Saturday, August 03, 2013

Panas! Simon Cowell Hamilkan Isteri Kawan Baik Sendiri

Panas! Simon Cowell Hamilkan Isteri Kawan Baik Sendiri

Pengasas siri X Factor, Simon Cowell dilapor akan menjadi bapa kepada bayi isteri rakan baiknya, jutawan pemilik kasino, Andrew Silverman.


Silverman memfailkan tuntutan cerai daripada isterinya, Lauren awal bulan lalu, tetapi tidak diketahui sama ada dia melakukan demikian selepas mendapat tahu isterinya hamil dengan anak Cowell.

Dia yang diwakili peguam keluarga Manhattan Cohen Goldstein memfailkan tuntutan cerai pada 24 Julai lalu.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Adam, 7, hasil daripada perkahwinan mereka.


AKSI mesra Cowell (baring) dan Lauren ketika bercuti di Caribbean sambil diperhatikan Silverman, Januari tahun lalu.

Sebelum ini ada gambar menunjukkan aksi mesra Cowell, 53, bersama Lauren, 36, ketika bercuti di Caribbean pada Januari tahun lalu walaupun Silverman turut menyertai percutian itu dan berada tidak jauh dari mereka.

Sumber yang rapat dengan Cowell sebelum ini pernah berkata, mogul muzik itu tidak ingin mempunyai anak.

Sumber itu juga berkata, kehamilan terbabit tidak dirancang dan Cowell benar-benar terkejut.

Bagaimanapun Cowell dikatakan dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang bakal lahir itu adalah anaknya.

Lauren dikatakan hamil 10 minggu. Publisiti yang mengejutkan itu muncul hanya beberapa minggu sebelum bermulanya musim baru siri X Factor AS September depan.

Cowell dan Lauren yang menyerupai wajah bekas tunangnya Mezhgan Hussainy dikatakan sudah berkawan lebih lima tahun.

Cowell kini dikatakan sibuk dengan kes hartanya bernilai £225 juta (RM1.1 bilion), yang pastinya cukup untuk menyara anak yang bakal lahir itu. –Agensi

Friday, August 02, 2013

Along Mati Di Tikam Ketika Pungut Hutang Di Sandakan

Along Mati Di Tikam Ketika Pungut Hutang Di Sandakan

Seorang lelaki mati ditikam oleh seorang lelaki lain ketika mengutip hutang di lorong belakang Jalan Dua Pusat Bandar, petang Khamis.

Mangsa yang ditikam.

Mangsa dikenali sebagai Gan Boon Yong, 31, disahkan mati di tempat kejadian akibat tikaman di bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang sedang berjalan di lorong belakang jalan itu telah terserempak dengan suspek.

Mangsa kemudiannya bercakap dengan suspek bagi meminta pembayaran balik wang yang dipinjam oleh suspek. Bagaimanapun, suspek memberitahu yang kononnya dia tidak berhutang dengan mangsa.

Mangsa kemudiannya bertindak memukul suspek sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa.

Polis mengusung mayat mangsa ke dalam lori.

Suspek kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menyerah diri di balai polis tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah, Aisisten Komisioner Rowell Marong mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Pihak polis telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat,” katanya.

Rowell berkata, suspek berumur 32 tahun yang kini ditahan oleh pihaknya akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

[Sumber]

Lana Nordin Akui Suka Berkunjung Ke Kelab Malam

Lana Nordin Akui Suka Berkunjung Ke Kelab Malam

Nama Lana Nordin kembali hangat diperkatakan sekitar awal Ramadhan lalu apabila timbulnya dakwaan mengatakan beliau adalah selebriti yang ditangkap ketika tengah bermain mahjung dan juga didapati tidak berpuasa.


Baru-baru ini, Lana telah mengakui dia gemar ke kelab dan menyatakan beliau turut menjaga beberapa batasan sewaktu berada di kelab.

“Saya akui memang saya gemar ke kelab namun saya tidak menyentuh alkohol atau dadah” jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut mengakui status selebritinya tidak terjejas meskipun dikaitkan dengan isu penangkapan seorang selebriti wanita yang menyerupai dirinya.

“Gosip tersebut tidak menjejaskan saya dan saya tidak kisah apa orang mahu kata mengenai saya. Saya sudah memberi penjelasan berkenaan isu tersebut tidak kira berita itu sahih atau tidak.

[Sumber]

Huawei Perkenal Telefon Pintar Ternipis Di Dunia

Huawei Perkenal Telefon Pintar Ternipis Di Dunia

Huawei memperkenalkan telefon pintar ternipis di dunia iaitu 6.18mm yang beroperasi pada pemprosesan Quad Core 1.5GHz dengan kelengkapan kamera 8.0 megapiksel melalui Ascend P6 yang dibawa masuk ke Malaysia dengan harga patut.

Huawei Ascend P6

Peranti terbabit hanya dijual pada harga RM1,399 sesuai untuk kelengkapan teknologi sebelum Hari Raya.

Huawei membawa masuk semua warna yang ditawarkan iaitu hitam dan putih manakala warna merah jambu ditawarkan pada Oktober nanti.

Syarikat yang berpengkalan di China membawa masuk P6 lengkap dengan pemprosesan Quad Core 1.5GHz K3V2, RAM sebanyak 2GB selain setoran dalaman 8GB.

Namun Huawei berkata, mereka hanya mengeluarkan telefon pada versi 3G manakala versi LTE masih dalam tempoh perbincangan dalaman syarikat.

Ia akan beroperasi pada OS Android Jelly Bean 4.2.2 dan Emotion UI sendiri yang seakan-akan iOS manakala sistem rangkaian ditetapkan pada HSPA+ bagi kelajuan muat turun 21Mbps.

Skrinnya pula 4.7 inci LCD (1280 x 720 piksel) yang menyaksikannya lebih cantik dan peka sentuh.

SPESIFIKASI
  • Produk: Huawei Ascend P6
  • Harga: RM1,399
  • Paparan: 4.7 inci 1280 x 720 piksel
  • Dimensi: 132.65 x 65.5 x 6.18mm
  • Berat: 120 g
  • Rangkaian: WCDMA 850/900/1700/1900/2100MHz GSM850/900/1800/1900MHz
  • CPU: 1.5GHz Quad-core CPU K3V2E
  • OS: Android 4.2.2
  • UI: Emotion UI
  • Kamera: 8.0 megapikselBateri: 2000mAhMasa cas: empat jam maksimum
  • Sambungan: Bluetooth 3.0, Wi-Fi 802.11b/g/n, USB 2.0 (480 Mbit/s)

-Hmetro

Kekurangan Lelaki Yang Rupanya Menjadi Tarikan Bagi Wanita

Kekurangan Lelaki Yang Rupanya Menjadi Tarikan Bagi Wanita

Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang sebaliknya menjadi daya tarikan kaum wanita! Kedengaran agak pelik tetapi mungkin harapan berguna buat lelaki yang serba kekurangan.

Richard Gere tampan ketika beruban
Richard Gere.

Berikut kami kongsikan buat pembaca terutamanya lelaki hasil kajian tersebut.

Kesan luka

Mungkin tidak ada yang menyangka bahawa kesan luka mampu menjadi sebuah daya tarikan. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh ramai wanita.

Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.

Anda seorang yang pelik!

Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang anda anggap geek/pelik ini memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan 'aneh' lelaki tersebut dianggap unik dan lain daripada yang lain.

Para wanita dewasa ini mungkin bosan dengan lelaki yang nampak 'biasa-biasa' saja.

Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini ramai wanita memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki impian besar untuk mencipta roket dengan bahan bakar daripada air!

Peluh

Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurangan. Namun bagi sebahagian wanita, peluh kononnya mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi.

Apalagi peluh itu keluar ketika lelaki sedang bersukan. Wanita yang melihatnya pasti terkesima.

Menurut sebuah kajian, ketika berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang mampu memicu perempuan menjadi ghairah.

Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, peluh yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, malah anda akan dijauhi oleh wanita!

Uban

Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut anda secara rutin.

Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih.

Kemunculan uban kini dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebahagian wanita. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?

Cermin mata

Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, wanita kini lebih tertarik dengan lelaki bercermin mata. Kerana golongan ini kelihatan lebih bijak dan cerdas.

Jadi bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda.

Kepada pembaca wanita, apa pula pendapat anda?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Top 10 Lelongan Paling Bersejarah Di Dunia

Top 10 Lelongan Paling Bersejarah Di Dunia

Bila kita membicarakan mengenai acara lelongan, terbayang pelbagai perkara di benak fikiran. Ada yang terbayang rumah atau kereta yang ditarik dari pemiliknya angkara gagal membayar hutang maka terpaksalah ia dilelong.

Gambar hiasan.

Ada yang membayangkan acara lelongan yang dijalankan oleh syarikat pelelong ternama seperti Christie, Sotheby's, Bonhams, Lyon & Turnbull: sekadar menyebut beberapa nama. Apabila melibatkan syarikat sebegini acara lelongan anjuran mereka selalunya melibatkan barangan mewah dan antik yang pastinya bernilai jutaan ringgit.

Kini dalam era teknologi maklumat urusan lelongan sudah menjadi semakin mudah, hanya masukkan gambar item yang mahu di jual ke dalam syarikat lelongan Internet, contoh mudahnya eBay atau mudah.my.

Itemnya pula dari sekecil-kecil barang yang murah harganya hinggalah kapal persiaran mewah bernilai ratusan juta dolar. Sebagai perbandingan, tiada perbezaan yang ketara antara lelongan dengan urus niaga lain.

Cuma ia melibatkan syarikat tertentu yang menjadi orang tengah dan melibatkan sekelompok manusia yang akan membida pada harga tertinggi. Namun ia menjadi lebih menarik bilamana melibatkan barangan mewah, antik dan jarang ditemui.

Walau apa pun kisahnya lelongan sebegini adalah antara sebahagian daripada aktiviti ekonomi yang mampu menjana keuntungan lumayan jika kena pada tempat dan barangannya. Melihat kembali kepada sejarah panjang acara lelongan, berdasarkan rekod ia dikatakan telah wujud sekitar 500 tahun Sebelum Masihi.

Namun yang pasti golongan kaya akan terus mendapat faedah dari lelongan barangan mewah dan antik kerana hanya mereka yang mampu membelinya dan kemudian disimpan sehinggalah harganya naik berlipat kali ganda.

Seterusnya dinyatakan beberapa barangan yang dilihat pelik, mahal dan mungkin juga mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Layan...

Codex Leicester


Buku ini berkisar kepada kajian saintifik yang pernah dilakukan Leornado da Vinci. Walaupun beliau banyak menulis nota kajian dalam pelbagai buku namun buku ini paling berharga berdasarkan teori dan pemerhatian beliau mengenai astronomi, jenis batu, fosil dan kajian mengenai cahaya di cakerawala. Buku setebal 72 muka surat ini pernah dimiliki oleh Thomas Coke yang juga Earl of Leicester pertama pada 1717. Pengasas Microsoft, Bill Gates telah membeli buku ini pada 1994 pada harga AS$30.8 juta (RM92.4 juta) menjadikan ia buku paling mahal di dunia. Setiap tahun Bill Gates akan menayangkan buku ini di muzium yang berbeza untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat dan menilai buku ini.

Berlian Wittelsbach


Berlian biru seberat 35.56 karat telah dibeli pada harga AS$23.4 juta (RM70.2 juta) pada 2008 di London oleh seorang lelaki bernama Lawrence Graff. Berlian ini bukanlah paling besar di dunia tetapi tarikan utamanya adalah kejernihan dan kilauan warna birunya begitu memukau. Berlian ini dikatakan berasal dari kerajaan Golkonda di India namun berdasarkan perkembangan terbaru berlian ini telah dipotong kepada tiga bahagian menyebabkan ramai pengkaji sejarah kecewa kerana telah kehilangan keasliannya.

Gaun Marilyn Monroe


Gaun berwarna putih gading yang dipakai aktres Marilyn Monroe dalam filem The Seven Year Itch telah dijual pada harga AS$4.6 juta (RM13.8 juta) dalam satu acara lelongan kostum Hollywood. Gaun tersebut yang memaparkan aksi gaun terangkat ditiup angin merupakan rekaan William Travilla dan dikumpul sebelum dijual oleh Debbie Reynolds yang juga seorang pelakon veteran.

Painting No. 5


Lukisan bertajuk No. 5, yang dilukis pada 1948 oleh Jackson Pollock telah dinobatkan sebagai lukisan termahal dunia dalam satu acara lelongan pada 2006 dengan harga AS$140 juta (RM420 juta). Lukisan itu bersandarkan kepada teknik splattered paint dengan ukuran lapan kaki lebar dan empat kaki panjang hanya dilengkapi beberapa warna menjadikan ia kelihatan seperti sebuah sarang burung. Pemiliknya sekarang masih menjadi rahsia namun desas-desus mengatakan ia kini dimiliki David Martinez, yang memiliki syarikat Fintech Advisory Ltd.

The Walking Man


Arca termahal dunia yang diberi nama L’Homme qui marche I atau The Walking Man merupakan arca termahal dunia dengan harga 58 pound. Arca tersebut dicipta oleh Alberto Giacometti pada 1961. Arca bersaiz manusia ini mempunyai ukuran 183 sentimeter digelar sebagai ‘imej rendah diri manusia biasa’ telah dijual pada 2010 oleh syarikat lelongan Sotheby di London dan kini ia menjadi milik balu ahli perbankan ternama dari Lebanon, Lily Safra.

Badminton Cabinet


Mungkin agak pelik namanya namun ia merupakan almari termahal di dunia. Duke of Beaufort, Henry Scudam yang hidup dari 1707 hingga 1745 telah mengarahkan pembinaan almari ini ketika berusia 19 tahun. Almari ini diperbuat dari kayu ebony dan dilengkapi puluhan batu permata bernilai dan ia diperbuat di Florence, Itali. Almari ini merupakan antara karya paling dihargai di dunia dengan ketinggian 386 sentimeter dan lebar 232.5 sentimeter. Ia kini dimiliki oleh Hans-Adam II, yang juga Putera Raja Liechtenstein pada 2004 pada harga AS$35 (RM105 juta). Ia mendapat nama dari bangunan Badminton House di Gloucestershire, England.

1936 Bugatti 57SC Atlantic


Kereta klasik keluaran 1936 telah mencatat sejarah sebagai kereta paling mahal di dunia. Kereta tersebut yang dimiliki oleh ahli keluarga mendiang Dr. Peter Williamson sebelum dijual kepada Muzium Automatif Mullin yang berpengkalan di Oxnard, California dalam satu lelongan melalui firma lelongan Gooding & Company. Sehingga kini hanya terdapat dua kereta jenis berkenaan, salah satunya dimiliki oleh pereka fesyen terkenal, Ralph Lauren. Harga sebenar penjualan kereta berkenaan tidak didedahkan. Namun menurut sumber kereta tersebut dijual pada harga antara AS$30 juta (RM96 juta) hingga AS$40 juta (RM 128 juta).

Eileen Gray Dragon Chair


Direka oleh seorang pereka Ireland, Eileen Gray yang turut diiktiraf sebagai antara pengasas gerakan moden dalam senibina. Kerusi ini pernah dimiliki oleh pereka terkenal Yves Saint Laurent
Namun pada 2009, dalam satu lelongan oleh rumah lelongan Christie di Paris, kerusi ini telah dilelong pada harga AS$28 juta (RM84 juta) menjadikannya kerusi termahal dunia.

1794 American Silver Dollar


Duit syiling termahal dunia ini telah dijual pada harga AS$7.85 juta (RM23.5 juta). Duit syiling satu dolar ini merupakan antara yang paling sukar ditemui dan unik berbanding syiling lain kerana ia menampilkan gambar seorang lelaki berambut panjang. Duit syiling ini telah dibeli oleh The Cardinal Collection Educational Foundation of California dan ia telah dipamerkan di pelbagai muzium di seluruh dunia.

Ex-Vieuxtemps Violin


Alat muzik ini merupakan yang termahal di dunia dan direka oleh Giuseppe Guarneri yang juga pereka biola termasyhur dunia sebelum dibeli komposer Belgium, Henri Vieuxtemps. Pada 2008 biola ini telah dibeli oleh seorang peguam dan pemuzik Rusia, Maxim Viktorov pada harga AS $3.9 juta (RM11.7 juta).

Tambahan:

Treskilling Yellow


Pada 1855 kerajaan Sweden telah melancarkan setem pertama yang hanya dikeluarkan sebanyak lima keping. Pada 1886 hanya satu setem ini ditemui menjadikan ia sebagai antara barang paling berharga di dunia. Setem ini telah banyak kali berpindah tangan dan pada 2010 ia telah dilelong pada harga yang tidak dinyatakan.

Pemiliknya kini hanya dinyatakan sebagai sebuah konsortium antarabangsa dan pemilik sebelumnya adalah sebuah syarikat kewangan yang berhadapan dengan masalah kewangan dan ia terpaksa dijual untuk melangsaikan hutang. Malah semua pembida dan mereka yang terlibat telah diarah untuk mengangkat sumpah bagi merahsiakan semua urusniaga yang berlaku.

[Sumber]

David Beckham Bakal Lancar Buku Autobiografi

David Beckham Bakal Lancar Buku Autobiografi

Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham akan melancarkan autobiografi terbaharunya pada Oktober depan menerusi perjanjian dengan sebuah syarikat penerbitan.


Beckham yang juga bekas pemain tengah pasukan Manchester United dan Real Madrid dijangka melancarkan buku autobiografi keempatnya pada 31 Oktober dengan Kumpulan Penerbitan Headline milik Lagardere di United Kingdom.

Pengarah penerbitan buku bukan fiksyen Headline, Jonathan Taylor telah membeli hak cipta dalam perjanjian dengan syarikat pengurusan Beckham iaitu XIX Entertainment untuk menerbitkan buku tersebut.

Menurut Taylor, buku itu sebagai meraikan penglibatan Beckham dalam dunia sukan bola sepak.

“Tidak dapat dinafikan bahawa David Beckham ialah ahli sukan paling popular di dunia dan dikenali oleh semua orang. Buku yang hebat ini akan menjadi cara terbaik untuk peminat Beckham dari seluruh dunia meraikan pencapaiannya dalam dunia bola sepak,” katanya.

Buku tersebut adalah sebahagian daripada rancangan Beckham selepas persaraan untuk memastikan jenamanya terus berjaya di pasaran dunia.

Beckham, 38, berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham dan dikurniakan empat orang anak.

Lagardere mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus dalam jualan suku pertama pada bulan Mei, didorong oleh kejayaan buku bertajuk Fifty Shades dan penerbitan buku biografi pemain bola sepak antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic. -Reuters

Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Chua Boon Huat

Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Chua Boon Huat

Dunia sukan tanah air dikejutkan dengan berita kemalangan Chua Boon Huat yang menyebabkan pemain hoki kebangsaan ini maut ditempat kejadian.


Satu lagi kehilangan bintang sukan yang menyinar dalam sukan hoki sejak beliau berumur 17 tahun lagi.

Ketika tahun 80an, Malaysia dikejutkan dengan kematian penjaga gol kebangsaan yang digelar Spiderman, Mendiang R. Arumugam yang juga maut akibat kemalangan diawal pagi. Kemudian tahun 90-an seorang lagi pemain bolasepak Malaysia dan Selangor kemalangan juga diawal pagi, Allahyarham Zaid Jamil yang merupakan abang kepada bekas pemain Selangor, Malaysia dan kini Jurulatih KL SPA, Nizam Jamil. Mendiang Arumugam dan Arwah Zaid Jamil kedua-duanya kemalangan di Federal Highway.

Mendiang Chua ‘The Boss’ Boon Huat adalah salah seorang player hoki kebangsaan yang hebat. Mula beraksi dengan skuad kebangsaan sejak umur 17 tahun yang pada ketika itu Minarwan, Norsaiful berada dikemuncak prestasi dengan skuad kebangsaan. Mendiang adalah satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam skuad kebangsaan yang dikendalikan Paul Lissek.

Kehilangan The Boss benar-benar dirasai pada ketika skuad hoki kebangsaan memerlukan semangat Harimau Malaya yang akan mengharungi kejohanan Piala Asia hujung tahun ini.

Kata-kata terakhir Chua Boon Huat yang disampaikan kepada media semalam, “Muncul juara piala Asia lebih penting daripada imbuhan RM7,500.” Sumber diperolehi dari Twitter Haresh Deol.

Klip video dibawah boleh ditonton bagaimana Chua Boon Huat mengetuai skuad hoki kebangsaan memberi tunduk hormat kepada penyokong di Johor sebagai tanda hormat & penghargaan beliau dan rakan sepasukan.



Gambar kemalangan


Kehilangannya jelas dirasai menjelang persiapan negara menghadapi Kejohanan Hoki Asia di Ipoh 24 Ogos hingga 1 September depan

Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md Yunus Husin merakam takziah kepada keluarga Chua dan berharap tabah menerima berita mengejutkan itu.

Katanya, persatuan akan turut menyumbang kepada keluarga mendiang sebagai tanda keprihatinan dan kesedihan di atas kejadian yang tidak di sangka itu.

Jenazah mendiang dijangka dibawa balik keluarganya ke Taman Semabok Perdana di sini dan dijangka disemadikan Isnin ini.

No 3

Jersi nombor 3 Chua Boon Huat milik
salah seorang Komrad Ultras Malaya.

Dan mungkin secara kebetulan nombor jersi Chua Boon Huat adalah nombor 3. Beliau maut pada jam hampir 3 pagi pada umur 33 tahun…ironi seorang Lagenda Hoki bernama Chua ‘The Boss’ Boon Huat…semoga skuad hoki kebangsaan beroleh kejayaan dimasa depan dengan membawa bersama semangat dan inspirasi seorang lagenda.

[SP]

Khasiat Kacip Fatimah Bukan Mitos

Khasiat Kacip Fatimah Bukan Mitos

Sebut sahaja Tongkat Ali atau Kacip Fatimah kepada warga Malaysia, pasti ia membuatkan mereka tersenyum. Ini kerana kedua-dua herba ini mempunyai hubung kait dengan budaya atau amalan mereka yang sudah berkelamin.


Hanya dengan mendengar namanya sahaja, ia sudah memberikan gambaran asas mengenai kegunaan herba-herba ini.

Herba-herba ini berkhasiat untuk meningkatkan libido (syahwat) dan kesihatan baik bagi lelaki mahupun perempuan.

Bagi mereka yang masih sangsi dengan ubatan tradisional, semua khasiat Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila Benth akan terjawab setelah bertemu dengan Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau telah menghabiskan masa lebih daripada lima tahun mengkaji dan menerbitkan berdozen kertas kerja berkenaan herba ini.

Selain memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Fellowship Naib Canselor; dan baru-baru ini, beliau diangkat sebagai pemenang pingat perak di Ekspo Teknologi Malaysia 2013, hasil inovasinya dalam perkembangan tumbesaran Kacip Fatimah, sejenis tumbuhan lembam berakar pendek yang tumbuh meliar di dalam hutan.

Beliau juga memenangi pingat perak di ekspo yang sama untuk satu lagi kajiannya bertajuk “Novel Antioxidant Activities and Secondary Metabolite Enhancement of Labisia Pumila Benh Under Manipulation of Greenhouse Irradiance.”

Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, UPM

Menurutnya, walaupun khasiat Kacip Fatimah terkenal di seluruh dunia bagi kegunaan wanita sebelum dan selepas bersalin, namun ia masih perlu banyak kajian dan menjalani ujian makmal bagi membolehkan perladangan secara komersil dibangunkan dalam penghasilan bahan mentah bagi tujuan perusahaan farmaseutikal.

Pada masa ini, beberapa projek kendaliannya menyentuh kesan pelbagai faktor alam sekitar terhadap kandungan fitokimia dalam Kacip Fatimah yang juga merupakan waktu terbaik untuk menentukan “indeks penuaian metabolit sekunder tinggi”.

Beliau turut berkata, lebih banyak kajian diperlukan bagi memperkukuhkan penemuan sebelumnya, “sama seperti penemuan saintis lain, kajian kami juga mendapati khasiat Kacip Fatimah bersifat anti-kanser, anti-kulat dan anti-radang, disamping khasiatnya yang merangsang estrogen.”

Kini, beliau giat menjalankan kajian terhadap keupayaan Kacip Fatimah untuk melindungi sel semasa rawatan kemoterapi, atau mengurangkan kesan kemo-ketoksinan ketika pesakit barah menjalani rawatan.

Beliau mendapati keberkesanan bagi tujuan perubatan ada pada tiga jenis Labisia pumila Benth, yang mempunyai kandungan fitokimia seperti phenolic dan sebatian flavonoid.

Dalam amalan perubatan tradisional, daun Kacip Fatimah direbus bersama dengan ramuan herba lain dan campurannya diminum atau digunakan untuk mandi.

Bagaimanapun, herba yang hidup meliar ini terdedah kepada kepupusan akibat eksploitasi secara berleluasa seperti yang terjadi kepada Tongkat Ali, walaupun begitu, ia masih boleh diselamatkan dengan penanaman secara domestik berskala besar.

Malahan, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan kapsul Kacip Fatimah (untuk kegunaan semasa dan selepas bersalin) juga kebanyakannya diperolehi dari hutan.

Dr. Hawa ZE yang merupakan seorang pakar dalam fisiologi persekitaran tumbuhan dan metabolit sekunder, juga merupakan perintis di Malaysia dalam pembangunan Teknik Novel Perkayaan Karbon Dioksida bertujuan merangsang pertumbuhan dan ciri farmaseutikal, terutama bagi tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan mendapati bahawa teknik ini boleh menjadi cara terbaik untuk penananam Labisia pumila Benth. dan herba-herba lain bagi keguaan industri dalam penghasilan ubat-ubatan, terutama dalam pengeluaran kompaun khusus yang disasarkan.

Dengan kaedah terkininya itu, ia membekalkan lebihan dos karbon dioksida secara strategik terhadap tumbesaran Kacip Fatimah yang ditanam dalam ruangan tertutup dan antara lainnya:
  • mengurangkan masa untuk penuaian daripada 16-18 bulan kepada 7-8 bulan
  • mengurangkan kos;
  • meningkatkan jumlah dan kadar sebatian fitokimia khusus sebanyak 180 ke 1,000 peratus dengan terhasilnya daun yang lebih lebar, peningkatan jumlah dan jisim daun;
  • membekalkan kadar pemulihan sebatian fitokimia tertinggi, dan
  • menghasilkan tumbesaran yang seragam, kental, dengan kadar metabolit sekunder yang tinggi, berbanding penanaman dalam kondisi yang normal dengan penghasilan kadar metabolit sekunder yang rendah dan benih yang lemah;
  • memastikan ketulenan zarah tumbuhan dan pengeluaran berterusan.

Beliau juga turut berkata, daun yang dituai dari pokok selepas tujuh bulan ditanam dengan menggunakan kaedah keratan daun, mengandungi fitokimia yang sangat tinggi.

Pada masa ini, pasukan penyelidiknya sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemuncak dan peringkat paling sesuai untuk menentukan “indeks penuaian metabolit sekunder tinggi” bagi tujuan perindustrian.

Sedang beberapa penyelidik lain cuba mencambahkan herba melalui pengkulturan tisu, beliau pula menggunakan kaedah keratan daun.

Menurutnya, masih banyak lagi kajian perlu dilakukan terhadap Kacip Fatimah, dan seperti juga Tongkat Ali, Misai Kuching, Hempedu Bumi, Pegaga, Mengkudu, Roselle, Mas Cotek, Halia dan Daun Belalai Gajah, adalah tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan herba yang dikenal pasti sebagai 10 jenis herba paling utama untuk dibangunkan bagi tujuan komersil selaras dengan sasaran Bidang Ekonomik Utama Negara di bawah kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kementerian terbabit juga mensasarkan 10 ubatan farmaseutikal dan 5 ubatan botanikal menjelang 2020, yang mana geran-geran penyelidikan disediakan bagi para saintis membuat kajian berkenaan salah satu daripada 10 herba berkenaan.

Apabila ditanya adakah Kacip Fatimah benar-benar berkesan, Dr. Hawa ZE yang baru meraikan hari lahirnya yang ke 59 menjawab “Benar!”.

Beliau telah mula mengambil kapsul herba sejak Julai atau Ogos tahun lepas dan bersedia berkongsinya pada bila-bila masa.

"Ia bukan mitos… ia adalah kenyataan dan telah dipraktikkan oleh beberapa generasi di dunia Melayu sebelum ini seperti amalan pemakanan majun dan jamu (dua ramuan herba)," katanya, sambil menambah bahawa dokumentasi saintifik Kacip Fatimah yang pertama dicatatkan oleh Burkill pada tahun 1935.

BACA INI JUGA:

[Sumber]

Ulama Sunni Sepakat Menolak Ajaran Syiah

Ulama Sunni Sepakat Menolak Ajaran Syiah

Info Syiah. Sepanjang sejarah Islam, bermula dari zaman Saidina Ali RA lagi, firqah atau golongan Syiah yang menolak Mushaf Uthman dan mengkafirkan Sahabat dan Ummahatul Mukminin, telah dihukum kafir. Imam Abi Muzaffar al-Isfarayni dalam Tabsir fid- Din-nya telah memberi fatwa, bahawa orang yang solat di belakang penganut Syiah yang iktikad mereka seperti ini, wajib mengulangi solatnya. Khomeini ialah antara orang yang mengkafirkan Sahabat!


Untuk makluman, semua ulama dunia Islam dari Maghribi, Turki, hingga Indonesia, menolak Syiah. Mereka termasuklah Said Hawwa, Syed Abu Hasan Ali an-Nadvi, Syed Muhammad al-Maliki, Yusuf Qaradhawi, Habib ‘Umar dan seluruh ulama Hadramawt, ulama Lucknow dan seluruh ulama benua kecil India, ulama al-Azhar dan banyak lagi.

Perkembangan Syiah di Malaysia amat membimbangkan. Ini adalah kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh, rangkaian antarabangsa serta mendapat sokongan dan pembelaan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tempatan.

Dari segi kewangan, mereka berjaya membina pelbagai jenis perniagaan dengan rangkaian yang banyak dan besar. Mereka mempunyai perniagaan strategik dengan memiliki restoran dan menjadi pengeluar serta pengedar barangan makanan dan minuman serta produk kesihatan. Jenis perniagaan ini berkaitan dengan orang ramai secara langsung. Ini adalah mekanisme yang baik untuk menyebarluaskan dakyah mereka.

Dalam suatu perhimpunan Bersih, mereka pernah mengagihkan air mineral keluaran mereka secara percuma kepada para demonstran. Mereka juga mempunyai rangkaian pendidikan dan tadika yang banyak serta pusat-pusat penyebaran ajaran mereka dengan pelbagai nama di pelbagai tempat.

Mengenai rangkaian antarabangsa pula, mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Syiah di Iran. Syiah Iran membantu mereka membina rangkaian perniagaan dan membekalkan literatur serta pendakyah di sini. Dari segi politik pula mereka mempunyai hubungan erat dengan sebuah parti politik Syiah terbesar di Lebanon yang radikal.

Sementara itu dalam negara ini pula, mereka mendapat sokongan, pembelaan dan perlindungan daripada beberapa NGO Islam serta parti politik.

Ini ditambah pula dengan kedatangan mulah-mulah Syiah bertali arus dijemput menghadiri wacana-wacana dan perjumpaan-perjumpaan sulit dengan kumpulan mereka, selain daripada kebanjiran pelajar-pelajar Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi.

Perlu kita fahami, Syiah seperti juga gerakan Zionis-Kristian, berusaha menguasai parti politik dan NGO Islam yang berpengaruh. Mereka pandai menyusun strategi dengan menjadikan aktivis ini sebagai anak catur mereka dalam rangka menguasai organisasi tersebut.

Strategi ini agak menjadi, walaupun belum berjaya sepenuhnya. Pada suatu ketika, mereka berjaya menguasai sebuah persatuan ulama di Malaysia. Dan kini mereka berjaya meletakkan orang mereka dalam sebuah parti politik sehingga memegang jawatan penting.

Kepada pengagum dan pengusung Syiah dan Khomeini di Malaysia, mereka perlu tahu sikap sebenar beliau kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Khomeini telah mengkhianati Mufti Ahmad Zadeh, rakan seperjuangannya semasa menjatuhkan Shah Iran dahulu. Selepas berjaya menjatuhkannya, Shah telah dipenjara oleh Khomeini. Beliau jatuh sakit di dalam penjara tanpa rawatan secukupnya.

Apabila kesihatan beliau semakin teruk, beliau dipindah dari penjara besi ke penjara rumah pula dan tidak dibenarkan berubat ke luar negara. Kenapa? Kerana Mufti Zadeh seorang Sunni! Banyak juga imam masjid dan pendakwah Islam Sunni terpaksa lari ke Pakistan semasa pemerintahan Khomeini.

Ajaran Syiah benar-benar meruntuhkan ajaran Islam kerana mereka menghalalkan yang haram seperti nikah mutaah, solat jamak sepanjang masa dan paling parah ialah menolak Quran Mushaf ‘Uthman dan Hadis Nabi yang menjadi sumber dalam hukum-hakam Islam. Apa akan terjadi? Islam jenis ini bukan agama Islam lagi!

Kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru untuk membendung penularan virus Syiah dalam kalangan masyarakat Ahli Sunnah wal Jamaah di negara kita, umat Islam perlu mendalami dan memperkemaskan serta memperkasakan akidah dan syariat mereka. Mereka perlu mempelajari kitab-kitab muktabar dalam subjek Usuluddin-Aqidah-Tauhid dan juga Hukum hakam Fiqah. Ilmu-ilmu ini akan dapat menjadi neraca dan kayu pengukur dalam menyuluh kebatilan ajaran Syiah itu.

Selain daripada menekuni dan memantapkan ilmu-ilmu dalam wacana Ahli Sunnah wal Jamaah, usaha-usaha pencegahan melalui undang-undang dan peraturan serta tindakan bersepadu perlu disegerakan.

Pihak berkuasa agama negeri dengan kerjasama pasukan polis perlu melipatgandakan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri perlu mengawasi kedutaan Iran supaya mereka tidak menyebarkan buku-buku Syiah kepada masyarakat Islam. Sementara pihak Imigresen pula perlu menghalang pendakyah-pendakyah Syiah daripada memasuki negara ini. Kementerian Pendidikan pula patut mengurangkan pengambilan pelajar dari negara Syiah atau dari kalangan penganut Syiah.

Perkara ini bukan luar biasa, kerana kita pernah melakukan polisi ini ketika Perang Dingin dahulu yang mana pelajar dari negara-negara Komunis dikenakan tapisan dan sekatan. Selain itu, kerajaan juga perlu menghalang pelajar kita daripada belajar di pusat-pusat pengajian Syiah. Ini juga pernah dilakukan oleh kerajaan semasa ancaman Komunis satu ketika dahulu. Bahkan kerajaan perlu mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri atau yang setara dengannya. Ini semua adalah mekanisme yang bertujuan untuk memelihara kesucian ajaran Islam.

Selain itu, untuk membantu mencegah penularan virus Syiah di Malaysia, organisasi-organisasi Islam, baik NGO atau pun politik, patut mengisytiharkan secara terbuka, yang organisasi mereka menolak ajaran Syiah daripada berkembang di Malaysia sama seperti mereka menolak fahaman Komunisme.

Mereka juga perlu memastikan yang fahaman Syiah ini tidak ada dalam organisasi mereka. Jika didapati ahli-ahlinya beramal atau cenderung kepada fahaman Syiah, perlu dicegah segera dengan mengajar mereka fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar berdasarkan teks-teks muktabar. Sekiranya mereka masih berdegil tidak mahu kembali kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, tindakan memecat adalah pilihan paling baik. Pas patut mendahuluinya dalam perkara ini.

Kita perlu bertegas dan tidak perlu melayan dengan desakan dan asakan puak yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan. Dari satu perspektif, dalam Islam tidak ada kebebasan mutlak. Diri kita pun bukan milik kita. Perjalanan hidup kita pun ditentukan oleh Allah SWT seperti cara-cara beramal dan bermuamalah. Kita tidak boleh bersolat atau berpuasa dan lain-lain ibadat dengan cara dan kaedah ciptaan kita sendiri.

Dari satu perspektif lain, pada paras individu, kita memang ada kebebasan, tetapi kebebasan mesti dalam lingkungan dan batas-batas syariat. Seseorang bebas berzikir bersendirian semahu-mahunya, berinfaq sebanyak-banyaknya dan membaca al-Quran berkali-kali khatam, tetapi mereka perlu ingat, bahawa mereka tidak boleh menjerit membaca al-Quran dengan kuat di tengah malam buta semasa orang lain sedang tidur, kerana kebebasan individu tidak boleh mengatasi kebebasan masyarakat.

Maka dalam konteks perkembangan ajaran Syiah di Malaysia ini, soal hak kebebasan beragama tidak timbul, kerana mereka menggunakan jenama Islam untuk merosakkan Islam sama seperti ajaran Qadiyani, Khawarij, Muktazilah, Mujassimah, Karramiyah, Nabi Melayu, Ayah Pin, pluralis agama dan lain-lain.

Agama Islam ini adalah hak Allah SWT dan manusia hanya menjadi pemegang amanah-Nya sahaja. Justeru, pemerintah dan setiap individu Muslim wajib melaksanakan amanah ini dengan memelihara kesucian ajaran Allah SWT dan menyekat aktiviti yang boleh merosakkannya seperti kita menjaga al-Quran daripada diubah atau dihina oleh seseorang.

Justeru, Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) sebuah organisasi dakwah Islam, mengambil inisiatif menganjurkan satu program khusus membincangkan mengenai kesesatan ajaran Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah. Seminar sehari ini, akan berlangsung pada 6 Oktober akan datang, bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Insya-Allah.

PENULIS ialah Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

Sumber: Utusan.com.my