Monday, September 23, 2013

iPhone 5s 'Unlock' Guna Puting Dada!?

iPhone 5s 'Unlock' Guna Puting Dada!?

Salah satu kelebihan iPhone terkini iaitu iPhone 5s ialah dengan adanya Touch ID yang direka khas untuk ‘unlock’ atau membuka kunci melalui cap jari.

iPhone 5s

Namun, ada pula pengguna yang begitu gigih menjalankan ‘penyelidikan khas’ iaitu mengujinya dengan anggota tubuh lain seperti ibu jari kaki dan puting dada.

Memetik artikel di laman Rocket News 24, walaupun cap jari harus didaftarkan terlebih dahulu, masih terdapat kelemahan yang menyebabkan iPhone 5s tidak dapat melindungi privasi pengguna.

Antaranya, orang lain boleh menekan skrin telefon tersebut pada jari anda sewaktu sedang tidur.

Jadi, cadangan paling bernas ialah menggunakan kedua-dua bahagian alternatif yang disebutkan tadi.

Hasil uji kaji pengguna gigih ini juga mendapati bahagian hidung tidak dapat membuka kunci pada telefon ini.

Entah sejauh mana kebenarannya, tapi mungkin boleh dicuba kalau anda sanggup.



Sumber: Mynewshub

Pembunuh Upahan Paling Dikehendaki Berjaya Ditangkap!

Pembunuh Upahan Paling Dikehendaki Berjaya Ditangkap!

Pembunuh upahan dikenali sebagai Jian atau digelar Si Empat Mata (Sei Ngan Chai) yang amat dikehendaki polis selepas terbabit menembak mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AMBANK) Hussain Ahmad Najadi, 75, pada 29 Julai lalu berjaya ditangkap polis di sebuah rumah di Taiping, Perak, dekat sini, malam tadi.

Pembunuh Upahan

Lelaki itu berusia 44 tahun yang juga suspek utama kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi berjaya ditangkap kira-kira jam 12.30 malam selepas bersembunyi di sebuah rumah di Taman Larut Tin Tambahan, Taping, Perak, dekat sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kejayaan menangkap suspek terbabit selepas polis mengeluarkan maklumat berkaitan lelaki itu di media massa dan hasil maklumat daripada orang awam serta risikan yang dijalankan.

Menurutnya, selain itu, pihaknya turut menahan dua lelaki di kediaman terbabit berusia 26 dan 31 tahun kerana disyaki memberi perlindungan kepada suspek.

“Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Media IPK Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Khalid berkata, dua rakannya yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas maklumat orang ramai dan usaha gigih Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur membuahkan hasil apabila berjaya menangkap suspek utama kes pembunuhan ini,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pengasas AMBANK Hussain Ahmad Najadi, 75 ditembak seorang lelaki di sebuah tokong Cina di Jalan Ceylon menyebabkan beliau maut di tempat kejadian selepas terkena dua tembakan di dada dan rusuk kiri.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49, turut ditembak menyebabkan beliau cedera dan dirawat di Hospital Tung Shin.

Sumber: Harian Metro

Scha Alyahya Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Rahim!

Scha Alyahya Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Rahim!

Pelakon dan pengacara popular Scha Alyahya dilaporkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya, awal September lalu.

Scha Alyahya

Menurut Scha, doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Selepas menjalani pembedahan itu, doktor menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan dia tidak betah duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Selepas diangkat menjadi duta produk elektronik Sen Heng, kini Scha dan suaminya, Awal Ashaari sekali lagi berganding menjadi pengacara, mengendalikan rancangan The Band yang akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Apa itu Endometriosis?

Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovari), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Semasa proses kitaran haid setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Bagi tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), situasi ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dpt keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu dan menjadi punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.

Risiko mendapat endometriosis bertambah apabila seseorang itu:
  • Datang haid dalam usia yang sangat muda
  • Mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari
  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi endometriosis

Apakah punca Endometriosis?

Punca sebenar endometriosis masih tidak dapat diketahui dengan tepat. Namun begitu terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya keadaan seperti ini.

Kemungkinan terdapatnya darah kotor yang melimpah dan tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Kejadian ini mungkin disebabkan oleh rahim yang agak jatuh ke belakang (retroverted uterus). Keadaan rahim sebegini sering dikaitkan dengan endometriosis bilamana mereka yang mempunyai rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang mengidap penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Juga, ada pendapat yang mengatakan bahawa punca endometriosis berlaku adalah disebabkan daya ketahanan wanita itu telah lemah dan lentur, dimana tisu-tisu yang sepatutnya keluar dari tubuh telah menyerang tubuh itu sendiri.

Hakikat yang terjadi, apabila tisu endometrium ini mula melekat dimana-mana tempat, ia akan mulai tumbuh. Lapisan ini akan menjadi bertambah tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dan bila haid berlaku lapisan ini juga akan turut mengeluarkan darah.

Bila keadaan ini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Gejala-gejala endometriosis adalah seperti:
  • Sangat sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid
  • Haid yang tidak teratur atau darah haid yg banyak
  • Sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
  • Sakit di bhg belakang pinggang
  • Sembelit atau cirit birit

Untuk mengenal pasti penyakit ini, doktor akan melakukan scan mll ultrasound di bahagian pelvik. Untuk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di bahagian pelvik akan dilakukan.

Rawatan penyakit ini bergantung kepada:
  • Umur pesakit
  • Tahap serius gejala yg anda alami
  • Tahap serius penyakit anda
  • Samada anda mahu mengandung atau tidak (salah satu komplikasi penyakit ini adalah susah untuk mengandung atau kemandulan, jadi jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan untuk merawat dan membuang penyakit ini).

Rawatan adalah berjumpa doktor setiap 6 atau 12 bulan untuk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke tahap yang serius. 
Sakit yang dialami boleh dikurangkan dengan mengambil ubat tahan sakit manakala untuk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan. 
Pil ini dapat membantu untuk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid. Salah satu contoh pil yang dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dalam bentuk suntikan. 
Kesan sampingan pada ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression.
Bagi mereka yang tidak mengalami pengurangan sakit setelah mengambil ubat pada tahap penyakit sangat serius dan ingin mendapatkan anak, pembedahan untuk membuang tisu di bahagian luar rahim tersebut adalah pilihan terbaik.

Bagi mereka yang telah berusia, doktor akan menyarankan pesakit melalukan pembedahan untuk membuang sistem peranakan seperti rahim dan ovari (kilang telur).

Kesimpulannya, rawatan dengan ubat tidak boleh mengubati penyakit ini tetapi berfungsi mengawal kesakitan. Hanya dengan pembedahan mampu membuang penyakit ini namun kebarangkalian untuk penyakit ini berulang masih ada.

Doktor selalunya menyarankan agar wanita yang menghidapi penyakit ini agar hamil kerana sepanjang proses penghamilan, haid akan berhenti dan ini boleh mengurangkan kesakitan dan melambatkan proses penyakit ke tahap yang lebih serius.

Apakah komplikasi penyakit ini?

30-40% daripada wanita yang menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun setelah pembedahan dilakukan, peluang untuk hamil kembali normal.
  • peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yang menghidapi penyakit ini.
  • sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bahagian usus atau pundi kencing, ianya boleh menyebabkan masalah kesukaran membuang air, tapi ini jarang berlaku.
  • kesakitan yang dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda.
  • tisu di bahagian luar rahim yang membengkak boleh menyebabkan pendarahan.
  • tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bagi mereka yang telah mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku.

Semoga info mengenai penyakit ini dapat menambahkan pengetahuan anda tentang salah satu penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.

-Sentiasapanas.com


Pekerja Rumah Urut Warga Vietnam Guna Ubat Rangsang Nafsu Pelanggan

Pekerja Rumah Urut Warga Vietnam Guna Ubat Rangsang Nafsu Pelanggan

Sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sekitar Dataran Mentari diserbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana beroperasi tanpa lesen sejak lima bulan lalu.

Vietnamese beautiful girls
Gambar hiasan.

Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, hasil pemantauan yang dijalankan sebelum ini pihaknya mendapati premis berkenaan turut menyediakan pakej seks kepada pelanggan.

