Saturday, March 02, 2013

Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

Tahukah anda binatang tidak punya akal, namun masih punya hati dan perasaan. Bila kita ada binatang peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka dengan memandikan mereka, memberi ubat jika mereka sakit, mencuci sangkar mereka, memberi makan dan sebagainya.

Nak tahu tak 3 spesies binatang termahal di dunia ? Jom kita lihat..

Singa Putih

Singa Putih.jpg

Binatang ini juga merupakan binatang yang sangat mahal dan bintang ini juga sangat pelik. Harga Singa Putih ini adalah $138,000.

Singa putih ini sangat jarang di temui dan hampir pupus dan hanya hidup di hutan-hutan Afrika. Alasan binatang ini mahal dan sangat pelik adalah kerana adanya kecacatan pada Gen.

Ciri-ciri khas dalam warna putih yang membuat haiwan ini semakin sukar untuk ditemui.

Tikus Tg2576

Tikus Tg2576.jpg

Sangat mengejutkan, ini adalah tikus yang kecil, dan namanya juga sangat pelik iaitu Tg2576. Dalam keluarga tikus, saintis yakin, tikus ini dapat memegang kunci untuk menyembuhkan Alzheimer, yang telah menjadi elemen penting untuk investigasi penyakit.

Alzheimer merupakan salah satu bentuk demensia yang sering ditemui di klinik. Demensia adalah gejala kerosakan otak yang mengganggu kemampuan seseorang untuk berfikir, daya ingatan dan fungsi berbahasa.

Perkara tersebut membuatkan pesakit demensia sukar untuk melakukan aktiviti seharian. Pada jaringan otak tersebut ditemui lapisan atau plaque dan serabut saraf yang tidak normal.

Kerana itulah tikus ini bernilai $270,455.00 euro. Binatang ini diperolehi dengan teknik mengubah genetik supaya mengembangkan Alzheimer.

Kedua gen mereka sebagai keturunan artifisial dimodifikasi untuk menghasilkan protein manusia, acetylcholinesterase, yang bertanggungjawab atas kematian neuron di otak.

Ular Lavender Albino Python Female

Ular Lavender Albino Python Female.jpg

Lavender Albino Python Female ialah nama ular yang berharga $20,000. Dikategorikan dalam jenis mata ular merah dan warna kulit antara dua warna lavender dan kuning, ular ini sangat pelik maka sebab itulah harganya pun sangat mahal.

BACA INI JUGA: Benarkah Burung Cenderawasih Kononnya Dari Kayangan?

Sumber: dairishare

Luarbiasa! Sayur Gergasi Yang Tidak Masuk Akal

Luarbiasa! Sayur Gergasi Yang Tidak Masuk Akal

Sayur merupakan makanan kesihatan yang penuh khasiatnya. Sayur itu sendiri merupakan makanan kesihatan yang mempunyai khasiat yang mampu mengubati dan mencegah pelbagai penyakit.

Namun pernahkah anda melihat sayur yang bersaiz besar yang sememangnya luar biasa? Jom kita tengok.

Luarbiasa! Sayur Gergasi Yang Tidak Masuk Akal





[Sumber]

Kasut Paling Canggih Ala-ala Gadjet James Bond

Kasut Paling Canggih Ala-ala Gadjet James Bond

Kasut ini dikatakan paling canggih di dunia buat masa ni. Kasut yang mempunyai global positioning system (GPS) rekaan Dominic Wilcox, menggabungkan bahagian tumit kasut dengan papan litar GPS dan lampu kelip-kelip LED yang berfungsi penunjuk arah jalan.

Dominic Wilcox shoes

Jika anda berasa sesat jalan atau keliru ke lokasi dituju, hanya perlu menghentakkan kaki tiga kali kemudian lampu LED akan menyala tanda GPS dihidupkan.

"Saya membuat keputusan untuk mencipta sepasang kasut yang boleh memandu arah pemakainya pulang ke rumah dengan selamat tanpa perlu sesat lagi.

"Saya mendapat idea ini daripada filem Wizard of Oz yang menceritakan bagaimana watak Dorothy hanya perlu menghentak kasutnya kemudian sampai ke rumah," kata pemegang Sarjana Seni daripada Kolej Diraja Kesenian, London.

Kasut yang mendapat pengiktirafan daripada syarikat Global Footprint yang memiliki warisan lama bersama Dr Martens and Barkers itu, dilengkapi dengan perisian komputer dan kabel USB supaya apabila si pemakainya sampai di rumah, kemudian memakainya semula untuk keluar berjalan-jalan kasut ajaib itu dapat menjejaki alamat rumah tuannya.

Kasut itu memiliki antena di dalam tumit sebelah kiri yang mengandungi lampu LED berfungsi sebagai kompas selain berkomunikasi dengan pasangannya di sebelah kanan menggunakan sistem tanpa wayar bagi menunjukkan sejauh mana jalan yang perlu dilalui tuannya.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Inilah Gelongsor Air Paling Hebat Di Dunia

Inilah Gelongsor Air Paling Hebat Di Dunia

Bagi sesiapa yang menyukai aktiviti di taman tema air, di sini ada beberapa tempat di dunia yang mempunyai gelongsor air yang paling hebat di dunia. Inilah antara taman tema gelongsor air paling menarik di dunia

The Leap of Faith Waterslide


Ia merupakan gelongsor paling hebat. Gelongsor ini terletak di Aquaventure Water Park, Atlantis The Palm yang berada di Dubai. Gelongsor yang paling curam ini dimiliki shark lagoon di akhir tunnel transparannya. Selain itu, kawasan Aquaventure berkeluasan sekitar 17 hektar dari Atlantis The Palm dan terdapat pantai yang indah seluas 700 meter.

World Waterpark


Gelongsor yang kedua adalah gelongsor yang berada di dalam pusat beli-belah. Dengan keluas lebih dari 12 hektar, World Waterpark adalah ‘waterpark indoor’ terbesar di dunia. Waterpark ini dibuka untuk publik pada tahun 1986 dan berlokasi di West Edmonton Mall di Alberta, Canada. Had maksimum World Waterpark adalah 40.000 pengunjung. Gelongsor tertinggi di taman tema air ini adalah Twiter dan Cyclone dengan tinggi 25 meter.

Jumeirah Sceirah

Ianya merupakan gelongsor ketiga. Taman tema air ini masuk dalam 10 terbesar tarikan di Dubai. Tarikan utama dari waterpark ini adalah Jumeirah Sceirah. Dengan tinggi 33 meter dan kecepatan 80 km/jam, Jumeirah Sceirah merupakan gelongsor ‘free-fall water’ tercepat dan tertinggi selain United States.

Disney’s Blizzard Beach Water Park


Gelongsor keempat berada di United States. Gelongsor dengan ‘free-fall speed’ terlaju dan tertinggi yang terletak di Disney’s Blizzard Beach Water Park di Walt Disney World. Gelongsor dengan ketinggian sekitar 36 meter, Anda dapat melihat pemandangan sangat menakjubkan di Disney. Sangat hebat kan?

[Sumber]

Fathia Latiff Rampas Kekasih Marsha?

Fathia Latiff Rampas Kekasih Marsha?

Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan pelakon cantik, Fathia Latiff merampas kekasih kepada rakan artis iaitu penyanyi dan pelakon seksi, Marsha Milan Londoh.


Bukan itu saja, dia juga turut didakwa bergaduh dengan Marsha hanya disebabkan perihal berebutkan teman lelaki.

Bagaimanapun, Fathia lantas menepis dakwaan yang disifatkan adalah tidak benar sama sekali itu.

Menjelaskan perkara itu, Fathia, 26 tahun, berkata kepada MalaysianDigest, “saya dengan Marsha okay! Kami tak pernah bergaduh. Mengenai soal saya caras kekasih dia, sebenarnya bukan…mungkin sebab saya berkawan dengan bekas teman lelaki dia.

“Kami berkawan biasa. Mungkin ada salah faham dan lelaki itu bukan kekasih saya,” ujarnya.

Harapnya dengan penjelasan Fathia itu terjawab sudah khabar angin yang nyata tidak berasas dilemparkan terhadap pelakon itu.

[Sumber]

Unik! Seni Lipatan Tuala Yang Sangat Menarik

Unik! Seni Lipatan Tuala Yang Sangat Menarik

Info Unik Dunia. Tuala biasanya digunakan untuk mengelap badan setelah mandi mahupun berpeluh. Ia adalah sejenis fabrik penyerap yang digunakan untuk mengelap atau mengeringkan. Ia menyahkan kelembapan melalui sentuhan dengan gerakan memedap atau menyapu. Namun pernahkah anda terfikir untuk menjadikan tuala sebagai suatu bentuk yang comel dan menarik?

Jom kita tengok!


[Sumber]

Gambar Bersosial Terlalu Panas Anak Sofea Jane

Gambar Bersosial Terlalu Panas Anak Sofea Jane

Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut.

Bersosial

Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.

Bersosial

Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.

Bersosial

Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.

Bersosial

Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga 'google' kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan.

Bersosial

Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot.

Bagaimana pula dengan anda?

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Yang Dibayar RM30k Semalam Untuk Layan VVIP?

Sumber: pa

Friday, March 01, 2013

Isu Lahad Datu - Laporan Penuh Kejadian Berdarah

Isu Lahad Datu - Laporan Penuh Kejadian Berdarah

Dalam sidang akhbar petang ini, Hamza berkata pertempuran itu bermula pada jam 9.59 pagi ini selepas lima anggota PGA elit bergerak untuk memperkuatkan lagi kepungan di sekitar kampung Tanduo di mana kumpulan kira-kira 180 Sulu termasuk 30 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram berkubu sejak 9 Februari lalu.


Hamza berkata, pasukan polis bertembung dengan beberapa penceroboh yang melepaskan tembakan, dan memaksa mereka membalas tembakan.

Katanya, pihak polis menemui beberapa senjata milik kumpulan Sulu tersebut.

Sementara itu di Pekan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam kejadian tersebut.

Katanya, kumpulan bersenjata itu melepaskan tembakan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Perdana menteri berkata, beliau amat sedih dengan kejadian itu kerana apa yang mahu dielakkan – iaitu pertumpahan darah – telah juga berlaku.

Katanya, beliau telah diberi mandat penuh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pangkatan Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu.

Bernama sebelum ini melaporkan dua komando polis terbunuh dalam serangan mortar oleh kumpulan tersebut manakala dua lagi cedera.

Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

“Yang terbunuh termasuk seorang wanita.”

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Akhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Sementara itu, Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu.

“Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.

“Mereka boleh meneruskan rundingan secara aman…,” tambahnya.

Manakala Sultan Sulu Jamalul Kiram memberitahu Radio dzMM bahawa dia tidak akan memerintahkan pengikutnya untuk menyerah diri walaupun berlaku kejadian berbalas tembak, tetapi menegaskan pintu rundingan masih terbuka.

Menurut ANC Dateline Filipina, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram – Abraham Idjirani – kesultanan itu tidak akan membalas dendam terhadap kematian pengikutnya, dan menegaskan kumpulan itu mahu ia diselesaikan secara aman.

Idjirani berkata mereka akan membawa perkara itu ke perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mungkin meminta Pertubuhan Persidangan Islam untuk campurtangan.

The Philippine Inquirer pula memetik Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya, Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, keluarga diraja itu masih dapat bercakap dengan Azzimudie, yang disebut sebagai Raja Muda.

“Kita bercakap dengan beliau. Beliau tidak cedera dan masih mengetuai perjuangan itu, ” katanya.

Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.

-Malaysiakini

Isu Lahad Datu - 10 Anggota Penceroboh Didakwa Mati!

Isu Lahad Datu - 10 Anggota Penceroboh Didakwa Mati!

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

10 Anggota Penceroboh Didakwa Mati!

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.

“Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!” katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.

Sementara itu, Hishammuddin memberitahu sidang media di sini bahawa Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.

Malah, beliau berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.

“Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini.

“Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.

Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.

Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.

Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera ‘Raja Sulu’ dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.

Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.

Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.

Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.

Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan
itu.

-Sentiasapanas.com

Isu Lahad Datu - Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar

Isu Lahad Datu - Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

-Sentiasapanas.com