Saturday, January 17, 2026

Kisah Gereja Unification Ditipu Seorang Budak Afrika

Kisah Gereja Unification Ditipu Seorang Budak Afrika

Sun Myung Moon mengaku dirinya merupakan jelmaan Tuhan di muka bumi sebagai "Anak Tunggal Tuhan" (Only Begotten Son) yang dilahirkan buat kali kedua (Second Coming) selepas Jesus. Pengikutnya sujud menyembahnya sebagai seorang Messiah yang memiliki segala pengetahuan dan pemegang kunci wahyu Tuhan di muka bumi.

Sun Myung Moon Mengaku Tuhan
Mengaku jelmaan Tuhan di bumi.

Walaupun begitu, terdapat satu peristiwa yang memalukan Gereja Unification apabila muncul seorang budak Afrika dari kalangan pengikutnya, mengaku bahawa dia adalah jelmaan semula anak Sun Myung Moon yang meninggal. Budak Afrika itu mengaku dirinya ialah Black Heung Jin Moon.

Kisahnya bermula pada tahun 1984, selepas salah seorang anak Sun Myung Moon bernama Heung Jin Moon meninggal dunia. Dia adalah anak lelaki kedua Sun Myung Moon dan dianggap sangat taat serta dianggap pelindung rohani keluarga dalam kepercayaan dalaman gereja.

Heung Jin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di New York State kerana kereta yang dipandunya dirempuh trak treler di Hyde Park pada 22 Disember 1983. Dia akhirnya menghembus nafas terakhir pada 2 Januari 1984.

Sejurus dia meninggal dunia, Gereja Unification mengadakan upacara Seonghwa (upacara pengebumian) bertaraf dunia di Belvedere, Tarrytown dan Seoul (Little Angels School). Dari sinilah tradisi Seonghwa untuk ahli Blessed dirumuskan dan diajarkan secara rasmi dalam gereja.

Dalam kepercayaan dalaman gereja, kematian Heung Jin dilihat "membendung malapetaka ke atas True Parents", menyebabkan dia dihormati sebagai raja roh di syurga (kadang-kadang digambarkan lebih tinggi daripada Yesus dalam hierarki alam rohani Gereja Unification).

Pada 20 Februari 1984, iaitu 50 hari selepas pemergiannya, Sun Myung Moon memimpin upacara Blessing dengan mengahwinkan Heung Jin (di alam roh) dengan seorang wanita bernama Hoon-sook atau Julia Pak (setelah itu dikenali sebagai Julia Moon) iaitu anak kepada pemimpin Gereja Unification di Amerika Bo Hi Pak.

Selepas itu, Julia Moon kekal dikenali sebagai balu rohani Heung Jin dan kemudian menjadi Pengarah Umum kepada Universal Ballet.

Media merekodkan bahawa syarikat balet itu dibangunkan untuk meneruskan hidup dan bakatnya selepas "suaminya" meninggal.

Tidak lama selepas itu, muncul fenomena "mesej roh" atau "roh menurun" ke dalam tubuh beberapa penganut gereja.

Salah satunya ialah kes seorang ahli gereja warga Zimbabwe bernama Cleophas Kundiona mendakwa dirinya dirasuk oleh roh Heung Jin dan dia mengisytiharkan dirinya sebagai "jelmaan fizikal Heung Jin".

Sebelum itu, perlu difahami bahawa dalam teologi Unification, wujud konsep "returning resurrection" iaitu roh seorang tokoh boleh "menurun" ke dalam diri manusia hidup untuk menyempurnakan misi rohaninya. Pengaruh ini diserap melalui fahaman shamanisme Korea.

Pada ketika itu, setelah kematian Heung Jin Moon, mendiang telah disanjung tinggi sebagai "pengorbanan pelindung True Parents".

Tambahan pula, duka pasca kematian Heung Jin telah mewujudkan ruang emosi dan teologi romantis bagi menyuburkan harapan akan "kembalinya" Heung Jin secara mukjizat ke dunia ini.

Pada penghujung tahun 1987 hingga 1988, Cleophas Kundiona memanfaatkan peluang itu dengan mendakwa roh Heung Jin telah "merasuk" dalam dirinya, lalu komuniti gereja mula memanggilnya sebagai "Black Heung Jin-nim."

Dengan sikapnya memiliki karismatik yang kuat sebagai seorang pembohong, Kundiona cepat mendapat akses ke pentas antarabangsa. Kedudukannya diiktiraf oleh Sun Myung Moon dan Hak Ja Han.

Kundiona diberi mandat untuk mengadakan misi gereja di peringkat antarabangsa seperti di Korea, Jepun, Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika.

Dia turut memperkenalkan upacara exorcism atau cleansing roh yang kadang-kadang disertai kekerasan fizikal seperti menampar dan memukul ahli gereja, termasuk pimpinan tertinggi gereja.

Pada mulanya, sebahagian pemimpin setempat memberi ruang kerana wibawa nama "Heung Jin-nim" dan kisah-kisah ajaibnya.

Namun, laporan tentang tingkah laku Black Heung Jin yang ganas, mengaibkan dan melampau semakin menjadi-jadi. Dia dilaporkan telah memukul dan mencederakan beberapa orang ahli gereja yang lain.

Akhirnya, ibu pejabat gereja mengarahkannya supaya kembali ke Afrika dan menghentikan dakwaan bahawa dirinya ialah "roh Heung Jin".

Namun, Kundiona enggan patuh, lalu Sun Myung Moon kemudian menyatakan "roh Heung Jin telah meninggalkannya" dan apa yang tinggal dalam jasadnya dianggap roh jahat.

Dia kemudian dipecat daripada menjadi ahli gereja dan dia mula berpaling dengan menjadi penentang Gereja Unification.

Kundiona dilaporkan telah membakar kitab suci gereja Divine Principle sebagai bentuk protes dan menubuhkan sebuah kumpulan serpihan serta menarik keluar sebahagian kecil anggota supaya menyertai gerejanya terutamanya di Afrika Selatan, Zimbabwe dan sekitarnya.

Kisah ini jelas menunjukkan kebodohan Sun Myung Moon dan seluruh anggota Gereja Unification yang begitu senang ditipu oleh seorang budak psikopat.

Bagaimana seorang yang mengaku menguasai ilmu pengetahuan dan wahyu dibohongi seteruk itu?

Lebih menyedihkan apabila kebodohan lelaki ini dan gerakannya berjaya mempengaruhi ahli politik Muslim di negara ini.

Fb: Ahmad Iqram Mohamad Noor

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Friday, January 16, 2026

Donald Trump Mengulangi Ayat Kesombongan Kaum 'Ad

Donald Trump Mengulangi Ayat Kesombongan Kaum 'Ad

"Adapun kaum 'Ä€d, maka mereka bersikap sombong di muka bumi tanpa alasan yang benar dan mereka berkata: 'Siapakah yang lebih kuat daripada kami?'" (Surah Fussilat: 15)

Kaum 'Ä€d merupakan salah satu kaum terdahulu yang disebut dalam Al-Qur'an sebagai contoh umat yang dibinasakan akibat kesombongan dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah. Kaum ini tinggal di kawasan Al-Ahqaf, wilayah berpasir di antara Yaman dan Oman.

Kesombongan Donald Trump

Mereka terkenal dengan tubuh badan yang gagah, kekuatan fizikal yang luar biasa serta kemampuan membina bangunan yang besar dan kukuh.

Kemudian perhatikan ungkapan Donald Trump, "Amerika Syarikat sekali lagi membuktikan kita memiliki angkatan tentera paling berkuasa, paling mematikan, paling canggih dan paling digeruni di muka bumi. Tiada siapa mampu tandingi kita. Saya sudah lama katakan perkara ini, tiada siapa boleh lawan kita."

"The United States has once again proven that we have the most powerful, the most lethal, the most advanced, and the most feared military on Earth. Nobody can match us. I’ve been saying this for a long time—nobody can fight us, nobody comes close."

Ungkapan ini bukan sekadar kebetulan bahasa, tetapi pola keangkuhan yang berulang dalam sejarah.

Apabila seseorang atau sesebuah kuasa berada di tempat yang tinggi, masih segar dengan kejayaan baharu, maka mudah untuk melupakan kegagalan lama dan menutup mata terhadap realiti sebenar.

Selama hampir dua tahun Amerika Syarikat mencurahkan segalanya kepada Netanyahu, namun seorang tebusan pun tidak berjaya dibawa pulang dengan mudah. Malah, seorang pemimpin utama juga gagal ditangkap untuk dijadikan tebusan.

Tentera Amerika sendiri pernah beroperasi di Bait Hanun dan Khan Younis, tetapi mereka tetap gagal mencapai objektif. Kekuatan teknologi dan persenjataan tidak menjamin kemenangan apabila berhadapan dengan perjuangan yang berakar pada akidah dan kesabaran.

Gugurnya Abu Ibrahim Yahya Sinwar, Ismail Haniyeh, Muhammad Deif dan Abu Obaida (Abu Ubaidah), bukan kerana mereka pengecut, tetapi kerana mereka berada di lapangan perjuangan, berbeza dengan Netanyahu yang melarikan diri ke bunker bawah tanah setiap kali siren dibunyikan.

Dan yang lebih menggentarkan, selepas kesyahidan majoriti pimpinan utama Hamas, gerakan ini masih berdiri, masih mampu mengurus Gaza dari sudut keselamatan, kemasyarakatan dan ketahanan awam, kerana perjuangan yang berasaskan keimanan tidak mati dengan kematian individu.

Trump dan sekutunya juga seolah-olah lupa satu hakikat besar sejarah: tiada kerajaan yang kekal selamanya.

Great Britain yang suatu ketika dahulu menjajah hampir seluruh dunia, kini menyaksikan perubahan demografi dan penguasaan sektor-sektor penting negara oleh mereka yang dahulunya dijajah.

Kuasa besar itu melemah bukan kerana kekurangan senjata, tetapi kerana keangkuhan, ketidakadilan dan keretakan dalaman.

Sejarah yang sama berlaku kepada kerajaan Firaun. Di puncak kekuasaan, memiliki tentera dan kekayaan luar biasa, Firaun dengan angkuh berkata: "Bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku?" Namun laut yang dilalui dengan penuh megah akhirnya menjadi kubur yang menelan seluruh keangkuhannya.

Kaum 'Ä€d pula memiliki kekuatan fizikal dan binaan luar biasa, sehingga menyangka tiada siapa mampu menewaskan mereka. Namun angin yang kelihatan lemah itulah yang memusnahkan seluruh tamadun mereka, sehingga al-Quran menggambarkan mereka seolah-olah tidak pernah wujud.

Kaum Thamud, dengan teknologi memahat gunung dan perancangan kota yang hebat, tetap hancur hanya dengan satu pekikan kerana kesombongan dan keingkaran mereka.

Begitu juga Empayar Rom, sama ada Rom Timur atau Barat, yang pernah menjadi simbol ketenteraan dan ketamadunan dunia. Namun kezaliman, perebutan kuasa dan kerosakan moral melemahkan mereka dari dalam sebelum mereka runtuh dari luar.

Semua kerajaan besar berkongsi penyakit yang sama; apabila kekuatan dijadikan sandaran mutlak, keadilan ditinggalkan dan Tuhan dilupakan, maka kehancuran hanya menunggu masa.

Al-Quran tidak menceritakan kisah-kisah ini sebagai nostalgia sejarah, tetapi sebagai amaran berulang kepada manusia yang menyangka diri mereka luar biasa.

Kekuatan tanpa kebenaran melahirkan kezaliman. Kejayaan tanpa kesyukuran melahirkan keangkuhan. Kekuasaan tanpa keadilan melahirkan kehancuran.

Dan sejarah sentiasa membuktikan satu hakikat yang tidak berubah; yang kekal bukan kuasa tetapi kebenaran, yang menang bukan yang paling kuat tetapi yang paling sabar dan istiqamah.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 233: Dugaan Perjalanan

SBDJ Siri 233: Dugaan Perjalanan

Si dreber tumpukan perhatian kepada tugas. Kereta terus meluncur laju membelah jalanraya. Macam tadi juga, datuk dan Syed Hamid Al-Hadad masih rancak berbual. Bila diamat-amati topik perbualan mereka lebih banyak menekankan pada akidah, tarikat.

Toyol jadi-jadian

Disamping itu, mereka juga mencuit persoalan penyelewengan dalam akidah yang secara tidak disedari atau disengajakan oleh orang-orang yang dalam dan tinggi pengetahuan agamanya.

"Zeeeekkkkk..."

Empat tayar kereta terhenti berputar secara mengejut. Semua yang ada kereta terangkat punggung dan tersengguk ke depan. Kaki dreber melekat ke pedal berek. Kedudukan badan kereta berubah 45 darjah ke bahu jalan.

"Maafkan saya Pak."

Dreber menoleh ke belakang. Renung muka Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Kedua-duanya kelihatan terpinga-pinga sambil membetulkan duduk yang sudah berubah.

"Gajah melintas Pak, saya terpaksa berek."

"Tak apa. Syukur pada Allah kita semua selamat," ucap Syed Al-Hadad.

Empat ekor gajah berdiri di depan kereta.

Salah seekor dari gajah itu, paling besar dengan sepasang gading yang tajam. Panjangnya dianggarkan lebih dari tiga kaki. Sambil bertempik gajah tersebut menjatuhkan belalainya atas bonet kereta. Semua yang ada dalam kereta kecut perut.

"Tenang, jangan bising dan jangan bunyikan hon kereta," ujar datuk perlahan.

Arahannya segera dipatuhi. Kami saling berpandangan penuh dengan kebimbangan. Dari atas bonet depan belalai gajah yang lembut bergerak ke atas bumbung kereta.

Bila kaki depannya digeselkan ke badan kereta, seluruh kereta bergegar. Kami bergerak ke kiri dan ke kanan mengikuti gerak kereta yang digesel kaki gajah.

Lebih dari lima belas minit kami mematikan diri. Entah kenapa tidak ada sebuah kereta yang melintas ketka itu.

Mungkin para pemandu yang selalu menggunakan jalan raya tersebut sudah tahu, ketika kami melalui jalan tersebut, adalah ketika dan saat binatang liar melintasi jalan. Beralih tempat mencari rezeki di seberang jalan. Mungkin apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan.

Dalam saat yang serba mencemaskan itu, gajah besar terus bertempik, dengan sekuat-kuatnya. Gajah-gajah yang lain segera mendekatinya lalu mengelilingi kenderaan kami.

Tidak ada apa yang dapat dilihat kecuali kaki gajah yang hitam menutup pandangan. Kami pasrah kepada Allah.

Perlahan-lahan saya gerakkan kepala. Menoleh ke arah datuk dan pandangan kami bersambung. Sepasang bibir terasa bergerak-gerak lemah. Tetapi tidak ada sepatah kata terlontar dari mulut.

Dan datuk yang mengerti gelodak batin segera meletakkan telapak tangan kiri ke atas bahu.

"TenangTamar."

"Tapi saya takut."

"Mohon pertolongan dari Allah dengan ayat-ayat Quran yang aku bekalkan kepada kamu," lembut nada suara datuk. Penuh diplomasi membangunkan sebuah keyakinan diri dalam kalbu.

Saya menggangguk dan renungan kembali pada posisi asal. Merenung cermin kereta dan kumpulan gajah liar yang masih belum berganjak.

Dari celah-celah kaki gajah, gumpalan awan putih yang bergerak di dada langit, masih boleh dilihat.

KABUL

Doa kami berempat yang sengsara dalam perut kereta diperkenankan oleh Allah. Gajah besar terus bertempik, seolah-olah mengeluarkan sebuah arahan.

Beberapa detik berikutnya kumpulan gajah itu, seekor demi seekor bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh belalai gajah besar.

Saya dan pemandu menarik nafas kelegaan. Pandangan tidak lagi dihalang oleh kaki dan badan kumpulan gajah liar. Gajah besar membawa anak buahnya memasuki hutan di kaki sebuah bukit.

Barangkali di situ kaya dengan pokok bayas yang lembut umbutnya di sampingnya pisang hutan yang tumbuh merata-rata.

"Allah hu Akbar," balas datuk.

Saya dan pemandu berbalas senyum. Wajah yang sebentar tadi cemas semacam, segera bertukar menjadi ceria. Penuh semangat dan keyakinan yang cukup tinggi. Si pemandu besedia meneruskan tugas yang terganggu.

"Bagaimana perasaan kamu? Sudah aman?" Syed Hamid Al-Hadad menatap wajah pemandunya yang berdahi luas.

"Sudah aman Pak."

"Kalau begitu, teruskan perjalanan. Kalau lambat nanti kita senja di perjalanan. Lagi pun kawasan ini bukan kawasan aman. Banyak orang jahat."

"Maksud tuan Syed?" secara spontan datuk bertanya.

