Friday, August 02, 2013

Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Chua Boon Huat


Dunia sukan tanah air dikejutkan dengan berita kemalangan Chua Boon Huat yang menyebabkan pemain hoki kebangsaan ini maut ditempat kejadian.


Satu lagi kehilangan bintang sukan yang menyinar dalam sukan hoki sejak beliau berumur 17 tahun lagi.

Ketika tahun 80an, Malaysia dikejutkan dengan kematian penjaga gol kebangsaan yang digelar Spiderman, Mendiang R. Arumugam yang juga maut akibat kemalangan diawal pagi. Kemudian tahun 90-an seorang lagi pemain bolasepak Malaysia dan Selangor kemalangan juga diawal pagi, Allahyarham Zaid Jamil yang merupakan abang kepada bekas pemain Selangor, Malaysia dan kini Jurulatih KL SPA, Nizam Jamil. Mendiang Arumugam dan Arwah Zaid Jamil kedua-duanya kemalangan di Federal Highway.

Mendiang Chua ‘The Boss’ Boon Huat adalah salah seorang player hoki kebangsaan yang hebat. Mula beraksi dengan skuad kebangsaan sejak umur 17 tahun yang pada ketika itu Minarwan, Norsaiful berada dikemuncak prestasi dengan skuad kebangsaan. Mendiang adalah satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam skuad kebangsaan yang dikendalikan Paul Lissek.

Kehilangan The Boss benar-benar dirasai pada ketika skuad hoki kebangsaan memerlukan semangat Harimau Malaya yang akan mengharungi kejohanan Piala Asia hujung tahun ini.

Kata-kata terakhir Chua Boon Huat yang disampaikan kepada media semalam, “Muncul juara piala Asia lebih penting daripada imbuhan RM7,500.” Sumber diperolehi dari Twitter Haresh Deol.

Klip video dibawah boleh ditonton bagaimana Chua Boon Huat mengetuai skuad hoki kebangsaan memberi tunduk hormat kepada penyokong di Johor sebagai tanda hormat & penghargaan beliau dan rakan sepasukan.



Gambar kemalangan


Kehilangannya jelas dirasai menjelang persiapan negara menghadapi Kejohanan Hoki Asia di Ipoh 24 Ogos hingga 1 September depan

Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md Yunus Husin merakam takziah kepada keluarga Chua dan berharap tabah menerima berita mengejutkan itu.

Katanya, persatuan akan turut menyumbang kepada keluarga mendiang sebagai tanda keprihatinan dan kesedihan di atas kejadian yang tidak di sangka itu.

Jenazah mendiang dijangka dibawa balik keluarganya ke Taman Semabok Perdana di sini dan dijangka disemadikan Isnin ini.

No 3

Jersi nombor 3 Chua Boon Huat milik
salah seorang Komrad Ultras Malaya.

Dan mungkin secara kebetulan nombor jersi Chua Boon Huat adalah nombor 3. Beliau maut pada jam hampir 3 pagi pada umur 33 tahun…ironi seorang Lagenda Hoki bernama Chua ‘The Boss’ Boon Huat…semoga skuad hoki kebangsaan beroleh kejayaan dimasa depan dengan membawa bersama semangat dan inspirasi seorang lagenda.

[SP]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon