Monday, October 28, 2013

"UMNO Punca Maksiat Dunia Hiburan"

"UMNO Punca Maksiat Dunia Hiburan"

Siapa tak kenal pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang kini semakin lantang bersuara mewakili parti PAS.

Abby Abadi

Pendek kata, kalau bercakap kadang-kadang main sebat saja!

Terbaru, melalui ceramahnya di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah, Abby dengan yakinnya menyalahkan UMNO kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan, memetik laporan mStar.

“Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

“Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa,” katanya.

Tambah Abby lagi, dia tidak pernah mengundi sebelum PRU-13, jadi dia tidak merasa berdosa kerana tidak mengundi UMNO.

Aduhai, Abby! Kalau hendak berpolitik sekalipun, fikirklah hati rakan-rakan selebriti anda. Bukan semuanya hanyut dalam arus kemaksiatan seperti yang didakwa.

Rasanya, sudah ramai artis yang berhijrah ke arah yang lebih baik dan mereka tidak langsung mengaitkannya dengan mana-mana parti politik.

Kalau hendak berubah, segalanya terpulang pada hati. Betul tak?

Tahulah Abby dapat banyak setiap kali ceramah PAS…tapi tak perlu la beriya-iya hina orang lain…. kecewa Abby dengan bekas suami yang merupakan orang kuat UMNO tak habis lagi ke?

Biarlah dia Abby… dia dah dapat isteri yang lebih baik… isteri yang tak bela anak ikan dan bercuti sama-sama dengan anak ikan kat luar negara…

Lagipun bapak Abby pun penyokong kuat UMNO… adakah ini bermakna Abby pun lahir dari dunia maksiat?

[Sumber]

Sunday, October 27, 2013

Baju Dalam Berharga RM30 Juta!

Baju Dalam Berharga RM30 Juta!

Pengeluar pakaian dalam wanita paling elegen, Victoria’s Secret (VS) akan kembali mengadakan pertunjukan fesyennya yang kerap dinantikan di seluruh dunia.

Baju Dalam

Tahun ini ia akan diadakan pada 10 Disember depan dengan disertai model-model paling ternama dunia memakai baju tidur dan pakaian dalam wanita yang intim.

Menurut maklumat industri hiburan, Candice Swanepoel akan memaki bra bernilai RM30 juta yang dicipta untuk Victoria’s Secret oleh pembuat barang kemas Mouawad.

Ini kali pertama Candice akan memakai bra fantasi dari VS.

Bra berkenaan akan memiliki 4,200 permata termasuk berlian, sapphires kuning, ruby yang diikat dengan emas 18 karat.

Paling hebat.. ruby seberat 52 karat yang dipotong bentuk buar pir…lihat gambar di bawah:

BACA INI JUGA: Asal Usul Pakaian Baju Kebaya

-SENTIASAPANAS.COM

Giler! Penjara Paling Sesak Di Dunia!

Giler! Penjara Paling Sesak Di Dunia!

Benar-benar sadis! Bayangkan, banduan di San Salvador harus bersesak-sesak dalam sel kurungan sempit yang sebenarnya layak dikatakan sebagai kandang haiwan.

Penjara

Penjara ini terletak di San Salvador, ibukota El Salvador, Amerika Tengah.

Sel kurungan ini sangat sempit dan dihuni oleh banduan, sehinggakan untuk sekadar duduk pun amatlah sukar. Keadaannya juga sangatlah kotor.

Sel ini sebenarnya diperuntukan untuk menahan tahanan selama 72 jam sahaja, namun realitinya mereka dikurung selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun kerana kadar jenayah yang di negara ini.

Kebanyakan tahanan yang menghuni sel 'kandang' ini adalah anggota gangster Barrio 18 dan Mara Salvatrucha atau lebih dikenali dengan nama MS-13.

Kedua-dua kumpulan ini merupakan gangster yang saling bertelagah antara satu sama lain dan amat ditakuti di San Salvador.