"Kenderaan yang lalu di sini selalu dirompak. Kadang-kadang dibunuh dan mayat dibuang dalam hutan untuk makanan binatang buas."

"Oh, begitu," ada keresahan dihati datuk.

Sambil menarik nafas, kiri kanan jalan direnungnya. Apa yang dilihatnya ialah pokok besar yang berdiri kukuh. Entah mengapa secara tiba-tiba saya terasa seram.

"Kenapa masih belum bergerak?"

Syed Hamid Al-Hadad mencuit bahu pemandunya.

"Saya kira bapak ada urusan lagi."

"Urusan apa? Tak ada urusan. Ayuh, sekarang jalan."

"Baik pak."

Kereta kembalii bergerak. Mula-mula perlahan-lahan kemudian beransur laju dan terus laju. Meninggalkan pepokok, bukit bukau di belakang.

Suasana di jalanan terasa agak lengang, kenderaan tidak serancak tadi. Samada yang ke Medan atau sebaliknya. Langit masih cerah. Awan juga bergerak lemah. Tetapi matahari kian condong ke barat.

Pemandu di sebelah tetap hati-hati dan teliti mengemudi kenderaan yang dikendalikan. Matanya tajam merenung dada jalan, sesekali dia menoleh ke arah kiri dan kanan jalan.

Macam ada sesuatu yang diawasinya. Dua tiga buah kenderaan berat memotong, tidak memberikan peluang kepada kenderaan kami untuk menyelit di tengah.

Secara berbisisk, pemandu memberitahu kenderaan berat yang membawa barangan dari kota raya Medan, akan bergerak secara konvoi, tidak bersendirian. Tujuan untuk keselamatan pemandu dan barang yang dibawa.

Penjahat jalanan tidak akan merompak kenderaan barang yang bergerak secara berkumpulan.

Atas alasan keselamatan, pemandu kenderaan berat tidak mahu terpisah antara satu sama lain dalam jarak yang jauh. Mereka juga tidak mahu di antara jarak tersebut ada kenderaan lain menyelit.

Kerana kenderaan yang menyelit di tengah-tengah itu belum pasti penumpang atau pemandunya orang baik-baik. Siapa tahu, kalau penjahat jalanan menyamar jadi orang baik-baik untuk merompak.

"Di jalanraya ini, macam-macam boleh jadi. Orang yang nampak baik, raut muka macam orang berpelajaran, belum tentu baik. Orang yang nampak kasar dan muka macam mahu makan orang, belum tentu jahat. Pendek kata para pemandu di sini diselubungi misteri. Jadi, saya harus berhati-hati dan beringat. Salah perhitungan celaka badan," bisik si pemandu, antara jelas dengan tidak.

OTAK

Sikap si pemandu memberitahu secara berbisik menimbulkan berbagai-bagai persoalan dalam otak. Kenapa dia tidak mahu menerangkan secara terbuka. Kenapa mesti bisik-bisik?

Mungkin dia berbuat demikian kerana tidak mahu perkara tersebut sampai ke pengetahuan Syed Hamid Al-Hadad dan datuk.

Bila perkara yang tidak menyenangkan itu diketahui oleh kedua-dua orang tua yang duduk di belakang, macam-macam masalah boleh timbul.

Setidak tidaknya perasaan mereka tidak akan aman. Sentiasa diburu keresahan dan rasa takut.

Dan hati kecil saya membuat kesimpulan, bahawa pemandu di sebelah saya ini termasuk istilah pemandu misteri yang disebut pada saya sebentar tadi.

"Uhhh..."

Sebuah keluhan tanpa sebab terhambur dari mulut. Ada jelingan tajam dari pemandu untuk saya. Serentak dengan jelingan itu, ada sekilas senyum pendek beralun di kelopak bibirnya. Barangkali senyum sindiran.

Dan boleh juga jadi senyum simpati. Macam-macam andaian timbul akibat senyum. Tidak salah, kalau saya mengkategorikan pemandu di kanan saya termasuk dalam golongan pemandu seribu kemungkinan.

Sesungguhnya, bermula dari bisikan, telatah dan senyum tang dipamirkan oleh si pemandu, menghimpunkan sejuta keresahan, ketakutan dan kecemasan yang memanjang dalam rongga dada.

Tetapi, mujurlah apa yang memuak di rongga dada dapat dikawal dan ditenteramkan. Terutama bila melihat si pemandu memaut stering kereta seerat mungkin. Kereta terus meluncur laju.

Sinar matahari petang kian redup. Bila kenderaan melalui jalan yang di kiri kanannya ditumbuhi pepohon besar dan berdaun lebat, terasa agak gelap.

Suasana begini tidak mengganggu datuk dan Syed Hamid Al-Hadad yang duduk tersandar di kusyen belakang dan berborak.

Sesekali terdengar suara mereka bercakap. Biasanya, percakapan itu tidak berlangsung lama, hanya untuk beberapa minit saja. Kemudian masing-masing membisu. Bercakap lagi untuk beberapa minit. Membisu lagi, begitulah silih berganti.

Dan tekanan nada suara bila bercakap cukup rendah sekali. Sukar untuk dikesan tentang perkara yang mereka perkatakan.

Sebuah lori datang meluru dari arah belakang sambil membunyikan hon dengan kuat, minta laluan. Sungguh tidak sopan pemandu lori itu.

Sambil memotong dia terus menghimpit lorinya ke arah kereta yang kami naik. Pemandu sebelah saya jadi kelam kabut dan terus menekan berek serta memandu kereta ke tepi jalan.

"Sial..."

Itu yang terkeluar dari mulut pemandu. Mukanya merah menahan kemarahan. Lori yang memotong lesap dari pandangan. Syed Hamid Al-Hadad dan datuk tidak memberi sebarang komen.

"Sial, dia memang manusia syaitan laknat," terhambur lagi ungkapan dari rahang mulut pemandu. Api kemarahannya masih belum menurun.

"Jangan maki hamun orang macam itu. Itu bukan amalan orang yang berhati mulia," Datuk cuba memberikan ketenangan.

"Habis macam mana saya tak marah. Dia menghimpit kereta kita. Dia mahu membunuh kita semua. Dia ingat dia seorang saja mahu hidup," ledakan kemarahan terus diluahkan oleh si pemandu.

"Kita mengalah saja, beri laluan kepadanya," Syed Hamid Al-Hadad memberikan sebuah pandangan.

Si pemandu yang dadanya masih bersarang dengan api kemarahan terdiam. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil menggosok pangkal hidungnya berkali-kali.

"Maafkan saya, memang saya tak boleh tahan dengan perangai biadabnya," si pemandu renung muka Syed Hamid Al-Hadad dan batuk berkali-kali.

"Lupakan."

Serentak datuk dan Syed Hamid Al-Hadad bersuara. Si pemandu yang api kemarahannya beransur reda mengangguk. Dan enjin kereta yang mati dihidupkan kembali.

TENANG

Dengan tenang setering kereta dipulas ke kanan. Empat tayar kereta yang terbabas ke dalam rumput di gigi jalan berjaya dinaikkan ke atas dada jalanraya.

Seterusnya kereta kembali bergerak lancar. Tetapi, rasa kemarahan masih belum padam seratus peratus dari dalam hati pemandu di sebelah saya.

Buktinya, dapat dikesan dari mulutnya yang kumat-kamit. Saya kira dia masih memaki hamun, menyumpah seranah pemandu lori kecil yang tidak senonoh.

Cuaca petang, kian redup. Matahari makin condong kebarat. Pada hemat saya, tidak sampai dua jam lagi, matahari akan terbenam di kaki langit. Perjalanan seterusnya di rasa cukup selesa.

"Pengalaman kereta dihimpit dan dilanggar orang dari belakang atau terbalik dalam gaung, memang sudah saya rasakan. Tetapi, pengalaman..." Syed Hamid Al-Hadad yang memulakan percakapan dengan datuk, tidak meneruskannya.

"Kenapa berhenti," datuk mendesak.

"Saya rasa kurang sopan, kalau saya meneruskan."

"Demi persahabatan ini, anda harus meneruskan."

Sepasang anak mata hitam datuk tertampar kewajah Syed Hamid Al-Hadad mengangguk tanda setuju.

"Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan gangguan gajah liar di jalanraya. Semangat saya terasa melayang. Sebelum ini, awak pernah mengalaminya?" jujur sekali Syed Hamid Al-Hadad menyampaikan apa yang ada di dalam hatinya.

Datuk tidak memberikan tindak balas yang positif terhadap pertanyaan yang diajukan.

Memang ada rasa sedikit kehampaan di hati Syed Hamid Al-Hadad. Dia tidak berputus asa dan terus mengajukan pertanyaan yang sama.

"Pernah," balas datuk pendek.

"Mencemaskan?"

"Kali pertama memang mencemaskan. Bila masuk kali kedua dan ketiga, kurang sikit rasa takutnya."

"Bagaimana kalau perkara macam ini berlaku masa depan?"

"Saya berharap dan berdoa kepada Allah, janganlah perkara itu berlaku lagi," tegas datuk.

"Saya pun harap begitu," kata Syed Hamid Al-Hadad. Kedua-duanya ketawa kecil penuh dengan kemesraan dan kekeluargaan.

Saya dan pemandu yang mendengar dialog antara Syed Hamid Al-Hadad dengan datuk turut tersenyum.

Memang melucukan. Sepatutnya mereka bercakap atau berbual hal-hal yang lebih besar dari itu.

Agaknya perkara itu sengaja dilakukan sebagai sebuah pelarian untuk menghilangkan rasa bosan atau takut tentang sesuatu yang bakal berlaku. Dan cara kebetulan pula, kotaraya Medan masih jauh lagi.

"Ada motor mengekori kita dari belakang," kata pemandu sambil merenung cermin kecil di depannya.

Saya anggukkan kepala dan menganggap kehadiran sebuah motosikal yang dinaiki dua insan memakai jaket hitam adalah perkara biasa.

Makin lama, motosikal itu makin dekat dengan kereta yang kami naiki. Malah jaraknya tidak sampai 50 meter.

Tidak dapat dipastikan darimana motosikal yang ditunggang oleh dua insan itu mengekori kereta kami.

Saya yakin, motosikal itu muncul setelah kenderaan kami melepasi selekoh tajam.

Kehadiran motosikal dengan dua insan berjaket hitam itu turut disedari oleh Syed Hamid Al-Hadad dan datuk.

Kedua-dua orang tua tersebut bagaikan tidak kisah. Meskipun sekali sekala Syed Hamid Al-Hadad menoleh ke belakang.

KEJUT

"Tamar," mengejut saja pemandu bersuara.

"Kenapa?"

"Motosikal misteri dan orangnya dah hilang."

"Kau jangan bergurau."

"Aku tak bergurau, kau tengok ikut cermin tepi."

Syor pemandu segera saya patuhi. Memang, dia tidak bergurau.

Motosikal yang ditunggangi oleh dua insan berjaket hitam hilang entah kemana. Dan ini mengukuhkan lagi andaian saya bahawa mereka tidak mengekori kenderaan yang kami naiki.

"Kemana mereka menghilang," pemandu bertanya.

"Pulang ke rumah, hari dah nak malam," jawap saya bergurau, pemandu tersenyum.

Minyak kereta terus ditekan, walaupun ketika itu, kereta sedang menuruni kawasan berbukit.

"Kurangkan laju, kamu memandu menuruni bukit dan di depan ada dua selekoh merbahaya," tegur Syed Hamid Al-Hadad.

Dengan serta merta jarum meter menurun dari 120km sejam kepada 70km sejam. Saya menegakkan ibu jari kanan. Pemandu yang mengerti dengan maksud saya tersenyum.

"Kau nakal," katanya sambil menolak tangan saya.

Dalam kesuraman sinar matahari petang, sayup-sayup terlihat orang berdiri di tepi jalan sambil mengangkat tangan menahan kenderaan yang lalu.

Makin lama, makin jelas bentuk tubuh orang yang berdiri itu. Seorang lelaki separuh baya memakai kemeja lengan panjang berjalur hitam putih. Seluarnya berwarna kelabu taik anjing.

"Berhenti dan bantu dia," arahan dari Syed Hamid Al-Hadad kepada pemandunya.

Entah kenapa hati saya berdebar. Datuk tidak memberi sebarang komen. Air mukanya membayangkan rasa bimbang.

"Kita tak kenal dia," kata pemandu.

"Itu bukan soal, dia manusia memerlukan bantuan. Bantu dia," Syed Hamid Al-Hadad terus berkeras.

Pemandu anggukkan kepala. Patuh pada perrintah majikan. Kira-kira dalam jarak tiga tiang telepon, mahu sampai ke tempat orang yang berdiri di tepi jalan, si pemandu memperlahankan kereta yang dipandunya.

"Hati-hati," terdesak suara datuk dalam nada resah

"Terima kasih atas ingatan saudara, saya yakin dia orang yang memerlukan bantuan. Boleh jadi orang susah," balas Syed Hamid Al-Hadad.

Saya menggigit bibir sementara pemandu menarik nafas dalam-dalam. Tidak tahu apa yang difikirkannya.

Menyedari kereta yang kami naiki, semakin lama semakin perlahan dan menghampirinya. Orang yang di tepi jalan kian kerap menurun naikkan tangannya.

Malah, dia bergerak ke tangah jalan sambil menghalakan wajah dan dadanya ke arah kereta. Tidak takut dengan kemalangan yangmenanti seandainya si pemandu bertukar fikiran dari menekan berek kepada pedal minyak.

Orang ini ada muslihat tertentu, fikir saya dalam hati, Barangkali pemandu juga berfikiran demikian. Itulah sebabnya, dia agak keberatan mematuhi arahan Syed Hamid Al- Hadad tadi.

Datuk juga tidak berkecuali, buktinya dia turut mengingatkan pemilik kereta supaya berhati-hati.

Sebaik saja kereta berhenti dan enjin dimatikan. Tergesa-gesa Syed Hamid Al-Hadad memuka pintu kereta dan terus keluar.

Lelaki yang berdiri di tengah jalan segera menerpa ke arahnya menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Di saat kedua-dua telapak tangan untuk bersalaman, lelaki itu berpusing lalu menyambar pergelangan Syed Hamid Al-Hadad.

Dengan sekelip mata, tangan Syed Hamid Al-Hadad dikilasnya ke belakang. Serentak dengan itu satu tendangan padu dilepaskan kerusuk Syed Hamid Al-Hadad.

Lelaki berdarah Arab Melayu itu jatuh tersungkur di bumi dan mengerang kesakitan.

Saya dan pemandu tergamam. Tidak tahu apa yang harus dlakukan.

Datuk juga demikian. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 233/284

BACA: SBDJ Siri 232: Haruan Besarkan Kemaluan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Di Malaysia Bangsa Cina Ditindas Atau Menindas?

Di Malaysia Bangsa Cina Ditindas Atau Menindas?

Di Malaysia, adakah bangsa cina mengalami kekerasan, pengusiran, tidak boleh kaya, tidak boleh berbisnis atau tidak boleh berpolitik? Ini kerana apabila seorang wartawan FMT cuba menyamakan layanan Melayu kepada Cina seperti ethnic cleansing, ini adalah bukti budak UEC memang jarang tahu sejarah sendiri.

Rex Tan Rasis
Rex Tan. Bodoh sombong.

Faktanya, Cina Malaysia bebas menjalankan usaha (dan sangat dominan di sektor swasta), ada sekolah sendiri, ada media sendiri dan budaya Cina yang dilindungi. Malangnya, sangat ramai orang Cina hidup makmur dan berpengaruh secara ekonomi.

Dalam pepatah Cina, ada satu frasa yang berbunyi 'Ru Xiang Sui Su' yang maksudnya, apabila kita berada di sesuatu tempat, berasimilasilah dengan penduduk asal. Sama dengan pepatah Melayu "Masuk kandang kambing, mengembek" atau pepatah Inggeris "When in Rome, do as the Romans do".

Di Malaysia, kumpulan Cina dan India terawal yang memasuki negara ini (sebelum kurun ke 18) benar-benar mengamalkan pepatah tersebut. Mereka berasimilasi dengan penduduk asal, mengamalkan cara hidup tempatan sehinggakan perbezaan mereka dengan Melayu hanya tinggal agama sahaja.

Hari ini, mereka dikenali sebagai India dan Cina Peranakan. Banyak ditemui di Melaka, Terengganu dan Kelantan.

Tetapi kumpulan Cina yang memasuki Tanah Melayu pada kurun ke 19 adalah berbeza. Pada tahun tersebut, China sedang berhadapan dengan masalah ekonomi kesan daripada kekalahan berterusan mereka dalam konflik ketenteraan British.

Kebuluran berleluasa dan penghijrahan adalah pilihan terbaik bagi melepaskan diri daripada kemiskinan.

Di sini, Cina di negara China berpecah kepada dua. Pertama, Cina Utara (Mandarin). Cina Utara adalah Cina yang kaya dan datang daripada golongan atasan. Malah, perkataan Mandarin itu sendiri datang daripada perkataan Sanskrit - 'Menteri'.

Cina Utara memilih untuk berhijrah dan menetap terus di negara-negara Eropah dan US. Disebabkan mereka memilih untuk menetap, mereka berasimilasi dengan budaya tempatan. Anda tidak akan jumpa sekolah vernakular di US, Britain atau Jepun sekalipun. Tak ada.

Kedua, Cina Selatan. Kumpulan ini memilih untuk berhijrah ke Tanah Melayu tetapi bukan untuk menetap. Asalnya mereka hanya mahu bekerja dan pulang apabila keadaan politik stabil.

Atas sebab itu kaum Cina pada ketika itu mempunyai sekolah sendiri (Kuen Cheng School, Nanyang Overseas School, Foon Yew High School) dan akhbar sendiri (Kwong Wah Jit Poh). Akhbar ini adalah akhbar Cina paling tua di luar Tanah Besar.

Malahan, revolusi ke atas Dinasti Qing sendiri dimulakan di Pulau Pinang. Sebab itu di Georgetown ada Muzium Sun Yat Sen. Muzium itu adalah bangunan asal tempat Dr Sun Yat Sen merancang bagi menggulingkan Dinasti Qing pada tahun 1910.

2 tahun selepas itu, Dr. Sun menang dan menjadi Presiden China pertama dan mengasaskan parti Kuomintang.

Dari sudut ini anda semua dapat melihat bagaimana rapatnya hubungan kaum Cina di Tanah Melayu dan Tanah Besar pada ketika itu.

Tapi sejarah China berubah lagi. Pada tahun 1949, Parti PKC berjaya mengalahkan Parti Kuomintang - menyebabkan Kuomintang berundur dan menubuhkan kerajaan mereka di Taiwan.

Disini saudara-saudara semua sepatutnya sudah memahami kenapa badan pendidikan Cina Malaysia berkeras mahu kerajaan mengiktiraf UEC yang banyak bersilibus Taiwan dan bukan China.

Apabila PKC menang, mereka mengamalkan Dasar Tutup Pintu. Maka bermulalah masalah. Tiada rakyat China dibenarkan keluar dan tiada orang luar dibenarkan untuk masuk.

Kaum Cina Tanah Melayu terpisah dengan kaum keluarga, sahabat handai dan kekasih hati yang berada di Tanah Besar. Mereka tiada negara. Stateless. Macam Rohingya hari ini.

Disinilah kaum Melayu menjadi penyelamat. Tunku Abdul Rahman menawarkan kewarganegaraan untuk kaum bukan Melayu dengan syarat ketat yang dikenali sebagai kontrak sosial.

Bukan Melayu mendapat kewarganegaraan, tetapi Melayu Bumiputera diberikan hak istimewa yang terkandung kemas di dalam Perlembagaan.

Tetapi sudah tentulah sebahagian kaum bukan Melayu masih berharap agar dapat pulang ke negara asal. Atas sebab itu, ada pertubuhan pendidikan masih mengekalkan silibus pelajaran sedia ada agar identiti mereka tidak berubah.

Kerasnya mereka sehinggakan kerajaan terpaksa menarik kewarganegaraan Lim Lian Geok, pengasas Dong Zong pada tahun 1961.

Tapi, pada tahun 1974, China dan Malaysia akhirnya menjalin hubungan diplomatik secara rasmi. Hubungan diplomatik ini sebenarnya tidak dipersetujui SUA UMNO Tan Sri Senu dan beberapa menteri kabinet atas sebab darurat dan isu PKM.

Tapi itulah Tun Razak. Kebijaksanaannya dalam menimbangkan antara konflik dalaman parti dan kepentingan negara.

Akhirnya pintu terbuka semula. Tetapi Perdana Menteri China Zhou Enlai ketika itu bersuara. Mahukan kesetiaan kaum Cina di Malaysia adalah kepada Yang Di Pertuan Agong dan bukan kepada selain daripadanya.

Ia menutup terus pintu kepada sebahagian kecil kaum Cina yang masih berharap untuk pulang ke negara asal.

Inilah sejarah sebenar. Pahit pedih bagaimanapun, sejarah inilah yang telah membentuk negara ini sepertimana hari ini.

Fb: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

REX TAN Wartawan Rasis FMT

Sementara itu, Rex Tan adalah seorang wartawan dari Free Malaysia Today (FMT), yang dimiliki oleh Media Prima. Dia juga adalah bekas graduan UEC.

Dia berpendapat bahawa bangsa bukan Melayu, khususnya kaum Cina di Malaysia, telah dilayan secara apartheid, sama seperti rakyat Palestin di Gaza.

Dia terlupa bahawa 10 orang teratas daripada senarai bilionair Malaysia adalah kaum Cina dan 10 dari 28 orang Menteri Malaysia ialah berbangsa bukan Melayu, dengan 6 daripadanya adalah kaum Cina.

Dia juga terlupa bahawa sistem yang dilabelnya sebagai apartheid di Malaysia ini telah membenarkan 62% perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dimiliki oleh bangsa bukan Melayu, dengan 80% daripadanya dimiliki oleh kaum Cina, manakala bangsa Melayu hanya menguasai 38%.

Negara yang dia gelarkan sebagai negara apartheid ini juga telah dan masih terus membenarkan sekolah Cina dan sekolah Tamil untuk anak-anak mereka belajar dalam bahasa ibunda masing-masing, sedangkan kebanyakan negara jiran tidak mempunyai keistimewaan seperti ini.

Dia turut terlupa bahawa pernah seorang lelaki Cina menjadi kapten pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, memimpin pasukan yang terdiri daripada 95% pemain Melayu dan lebih dari 3 orang lelaki Cina telah dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya daripada ribuan jurulatih bola sepak Melayu yang terkenal.