Menurut Fauzi, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali dan tindakan sita juga dikenakan namun pemiliknya masih tidak serik.

“Operasi kali ini yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan lapan wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan.

“Kesemua wanita berkenaan didapati menyalahgunakan pas lawatan pelajar. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut,” katanya.

Vietnamese beautiful girls
Antara pekerja pusat rumah urut yang ditahan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai premis berkenaan, Fauzi berkata, tukang urut di situ juga didapati menggunakan produk khas untuk merangsang nafsu pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat seks.

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapati premis berkenaan aktif menjalankan operasi perjudian siber.

Menurut Fauzi, penguatkuasa MBPJ juga turut menyita dua set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian siber di dalam premis berkenaan.

Tambahnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Akta Undang-undang Pusat Kecantikan dan Kesihatan 2007 atas kesalahan yang dilakukan.

Sumber: Sinar Online

Filem Hollywood Yang Di Kritik Teruk Tapi Berjaya Dengan Cemerlang

Filem Hollywood Yang Di Kritik Teruk Tapi Berjaya Dengan Cemerlang

Jangan sangka kerana sesebuah filem itu diterima ramai, ia bermaksud filem tersebut filem yang bagus, dan jangan pula sangka filem yang tidak laris di panggung itu bermakna filem tersebut tidak berkualiti.

Adakalanya apa yang disukai dan apa yang berkualiti tidak berada di tahap yang sama. Adakalanya filem yang tidak bagus mendapat sambutan ramai kerana ia mempersembahkan apa yang umum mahukan tapi tidak cukup berkualiti sehingga golongan pengkritik mahu menerimanya.

Sementara yang berkualiti pula ditolak kerana menyampaikan sesuatu yang anda tidak mahu fikirkan tapi dianggap pengkritik sebagai filem yang inovatif atau mempunyai mesej unik yang ingin disampaikan.

Antara contoh filem teruk yang laris dan filem bagus yang gagal di pawagam termasuk:

Filem teruk yang berjaya mendapat kutipan pecah panggung:

Stars Wars: Episode 1 - The Phantom Menace (1999)

Stars Wars

Filem prekuel "Star Wars" ini berjaya menjana AS$475 juta (RM1.55 billion) melalui kutipan pecah panggung apabila ia ditayangkan pada Mei 1999.

Sekalipun dengan jumlah yang begitu hebat, perkara yang sama tidak boleh dikatakan tentang penerimaan penonton dan para pengkritik.

Bukan sahaja trilogi awal Lucas ini dianggap membosankan, "The Phantom Menace" dianggap sebagai filem "Star Wars" yang paling teruk, dengan kewujudan karakter yang menjengkelkan seperti Jar Jar Binks dan Anakin Skywalker itu sendiri.

The Twilight Saga: New Moon (2009)

New Moon

Siri novelnya menerima kritikan hebat. Plotnya dipersoalkan. Moral ceritanya ditolak oleh sebahagian besar orang ramai yang merasakan kisah percintaan pontianak ini tidak mengajar gadis remaja untuk menjadi wanita yang lebih berdikari.

Apabila filemnya ditayangkan, kritikan tersebut menjadi lebih hebat, apatah lagi dengan lakonan Kristen Stewart dan Robert Pattinson yang dianggap tidak berkesan.

Filem seterusnya, "New Moon" yang ditayangkan pada tahun 2009 menjadi bahan kutukan yang lebih hebat kerana menonjolkan watak Bella Swan sebagai gadis remaja yang mudah terpengaruh dan tidak tahu apa yang dia perlukan.

Malah hampir 40 minit dari filem tersebut dipenuhi babak Bella menangis dan bersedih. Namun begitu, filem tersebut berjaya meraih AS$296 juta (RM965 juta), dan itu baru di Amerika saja!

Jelas sekali, walaupun ia menjadi bahan kritikan dan ejekan orang dewasa, para peminat remaja "Twilight" lebih berkuasa.

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (2011)

Pirates

Ya, "Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl" merupakan sebuah filem pecah panggung, apatah lagi bila sudah lama filem berunsur lanun tidak diterbitkan. Ia menaikkan lagi populariti Johnny Depp di mata dunia, dan menjadikan Jack Sparrow watak ikonik.

Namun selepas tiga buah filem, pihak Disney mahukan keuntungan yang lebih lagi. Sekalipun Orlando Bloom dan Keira Knightley, dua dari pelakon utama trilogi asal enggan kembali untuk filem keempat, persetujuan Johnny Depp dianggap sebagai satu petanda bahawa filem keempat harus dihasilkan!

Ya, filem tersebut berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak AS$241 juta (RM786 juta) di AS ketika ditayangkan pada tahun 2011, tapi dari sudut kualiti, filem tersebut berada di tahap yang agak teruk.

Ramai yang sudah mula bosan dengan telatah Jack yang sudah jadi makin menjengkelkan berbanding lucu, plot cerita yang membabitkan lanun legenda, Blackbeard terlalu remeh jika dibanding dengan antagonis Davy Jones dalam filem kedua, dan 'love interest' Jack Sparrow lakonan Penelope Cruz dianggap agak berlebihan.

Transformers: Revenge of the Fallen (2009)

Transformers

Ramai yang ternanti-nantikan filem "Transformers" ketika Steven Spielberg mengumumkan bahawa mereka bakal menerbitkan animasi dan permainan tersebut ke layar lebar. Hasilnya? Sebuah filem hebat yang berjaya mengungguli carta Top 10 filem tahun 2007.

Namun begitu, nampaknya pihak studio dan pengarahnya Michael Bay tidak sabar hendak mengutip lebih banyak keuntungan, lalu menghasilkan sekuelnya, "Revenge of the Fallen" hanya dua tahun selepas filem pertama.

Para peminat terus termakan umpan dan menyebabkan filem tersebut berjaya meraih AS$402 juta (RM1.3 billion) di AS.

Adakah filem sekuelnya sebaik yang pertama? Michael Bay dan Shia LaBeouf sendiri mengakui plot filem tersebut tidak masuk akal.

Pearl Harbor (2001)

Pearl Harbor

Ketika ia ditayangkan, Michael Bay berkata filem ini bakal menjadi "Titanic" yang kedua. Ia tidak berjaya sampai ke tahap itu, tapi masih mampu mendapatkan AS$198.5 juta (RM647 juta) selepas tayangannya di AS pada 2001.

Malangnya, "Pearl Harbor" tidak seperti judulnya langsung. Ia bukan benar-benar berkisar tentang pengeboman Pearl Harbor, tetapi hanya latar kepada kisah cinta tiga segi lakonan Kate Beckinsale, Ben Affleck dan Josh Hartnett.

Bukan sahaja banyak kesilapan dari sudut teknikal dan sejarah Pearl Harbor untuk filem yang menggunakan nama pelabuhan tersebut, malah plot sebenarnya tentang cinta tiga segi itu pula tidak banyak berbeza dengan filem Bollywood, "Sangam" lakonan Raj Kapoor, Vyjayanthimala dan Rajendra Kumar yang ditayangkan 37 tahun sebelum itu!

Filem bagus yang gagal:

The Insider (1999)

The Insider

Filem yang dibuat dengan bajet AS$90 juta (RM293 juta) ini hanya meraih AS$29.1 juta (RM98.5 juta) di Amerika dan AS$31.2 juta (RM101,7 juta) di seluruh dunia.

Namun begitu, filem Michael Mann ini mendapat pujian menyeluruh dari para pengkritik filem yang menyukai cara Mann menterjemah watak-watak insan profesional yang kecewa menghadapi rasa bersalah dan paranoia.

Namun begitu, mungkin para peminat filem tidak berminat untuk menontonnya disebabkan filem tersebut berlatarkan kisah benar – yakni tentang seorang tukang adu industri bernama Jeffrey Wigand (lakonan Russell Crowe) yang dipengaruhi penerbit televisyen Lowel Bergman (lakonan Al Pacino) untuk muncul dalam rancangannya, "60 Minutes" di saluran CBS.

Walau apa pun, filem ini berjaya meraih tujuh pencalonan di Anugerah Academy 2000 termasuk Lakon Layar Terbaik, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

The Shawshank Redemption (1994)

Shawshank

Sebuah lagi filem yang menerima tujuh pencalonan Oscar, "The Shawshank Redemption" yang diadaptasi dari novel mini karya Stephen King ini tidak berjaya menarik perhatian penonton ketika ia ditayangkan pada tahun 1994, malah hanya mampu meraih AS$28 juta (RM91.2 juta) di pawagam berbanding bajet produksi sebanyak AS$25 juta (RM81.5 juta).

Namun begitu, filem ini juga meraih tempat pertama dalam senarai Top 250 dalam carta IMDB, dan seringkali disebut sebagai filem terbaik pernah dihasilkan kerana kisahnya yang menyentuh hati, lakonan cemerlang dari barisan pelakon seperti Tim Robbins dan Morgan Freeman, plot cerita yang tidak membosankan malah runut bunyi yang hebat.

Sehingga kini, ramai yang tidak mengerti kenapa filem ini gagal di pawagam ketika ia ditayangkan.

The Iron Giant (1999)

Iron Giant

Filem animasi arahan Brad Bird ini diberi markah sebanyak 97 peratus di laman sesawang Rotten Tomatoes, malah Roger Ebert, pengkritik filem paling disegani di AS memuji filem ini kerana mempunyai mesej yang tersendiri, malah laman sesawang IGN menggelarnya "filem animasi bukan Disney terbaik".

Namun begitu, filem lakon suara Vin Diesel, Harry Connick Jr. dan Eli Marienthal ini gagal meraih kutipan cemerlang di pawagam, malah gagal, apabila ia hanya berjaya meraih lebih kurang AS$30 juta (RM97.8 juta) berbanding bajet yang dikeluarkan dianggarkan sebanyak AS$70 juta (RM228 juta).

Ramai yang berpendapat kisah robot angkasa lepas yang hilang ingatan ini lebih difahami orang dewasa berbanding kanak-kanak dan tidak ada karakter comel yang boleh menarik perhatian.

Scott Pilgrim vs. The World

Scott Pilgrim

Entah di mana silapnya, mungkin gaya penceritaannya yang eksentrik masih belum boleh diterima ramai, atau mungkin Michael Cera bukan bintang yang anda mahu lihat sebagai teraju utama.

Namun begitu, filem yang diadaptasi dari novel grafik karya Bryan Lee O'Malley ini hanya berjaya memungut AS$47.6 juta (RM155 juta) berbanding bajet produksinya yang memakan lebih kurang AS$90 juta (RM293 juta) (AS$60 juta (RM195,5 juta) selepas pengecualian cukai).

Para penonton mungkin masih belum bersedia untuk filem yang seakan permainan video ini, namun begitu, ia mendapat sambutan hangat di kalangan pengkritik dan sebahagian peminat filem yang mungkin pernah membaca karya O'Malley atau sukakan kelainan.

Atau ramai yang masih belum memahami filem bergenre ironi seperti filem ini. Namun begitu, filem arahan Edgar Wright ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri sehingga kini.

Cloud Atlas (2012)

Cloud Atlas

"Membingungkan!" itu reaksi rata-rata penonton yang ke pawagam untuk menonton filem adaptasi novel pemenang anugerah karya David Mitchell ini.

Akibat kebingungan itu dan kegagalan memahami konsep yang menyatukan semua watak, filem tersebut hanya meraih AS$130 juta (RM424 juta) di pawagam.

Mungkin nampak seperti banyak, tetapi bila ditolak dari bajet asal sebanyak AS$102 juta (RM332,4 juta), pulangannya tidak begitu memberangsangkan.

Namun begitu, filem arahan Tom Tykwer dan Wachowski Bersaudara ini mendapat pujian yang hebat dari pihak pengkritik filem dengan Roger Ebert menggelarnya, "Antara filem yang paling hebat pernah dihasilkan" sementara majalah atas talian The Daily Beast pula mengatakan bahawa "Cloud Atlas" merupakan filem yang paling penting 2012.

BACA INI JUGA: Artis-artis Hollywood Yang Berpelajaran Tinggi

Gambar Majlis Perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

Gambar Majlis Perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

Pelakon cantik, Fouziah Gous selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Zhafran Yusof sekitar jam 9.46 malam Sabtu dengan sekali lafaz di hadapan Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki, Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri, Mohamad Khairi Abu Hassan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Majlis tersebut turut dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.

Selain mas kahwin dan wang hantaran, kedua-dua pihak pengantin juga berbalas-balas dulang dengan lelaki menerima tujuh dulang hantaran dibalas pula sembilan dari pihak perempuan, dipetik dari rotikaya.

Kesemua dulang yang diterima lelaki berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.

Bagi perempuan pula, mereka menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof kerana akhirnya sah bergelar suami isteri yang sah walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

[Sumber]

Pejuang Syria Cipta Kereta Perisai Buatan Sendiri

Pejuang Syria Cipta Kereta Perisai Buatan Sendiri

Dari jauh kelihatan seperti kotak besi yang besar berkarat, tetapi ketika dilihat dari dekat ianya adalah sebuah kereta perisai yang menunjukkan prestasi baru Mujahidin Syria, kereta perisai buatan sendiri (dengan izin Allah) sedang menanti untuk dikerahkan.


Syam II, diambil dari nama arab Syria, dibina dari kerangka kereta dan diubahsuai oleh Mujahidin menjadi sebuah kenderaan seperti kereta perisai yang biasa digunakan oleh tentera.

Syam II dipuji oleh para Mujahidin dengan menyebutnya "100 peratus buatan Syria."

Untuk mencipta Syam II, memakan masa selama sebulan untuk merancang, memasang dan mengembangkan kenderaan tersebut kata pereka Syam II, Mahmud Abud dari brigade Al-Ansar yang berpusat di bandar Aleppo, dilaporkan SaudiGazette.

Mujahidin di atas Syam II

Dari luar rupa bentuk Syam II ringkas tetapi hampir setara dengan kereta perisai buatan kilang. Syam II dilengkapi lima kamera, terletak tiga di bahagian depan, satu di bahagian belakang dan selebihnya di dipasang di senjata.

Kru di dalam kabin sepenuhnya dilindungi, pemandu menjalankan Syam II dengan melihat skrin yang memaparkan video dari kamera yang dipasang tersebut.

Mujahidin memandu Syam II

Sementara penembak duduk di samping pemandu dan dapat mengaktifkan senjata mesin dengan melihat skrin untuk melihat sasaran dan menggunakan stick yang mengawal peralatan dilengkapi dengan butang-butang.

Dinding logam badan Syam II setebal 2.5 cm dan dikatakan boleh menahan tembakan meriam 23 mm. Namun begitu Syam II dikatakan belum mampu menahan tembakan kereta kebal atau senjata anti-tank RPG.

"Saudara saya, seorang jurutera terlatih yang mengemukakan idea ini. Kami ada kereta, enjin dieselnya dibuang dari kerangkanya dan membina mesin tersebut," kata Abud, yang berpusat di pusat komando Mujahidin di Bishqatin.

Alat kawalan Syam II

Kos yang dikeluarkan untuk mencipta Syam II, tidak termasuk senjata, mencapai USD 10,000.

"Tidak termasuk senjata, kenderaan ini bernilai sekitar USD 10.000," kata Abud.

Mujahidin Syria dengan segala kelengkapan yang terhad secara kreatif mencipta senjata dan peralatan tempur sendiri dengan menggunakan barang-barang yang ada.

Bagaimanapun, bagi Mujahidin senjata canggih bukan faktor utama untuk memenangi pertempuran kerana mereka sepenuhnya yakin bahawa kemenangan datangnya dari pertolongan Allah.

Mereka akan tetap bertempur walaupun dengan peralatan tidak secanggih milik musuh.

Sumber: Arrahmah.com

Sunday, September 22, 2013

Nabila Huda Tayang Kekasih Baru

Nabila Huda Tayang Kekasih Baru

Sejak kebelakangan ini, aktres popular, Nabila Huda, muncul dengan pelbagai kisah sensasi.

Nabila Huda

Selain kisah cinta, kemalangan, serta hubungan dingin dengan bekas suami serta bapanya sendiri, pelakon Julia dan Teduhan Kasih ini kembali memanaskan atmosfera seni apabila gambar mesranya bersama seorang jejaka tersebar.

Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nas T dan dia juga dikaitkan dengan beberapa pelakon lain seperti Johan Ashari dan Syazwan Zulkifli, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini, dilihat mudah mencari penggantinya.

Jika dihitung, hubungannya dengan Nas T baru saja berakhir tiga bulan lalu. Tetapi sudah muncul gambar mesranya bersama jejaka yang didakwa berasal dari Singapura. Ini pastinya mengejutkan ramai peminat.

Nabila yang dihubungi Zass, mengaku dirinya sudah penat untuk melayani setiap kontroversi yang datang.

"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Cukuplah saya dah penat. Lagipun sekarang saya nak tumpu pada penggambaran," ujar Nabila yang kini sedang menjalani penggambaran Dia Suamiku.

Sementara itu, Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ini turut memberi respons menerusi Twiterr mengenai laporan sebuah blog bahawa kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripadanya lantaran perubahannya itu.

“Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauh itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.

“Jadi, tolong berhenti bercakap benda salah itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.

“Saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis,” kata Nabila dalam laman Twitter miliknya.

Sumber: Sinar Online

Top 10 World's Most Dangerous Sports That You Probably Never Heard

Top 10 World's Most Dangerous Sports That You Probably Never Heard

When you think of sports, you probably think of football, tennis or snowboarding but there are some sports that are not so common and are certainly more dangerous. So here are my top 10 world's most dangerous sports that you have probably never heard of..

Ghost Riding

Ghost Riding

Ghost riding or “ghosting” is where a person sets a vehicle in motion and then either exits to dance next to it or climbs onto the roof or bonnet to perform tricks. This sport is actively practiced in the San Francisco area of America and at least two known fatalities have occurred as a result. Popularised by the music and culture of the area, the sport gained publicity with the songs “Tell Me When To Go” by E-40 and “Ghost Ride It” by Mistah F.A.B.

Sepak Takraw

Sepak Takraw

Sepak Takraw is played in Malaysia and many other Asian countries. It involves two teams of three players each who are not allowed to use their hands or arms to touch the ball. This results in players flipping, kicking and moving their bodies in seemingly impossible directions. To top it off, the ball is 16'' and made out of rattan or hard plastic, ouch!

Formula 1 Ice Skating

Formula 1 Ice Skating

To promote the return of the 2010 Canadian Grand Prix, team Red Bull decided it would be a good idea to let one of their junior Torro Rosso drivers, Sebastian Buemi, drive an F1 car on a frozen lake in northern Quebec. Not for the faint hearted, Buemi and the car slipped and slid across the ice but luckily the car was equipped with the world's only studded F1 tyres.

Cave Diving

Cave Diving

With over 500 deaths since the 1960's including many experienced divers and instructors, cave diving includes all the normal dangers of diving plus the added dangers of unknown territories, cold waters and a limited supply of air. Supposedly discovered when someone was trying to dispose of a body, cave diving has led to the discovery of previously unknown species of fish – however this has come at quite a cost.

Car Surfing

Car Surfing

Car surfing is similar to ghost riding but the only difference is one person remains in control of the car. Again, a number of people have been killed whilst practicing this sport and in a study conducted by the US Centers for Disease Control it was predominantly males aged between 15 and 19 who were injured. Injuries can include broken bones, concussion, internal bleeding and paralysis.

Man vs Horse Marathon

Man vs Horse Marathon

The man versus horse marathon is held annually in Wales and involves humans racing against horses. The route is 22 miles long and competitors, both equine and human, have many natural obstacles to navigate including steep slopes and forestry. The ultimate aim is to beat the horses and win, which was recently done for the first time by a marine who had been training for this specific event.

Street Luge Riders

Street Luge Riders

Invented by skateboarders who discovered that higher speeds could be reached by lying down, the street luge riders are required to wear a helmet or face shield, leather or kevlar suit and gloves and sturdy shoes. Riders can experience up to 5 G's and the sport has been included in such competitions as the X Games and Gravity Games.

Jet Ski Surfing

Jet Ski Surfing

We all look at surfers and think they're cool, but big wave surfing is like normal surfing on steroids. Surfers are towed by jet skis into waves up to 50ft high, big enough to engulf an entire village, which they then attempt to ride. If you are lucky enough to survive the wave, then watch out for the submerged rocks and your own board bopping you on the head. If this isn't enough to put you off, then it might interest you know that they actually have specific rules for shark infested waters too!

Skiing with an Avalanche

Skiing with an Avalanche

Most would say that if a place is inaccessible, then it is inaccessible for a reason. Based on this, I would say that any sport that involves flying up to the top of a snow-capped mountain in a helicopter and then jumping out and skiing down possibly being chased by an avalanche, isn't my idea of fun. Former president of The Walt Disney Co, Frank Wells, was killed whilst participating in this dangerous sport.

Base Jumping

Base Jumping

Also known as suicide jumping, base jumping requires participants to throw themselves off buildings, structures and monuments with only a parachute to stop them from slamming into the ground. Base jumping causes between 5 and 15 deaths every year and an unknown number of injuries either minor or serious. This sport is illegal in almost every country and ultimately, the lucky ones, are those who survive.

[Source]

DOA Senjata Paling Canggih Umat Islam

DOA Senjata Paling Canggih Umat Islam

Info Agama. Sheikh Dr. Abdullah Azzam pernah menceritakan sebuah kisah menarik yang beliau kumpulkan dalam buku karya beliau berjudul Ayaturrahman fii jihadil Afghan.


Buku yang disebut oleh Ustaz Imam Samudra sebagai buku ajaib, kerana mengisahkan banyak keajaiban di medan jihad Afghan mengusir pencerobohan tentera Soviet .

Suatu ketika, sekumpulan mujahid Afghanistan sedang berhadapan dengan tentera Kesatuan Soviet dengan kekuatan yang besar. Dengan hanya berbekal satu bom tangan dan satu senjata anti kereta kebal, mereka perlu berdepan dengan kira-kira 200 buah kereta kebal dan kenderaan berat yang lain.

Melihat keadaan yang sangat getir itu, mujahidin mendirikan solat dan bermunajat pada Allah. Mereka memohon agar peluru yang ada itu boleh menghancurkan konvoi pasukan musuh.

Mungkin bagi kebanyakan orang akan berkata bahawa harapan mereka hanyalah mimpi. Secara mata kasar sudah dapat dilihak pihak manakah yang akan menang dan siapa yang kalah.

Tanpa disangka, dengan lemparan satu-satunya bom tangan yang ada itu tepat mengenai sebuah kereta milik musuh yang mengangkut bahan letupan. Letupan itu mengakibatkan 86 kereta kebal dan kereta perisai musuh musnah.

Akhirnya, kemenangan berpihak pada Mujahidin. Selain memperoleh kemenangan besar, mereka juga membawa pulang hasil rampasan perang yang sangat banyak.

Inilah kekuatan doa, di mata kaum muslimin kehebatannya tidak boleh dinafikan. Doa adalah senjata yang amat canggih.

Di tengah pesatnya perkembangan teknologi ketika ini, doa tetap berada di peringkat paling atas bagi orang yang beriman.

Doa tidak boleh dikalahkan oleh armada tempur mana pun. Hal ini disebabkan selain daripda usaha yang bersungguh -sungguh, orang yang beriman tidak lupa untuk menggantungkan segalanya pada Sang Khalik melalui doa.

Sejarah telah membuktikan, doa tidak pernah lepas dari kejayaan para Nabi dan Rasul. Ketika Nabi Nuh 'alaihissalam bersama dengan umatnya yang terselamat dari banjir dahsyat. Ketika Nabi Musa 'alaihissalam mengalahkan Fir'aun.

Rasulullah SAW memperakukan: “Doa umpama senjata orang Mukmin dan sendi kekuatan agama juga cahaya yang berkilauan di langit dan bersinar di bumi.” (Riwayat al-Hakim).

Ketika Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilindungi dari jilatan api dan ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama para sahabat radhiyallahu' anhum memenangi banyak pertempuran.

Semua itu boleh berlaku kerana kewujudan faktor x yang bernama doa.

[Sumber]