Tuesday, June 25, 2013

Kemaruk Mati Syahid Peserta Blackout 505 Cuba Bunuh Diri

Kemaruk Mati Syahid Peserta Blackout 505 Cuba Bunuh Diri

Kerana terlalu taksub dengan amanat (sesat?) Husham, ada dikalangan peserta perhimpunan haram Blackout 505 yang sanggup menahan komuter ditengah-tengah landasan.


Kalau mampus kena langgar, mula salahkan orang lain, kemudian mulalah buat rusuhan. Diri sendiri yang bongok, sengaja cari pasal, menyusahkan orang lain! Entah apa la kaitannya komuter, penumpang didalamnya dan Blackout 505?!

Saya tidak pernah bersetuju dengan segala 'kejahatan' yang dilakukan pihak kerajaan, namun saya beterima kasih dengan jasa-jasa mereka. Saya tidak pernah menyalahkan semua tindak-tanduk pembangkang, tapi jika apa yang mereka lakukan itu salah, saya tetap mengatakan bahawa SALAH TETAP SALAH! ~SentiasaPanas

Cuba kita lihat video 'kepandaian' mereka..



Lupakah Husam dengan ayat Al-Qur'an yang bermaksud;

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Dan lupakah Husam serta para pemimpin pembangkang tentang hadis Nabi?

Nas daripada as-Sunnah menerangkan makna dan menyokong ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan taat itu ialah ketaatan mereka pada perkara yang makruf. Maka wajib bagi umat Islam taat pada pemimpin mereka dalam perkara yang makruf, dan bukan pada perkara maksiat. Apabila pemimpin menyuruh melakukan maksiat, mereka tidak boleh ditaati, tetapi tidak harus menderhakai atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)

Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)

Maksudnya: "Wajib ke atas seseorang itu, dengar dan taat apa yang dia suka ataupun benci, kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat. Pada ketika itu tidak perlulah ia dengar dan taat." (Hadis riwayat Muslim)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, apabila baginda menyebut tentang terdapat segolongan pemerintah yang kamu mendapat kebaikan dan kemungkaran daripada mereka. "Apa yang patut kami lakukan?"

Baginda bersabda: "Tunaikanlah hak mereka, dan pohonkanlah kepada Allah hak kamu." (Hadis riwayat Bukhari).

Video amanat Husham yang mengatakan mereka Syahid jika terkorban semasa perhimpunan haram Blackout 505.



Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillahiwakafa Wassolatiwassalam wa’alalmustafa. Innallahayakmurkum bil’adil walehsan.

Allah berfirman, Allah memerintahkan kamu melakukan keadilan dan juga ehsan.

Sadakallahul’azim.

Yang berbahagia saudara Pengerusi, yang dikasihi Dato’ Seri, yang dikasihi Dato’ Haji Mohammad Yaakob, saudara Mat Sabu & semua Pimpinan yang hadir Hadirin Hadirat sekelian.

Saya lebih dulu ucap terima kasih pada Pihak Polis yang berikan kita Permit untuk berhimpun pada malam ini.

Maknanya Perhimpunan kita #Blackout505 adalah Perhimpunan Aman.

Kita bukan berhimpun nak gulingkan Kerajaan. Tapi kalau Kerajaan tu lemah sangat dia terguling dengan sendiri... Alhamdulillah... Tak de masalah.

“Sebab apa kita berhimpun..? Pada pendapat saya ada 2 sebab utama... Pertama adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap Perjalanan Pilihanraya... Yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Kenapa mereka kecewa..? Mereka 100% yakin Pakatan Rakyat harus ataupun telah memenangi Pilihanraya PRU yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya...

Kenapa kita kalah..? Dari segi undi, undi kita lebih besar daripada undi Barisan Nasional... Kenapa kita tak boleh mentadbir Putrajaya..? Kerana penipuan Pilihanraya. Jadi yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) tidak boleh membentuk Kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik.

Bila mereka kecewa... Apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan berhimpun bersama..?

Kalau ada mana-mana Pemimpin kita bawa “suara sumbang” nak berhimpun macam ini pun x boleh... Saya yakin dan percaya orang ini bawak suara UMNO dalam PAS dalam PKR dalam DAP.

Malam ini saya nak bercakap berterus-terang... Berterus-terang dengan semua Pimpinan kita...

Saya ucap Tahniah pada Kerajaan Kelantan... Kepada Rakyat Kelantan yang berhimpun pada malam ini... Walaupun kita antara Negeri yang terakhir berhimpun... Kita tidak ketinggalan dalam arus kebangkitan anak muda dan kekecewaan masyarakat berbagai kaum seluruh untuk sama-sama menyatakan pendirian kita, Penipuan Pilihanraya telah berlaku dalam PRU yang ke-13.

Bayangkan kalau Kelantan tak buat... Kita akan dianggap sebagai “angkuh”, membelakangkan saudara-saudara kita. Kalau dalam Perang saudara kita telah berlumuran darah hasil penipuan ini dan kita hanya berdiam diri kerana kita telah menang menguasai Kerajaan, kita Pengkhianat kepada perjuangan ini.

Alhamdulillah kita berhimpun, Dato’ MB hadir... Saya ucap Tahniah, Terima Kasih pada semua Pimpinan PAS Kelantan dan Rakyat Negeri Kelantan.

Kitalah yang mencetuskan perubahan Politik Negara... Jangan kerana kita baru menang Kerusi Parlimen, baru mentadbir Negeri, kita telah lupa kepada asal-usul Perjuangan kita.”

Ada sorang baru menang, dia hayun gateh basikal siang malam. Parlimen akan bersidang... Kita nak tengok Ahli-Ahli Parlimen kita daripada PAS, dia kayuh basikal dalam Parlimen macam mana.

Kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak kayuh macam mana. Anda semua akan disaksikan oleh rakyat yang telah memberikan undi kepada perjuangan ini, bukan pada undi individu.

Undi kita semua adalah untuk perjuangan, bukan untuk sesiapa atas nama individu dia. Kalau dia rasa kuat, dia boleh bertanding sendiri tetapi rakyat beri kemenangan kerana perjuangan, jangan menang sari (sehari), dah nak lupa kepada sokongan rakyat jelata diseluruh Negara.

Anak-anak muda daripada Kuala Lumpur, mereka pulang ke Kelantan, hampir 95% yang tak pernah pulang pun pulang kerana semangat nak menguasai Putrajaya, jangan nafikan semangat ini semata-mata kerana kita nak membawa suara UMNO dalam Perjuangan kita.

Tujuan kedua kita berhimpun, sebagai seorang Islam, menderaminkemungkaran thalighoiryubibiyyadik sampai akhirjam.

Kita boleh redha dengan kekalahan kita, tetapi kita tidak diizinkan redha dengan penipuan mana-mana pihak. Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan tiap-tiap kali Pilihanraya UMNO menang hanya kerana penipuan wajib bagi kita orang islam, tegak berdiri menentang penipuan tersebut.

Yusoff Qhardawi duduk di Dhoha, Qattar, Rakyat Mesir, pemuda Mesir sama dengan pemuda Malaysia berhimpun dimana-mana majoritinya ialah anak muda, halafanissyabaab wakhalafanissyuyukh, kita beriman dengan sabda nabi anak-anak muda bersama dengan Islam, orang-orang tua kerana sebab-sebab sendiri mereka sebahagiannya tidak bersama kita.

Yusoff Qhardawi duduk di Dhoha, perhimpunan di Tahrir Square, di Mesir di Qairo di Kaherah... Yusoff Qhardawi tanpa jemputan terbang daripada Dhoha untuk memberikan amanat, semangat perjuangan kepada anak-anak muda di Tahrir Square.

Kalau ada Pemimpin kita tidak sanggup hadir dalam perhimpunan seperti ini, mereka harus belajar semangat dakwah yang telah ditunjukkan oleh Yusoff Al-Qhardawi.

Mereka hadir tanpa dijemput, Almarhum Fadhil Noor pada tahun 80-an nak menghimpunkan masyarakat China pergi sewa dewan di Ipoh guna CCC berhimpun dari jam 6 petang sampai 10 malam 4-15 orang, orang China datang. Hari ini saya hadir dalam perhimpunan di Kuantan, hadir di depan pentas anak muda China mengaminkan doa Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man tanpa mengira itu adalah doa apa, dia tak tau asal UMNO mati, UMNO mampus, dia aminkan.

Kalau Pemimpin kita tak hadir dalam bersama kebangkitan ini kita telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh Pemimpin-Pemimpin kita daripada terdahulu. Kalau dulu kita payah nak himpunkan orang China, sekarang orang China tunggu kita berpuluh ribu, Pemimpin kita pula tak ada, ini adalah pengkhianatan kepada dakwah kita.

Baik... Kita telah saksikan perhimpunan di seluruh Negara, tetapi kita belum sampai kepada puncak kita. Kerajaan tidak akan terguling dengan perhimpunan ini tetapi yang pasti adalah Najib & SPR panas. Hari ini Pengerusi SPR buat kenyataan petang tadi, dia tak akan letakkan jawatan walaupun semua rakyat tau penipuan paling besar sekali yang diketahui oleh semua rakyat adalah dakwat.

Semua rakyat tau ini adalah penipuan. Macam mana dia nak tutup penipuan? Dia kata kalau guna dakwat yang betul-betul tahan lama, kena sakit cancer. Dia ingat rakyat Malaysia bodoh macam dia.

Dia kata dia tak nak letak jawatan, tetapi kalau kita berhimpun & berhimpun, kita akan mencapai matlamat kita. Kalau Pengerusi SPR tak nak letak jawatan, kita mintak Najib letak jawatan. Kalau 2-2 letak jawatan, Alhamdulillah itu lagi baik.

Tidak mustahil Najib letak jawatan. Pilihanraya yang ke-13 walaupun penuh dengan penipuan antara yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kebangkitan rakyat melalui peti undi adalah lebih besar daripada yang dijangkakan.

Kerana itu dia kecewa dan dalam politik moral, politik akhlak & maruah, Dato’ Najib sebagai minority tidak lagi layak untuk memimpin rakyat Malaysia.

Oleh kerana itu kita nak berhimpun sekali lagi 22 haribulan untuk menuntut perubahan supaya PRU yang ke-14, yang ke-15, yang ke-16 tidak ada lagi pengulangan penipuan.

Kalau kita biarkan penipuan itu hari ini tidak ditentang mereka akan tipu kita berkali-kali lagi & kita akan tewas berkali-kali lagi. Wajib bagi kita menentang mereka. Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah 1 jihad. Penentangan kita adalah 1 gerakan Fisabilillah. Penentangan kita adalah untuk alamru bil makruf minnah adilmungkar.

Kalau sedara tak nak hadir, sedara duk diam... Jangan buat kenyataan, berbagai-bagai kenyataan yang pelik-pelik. Dari segi organisasi PAS, keputusan menyertai #Blackout505 diputuskan oleh mesyuarat majlis masyuarat PAS Pusat. Ia bukan keputusan Husam Musa, ia bukan keputusan Mat Sabu, ia adalah keputusan PAS Pusat untuk menyokong #Blackout505.

Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu... jangan ragu... Dan kalu polis bertindak kasar, walaupun niat kita adalah Perhimpunan Aman, menyampaikan mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban (andaikata), 1 daripada kita terkorban, Insya Allah ia adalah Syahid Fisabilillah Insya Allah.

Tetapi kita tidak berniat begitu, bukan niat kita, niat kita adalah penipuan pilihanraya mesti dihentikan dan sesiapa yang terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam system politik Negara kita.

Sekian wassalamu’alaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Allahuakbar..!

Berfikirlah dengan waras..

-SP

Rusia Tolak Gesaan AS Usir Edward Snowden

Rusia Tolak Gesaan AS Usir Edward Snowden

Russia tidak mengendahkan tekanan Washington supaya mengusir bekas kontraktor agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden ke AS sebelum dia meninggalkan Moscow untuk ke sebuah negara ketiga.

Edward Snowden

Snowden, 29, tiba di Moscow dari Hong Kong, dilaporkan akan berlepas ke Cuba mencetuskan keraguan apabila saksi tidak melihatnya dalam pesawat itu meskipun kawalan keselamatan di lapangan terbang di Moscow ditingkatkan sebelum kapal terbang berlepas.

Ecuador yang memberi perlindungan kepada pengasas pertubuhan antirahsia Wikileaks, Julian Assange, berkata, ia akan menimbang permohonan Snowden untuk mendapatkan suaka politik.

Tiada penerbangan secara terus dari Moscow ke Quito, ibu negara Ecuador.

"Dia tidak menaiki pesawat ke Havana," kata satu sumber syarikat penerbangan Russia, Aeroflot.

Ketika spekulasi semakin meningkat mengenai negara yang akan ditujunya - Ecuador, Venezuela atau Havana, Washington dikejutkan dengan langkah Russia menolak permohonannya.

Penerbangan Snowden ke Russia, seperti China, mencabar penguasaan diplomasi global Amerika Syarikat dan memberi tamparan kepada Presiden Barack Obama yang berusaha untuk memulihkan hubungan dengan Moscow dan menjalinkan persahabatan dengan Beijing.

Rumah Putih menjangka kerajaan Russia akan menghantar pulang Snowden ke Amerika Syarikat. Tetapi pihak berkuasa Moscow tidak mengendahkan rayuan itu sementara setiausaha akhbar Presiden Vladimir Putin berkata dia tidak tahu mengenai pergerakan Snowden.

Ketika ditanya sama ada Snowden ada berbincang dengan pihak berkuasa Russia, Peskov berkata: "Kami tidak mempunyai maklumat mengenainya."

Beliau enggan mengulas mengenai permintaan Amerika supaya mengusir Snowden.

-Sentiasapanas.com

Fakta Bahawa Kereta Buatan Malaysia Tidak Berkualiti

Fakta Bahawa Kereta Buatan Malaysia Tidak Berkualiti

Dalam entri sebelumnya mengenai Proton Saga FLX SV, saya ada menyebut mengenai reputasi salah satu pesaingnya iaitu Perodua Viva yang semakin tercalar berikutan beberapa kes kemalangan maut melibatkan kereta tersebut, berikutan struktur kerangkanya yang begitu lemah.

Kemalangan
Kemalangan melibatkan Perodua Viva di Lebuhraya Persekutuan FT2.

Ia terbukti semasa kemalangan maut di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) FT28 dekat Bukit Antarabangsa serta yang terbaru di Lebuhraya Persekutuan FT2 dekat Shah Alam; kedua-duanya melibatkan Perodua Viva yang mana kerangka kedua-dua kereta tersebut terkoyak seperti kertas, menyebabkan hampir kesemua pemandu dan penumpang (kesemua bagi kes MRR2 FT28) terbunuh.

Berikutan kes-kes kemalangan maut melibatkan Perodua Viva, saya berasa amat kesal kerana tahap keselamatan kereta tersebut yang sebegitu teruk sehinggakan kerangka boleh terkoyak semasa kemalangan, sungguhpun harganya lebih kurang sama atau lebih mahal daripada Proton Saga FLX yang mendapat 3 bintang dalam Asean NCAP.

Mungkin ada di antara anda (terutamanya pemilik kereta Perodua Viva) akan berasa marah apabila membaca entri ini, tetapi niat saya di sini bukanlah untuk menjadi jurujual Proton ataupun menghina kereta buatan tempatan.

Saya menulis entri ini kerana saya berasa amat kesal apabila sebuah pengeluar kereta yang sepatutnya mengeluarkan kereta mampu milik yang jimat minyak dan selamat untuk rakyat sebaliknya mengeluarkan "kereta tin Milo" yang tidak selamat tetapi lebih mahal daripada "kereta rakyat" sebenar yang masih dicemuh oleh sebilangan orang kita meskipun ia lebih selamat dan lebih murah.

Saya percaya, ramai pemilik Perodua Viva yang akan marah-marah dan mengatakan bahawa kesemua kereta lain hatta Mercedes-Benz dan BMW pun kereta tin Milo juga.

Kepada golongan tersebut, cuba bertenang dan baca dahulu entri ini lebih lanjut untuk penerangan mengenai zon remukan (crumple zone), yang menjadi asas binaan kerangka kereta-kereta sekarang.

Pada zaman dahulu, persepsi masyarakat mengenai kereta ialah kereta yang lebih keras dan lebih kebal itulah yang dikatakan sebagai "selamat".

Namun, tanggapan tersebut disanggah oleh Béla Barényi, seorang jurutera Mercedes-Benz yang digelar "Bapa Keselamatan Pasif" dalam bidang automotif, yang sebaliknya mengatakan bahawa kereta yang keras dan kebal itulah yang sebenarnya lebih berupaya membunuh pemandu serta penumpang terutamanya pada kelajuan tinggi, yang boleh ditunjukkan melalui persamaan E = ½ mv².

Misalnya, kereta seberat 2,000 kg yang berlanggar pada kelajuan 60 km/j menghasilkan impak pelanggaran yang sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 14.2 m, tetapi apabila kereta yang sama berlanggar pada kelajuan 90 km/j, impak pelanggaran adalah sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 32 m, meningkat secara drastik sehingga 125%.

Maka, beliau berpendapat bahawa untuk melindungi pemandu dan penumpang, impak pelanggaran mestilah diserap oleh badan kenderaan melalui bahagian yang mudah remuk secara terkawal.

Maka, beliau berpendapat bahawa sebuah kereta yang selamat terdiri daripada ruang kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama mempunyai ruang but dan bonet yang mudah remuk secara terkawal.

Sebab itulah jika diikutkan kereta-kereta sekarang kesemuanya "kereta tin Milo" - bezanya cuma bezanya cumalah kereta mana yang "lebih rasa tin Milo"!

Namun, cabaran yang dialami oleh mana-mana pengeluar kereta ialah menghasilkan kereta yang mempunyai ruang kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama pula mempunyai ruang bonet dan but yang cukup lembut, dengan menggunakan besi keluli yang sama jenis, untuk menangani impak pelanggaran pada kelajuan tinggi tanpa mencederakan atau membunuh pemandu dan penumpang.

Maka, dua kriteria diperlukan untuk membolehkan keadaan tersebut dicapai - pemilihan jenis keluli serta rawatan haba yang dikenakan untuk memperkuatkan komponen-komponen tertentu pada kerangka.

Besi karbon
Gambar rajah fasa keluli (besi-karbon)

Besi merupakan anugerah Allah yang amat berharga dalam peradaban manusia. Besi yang diekstrak dan dileburkan untuk dijadikan jongkong mempunyai kandungan karbon yang tinggi (besi tuang) bersifat rapuh dan kurang sesuai dijadikan kerangka kenderaan;

oleh itu, kandungan karbon mestilah dikeluarkan dan dikawal sehingga mencapai peratusan tertentu dan seterusnya disejukkan atau dilindap kejut (quench) untuk menghasilkan keluli pada kekuatan yang dikehendaki.

Namun, keluli biasa masih mempunyai limitasi dan had sebagaimana yang berikut:-
  1. Kekuatan tegangan yang maksima ialah 700 N/mm2 
  2. Komponen-komponen yang besar sukar untuk dikeraskan dengan berkesan dengan itu terhad untuk bahagian-bahagian yang kecil. 
  3. Melindap-kejut (quench) dengan air menghasilkan kekerasan yang sepenuhnya tetapi terdedah kepada herotan dan retakan. 
  4. Jika dilembutkan dengan cepat pada suhu 300°C, kegunaannya terhad untuk memotong logam dengan kelajuan yang tinggi. 
  5. Mempunyai daya rintangan yang rendah kepada kakisan dan pengoksidaan pada suhu yang tinggi.

Berikutan limitasi pada keluli karbon biasa, keluli yang selalunya digunakan dalam pengeluaran kereta ialah dari jenis keluli aloi rendah berkekuatan tinggi (high-strength low alloy steel) atau keluli HSLA.

Keluli jenis ini turut dicampur dengan bahan-bahan pengaloian lain seperti mangan, fosforus, sulfur dan silikon bagi menghasilkan keluli yang bukan sahaja cukup kuat untuk dijadikan kerangka kereta, malah ia juga tahan kakisan.

Selain pemilihan jenis keluli, rawatan haba juga diperlukan agar setiap komponen kerangka yang terlihat mempunyai tahap kekuatan yang bersesuaian selaras dengan fungsi mereka.

Teknik rawatan haba ini melibatkan pemanasan atau penyejukan logam seraca pantas atau perlahan bagi menambahkan kekuatannya, dan ia boleh melibatkan kerja lain seperti tempaan dan tekanan.

Teknik sebegini juga diamalkan oleh mana-mana tukang besi di dunia untuk memperkuatkan peralatan besi buatan mereka.

Semasa membangunkan kerangka bagi Proton Preve, Proton menggunakan teknik tekanan panas sebagai rawatan haba bagi 12 komponen kritikal kerangka supaya kekuatan komponen-komponen tersebut ditingkatkan sehingga mencapai tahap ketegaran kilasan 19,000 N-m/darjah tetapi dalam masa yang sama menggunakan keluli HSLA ringan.

Hasilnya, Proton Preve adalah kereta Proton yang paling selamat serta kereta keluaran Proton yang pertama berupaya memperolehi 5 bintang penuh dalam ANCAP.

Ia merupakan peningkatan mendadak daripada hanya 1 bintang (seperti pada Proton Arena dan Proton Wira) kepada 3 bintang (seperti pada Proton Waja dan Proton Saga FLX), 4 bintang (Proton Exora) dan akhir sekali 5 bintang (Proton Preve).

Peningkatan sebeginilah yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pengeluar kereta - daripada sebuah "kereta tin Milo" yang mudah kemek kepada sebuah kereta yang walaupun masih boleh kemek apabila dilanggar tetapi kabinnya cukup kebal untuk melindungi pemandu dan penumpang.

Babak dalam Top Gear mengenai Perodua Kelisa yang mencetuskan kontroversi di dalam Parlimen
 

Apa yang saya kesalkan tentang Perodua ialah ketiadaan inisiatif untuk meningkatkan tahap keselamatan kereta-kereta buatannya. Setakat tahun ini (2013), kereta Perodua yang paling selamat hanyalah Perodua Myvi yang memperoleh 3 bintang dalam Asean NCAP (sebenarnya Perodua Kembara lebih keras dan lebih selamat, tetapi model tersebut merupakan model SUV yang sudah lama dihentikan pengeluarannya).

Anda tentunya masih ingat akan rancangan Top Gear di mana salah seorang daripada pengacaranya, Jeremy Clarkson, telah membeli sebuah Perodua Kelisa dan memusnahkannya pada hari yang sama - mengetuk bumbung dan bonet hadapan dengan tukul besi, menekan bumbung tersebut dengan tangan, dan seterusnya menggantung kereta tersebut menggunakan kren serta mengikat beban 1 tan pada kerangka hadapan Kelisa, menyebabkan bampar serta segala isi bonet kereta tersebut terburai, dan akhir sekali meletupkan Kelisa tersebut menggunakan dinamit.

Babak tersebut kemudian dikecam oleh Parlimen Malaysia dengan dakwaan bahawa tiada satu pun komplen diterima daripada mana-mana pengguna Kelisa di United Kingdom.

Namun, dari sudut kejuruteraan pula, jika kereta tersebut tidak mampu untuk menampung satu tan beban yang dikenakan pada mana-mana bahagian kerangka, maka sudah tentulah kereta tersebut terlalu berbahaya kerana jika berlaku kemalangan pada kelajuan tinggi, ada kemungkinan kerangka akan terkoyak kerana tidak mampu menampung daya yang terhasil akibat pelanggaran.

Apa tidaknya, jika sebuah Perodua Kelisa dipenuhi 5 orang dewasa dengan berat purata 65 kg, membawa muatan di dalam but seberat 30 kg dan diisi setangki penuh minyak, maka berat beban tambahan yang perlu dipikul oleh sebuah kereta yang beratnya tidak sampai 700 kg itu sudah melebihi 400 kg.

Jadi, Perodua sepatutnya mengambil iktibar dengan berusaha menambahkan kekuatan kerangka kereta-kereta buatan mereka - kalau tak boleh guna jenis keluli yang lebih berat, gunakanlah rawatan haba!

Jika kerangka kereta itu sendiri sudah tidak kuat, maka 8 biji beg udara pun tidak berupaya melindungi pemandu dan penumpang daripada impak pelanggaran yang kuat.

Untuk pengetahuan anda, komponen terpenting bagi melindungi pemandu dan penumpang semasa kemalangan ialah kerangka kereta itu sendiri, kerana ia membentuk perlindungan keselamatan aktif.

Tali pinggang keledar, alas kepala, lajur stereng mudah pecah serta beg udara pula membentuk perlindungan keselamatan pasif.

Maka, jika sesebuah kereta itu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan tetapi dalam masa yang sama pula badan kereta terlalu lemah dan mudah remuk seperti tin Milo, maka sia-sialah perlindungan pasif yang diberikan.

Kesimpulannya, semua pemain industri automotif di Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya dalam menghasilkan kereta yang selamat tetapi mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Memang benar, kita ada ramai pemandu ***** yang suka melanggar peraturan jalan raya, tetapi dalam masa yang sama kita memerlukan kenderaan yang cukup kuat untuk melindungi kita dan orang yang tersayang.

Maka, kita berhak untuk memiliki kenderaan yang mampu memberi perlindungan secukupnya daripada "kejahatan" pemandu-pemandu ***** tersebut kerana melindungi diri dan orang tersayang juga sebenarnya satu bentuk jihad.

Akhir kata, kereta buatan tempatan yang cukup kuat dan selamat juga secara tidak langsung berupaya menghentikan segala bentuk kecaman terhadap kereta buatan tempatan oleh orang-orang kita sendiri.

BACA INI JUGA: Top 5 Kereta Paling Jimat Minyak Di Dunia

[Sumber]

Siapa Dalang Sebenar Di Sebalik Perhimpunan Black Out 505?

Siapa Dalang Sebenar Di Sebalik Perhimpunan Black Out 505?

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia.

Jusuf Kalla

Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK: Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.

Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghubungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komited. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami (Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

Isu Penipuan Pilihanraya

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri.

Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

Himpunan Black Out 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

Pertemuan Susilo & Elemen Washington

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya.

Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

Isu Pencerobohan Lahad Datu

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terima kasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia,
1 Jun 2013.

Sumber berita: http://merdeka-online.com

Panas! Farah Tampil Bersama Bukti Aksi Mesra Bersama Shah Jaszle

Panas! Farah Tampil Bersama Bukti Aksi Mesra Bersama Shah Jaszle

Kini, Farah Nurizzati Salleh tampil mendedahkan gambar aksi mesra bak kekasih sejoli ketika bercinta dengan Shah Jaszle berikutan tindakan emosional Shah yang 'menyerang' dan memalukannya di tempat kerja di sebuah bank Bangsar Utama, sehingga dia diarahkan oleh majikannya untuk berhenti kerja berkuatkuasa 24 jam!


Farah tampil dengan bukti kukuh, gambar mesra mereka berdua, untuk mengesahkan kenyataannya sebelum ini sebagai bukan setakat cakap kosong.

Pendedahan dibuat oleh Farah menerusi Harian Metro Ahad selepas Shah Jaszle terus menafikan yang mereka berdua pernah bercinta seperti didakwa Farah sebelum ini.


Gambar-gambar tersebut menunjukkan mereka berdua kelihatan begitu mesra seperti pasangan kekasih.

Apa agaknya reaksi Shah Jaszle selepas melihat ketiga-tiga gambar ini?

Kita tunggu dan lihat...

-SP

Anak-beranak Selebriti Terkenal Hollywood

Anak-beranak Selebriti Terkenal Hollywood

Anda sudah tahu bahawa Jaden Smith adalah anak kepada Will Smith, Angelina Jolie merupakan anak perempuan Jon Voight, Enrique Iglesias berbapakan penyanyi Sepanyol terkenal Julio Iglesias dan Kate Hudson pula anak aktres terkemuka lewat era 60-an, Goldie Hawn.

Tapi tahukah anda bahawa mereka ini juga adalah anak kepada selebriti terkenal?

Allison Williams


Jika anda meminati siri "Girls" di siaran HBO, anda pasti akan kenal watak Marnie Michaels, rakan karib watak utamanya Hannah (lakonan Lena Dunham). Allison Williams, pelakon yang membawakan watak Marnie tersebut bukan sahaja satu-satunya selebriti dalam keluarganya. Bapanya adalah Brian Williams, personaliti TV yang merupakan pembaca berita "NBC Nightly News" dan pengacara rancangan "Rock Center with Brian Williams".

Redfoo dan Skyblu


Anda mungkin seperti penulis yang menganggap duo LMFAO sebagai dua artis yang kelihatan tidak semenggah. Tapi jangan tertipu dengan gaya pemakaian aneh mereka, sebab sebenarnya Redfoo (atau nama sebenarnya Stefan Kendal Gordy), satu daripada anggota hip hop duo tersebut merupakan anak bongsu kepada penerbit rekod legenda Motown, Barry Gordy.

Oh, dan rakan LMFAOnya, Skyblu (nama sebenar: Skyler Austin Gordy) pula adalah cucu kepada Barry Gordy!

Gwyneth Paltrow


Anda selalu menonton lakonan Gwyneth Paltrow, dan anda juga pernah menonton filem-filem lakonan Blythe Danner, seperti "Meet the Parents" dan "The Lucky One". Tapi tahukah anda bahawa Gwyneth adalah anak kepada pemenang anugerah Emmy tersebut dan pernah berkolaborasi dalam dua buah filem – "Doubt" dan and "Sylvia".

Spencer Grammer


Spencer Grammer merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal dengan watak Casey Cartwright dalam siri TV siaran ABC, "Greek". Tapi Casey yang jelita ini adalah anak kepada Beast. Beast mana? Beast dari "X-Men" yang bernama Kelsey Grammer, juga terkenal dengan watak Dr. Frasier Kane dalam "Cheers" dan "Frasier".

Maya Rudolph


Pelakon komedi "SNL" yang juga sering berkolaborasi dengan pengarah/penerbit Judd Apatow dalam filem-filem seperti "Bridesmaids" dan "Friends with Kids" ini sebenarnya mempunyai seorang ibu yang lebih popular dalam bidang muzik. Ibunya adalah Minnie Riperton, penyanyi-komposer terkenal era 70-an, yang popular dengan lagunya, "Lovin' You" pada tahun 1975. Malah, melodi lagu "Lovin' You" sebenarnya dicipta buat Maya.

Rashida Jones


"Parks and Recreation", "The Office", "Role Model" dan banyak lagi. Itu antara filem dan drama yang pernah dibintangi oleh pelakon jelita Rashida Jones yang lebih dikenali dengan watak-watak komedi. Namun tidak seperti anaknya, si bapa adalah produser rekod legenda, Quincy Jones dan ibunya pula pelakon "The Mod Squad", Peggy Lipton.

Bryce Dallas Howard


Pelakon berambut merah, Bryce Dallas Howard yang pernah membintangi "The Village", "Lady in the Water", "Terminator Salvation", "The Twilight Saga: Eclipse", and "The Help" ini merupakan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Ron Howard - yang dikenali dengan watak Richie Cunningham dalam sitkom "Happy Days" dan suara pencerita sitkom "Arrested Development".

Lily Collins


Jika anda pernah menonton "Mirror, Mirror" yang turut dibintangi Julia Robert, anda pasti jatuh cinta dengan wajah putih bersih si Snow White lakonan Lily Collins. Lily Collins sebenarnya adalah anak perempuan pemuzik Phil Collins yang terkenal dengan lagu-lagunya seperti "In the Air Tonight", "Against All Odds", "Sussudio" and "A Groovy Kind of Love", dan memenangi anugerah Academy dengan lagu ciptaannya untuk runut bunyi animasi Disney, "Tarzan".

Mariska Hargitay


Mariska Hargitay dikenali sebagai Olivia Benson dalam siri drama "Law & Order: Special Victims Unit", siri yang begitu lama bertahan di NBC. Jika hendak dibandingkan dengan para pelakon lain, tahap popularitinya sederhana sahaja, sehingga ramai yang tidak sedar bahawa dia mempunyai ibu yang juga merupakan seorang daripada simbol seks era glamour 50-an Hollywood, Jayne Mansfield.

Anderson Cooper


Wartawan serius, pemberita CNN, personaliti TV yang mempunyai rancangan temuramahnya sendiri, dan lebih dikenali sebagai "The Silver Fox", Anderson Cooper mengecapi kejayaan dalam bidang kewartawanan dan media dengan bakatnya sendiri.

Tapi tanpa semua kejayaan itu pun, Anderson sebenarnya sudah cukup mewah, kerana ibunya adalah sosialit Gloria Vanderbilt yang juga seorang pereka fesyen dan antara pereka jeans biru paling dikenali ramai.

BACA INI JUGA: Selebriti-selebriti Terkenal Yang Hampir Membunuh Diri

[Sumber]

Monday, June 24, 2013

Dewan Rakyat Kecoh Laungan Ini Kalilah!

Dewan Rakyat Kecoh Laungan Ini Kalilah!

Hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.


Kekecohan mula ditimbulkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang membangkitkan mengenai keperluan ahli Dewan menulis nama masing-masing di kertas undi.

Katanya berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, ahli Dewan hanya perlu menandatangani kertas undi tanpa perlu menulis nama.

Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan Mahfuz.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat mengadakan pengundian bersurat. Sila teruskan proses mengundi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Bagaiamanapun jawapan Roosme menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata proses berkenaan sangat memalukan apabila proses pemilihan itu tidak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bermula dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dua tokoh dicadangkan bagi merebut jawatan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, 58 sebagai Speaker Dewan Rakyat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara di pihak pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker.

Cadangan itu disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Keputusan menyaksikan Pandikar Amin menang dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi.

Ini kalilah!

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyeru semua Ahli Dewan Rakyat supaya berubah dan melakukan transformasi dalam usaha memartabatkan Parlimen Malaysia.

Menerusi ucapannya selepas dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13, Pandikar Amin mencuri tumpuan persidangan apabila melaungkan beberapa slogan yang dipopularkan kerajaan dan pakatan pembangkang.

Katanya slogan seperti ‘ubah’, ‘transformasi’, ‘reformasi’ dan ‘ini kalilah’ yang dilaungkan pemimpin politik dan rakyat perlu dilihat dari sudut positif untuk kebaikan semua pihak.

“Bagi mereka yang mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertian tersendiri, akan tetapi seruan-seruan ini bermesej iaitu menyeru mengubah sikap untuk membuat kebaikan.

“Ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi…kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah.

“Ini kalilah…kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi dengan menunjukkan sikap yang baik,” katanya sambil disambut tepukan ahli Dewan Rakyat.

-mStar

Panas! Skandal Shahz Jaszle Dan Neelofa Pula!

Panas! Skandal Shahz Jaszle Dan Neelofa Pula!

Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu.


Kurang pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta.

Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah.

Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya.

Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.

Ouch! Akhirnya, perkara itu pun turut diketahui oleh Farah. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung?

-Murai

Panas! Isteri Beego Tayang Paha Gebu Ditepi Pantai

Panas! Isteri Beego Tayang Paha Gebu Ditepi Pantai

Setelah melangsungkan pernikahan 7 Jun lalu, pasangan selebriti terkenal, Linda Hashim dan Beego memilih Bali sebagai destinasi pilihan bulan madu mereka.


Pasangan ini telah terbang ke Bali, Indonesia pada 19 Jun lalu dan sepanjang berada di sana, foto-foto bulan madu mereka telah dirakamkan oleh jurufoto rasmi, Ryaniez Moments Photography. Amboi, siap bawa jurugambar…

Buat peminat-peminat di Malaysia, Linda juga tidak lupa berkongsikan beberapa fotonya bersama si suami melalui laman Instagram miliknya.


Namun menerusi sekeping foto yang dimuat naik, pelakon wanita ini telah menerima pelbagai kritikan daripada peminat sehingga ada yang mempertikaikan tanggungjawab Beego sebagai seorang suami dalam menangani pakaian isteri tersayang.

Menurut segelintir peminat, pakaian yang digayakan oleh Linda terlalu seksi dan sebagai orang melayu pelakon tersebut tidak sepatutnya menggayakan pakaian sebegitu.


Tapi masih ada peminat yang menyokong tindakan Linda dan turut mempertikaikan respon peminat yang mengkritik cara pemakaian pelakon kesayangan mereka itu.


Teguran peminat kepada Linda tu mungkin juga kerana mereka sayangkan Linda. Betul, memang susah nak puaskan hati semua orang? Tapi dalam hal ini rasanya, Beego sebagai suami juga ada baik juga kalau dinasihatkan si isteri agar tidak nanti terus menjadi bahan keji orang ramai.

Dan terpulang juga kepada individu untuk membuat penilaian kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

–MalaysianDigest

Video Shahz Jaszle Dan Pasangan Khalwat Bertengkar Depan Media

Video Shahz Jaszle Dan Pasangan Khalwat Bertengkar Depan Media

Sebelum ini, menerusi laporan dari pelbagai media tempatan mengatakan pelakon Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle telah menyerang pasangan khalwatnya yang dikenali sebagai Farrah Salleh di tempat kerja wanita tersebut yang terletak di Bangsar, baru-baru ini.


Kali ini kami ingin berkongsi video rakaman daripada rancangan hiburan Galaksi yang menyaksikan pertemuan di antara aktor itu yang ditemani ibunya, Zaleha dengan Farrah yang turut ditemani oleh abang kandungnya.

Menerusi video berdurasi enam minit itu, nampaknya kedua-dua pihak cuba untuk menegakkan hujah masing-masing berhubung kemelut yang melanda diri mereka sehingga menyebabkan nama keluarga turut terseret sama dalam permasalahan itu.



Untuk makluman, kes khalwat mereka akan dibicarakan pada 12 November depan.

-Mynewshub

Pertandingan Anjing Paling Hodoh Di Dunia

Pertandingan Anjing Paling Hodoh Di Dunia

Seekor anjing berkepala besar dan mempunyai kaki seperti itik dinobatkan sebagai pemenang pertandingan anjing paling hodoh di dunia kali ke-25 di Petaluma, California.

Walle
 Walle (WAHL-ee)

Diberi nama Walle (WAHL-ee), anjing baka eagle-Bassett berusia empat tahun dari Chico, California itu berjaya mengalahkan kira-kira 30 ekor anjing yang lain.

"Anjing ini nampaknya seperti telah dicantum daripada beberapa jenis anjing dan binatang lain menggunakan perisian fotoshop," kata seorang juri, Brian Sobel.

Pertandingan yang diadakan di Sonoma-Marin Fairgrounds itu mendapat perhatian meluas media dari seluruh dunia yang sanggup datang ke sini.

Pemilik Walle, Tammie Barbee memberitahu, dia mendapat anjing itu ketika ia berumur tiga tahun.

"Orang kata anjing saya tidak betul tetapi saya sayangkannya," kata Barbee.

Para juri ternyata kagum dengan cara Walle berjalan yang dianggap pelik.

Sebagai juara, Walle membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1,500 (RM4,804). Ia juga bakal muncul dalam beberapa rancangan televisyen seperti Today di saluran NBC dan Jimmy Kimmel Live (ABC).

Menurut penganjur, anjing-anjing itu dinilai dari segi kehodohan semula jadi berdasarkan kepada baka dan tahap kebodohannya.

BACA INI JUGA: Inilah Anjing Paling Tinggi Di Dunia!

sumber: kosmo