Tuesday, July 02, 2013

Panas! Bank Muamalat Amal Diskriminasi Pecat Pekerja Berbangsa India!


Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) hari ini menyelar Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) kerana mempersendakan institusi Islam berikutan pemecatan salah seorang pekerjanya dari kaum India.


Katherine Vimala, bekas pekerja BMMB telah diberhentikan kerja kerana bank berkenaan mendakwa bekas pekerjanya itu gagal menghadiri kursus yang dianjurkan oleh bank berkenaan.

“Baru-baru ini telah berlaku diskriminasi kaum di dalam pentadbiran BMMB dimana Katheriene Vimala seorang kakitangan bank berkenaan telah dijadikan sasaran diskriminasi hanya kerana beliau berbangsa India. Ini berikutan hukuman penyingkiran atau pemberhentian kerja yang tidak masuk akal hanya kerana tidak menghadiri kursus pada hari rehat beliau.

"Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada bangsa lain yang tidak menghadiri kursus yang sama,” jelas Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) Abdul Jamil Jalaludeen dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Jamil memberitahu Islam mengutuk tingkah laku sebegini kerana Islam adalah agama yang aman dan menggalakkan keharmonian kaum, perpaduan, serta mengutuhkan semangat toleransi dan keadilan di antara masyarakat yang berbeza agama.

“Hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak disalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

“Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama,” ujar Abdul Jamil.

Timbalan presiden NUBE itu juga turut mempersoalkan bagaimana sebuah institusi Islam seperti BMMB boleh tunduk kepada jenis amalan yang sungguh tidak Islam.

“Sebagai jenama kepada institusi Islam, Muamalat dalam Islam itu sendiri bertujuan menghindar berlakunya sebarang penindasan sesama manusia tetapi amalan BMMB disebalik namanya tidak mencerminkan sedemikian.

“Dalam kes ini, Katheriene Vimala telah membuat aduan terhadap ugutan yang dibuat oleh bank kerana tidak menghadiri kursus. Ini melanggar prinsip-prinsip Islam yang menggalakkan toleransi dan keadilan.

“Sebagai seorang Muslim, saya berasa amat tersinggung dengan sikap BMMB, yang memaksa Katheriene Vimala melalui pengalaman pahit ini," tambah Abdul Jamil.

Timbalan Presiden NUBE itu turut menyelar BMMB tidak sepatutnya menggambarkan diri mereka sebagai instituti Islam atau Bank Islam sekiranya mereka meneruskan amalan diskriminasi ini.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon