Friday, August 30, 2013

3 Anak Kembar 'Dilelong' Tepi Jalan

3 Anak Kembar 'Dilelong' Tepi Jalan

Menyayat hati.Tiga bayi kembar berusia 11 bulan ditinggalkan di tepi jalan oleh bapanya, dengan harapan ada pihak yang mahu mengambil mereka, atas alasan dia tidak mampu menyara anak-anaknya itu.

Xu Lin tried to give away 3 twin baby
Menyayat hati.

Xu Lin yang sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lima dan enam tahun, menawarkan kepada orang ramai untuk membawa pulang ketiga-tiga anak kembar lelakinya itu.

Bayi tersebut dibalut dengan selimut dan dibaringkan di atas tikar ketika Xu Lin cuba memberikan mereka kepada pejalan kaki di jalan berkenaan.

Xu Lin bagaimanapun ditangkap selepas orang ramai menghubungi polis kerana menyangka dia adalah anggota sindiket pemerdagangan orang.

Jurucakap polis berkata, Xu Lin mendakwa keluarganya kini menderita kemiskinan dan tidak mampu lagi untuk menanggung tiga bayi kembar.

Bayi-bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat kebajikan negara.

Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu Xu Lin memberitahu bahawa ketiga-tiga bayi kembarnya itu sihat.

``Namun dia dan isterinya tidak mampu memelihara mereka. Mereka sebelum ini mengharapkan anak perempuan,’’ katanya.

Undang-undang China berhubung satu anak satu keluarga ini menyaksikan ibu bapa dibenarkan membayar denda jika mereka mahu mempunyai lebih daripada seorang anak.

Menurut kerajaan China, undang-undang itu berjaya mengurangkan tambahan 400 juta kelahiran di negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk itu.

Penduduk China dijangka mencecah 1.4 bilion orang pada 2020. -Mynewshub

Gadis Poland Mahu Meniduri 100,000 Lelaki!

Gadis Poland Mahu Meniduri 100,000 Lelaki!

Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.

Ania Lisewska, 21

Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.

``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.

Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.

Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.

Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.

Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.

Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.

Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.

Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS. -Mynewshub

Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit

Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit

Pusat Pengurusan Kesakitan terbesar di dunia yang juga sebuah destinasi popular pelancong iaitu Healing Caves di Gastein, Austria biasanya menerima seramai 75,000 orang pengunjung setiap tahun.

Luarbiasa! Gua Yang Mampu Menyembuhkan Penyakit

Mereka biasanya berkunjung ke situ untuk mendapatkan khidmat terapi yang agak kontroversi yang menggunakan gas radon radioaktif untuk memulihkan pelbagai masalah kesihatan seperti 'arthritis' dan 'psoriasis'.

Pada mulanya masyarakat tempatan mencari emas di Gunung Radhausberg namun akhirnya mereka menemui sesuatu yang lebih berharga iaitu gas radioaktif yang berada pada tahap rendah dan kemudiannya diketahui yang gas radioaktif itu jika digabungkan dengan kelembapan kawasan gua dan suhu yang tinggi mampu menguatkan sistem imun dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit serius.


Kemudiannya, 'keajaiban' Gua Gastein ini mula tersebar ke seluruh Austria, Jerman dan juga negara-negara Eropah tengah yang lain dan pada hari ini, Gastein bukan sahaja dikenali sebagai destinasi ski bertaraf dunia tetapi juga sebagai pusat pemulihan yang mempunyai peratus sembuh yang cukup tinggi iaitu pada kadar 90%.

Ramai yang berkunjung ke situ berkata bahawa dengan melakukan beberapa sesi rawatan di gua itu, mereka akan kekal sihat sepanjang tahun.

Cara rawatan itu bertindak ialah apabila gas radioaktif itu masuk ke dalam badan melalui kulit dan paru-paru, ia akan mengaktifkan badan pada tahap tertentu yang memulakan proses penyembuhan diri sendiri.



-Sentiasapanas.com

Baru Kenal Melalui WeChat Gadis Dah Sanggup 'Serah Diri'!

Baru Kenal Melalui WeChat Gadis Dah Sanggup 'Serah Diri'!

Jika disalahgunakan apa sahaja boleh jadi berbahaya termasuk aplikasi chatting di laman sosial.

Gambar hiasan

Bahana aplikasi WeChat, seorang remaja dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya melalui aplikasi itu di tepi tangga sebuah pangsapuri.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Hassan Abdul Ghani sempat meluahkan kekesalan dan memberi nasihat kepada tertuduh Muhammad Amirul Yusman, 18 tahun.

"Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?

“Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan ke mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini,” kata Hassan dengan sinis kepada tertuduh.

Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Johor Bahru. -Mynewshub

9 ADUN PAS Bantah Rang Undang-Undang Anti-Syiah!

9 ADUN PAS Bantah Rang Undang-Undang Anti-Syiah!

Saya sangat tertarik untuk mengulas mengenai proses pengundian Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang berlangsung pada hari terakhir sidang DUN Kedah baru-baru ini.


Menurut sumber, rang undang-undang tersebut adalah berkaitan mengenai penularan fahaman Syiah di mana satu enakmen perlu digubal bagi mencegahnya dari mempengaruhi umat Islam di negeri jelapang padi ini.

Apa yang mengejutkan saya, hasil pengundian itu menunjukkan seramai 21 ADUN BN menyokong rang undang-undang jenayah syariah itu, manakala 9 ADUN PAS membantah, 4 ADUN berkecuali dan 2 ADUN pembangkang memilih untuk tidak mengundi.

Nah! 21 orang ADUN BN menyokong rang undang-undang itu. Maknanya, semua ADUN BN sebulat suara menyokong enakmen “anti-syiah” itu, termasuk ADUN-ADUN yang bukan beragama Islam! Begitulah kesepakatan di sebelah pihak Kerajaan BN Kedah!

Namun apa yang memusykilkan saya, mengapa sampai 9 orang ADUN PAS menolak enakmen yang bakal menyelamatkan aqidah umat Islam dari bahaya Syiah itu? Apakah mereka mahu Syiah terus berkembang di Kedah seperti di zaman mereka???

Menurut sumber, ketika rang-rang undang-undang itu diperbahas di sidang DUN tempohari, maka bangkitlah Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, bagaikan “mursyidul am buih pepsi cola”, menjual ayat-ayat Al-Quran untuk meraih sokongan politik membantah kerajaan memerangi Syiah.

Dia berhujah kononnya jenayah syariah di dalam rang undang-undang itu fahamnya adalah mirip pada keperluan Hudud di dalam perlaksanaannya. Dia menolak rang undang-undang itu kononnya kerana ia tidak mengikut garis panduan hukum hudud…

Sekonyong-konyong itu, bangkitlah ADUN PAS yang paling senior di dalam dewan, Datuk Phahrolrazi. Selamba saja dia berhujah mengatakan rang undang-undang itu adalah berkaitan hukum takzir di mana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa!

Terkedu Ahmad Yahaya “ditampar” bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu di dalam dewan! Tak perlu ADUN BN tampil “ketuk” kepala Ketua Pemuda PAS Kedah, dia “diketuk” dulu oleh seniornya. Nak tunjuk pandai tak kena tempat…

Berbalik pada persoalan pokok, mengapa sayang sangat ADUN-ADUN PAS pada fahaman Syiah? Mereka bertanya di dalam dewan tentang tindakan Kerajaan BN Kedah pada golongan berfahaman songsang itu. Tapi mereka sendiri enggan menyokong kerajaan untuk bertindak?

Sebetulnya, rang undang-undang itu sudah tentu telah dikaji secara mendalam oleh pihak yang berkenaan. Sudah tentu para ulama muktabar dan Mufti telah dirujuk ketika membuat draf enakmen jenayah syariah tersebut.

Mungkin mereka sendiri sedar bahawa rang undang-undang itu benar-benar bakal memberi impak terhadap gerakan Syiah yang semakin berani menonjol diri di Kedah. Mungkin takut hilang sokongan politik, maka Ketua Pemuda PAS terpaksa berlakon “bodoh” membantah enakmen “anti-syiah” itu.

Atau, mungkin ada di kalangan ADUN PAS Kedah sendiri yang berfahaman Syiah? Biasalah. Mereka diwajibkan bertaqiyyah di khalayak umum. Apatah lagi mereka-mereka yang berada di pentas politik, bukan?


Ada juga bunyi-bunyi sumbang dari segelintir pemimpin PAS yang kononnya mahu tunjuk alim dan mengatakan bahawa Syiah itu tidak semuanya sesat serta merupakan sebuah mazhab.

Pelik betul! Setahu saya, seluruh jumhur ulama Sunnah wal Jamaah sepakat mengatakan bahawa Syiah itu bukan sebuah mazhab dan hanyalah satu fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Maksudnya, Syiah tidak diiktiraf sebagai mazhab!

Jadi, apa perlunya membantah rang undang-undang yang memerangi golongan yang menghina dan mengkafirkan Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar RA dan Sayyidina Uthman RA? Apakah PAS setuju supaya tiada sebarang tindakan diambil pada golongan berfahaman songsang itu?

Khabarnya PAS pejuang Islam sejati. “Pejuang” jenis apa yang menyokong Syiah diamalkan? Atau PAS sendiri bertaqiyyah, barangkali?

[Sumber]

Thursday, August 29, 2013

Kos Perceraian Catherine Zeta-Jones Dan Michael Douglas Bernilai RM300 Juta!

Kos Perceraian Catherine Zeta-Jones Dan Michael Douglas Bernilai RM300 Juta!

Pelakon Michael Douglas, 68 dan Catherine Zeta-Jones, 43, memutuskan untuk berpisah selepas 13 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.


Kedua-duanya kini dilaporkan hidup berasingan dengan Michael sedang bercuti di Sardinia manakala Catherine pula kekal di New York.

Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 2000, tidak lagi dilihat bersama-sama sejak 22 April lalu.

Kedua-duanya juga berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu peribadi.

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka bermula selepas Michael dilihat bermain golf sendirian di Itali, minggu lepas.

Kebiasaannya dia akan ditemani isterinya itu.

Star Magazine sebelum ini melaporkan Catherine dijangka memulakan tuntutan perceraian berjumlah $300 juta dolar terhadap Michael.

Meskipun jurucakap Michael dan Catherine menafikan pasangan itu telah berpisah, namun mereka tidak lagi tinggal bersama apabila Michael menetap di Manhattan manakala Catherine pula menetap di rumah mereka yang bernilai $4 juta dolar di New York bersama anak-anaknya iaitu Dylan, 13, dan Carys, 10.

Michael sebelum ini telah berkahwin dengan Diandra dan bekas isterinya itu mendapat bayaran sebanyak $45 juta dolar selepas bercerai.

Pada 2011, Diana gagal dalam cubaannya untuk menuntut separuh daripada pendapatan Michael hasil lakonannya dalam filem Wall Street: Money Never Sleeps.

-Mynewshub

Seorang Wanita Dirogol Setiap 20 Minit Di India!

Seorang Wanita Dirogol Setiap 20 Minit Di India!

Tahukah anda, kejadian rogol di India bukan lagi dilihat sebagai satu kes jenayah, sebaliknya ia diibaratkan seperti wabak.


Mana tidaknya, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalan Negeri India, kejadian rogol di negara itu dikatakan berlaku setiap 20 minit.

Cuba anda bayangkan dalam tempoh 24 jam, ia boleh mencecah hingga 72 kes rogol.

Selain itu, mengikut statistik, sebanyak 75% daripada kes yang dibawa ke mahkamah, semuanya dilepaskan.

Kenapa kejadian seumpama ini terus berlaku?

Berikut adalah infografik yang memaparkan beberapa kes rogol yang mendapat liputan media antarabangsa.
  • Disember 2013 - Pelajar perubatan berusia 23 tahun maut selepas #DelhiGangRape mencetuskan protes seluruh negara.
  • Januari 2013 - Kanak-kanak berusia 13 tahun diculik dan dirogol selama tujuh hari di Uttar Pradesh.
  • Februari 2013 - Kanak-kanak berusia 10 tahun bertindak membakar dirinya selepas dirogol secara berkumpulan di Orissa.
  • April 2013 - Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tingggal di kawasan setinggan di New Delhi dirogol dan dicacatkan.
  • April 2013 - Kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dirogol dan dibuang di Madhya Pradesh.
  • Mei 2013 - Kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun telah dirogol abang kandungnya hingga melahirkan bayi pramatang.
  • Julai 2013 - Pelancong Switzerland telah dirogol secara berkumpulan oleh 6 orang lelaki di Madhya Pradesh.
  • Julai 2013 - Seorang pelajar diculik dan dirogol secara berkumpulan di Manipal.
  • Ogos 2013 - Seorang wanita mengandung berusia 20 tahun dirogol secara berkumpulan oleh 4 orang lelaki.
  • Ogos 2013 - Kanak-kanak berusia 7 tahun di rogol di dalam sebuah keretapi di tengah India.
  • Ogos 2013 - Kanak-kanak berusia 6 tahun dirogol di sebuah kuil di New Delhi.

-Mynewshub

Senarai 49 Kumpulan Kongsi Gelap

Senarai 49 Kumpulan Kongsi Gelap

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.


Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram yang dianggotai seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara, adalah seperti berikut:
  1. Geng 04 - Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
  2. Geng 08 - Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
  3. Double 7 - Seluruh Semenanjung Malaysia
  4. Tiga Line - Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
  5. Geng 30 - Seluruh Semenanjung Malaysia
  6. Geng 38 - Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
  7. Geng 24 - Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
  8. Geng 18 - Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
  9. Geng 36 - Jumlah keanggotaan dianggarkan seramai 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
  10. Geng 21 - Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
  11. Ang Soon Thong - Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
  12. Wah Kee - Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
  13. Sio Sam Ong - Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
  14. PNEH - Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
  15. Hong Hong San - Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur
  16. Hai San - Aktif di Perak
  17. Siang Ang Bin - Aktif di Kuala Lumpur
  18. New Cell 20 - Aktif di Perak
  19. Jit It Hai - Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
  20. Sio Koon Tong - Bergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor
  21. Gee Lam Kor - Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
  22. Gee Ah Eng - Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
  23. Loh Kuan - Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
  24. Tiang Yee Tong - Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
  25. Geng Leng Hor - Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
  26. Geng 35 - Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang
  27. Geng 303 - Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor
  28. Geng Satu Hati - Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
  29. ATAP - Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
  30. Hung Ann - Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah
  31. Sui Yuk - Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah
  32. Otai - Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
  33. Borneo Red EMP - Kumpulan ini aktif di Petagas dan Taman Jumbo, Sabah
  34. Ah Ngau - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  35. Batu Tiga - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  36. Ah Feng - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  37. Batu 10 - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  38. Sibu Ti - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  39. Ah Seng - Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak
  40. Ah Chin - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  41. Lee Lung - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  42. Lo Han - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  43. Sg Merah - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  44. Sg Badut - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  45. Ting Ching Lee - Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak
  46. Tua Cak Lee - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  47. Teksi Station - Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
  48. Pintu Merah - Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
  49. Krokop - Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kongsi-kongsi gelap ini tidak boleh menggunakan nama, lambang, menggunakan premis atau bergerak dalam satu pasukan atas nama atau simbol yang disenaraikan itu.

Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM15,000 dan penjara lima tahun (SAHAJA?).

-Sentiasapanas.com

Luarbiasa! Atacama, Gurun Paling Kering Dihujani Salji

Luarbiasa! Atacama, Gurun Paling Kering Dihujani Salji

Ia dikenali sebagai tempat paling kering di dunia apabila stesen kaji cuaca tidak merekodkan wujud taburan hujan di situ. Bagaimanapun beberapa hari lalu pengunjung Gurun Atacama di Chile pasti terkejut apabila mendapati ada salji di situ.

Misteri salji Atacama

Penduduk San Pedro de Atacama yang terletak kira-kira 750 batu dari ibu negara Chile berkata, salji itu adalah yang paling banyak dilihat sejak tiga dekad lalu.

Kini terdapat kebimbangan bahawa pencairan ais dan hujan akan menyebabkan beberapa sungai melimpah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pejabat pelancongan kebangsaan berkata, jalan menuju ke bandar raya ditutup sementara kerana keadaan cuaca yang tidak menentu itu.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak hujan dalam beberapa akan datang, tetapi tiada arahan pemindahan dibuat.

Gurun Atacama yang merentangi dari Chile hingga ke Peru keseluruhannya terbentuk daripada tasik garam, pasir dan lahar falsik serta menerima taburan hujan purata hanya 15 milimeter setahun.

Beberapa kawasan mendapat kurang daripada satu milimeter dan beberapa stesen kaji cuaca melaporkan ada lokasi yang tidak mendapat hujan langsung.

Pada malam hari suhunya boleh merudum hingga serendah -25 darjah Celsius di zon Ollague, manakala pada siang hari suhunya antara 25 hingga 30 darjah Celcius.

Gurun itu menjadi lokasi teleskop terbesar dunia, Atacama Large Millimeter/submillimeter Array. -Agensi

Gurun paling kering di Dunia

Gurun Atacama adalah dataran tinggi di Amerika Selatan, yang meliputi sebidang tanah seluas 600 batu persegi (1,000 km) di pantai Pasifik Amerika Selatan, bersebelahan denganpegunungan Andes.

Gurun Atacama, menurut NASA, National Geographic dan penerbitan lain, adalah gurun terkering di dunia.

Gurun Atacama dikenali sebagai tempat terkering di dunia, terutama disekitar kota Yungay yang telah ditinggalkan (di Antofagasta Region, Chile). Curahan hujan secara purata di wilayah Chili Antofagasta hanya 1 milimeter (0.04 inci) setahun.

Malah, beberapa stesen cuaca di Atacama tidak pernah menerima hujan. Bukti menunjukkan bahawa Atacama mungkin tidak pernah mendapat hujan 'sebenar' pada tahun 1570-1971.

Begitu keringnya keadaan digurun ini sehinggakan pergunungan yang mencapai ketinggian 6,885 meter tersebut benar-benar bebas dari glasier.

Kajian oleh pengkaji Inggeris telah menemui beberapa jalur sungai dikawasan tersebut telah kering sejak 120,000 tahun yang lalu.

Namun, beberapa lokasi di Atacama menerima kabus laut yang dikenali sebagai Camanchaca, menyediakan udara yang cukup lembab untuk hypolithic algae, lumut dan beberapa kaktus.

Secara geografi, kekeringan tersebut boleh dijelaskan dengan alasan berikut:
  • Gurun Atacama terletak di sisi leeward Chili Coast Range, sehinggakan terlalu sedikit wap air dari lautan Pasifik sampai ke gurun.
  • Andes terlalu tinggi lalu menghalang awan konvektif, yang mungkin membawa curahan hujan yang terbentuk di atas Sungai Amazon memasuki gurun dari Timur.
Perbandingan dengan Planet Mars

Di wilayah sekitar 100 kilometer (60 batu) selatan Antofagasta yang rata-ratanya mencapai ketinggian 3,000 meter, permukaan tanahnya mirip dengan permukaan planet Marikh.

Kerana keunikan ini, Atacama telah digunakan sebagai lokasi untuk penggambaran filem yang berkaitan dengan adegan di planet Marikh, terutama dalam siri tv, Space Odyssey: Voyage To The Planets.

Pada tahun 2003, sebuah pasukan penyelidik telah menerbitkan sebuah laporan di jurnal Science berjudul “Tanah di Marikh ada di Gurun Atacama, Chile dan kehidupan mikro di tanah gersang” di mana mereka telah mengadakan ujian seperti yang dilakukan semasa pendaratan Viking 1 dan Viking 2 di Marikh untuk mencari kehidupan disana.

Keunikan gurun ini telah digunakan oleh NASA untuk menguji peralatan dan kelengkapan sebagai persiapan bagi misi-misi ke Marikh pada masa yang akan datang.

Di Atacama, berhampiran pantai terpencil, anda akan melihat sebuah tanah yang tidak berpenghuni, di mana tidak ada burung, tidak ada binatang atau pokok malah tiada hidupan langsung. (La Araucana oleh Alonso de Ercilla, 1569)

Atacama jarang dihuni, sebahagian besar kota-kota terletak di sepanjang pesisir pantai Pasifik.

Di bahagian dalam, beberapa oasis dan lembah telah dihuni selama berabad-abad, menjadi bandar paling maju masyarakat pra-Columbus yang ditemui di Chile.

Oasis ini memiliki sedikit pertumbuhan penduduk dan pembangunan dan sejak abad ke-20, menghadapi konflik sumber air yang diperlukan untuk bandar-bandar pesisir dan industri perkapalan.

Patung Tangan Raksasa

La mano del desierto (the hand of the desert) adalah salah satu objek menarik yang boleh ditemui di Gurun Atacama.

Patung ini menyerupai sepotong tangan raksasa yang terkubur di dalam tanah.

“Tangan Raksasa” ini adalah karya pengukir patung Chile, Mario Irarrázabal, tinggi patung ini 36 kaki (10 meter) dari permukaan tanah dan dibuat daripada besi dan simen.

Setelah mempelajari filosofi dan seni di University of Notre Dame, dan teologi di Università Gregoriana Pontificia di Roma, seniman Mario Irarrázabal berlatih membuat patung di bawah bimbingan pengukir Jerman, Otto Waldemar.

Dia mempamerkan karyanya buat pertama kali di Chile pada tahun 1970, menggunakan manusia untuk mengungkapkan tema-tema seperti ketidakadilan, kesepian, kesedihan dan penyeksaan.

Ukiran patung “Tangan dari gurun” Mario dianggap menggambarkan kelemahan manusia dan ketidakupayaan.

Sebelum itu, Irarrázabal juga pernah membuat patung yang serupa, seperti “Monumento al Ahogado”, tahun 1982, yang terdiri dari lima jari yang terbenam dipantai Punta del Este, kota peranginan yang terkenal di Uruguay.

Patung-patung yang serupa juga dibuat oleh Irarrázabal di Madrid pada tahun 1987 dan Venice pada tahun 1995.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

10 Selebriti Hollywood Berpendapatan Paling Tinggi 2013

10 Selebriti Hollywood Berpendapatan Paling Tinggi 2013

Baru-baru ini majalah Forbes melaporkan penyanyi popular, Modonna merupakan selebriti berpendapatan tertinggi untuk tahun 2013 iaitu sebanyak AS$125 juta (RM417 juta).

Top 10 Selebriti Hollywood Berpendapatan Paling Tinggi 2013

Kejayaan Madonna ini diraih daripada konsert jelajahnya "MDNA" berjalan dengan lancar dan mendapat penghargaan Touring Award dari Billboard.

Selain itu, penjualan 'merchandise', pakaian, wangian serta beberapa pelaburan yang dibuat Modonna.

Ini bukan kali pertama pelantun "Give Me All Your Luvin" menjadi selebriti yang berpendapatan tertinggi. Pada tahun 2009, Madonna menduduki tangga teratas dengan pendapatan sebanyak AS$110 juta (RM366 juta).

Sementara itu, di kedudukan kedua diduduki oleh Steven Spielberg selepas kejayaan filem "Lincoln" arahannya tahun lalu dengan berpendapatan sebanyak AS$100 juta (RM333 juta).

Manakala produser dan bekas juri "American Idol", Simon Cowell pula berada di kedudukan ketiga dengan pendapatan sebanyak AS$95 juta (RM316 juta).

Berikut adalah senarai selebriti yang Berpendapatan Tertinggi Tahun 2013:
  1. Madonna: AS$ 125 juta (RM417 juta)
  2. Steven Spielberg: AS$ 100 juta (RM333 juta)
  3. Simon Cowell: AS$ 95 juta (RM316 juta)
  4. E L James: AS$ 95 juta (RM316 juta)
  5. Howard Stern: AS$ 95 juta (RM316 juta)
  6. James Patterson: AS$ 91 juta (RM303 juta)
  7. Glenn Beck: AS$ 90 juta (RM300 juta)
  8. Michael Bay: AS$ 82 juta (RM273 juta)
  9. Jerry Bruckheimer: AS$ 80 juta (RM266 juta)
  10. Lady GaGa: AS$ 80 juta (RM266 juta)

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Hollywood Yang Pernah Bergelar Gelandangan

-SENTIASAPANAS.COM