Tuesday, June 25, 2013

Rusia Tolak Gesaan AS Usir Edward Snowden


Russia tidak mengendahkan tekanan Washington supaya mengusir bekas kontraktor agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden ke AS sebelum dia meninggalkan Moscow untuk ke sebuah negara ketiga.

Edward Snowden

Snowden, 29, tiba di Moscow dari Hong Kong, dilaporkan akan berlepas ke Cuba mencetuskan keraguan apabila saksi tidak melihatnya dalam pesawat itu meskipun kawalan keselamatan di lapangan terbang di Moscow ditingkatkan sebelum kapal terbang berlepas.

Ecuador yang memberi perlindungan kepada pengasas pertubuhan antirahsia Wikileaks, Julian Assange, berkata, ia akan menimbang permohonan Snowden untuk mendapatkan suaka politik.

Tiada penerbangan secara terus dari Moscow ke Quito, ibu negara Ecuador.

"Dia tidak menaiki pesawat ke Havana," kata satu sumber syarikat penerbangan Russia, Aeroflot.

Ketika spekulasi semakin meningkat mengenai negara yang akan ditujunya - Ecuador, Venezuela atau Havana, Washington dikejutkan dengan langkah Russia menolak permohonannya.

Penerbangan Snowden ke Russia, seperti China, mencabar penguasaan diplomasi global Amerika Syarikat dan memberi tamparan kepada Presiden Barack Obama yang berusaha untuk memulihkan hubungan dengan Moscow dan menjalinkan persahabatan dengan Beijing.

Rumah Putih menjangka kerajaan Russia akan menghantar pulang Snowden ke Amerika Syarikat. Tetapi pihak berkuasa Moscow tidak mengendahkan rayuan itu sementara setiausaha akhbar Presiden Vladimir Putin berkata dia tidak tahu mengenai pergerakan Snowden.

Ketika ditanya sama ada Snowden ada berbincang dengan pihak berkuasa Russia, Peskov berkata: "Kami tidak mempunyai maklumat mengenainya."

Beliau enggan mengulas mengenai permintaan Amerika supaya mengusir Snowden.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon