereka adalah antara RM3,000 dan RM4,000.

BR1M 2014

Mereka sebenarnya menerima RM500 tetapi ditolak RM50 untuk kemudahan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M).

Perlindungan insurans itu akan melindungi penerima BR1M sehingga RM30,000 jika meninggal dunia.

Sementara itu, bagi penerima BR1M yang menerima RM650, mereka sebenarnya hadir dari keluarga atau isi rumah berpendapatan bawah RM3,000.

Mereka pula menerima bantuan BR1M keseluruhan RM700 dan RM50 ditolak untuk perlindungan insurans berkenaan.

Jika penerima BR1M meninggal dunia secara biasa, keluarga akan menerima RM1,000 hasil perlindungan itu. Bagaimanapun, jika penerima BR1M meninggal dunia secara tiba-tiba akibat kemalangan ahli keluarga akan menerima RM30,000 daripada perlindungan.

Perlindungan insurans itu diperkenalkan buat pertama kali pada BR1M 2014 ini bukti kerajaan sentiasa membuat penambahbaikan kepada BR1M yang mula dilaksanakan pada 2012.

BR1M 2014

Selain itu warga Malaysia yang bujang berusia 21 tahun ke bawah dan berpendapatan bawah RM2,000 turut menerima BR1M berjumlah RM250 pada 2013 meningkat kepada RM300 tahun ini.

Penjelasan terperinci berkaitan BR1M diberikan di laman Facebook Najib “Najib Razak” bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan penerimaan dan cara bantuan itu diagihkan.

Kepada yang bercakap-cakap tu, eloklah rujuk ke laman Facebook ini kerana turut ditampilkan lakaran grafik menarik.

Buat penerima BR1M, eloklah digunakan wang itu untuk tujuan yang memberikan manfaat untuk diri anda dan isi rumah kerana itu bukan duit untuk anda bersuka-ria, ia adalah milik isi rumah iaitu keluarga anda.

Sumber: Mynewshub

Festival Bogel Merebut Kayu Bertuah Di Jepun

Festival Bogel Merebut Kayu Bertuah Di Jepun

Dengan hanya berpakaian cawat sahaja, kira-kira 9,000 orang lelaki dalam keadaan separuh bogel akan berebut-rebut untuk mendapatkan sepasang kayu yang dianggap mempunyai tuah.

Festival Hadaka Matsuri

Itulah Festival Hadaka Matsuri yang dianggap suci dan budaya tradisi di negara Jepun untuk merebut kayu yang dipanggil Shingi.

Kayu ‘bertuah’ itu akan dicampakkan di tengah-tengah lautan manusia itu oleh seorang sami dan lelaki-lelaki itu akan cuba mendapatkan kayu itu, menurut laman web Metro.co.uk.

Sesiapa yang berjaya mendapatkannya dan meletakkan kembali ke dalam satu kotak kayu dikatakan akan dipenuh kebahagiaan dalam hidupnya sepanjang setahun.

Festival yang telah pun diamalkan sejak 500 tahun lalu itu diadakan di Kuil Saidaiji di bandar Okayama.

Pada waktu tengah malam, ketika lampu dipadamkan kayu Shingi sepanjang 20cm itu dicampakkan ke tengah-tengah orang ramai sambil mereka berteriak “Wasshoi!, Wasshoi!”, dan percubaan mendapatkannya pun bermula.

Acara itu turut dikenali sebagai Festival Bogel, diadakan setiap tahun pada hari Sabtu ketiga bulan Februari, iaitu pada Sabtu lepas.

Pada zaman dahulu, cawat yang dipakai lelaki atau dikenali Fendoshi, diperbuat daripada kertas dan kini ia digantikan dengan kain kerana kertas pada zaman dahulu mudah terkoyak. Sumber: Mynewshub

BACA INI JUGA: Fenomena Burung Membunuh Diri Di Jatinga

9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina!

9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina!

Roket bukan hanya digunakan untuk tujuan ketenteraan tetapi juga untuk kegunaan sains, komunikasi dan juga digunakan oleh manusia untuk mendarat di Bulan. Perkembangan teknologi di seluruh dunia berbeza-beza, begitu juga saiz roket.

Dan tahukah anda 9 Roket Angkasa Terbesar Yang Pernah Dibina manusia!? Jom baca..

Falcon 9

Falcon 9 Rocket

Falcon 9 telah dilancarkan pada 23 Mei 2012 untuk membawa kapsul berisi muatan makanan. Roket ini adalah sepanjang 54 meter dan tanpa juruterbang. Ia dimiliki oleh Space X, syarikat yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk. Beliau merupakan salah seorang pengasas Paypal.

H-IIB

H-IIB Rocket

H-IIB adalah roket yang menggunakan bahan bakar cair. Roket ini adalah buatan Jepun yang dilengkapi dengan sistem peluncuran utama, H-II Transfer Vehicle (HTV) yang dihubungkan dengan Stesen Luar Angkasa Antarabangsa (ISS). Roket ini adalah sepanjang 56 meter.

Space Shuttle

Space Shuttle Rocket

Roket ini dimiliki oleh Amerika Syarikat dan boleh dikendalikan oleh 7 orang anak kapal. Dengan panjang 184 kaki, roket ini merupakan sebuah pesawat angkasa ulang-alik yang digunakan untuk menghantar kargo ke angkasa lepas.

Ariane 5

Ariane 5 Rocket

Pada Jun 1996, roket sepanjang 193 kaki ini telah gagal dalam ujian selepas mengalami kerosakan pada perisian utamanya selepas 37 saat dilancarkan ke udara.

Atlas V

Atlas V Rocket

Roket milik Amerika Syarikat yang dikhaskan untuk membawa muatan berat ke orbit. Roket sepanjang 195 kaki ini mampu membawa bebanan sehingga 333,298 kilogram.

Delta IV

Delta IV Rocket

Sepanjang 206 meter, roket ini dibina untuk kegunaan pihak tentera dan juga komersial.

Ares-1

Ares-1 Rocket

Walaupun roket ini masih lagi dalam proses pembinaan, Ares-1, yang sepanjang 310 meter ini bakal menjadi roket paling canggih yang pernah dibina manusia untuk meneroka ruang angkasa lepas dan menghantar manusia ke bulan.

N-1

N-1 Rocket

Roket dengan keupayaan tinggi dan merupakan roket terbesar di dunia yang dibina oleh Rusia untuk membawa manusia ke bulan. Malangnya, roket ini telah musnah sewaktu ujian penerbangan. Panjang roket ini adalah sekitar 344.5 meter.

Saturn V

Saturn V Rocket

Merupakan roket paling besar di dunia dan memiliki keupayaan paling tinggi yang pernah dibangunkan dalam sejarah peradaban manusia. Ia adalah satu-satunya roket yang mampu membawa manusia mendarat di Bulan. Saturn V, sepanjang hampir 363 meter menyamai ketinggian sebuah bangunan 40 tingkat.

-Sentiasapanas.com

Sayur Kobis Mampu Elak Barah

Sayur Kobis Mampu Elak Barah

Info Kesihatan. Tahukah anda bahawa kobis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Sayur Kobis Mampu Elak Barah

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C.

Kandungan sulfur di dalam kobis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.

Kobis juga baik digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kobis kemudian dilumur ke kulit bermasalah.

(Baca: Makanan Yang Mampu Mengurangkan Tekanan)

Bagi perubatan dalaman, kobis boleh mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.

Antara manfaat kobis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angin ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan.

Kobis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.

Sumber: Tupai.com.my

Tradisi Pelik Di Kubur Semasa Hidup

Tradisi Pelik Di Kubur Semasa Hidup

Ada pelbagai tradisi unik yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, salah satunya di Cuba dimana satu tradisi melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup!

Burial of Pachencho

Namun, tidak perlu bimbang, pengebumian tersebut hanyalah perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah.

Tradisi pelik ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran Havana.

Selama 30 tahun, festival ini selalu disambut pada 5 Februari dan dikenali dengan nama "Burial of Pachencho."

Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung.

Burial of Pachencho [2]

Mereka juga mendoakan dan menangisi 'jenazah' itu ketika akan dikuburkan.

Prosesnya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua.

Selepas memberikan doa terakhir, sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut 'jenazah' untuk diminumnya.

Setelah itu 'jenazah' membuka mata dan keluar dari keranda tersebut.

Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival tempatan.

Nama 'Pachencho' sendiri dipilih bukan berkaitan dengan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan.

Burial of Pachencho [3]

Berdasarkan kepada suasana berduka, festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan-jalan bandar selama seharian.

"Festival ini memberikan nafas kepada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar, " kata Yaumara Solis.

"Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada, ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan."

BACA INI JUGA: Naki Sumo, Pertandingan Bayi Menangis Di Jepun

[Sumber][Edited by SP]

Friday, February 21, 2014

Misteri Petir Menyambar Berterusan 106 Hari!

Misteri Petir Menyambar Berterusan 106 Hari!

Sebuah fenomena alam yang masih jadi misteri salah satunya yang berlaku di Venezuela. Selama beratus-ratus tahun ada petir misteri menyambar di titik yang sama di atas tasik Maracaibo. Istimewanya, kilat misteri itu pasti terjadi selama 160 hari dalam setahun dan berterusan selama 10 jam dalam semalaman.

Rib a-ba Venezuela

Penduduk tempatan menyebut fenomena misteri itu sebagai "rib a-ba" atau bermakna " sungai api di langit "

Petir itu pula warnanya berwarna-warni, merah atau ungu, bergantung kelembapan cuaca.

Jumlah 1.2 juta kali kilat dalam setahun menjadikannya rekod terbanyak di dunia. Petir dengan kekuatan 40 ribu volts itu mampu dilihat sejauh 250 batu sehingga kerap dijadikan penanda arah para nelayan.

Kini kawasan itu, 15 jam memandu dari Bogota, Colombia, sudah menjadi daya tarikan pelancong.

"Penduduk tempatan sendiri tidak menyedari petir yang menyambar setiap hari adalah perkara yang unik. Itu tidak berlaku di semua tempat di dunia," kata Alan Highton, pemandu pelancongan tempatan.

"Mereka baru sedar keunikannya setelah ramai yang datang untuk menonton."

Belum ada penjelasan secara saintifik mengenai "rib a-ba" walaupun banyak teori mengenainya.

Beberapa penyelidik percaya bahawa petir tunggal tanpa henti berasal dari lapisan ozon Troposfera. Namun kejadian ini juga kadang-kala berhenti tanpa amaran selama berbulan-bulan .

Kali terakhir petir berhenti menyambar ialah pada Januari 2010 yang menjadi catatan paling lama sepanjang sejarah 104 tahun.

Ini membuatkan penduduk menjadi bimbang namun petir kembali 6 minggu kemudian dan berlaku seperti biasa.

Perkara yang sama hanya pernah terjadi pada 1906 setelah gempa besar menyebabkan tsunami yang melanda Colombia dan Ecuador.

BACA INI JUGA: Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Argentina

-Sentiasapanas.com

Video Pekerja PIZZA Hut Kencing Di Singki

Video Pekerja PIZZA Hut Kencing Di Singki

Sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas pekerjanya didapati kencing di sinki restoran tersebut.

Mingo County, West Virginia - Pizza Hut

Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.

(Baca: Dua Lelaki Setuju Bermadu Beristerikan Seorang Wanita!)

Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi. -Mynewshub.my



Pembohongan CNN, Kisah Remaja Mati Direjam PALSU!

Pembohongan CNN, Kisah Remaja Mati Direjam PALSU!

Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.

Stoning of Soraya

Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.

Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.

(Baca: Cuba Bunuh Suami Dengan Meletak Racun Dalam Kemaluan)

Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.

“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.

Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, laporan dipetik dari Agensi.