Jumlah anggota kedua-dua kumpulan gangster yang menghuni penjara seperti ini jumlahnya melebihi 10 ribu orang!

Penjara
Penjara
Penjara

Sumber: Dailymail.co.uk

Firecase Casing iPhone Khusus Untuk Perokok!

Firecase Casing iPhone Khusus Untuk Perokok!

Ringan dan dibina pada bahagian dalam 'casing' telefon pintar, apa yang dapat menjadikan ia relevan kepada perokok?

Firecase Casing

Aksesori unik ini dinamakan Firecase - 'Casing' perlindungan untuk iPhone dengan bateri khas terbina pada bahagian dalam yang mampu bertahan sebanyak 100 Booster (kali petikan).

Terima kasih kepada elemen pemanas yang dibina pada bahagian dalam, ia boleh menghalang angin dari menyukarkan nyalaan api rokok, dan reka bentuknya yang padat dan kompak tidak banyak meningkatkan saiz telefon pintar anda.

Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna pilihan dan baterinya boleh dicas dengan menggunakan wayar USB.

Firecase Casing
Firecase Casing
Firecase Casing

[Sumber]

Top 5 Kerugian Termahal Dunia Atas Kesilapan Manusia

Top 5 Kerugian Termahal Dunia Atas Kesilapan Manusia

Lazimnya, kesilapan atau kecuaian seringkali dikaitkan apabila berlakunya sesuatu kemalangan atau malapetaka. Tidak kurang juga, kesilapan atau kecuaian ini mampu menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian kos yang tidak terkira banyaknya. Kalau anda nak tahu, inilah 5 kesilapan yang paling mahal dalam sejarah manusia...

Pembelian Time Warner oleh AOL
Jumlah kerugian: USD$146 Bilion

AOL

Syarikat-syarikat juga pernah membuat kesilapan dan ini adalah antara kesilapan yang paling teruk yang pernah dibuat oleh sesebuah syarikat. AOL telah membeli syarikat Time Warner pada harga US$180 bilion pada tahun 2000 tetapi dijual semula sembilan tahun kemudiannya pada kos yang rendah iaitu sebanyak US$36 Billion. Dan akhirnya, AOL telah kerugian sebanyak US$146 bilion!

Krisis Loji Tenaga Nuklear Chernobyl
Jumlah kerugian: USD$38 Bilion

Chernobyl

Ia antara kesilapan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah manusia. Kemalangan di Chernobyl berlaku disebabkan peralatan yang rosak dan tidak dibaiki setelah amaran dikeluarkan. Hasilnya, empat reaktor nuklear hilang kawalan semasa ujian kecemasan yang membawa kepada krisis yang terkenal di seluruh dunia ini. Dianggarkan, ia menelan kerugian sebanyak US$38 Billion serta menyebabkan dua orang pekerja terkorban serta merta dan yang lain meninggal dunia selepas kejadian itu termasuk 28 orang ahli bomba.

Kemalangan Roket Angkasa Challenger
Jumlah kerugian: USD$5.5 Bilion

Challenger

The Challenger merupakan sebuah kapal angkasa yang dibina dan dimiliki oleh NASA. Ia meletup 72 saat selepas berlepas dan membunuh semua angkasawan. Siasatan mendapati letupan tersebut disebabkan oleh kecuaian jurutera NASA dari segi reka bentuk kapal angkasa berkenaan. Hasilnya, ia telah menyebabkan kerugian sebanyak US$5.5 bilion dalam proses pembinaan kapal angkasa itu.

Kemalangan Kapal Tangki Minyak The Exxon Oil
Jumlah kerugian: USD$4.4 Bilion

The Exxon Oil

Ini adalah kemalangan yang berlaku pada tahun 1989 dan ia disebabkan oleh kesilapan kapten kapal yang terlalu mabuk pada ketika itu. Kapal tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke Carlifonia tetapi terlanggar kapal Prince William Sound di luar perairan pantai Alaska yang menyebabkan tumpahan minyak mentah sebanyak 760,000 tong minyak. Hasilnya, US$4.4 Bilion telah dibelanjakan bagi proses membersih dan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.

Tragedi di Pelantar Minyak 'The Piper Bravo'
Jumlah kerugian: USD$3.4 Bilion

The Piper Bravo

Ada masa-masanya di dalam sejarah apabila kecuaian dan kesilapan membawa kepada kehilangan nyawa dan wang. Inilah yang berlaku pada Mei 1994 apabila pemeriksaan keselamatan terlupa untuk menggantikan injap di pelantar minyak Piper Bravo semasa pemeriksaan rutin. Pemeriksa telah mengeluarkan dan menggantikan semua injap keselamatan yang lain kecuali satu injap yang telah dilupakan. Seorang pekerja yang tidak pernah tahu bahawa salah satu injap keselamatan telah dilupakan menekan butang menghidupkan pam minyak di pelantar minyak berkenaan. Ia merupakan keputusan yang sangat buruk dan sangat mahal. Pelantar tersebut meletup dan membunuh seramai 167 orang pekerja dan memusnahkan harta bernilai US$3.4 Billion.

[Sumber]

Kru-kru Filem Transformers Diperas Ugut Samseng Di Hong Kong

Kru-kru Filem Transformers Diperas Ugut Samseng Di Hong Kong

Kru-kru filem Transformers diperas ugut buat kali kedua dalam tempoh seminggu di sini, kata pihak berkuasa minggu ini.

Transformers
Beberapa kru menaiki sebuah kren di lokasi penggambaran filem 
Transformers: Age of Extinction di bandar Kowloon, Hong Kong.

Kejadian itu berlaku ketika kru-kru tersebut sedang bertugas dalam penggambaran filem terbaharu itu yang diarahkan Michael Bay.

Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki cuba melakukan peras ugut itu di kawasan bandar Kowloon kelmarin.

Lokasi itu menjadi penggambaran filem Transformers: Age of Extinction.

Seramai empat lelaki telah menakut-nakutkan kru-kru tersebut dan meminta wang di atas bumbung sebuah bangunan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak pentadbiran pulau tersebut.

"Pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan seorang lelaki berusia 35 tahun," tambah kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, tiga suspek lain sedang diburu kerana melakukan peras ugut.

Ketiga-tiga suspek itu disyaki anggota kumpulan kongsi gelap Sun Yee On, lapor akhbar South China Morning Post.

Pada minggu lalu, Bay telah diserang oleh seorang lelaki yang menggunakan sebuah alat penyaman udara dan meminta wang sebanyak AS$12,900 (RM40,762) kerana membuat penggambaran filem di bandar itu.

Edisi keempat filem Transformers yang dibintangi oleh Mark Wahlberg dan Nicola Peltz itu dijadualkan ditayangkan pada Jun 2014. -AFP

Michael Jackson Raih RM505 Juta Selepas Meninggal

Michael Jackson Raih RM505 Juta Selepas Meninggal

Mendiang Raja Pop, Michael Jackson merampas semula gelaran sebagai selebriti yang telah meninggal dunia tetapi meraih pendapatan paling tinggi untuk tahun 2012, menurut majalah Forbes kelmarin.

Michael Jackson

Ikon muzik pop itu dengan mudah telah memintas mendiang Elvis Presley dan kartunis terkemuka, Charles Schulz.

Jackson yang meninggal dunia pada 2009 kerana jantungnya gagal berfungsi telah kembali berada di puncak selepas gelaran itu dirampas mendiang Elizabeth Taylor.

Penyanyi itu memperoleh jumlah pendapatan yang dianggarkan sebanyak AS$160 juta (RM505 juta) dalam tempoh 12 bulan sejak Oktober 2012 sehingga 2013.

Antara penyumbang pendapatannya itu ialah katalog muzik Mijac, jualan rakaman muzik dan sebahagian empayar penerbitan Sony/ATV yang membabitkan hak cipta muzik bintang terkemuka.

Presley menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM173 juta), diikuti Schulz di tangga ketiga untuk tahun ketiga berturut-turut dengan pendapatan AS$37 juta (RM116 juta).

-Reuters

Perbandingan Harga iPhone Di Seluruh Dunia

Perbandingan Harga iPhone Di Seluruh Dunia

Sejurus selepas majlis pelancaran yang dijalankan oleh Apple pada 22 Oktober lalu, syarikat gergasi ini mula menyenaraikan harga bagi pasaran terbaru mereka seperti Mac dan iPad.

iPhone 5S and 5C

Namun, anda mungkin akan terkejut apabila melihat perbandingan harga bagi iPhone 5S dan 5C antara Malaysia dan negara lain di dunia.

Buat masa ini, peranti iPhone terbaru ini telah dilancarkan di 10 negara dan beberapa minggu lalu, Apple menyatakan bahawa mereka akan melancarkan peranti ke negara lain dalam masa terdekat. Antara negara yang terlibat termasuk:

25 Oktober 2013: Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, French West Indies, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macau, Malta, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Reunion Island, Romania, Russia, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan dan Thailand.

1 November 2013: Albania, Armenia, Bahrain, Colombia, El Salvador, Guam, Guatemala, India, Macedonia, Malaysia, Mexico, Moldova, Montenegro, Saudi Arabia, Turkey dan UAE .

Senarai harga yang dibuat adalah berdasarkan harga yang dinyatakan di laman web Apple Online Store bagi iPhone versi “Unlocked” (tidak terikat dengan mana-mana syarikat telekomunikasi).

Jika anda masih belum mengetahui harga iPhone yang dijual di Malaysia, bolehlah merujuk senarai di bawah:
  • 16GB iPhone 5C – RM1,999
  • 32GB iPhone 5C – RM2,399
  • 16GB iPhone 5S – RM2,399
  • 32GB iPhone 5S – RM2,749
  • 64GB iPhone 5S – RM3,149

Berikut adalah kompilasi harga iPhone 5S dan 5C di negara seluruh dunia:

iPhone 5S and 5C

Sumber: Mynewshub

Saturday, October 26, 2013

Gadis 17 Tahun Dapat Wajah Baru

Gadis 17 Tahun Dapat Wajah Baru

Seorang gadis berusia 17 tahun, Xu Jianmei telah menjalani pembedahan muka selepas dia kehilangan dagu, kelopak mata dan sebahagian telinganya dalam satu kebakaran semasa berusia lima tahun, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

Xu Jianmei, 17

Jianmei yang berasal dari sebuah kampung nelayan di wilayah Fuji menjalani pembedahan itu di sebuah hospital Fuzhou dalam wilayah tersebut.

Ketika kecil, dia tidak dapat menjalani pembedahan muka kerana keluarganya miskin.

Namun, pada tahun lalu, dia berpeluang menjalani pembedahan itu selepas doktor-doktor mencadangkan kulit muka baharunya diambil dari dadanya.

Sepasukan doktor menggunakan satu urat darah dari paha Jianmei dan menanam di dadanya dengan tujuan untuk menghasilkan tisu kulit.

Tisu kulit itu kemudian membesar di dada kirinya.

Justeru, tisu kulit itu akan digunakan untuk membetulkan semula muka gadis tersebut.

Beberapa peringkat pembedahan kemudian dilakukan ke atas gadis itu.

Peringkat akhir pembedahan itu berjaya dilakukan pada Isnin lalu.

Doktor-doktor percaya bahawa luka pada wajah gadis tersebut akibat pembedahan akan hilang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

–Agensi

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

Kelmarin, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose

Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.

Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.

Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dengannya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya, Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.

Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?

Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?

Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:

Uqasha Pernah Curang Atau Pekin Tak Matang?

Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.

Kalau susah sangat, putuskan je la!

Sumber: Mynewshub