Tuesday, July 02, 2013

Guantanamo Diiktiraf Penjara Paling Tidak Berperikemanusiaan Di Dunia

Guantanamo Diiktiraf Penjara Paling Tidak Berperikemanusiaan Di Dunia

Pakar antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan kerana ia selamat daripada gangguan al-Qaeda mahupun Taliban.


"Teluk Guantanamo ini bebas dari diganggu oleh aktivis hak asasi kemanusiaan antarabangsa selain AS boleh melakukan apa sahaja kepada banduan," kata pakar yang enggan mendedahkan identitinya.

Tahanan di Kem Delta dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Sebuah lagi pusat tahanan, Kem Iguana, berkedudukan 1km dari Kem Delta menempatkan hanya tiga tahanan di bawah umur 16 tahun. Ia pernah ditutup pada pertengahan 2005 dan dibuka semula dengan menempatkan 38 tahanan.

Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes memberitahu akhbar Newsday, matanya pernah disembur dengan serbuk lada.

"Mereka (tentera AS) berbaris, menyanyi dan ketawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Bukan sekadar itu, mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke mata saya," katanya.

Omar memberitahu, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS.

"Muka saya pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari," jelas Omar yang dibebaskan dalam 2007.

Beberapa tahanan yang dibebaskan pada tersebut menjadi buta selain saksi tindakan keji tentera AS di penjara Guantanamo atau 'Gitmo'.

Bekas tahanan yang enggan dikenali berkata, melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air.

Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas.

"Saya pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati," katanya.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita.

Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Ia adalah rutin mereka, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara.

“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka berbuat sedemikian,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber pada Mei 2005.

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan.

Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan tahanan lain.

Lapor akhbar New York Times pada Julai 2004, selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang.

“Satu ketika, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya berkedudukan seperti janin dalam perut.

"Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.” lapor New York Times.


-Sinarharian

Jennifer Lopez Bakal Berkahwin Lagi Selepas Tiga Kali Menjanda!

Jennifer Lopez Bakal Berkahwin Lagi Selepas Tiga Kali Menjanda!

Penyanyi Jennifer Lopez dilaporkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, dalam masa terdekat ini.

Jennifer dan Casper telah menjalinkan 
hubungan cinta selama 18 bulan.

Menurut laporan Daily Mail, Jennifer, 43, juga tidak akan membuat sebarang perjanjian pra-perkahwinan walaupun pernah mengalami sebanyak tiga penceraian sebelum ini.

"Percintaan mereka adalah benar dan Casper bukannya sekadar peneman Jennifer yang sunyi selepas bercerai dengan Marc sebelum ini. Bagi membuktikan cintanya kepada lelaki itu dia tidak mahu sebarang perjanjian pra-perkahwinan," jelas seorang kenalan rapat pasangan itu.

Penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Max dan Emme yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan bintang latin, Marc Anthony.

Jennifer dan Casper mula menjalinkan hubungan sejak 18 bulan lalu selepas lelaki itu bekerja untuknya sebagai penari latar.

"Ia kedengaran mengarut apabila Jennifer enggan membuat sebarang perjanjian perkahwinan namun dia tetap bertegas bahawa cinta mereka bukan kerana wang dan yakin Casper adalah cinta terakhirnya," katanya lagi.

Malah kata sumber itu, Jennifer turut merancang untuk memiliki cahaya mata bersama Casper selepas berkahwin nanti.

[Sumber]

Kantoi! Guru Wanita Terupload Gambar Bogel Di Wall Facebook

Kantoi! Guru Wanita Terupload Gambar Bogel Di Wall Facebook

Seorang guru perempuan di Tuban, Jawa timur, ditangkap polis kerana mengupload gambar bogelnya di akaun Facebook. Guru tersebut sudah dibuang serta-merta dari sekolah.

Gambar hiasan

Setelah mengupload gambar bogelnya di Facebook dan diketahui pihak sekolah, St, 28 kemudiannya ditangkap polis. Dia kini disiasat petugas Satreskrim Polres Tuban.

Kepada penyiasat, janda anak satu itu mengaku tidak sengaja mengupload gambar bogelnya di Facebook. Sebenarnya, gambar itu hendak dihantar kepada kekasihnya, Cd, melalui inbox. Namun, gambar-gambar itu terpampang pula di wall akaunnya.

Setelah gambar itu muncul, pelbagai komen dari murid-murid St muncul. Bukan itu sahaja, kes gambar guru itu hangat diperkatakan warga Tuban.

Kasat (?) Reskrim Polres Tuban, AKP Wahyu Hidayat, mengatakan, pihaknya juga merampas sebuah telefon bimbit BlackBerry milik St. Dan didalamnya, ada lima gambar bogel St di telefon tersebut.

Wahyu menyebut, St didakwa mengikut seksyen 29, 34, dan 32 UU No 4/2008 tentang Pornografi dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun.

[Sumber]
Yaks! Aiskrim Perisa Belacan?

Yaks! Aiskrim Perisa Belacan?

Belacan sememangnya sedap jika dimakan bersama nasi dan adakalanya dicicah dengan buah-buahan. Namun bagaimana pula rasanya jika ia dimakan bersama aiskrim?

Bagoong

Seorang warga Filipina, Ian Carancang nampaknya mempunyai idea untuk menggabungkan aiskrim buah-buahan tempatan dengan makanan tradisi rantau Asia Tenggara, belacan.

Belacan atau dikenali sebagai 'bagoong' dalam bahasa Filipina dibuat sebagai manisan dan dimakan bersama sorbet mangga hijau untuk kedai aiskrim popular di negara itu, Sebastian's.

Yang pasti, anda dapat menghidu bau belacan sebelum merasa sorbet mangga hijau itu.

Kemanisan pes itu akan menghentikan rasa masam buah mangga itu, sekaligus menggabungkan rasa tersebut dengan serasi sekali.

Jika anda berpeluang ke Manila, Filipina, pastikan anda mengunjungi Sebastian's!

[Yahoo.news]

Penapis Rokok Guna Darah Babi Satu Pembohongan!

Penapis Rokok Guna Darah Babi Satu Pembohongan!

Gabungan Syarikat Pembuat Rokok Indonesia menyifatkan dakwaan kononnya penapis rokok yang digunakan di negara itu mengandungi darah babi sebagai pembohongan yang sengaja diada-adakan.

Penapis Rokok

Menurut persatuan itu, kajian Lembaga Penelitian Ubat dan Makanan Majlis Ulama Indonesia sudah menegaskan penapis rokok yang digunakan tidak mengandungi darah binatang itu.

Isu mengenai penggunaan penapis rokok darah babi itu dibangkitkan oleh Ketua Suruhanjaya Nasional Mengenai Tembakau, Dr Hakim Sorimuda Pohan pada satu kempen antimerokok di Banjarmasing, minggu lalu.

Setiausaha Agung Persatuan, Hasan Aoni Aziz berkata, isu darah babi pada penapis rokok pernah tersebar di Indonesia dan Australia.

Ia mendorong MUI untuk melakukan siasatan dan hasilnya, tidak ada penapis rokok berdarah babi digunakan di Indonesia, termasuk yang diimport. -Agensi

BACA INI JUGA: Panas! 185 Syarikat Guna Penapis Rokok Daripada Darah Babi

SENTIASAPANAS.COM

Panas! Bank Muamalat Amal Diskriminasi Pecat Pekerja Berbangsa India!

Panas! Bank Muamalat Amal Diskriminasi Pecat Pekerja Berbangsa India!

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) hari ini menyelar Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) kerana mempersendakan institusi Islam berikutan pemecatan salah seorang pekerjanya dari kaum India.


Katherine Vimala, bekas pekerja BMMB telah diberhentikan kerja kerana bank berkenaan mendakwa bekas pekerjanya itu gagal menghadiri kursus yang dianjurkan oleh bank berkenaan.

“Baru-baru ini telah berlaku diskriminasi kaum di dalam pentadbiran BMMB dimana Katheriene Vimala seorang kakitangan bank berkenaan telah dijadikan sasaran diskriminasi hanya kerana beliau berbangsa India. Ini berikutan hukuman penyingkiran atau pemberhentian kerja yang tidak masuk akal hanya kerana tidak menghadiri kursus pada hari rehat beliau.

"Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada bangsa lain yang tidak menghadiri kursus yang sama,” jelas Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) Abdul Jamil Jalaludeen dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Jamil memberitahu Islam mengutuk tingkah laku sebegini kerana Islam adalah agama yang aman dan menggalakkan keharmonian kaum, perpaduan, serta mengutuhkan semangat toleransi dan keadilan di antara masyarakat yang berbeza agama.

“Hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak disalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

“Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama,” ujar Abdul Jamil.

Timbalan presiden NUBE itu juga turut mempersoalkan bagaimana sebuah institusi Islam seperti BMMB boleh tunduk kepada jenis amalan yang sungguh tidak Islam.

“Sebagai jenama kepada institusi Islam, Muamalat dalam Islam itu sendiri bertujuan menghindar berlakunya sebarang penindasan sesama manusia tetapi amalan BMMB disebalik namanya tidak mencerminkan sedemikian.

“Dalam kes ini, Katheriene Vimala telah membuat aduan terhadap ugutan yang dibuat oleh bank kerana tidak menghadiri kursus. Ini melanggar prinsip-prinsip Islam yang menggalakkan toleransi dan keadilan.

“Sebagai seorang Muslim, saya berasa amat tersinggung dengan sikap BMMB, yang memaksa Katheriene Vimala melalui pengalaman pahit ini," tambah Abdul Jamil.

Timbalan Presiden NUBE itu turut menyelar BMMB tidak sepatutnya menggambarkan diri mereka sebagai instituti Islam atau Bank Islam sekiranya mereka meneruskan amalan diskriminasi ini.

[Sumber]

Selena Gomez Kantoi Tak Pakai Seluar Dalam

Selena Gomez Kantoi Tak Pakai Seluar Dalam

Penyanyi pop, Selena Gomez mendapat malu besar apabila kainnya terselak hingga menampakkan sebahagian alat sulitnya.


Kejadian itu berlaku ketika dia membuat persembahan secara langsung di AMP Radio Birthday Bash di sini.

Kesilapan itu berlaku selepas kain yang dipakai Selena itu terselak selepas ditiup angin ketika dia menyanyi biarpun dia berulang kali cuba menutup belahan gaun yang dipakainya.

Kain itu terselak selepas Selena bergerak ke seluruh pentas dan mengangkat tangan.

Dia juga sesekali berpusing membelakangi penonton dan menunjukkan bahagian belakang badannya.

Selena bagaimanapun dilihat berada dalam keadaan mood yang baik dan tidak menunjukkan wajah cemburu biarpun timbul khabar angin bahawa bekas kekasihnya, Justin Bieber sedang menjalin hubungan romantik dengan seorang pelayan Las Vegas, Jordan Ozuna.

“Selena melakukan banyak perkara termasuk meluangkan masa dengan ibu dan adiknya yang baru lahir selain menghabiskan masa dengan rakan-rakannya.

“Dia kini sudah berubah dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan Bieber, malah Selena tidak langsung mengenali gadis tersebut,’’ kata satu sumber.

-Mynewshub

Luarbiasa! Tangan Terputus Semasa Perang Vietnam Muncul Semula

Luarbiasa! Tangan Terputus Semasa Perang Vietnam Muncul Semula

Seorang doktor dari Amerika Syarikat (AS) datang ke Vietnam untuk memulangkan tulang tangan kanan milik bekas tentera Viet Cong yang dipotong sejak lebih 40 tahun lalu.

Luarbiasa! Tangan Terputus Semasa Perang Vietnam Muncul Semula

Dr. Sam Axelrad, 74, berlepas ke Hanoi pada Sabtu lalu dari Houston.

Dia tiba bersama anak lelaki dan dua cucunya semalam untuk bertemu bekas tentera itu, Nguyen Quang Hung.


Selepas Quang Hung ditembak di bahagian lengan oleh tentera AS, Axelrad yang berkhidmat sebagai doktor tentera memotong anggota tubuh itu di sebuah hospital tentera di Phu Cat, wilayah Binh Dinh.

Ketika itu, dia berumur 27 tahun.

Beberapa rakan setugasnya kemudian menceraikan daging daripada tulang tersebut sebelum memberikannya kepada Axelrad.

Dia membawa pulang tulang tangan tersebut ke AS sebagai peringatan untuk melakukan kebaikan.

Tulang itu disimpan di dalam almari di rumahnya selama beberapa dekad.

Namun, Axelrad terdetik untut memulangkan tulang tangan bekas anggota tentera tersebut pada tahun 2011.

Sementara itu, Quang Hung, 73, terkejut apabila bersatu kembali dengan tulang lengannya.

Lelaki itu berkata, dia ditembak pada Oktober 1966 dalam satu serangan hendap sekitar 75 kilometer dari kampungnya di An Khe. -AP