Maka, marilah kita menyambut lelaki bodoh sombong yang tidak tahu bersyukur ini dengan tepukan gemuruh dan 'standing ovation'.

Fb: Zack Rahim

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, January 07, 2026

Kenapa Arab Saudi Menyerang Sekutu UAE di Yaman?

Kenapa Arab Saudi Menyerang Sekutu UAE di Yaman?

Pada 30 Disember 2025, dunia dikejutkan apabila Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas bandar pelabuhan Mukalla di Yaman, menyasarkan pihak yang dikenal pasti sebagai sekutu kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), menimbulkan persoalan besar kerana Arab Saudi dan UAE sebelum ini merupakan sekutu rapat dalam pakatan ketenteraan di Yaman sejak 2015.

Arab Saudi Serang Mukalla

Insiden ini menandakan perpecahan terbuka dalam pakatan Teluk, khususnya berhubung masa depan politik dan keselamatan Yaman.

Bagi orang awam yang tidak mengikuti perkembangan geopolitik secara rapat, berita ini pasti memeningkan kepala kerana selama ini kita dimaklumkan bahawa Arab Saudi sedang berperang menentang Houthee, namun tiba-tiba mereka mengebom Mukalla yang bukan kawasan Houthee.

Tepat sekali, Mukalla bukanlah kawasan Houthee, sebaliknya ia adalah kubu kuat yang dikuasai oleh Majlis Peralihan Selatan (STC).

Siapa sebenarnya STC ini? Mereka adalah kumpulan pemisah Yaman Selatan yang disokong kuat oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkara ini menjadi sangat pelik kerana UAE adalah rakan sekutu paling rapat Arab Saudi dalam perang Yaman selama ini, jadi timbul persoalan besar kenapa Arab Saudi sanggup mengebom "anak buah" kawan baiknya sendiri.

Jawapannya mudah iaitu survival dan perebutan wilayah yang sangat strategik.

Serangan udara Arab Saudi sebenarnya menyasarkan satu penghantaran senjata yang baru tiba dari pelabuhan Fujairah, UAE menggunakan sebuah kapal bernama Greenland.

Arab Saudi mendakwa senjata-senjata canggih ini dihantar secara senyap-senyap oleh UAE untuk memperkasakan tentera STC di wilayah Hadramout dan Al-Mahra yang sedang bergolak.

Di sinilah punca sebenar konflik ini bermula kerana Arab Saudi sangat "pantang" kalau STC yang disokong oleh UAE berjaya menguasai Hadramout dan Al-Mahra.

Wilayah ini bersempadan terus dengan Arab Saudi dan Riyadh tidak mahu ada kuasa asing walaupun rakan sekutu seperti UAE yang mengawal pintu belakang rumah mereka.

Selain isu keselamatan sempadan, terdapat satu lagi faktor kritikal iaitu laluan paip minyak kerana Saudi sudah lama memendam impian untuk membina paip minyak merentas wilayah Al-Mahra terus ke Laut Arab.

Ini sangat penting untuk membolehkan mereka bypass atau memintas Selat Hormuz yang selalu diancam oleh Iran, namun jika UAE memegang kawasan ini melalui proksi mereka STC, maka impian strategik Arab Saudi akan musnah berkecai.

Sejak beberapa minggu sebelum serangan ini, tentera STC yang disokong UAE telah mara secara agresif dan merampas wilayah-wilayah ini daripada tentera kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi.

Arab Saudi sebenarnya sudah memberikan amaran mulut supaya mereka berundur atau berdepan tindakan ketenteraan, tetapi nampaknya UAE dan STC tidak mengendahkan amaran tersebut.

Mukalla Bombing

Jadi, serangan bom di Mukalla ini adalah satu "Tamparan Diplomatik" yang paling keras dari Riyadh ke Abu Dhabi.

Mesejnya sangat jelas bahawa Yaman adalah "taman permainan" Arab Saudi dan mereka tidak akan membenarkan sesiapa mencabar dominasi mereka di sana.

Apa yang kita saksikan ini adalah retaknya pakatan Teluk yang selama ini nampak kukuh di hadapan kamera namun di belakang tabir, mereka sedang berperang merebut pengaruh.

Inilah realiti geopolitik yang kejam di mana tiada istilah "saudara seagama" atau "rakan sekutu" apabila melibatkan kepentingan nasional dan survival kuasa masing-masing.

Bagi rakyat Yaman yang tersepit, nasib mereka ibarat pelanduk yang mati di tengah-tengah gajah yang sedang bergaduh kerana dulu mereka takut dibom Houthee, kini mereka dibom pula oleh "penyelamat" mereka sendiri.

Percaturan geopolitik dunia ini benar-benar tidak mengenal erti kawan atau lawan, malah sanggup mengorbankan darah saudara sendiri demi kelangsungan kuasa dan kekayaan.

Konflik di Yaman ini menjadi iktibar paling keras buat kita semua bahawa dalam dunia antarabangsa, tiada "abang besar" atau sekutu yang boleh dipercayai sepenuhnya seratus peratus.

Akhirnya, nasib dan kedaulatan sesebuah negara itu hanya mampu dipertahankan oleh rakyatnya sendiri, bukan dengan menagih simpati atau bantuan asing yang pasti ada harga tersembunyi untuk dibayar.

Sebab tu suka atau tidak, negara kita kena jadi kuat.

Ada masa negara yang membantu sebelumnya, akan serang kita.

Kita kena jadi negara Superpower!

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Friday, December 26, 2025

Apa Itu Introvert, Extrovert Dan Ambivert?

Apa Itu Introvert, Extrovert Dan Ambivert?

Pernah tak anda mendengar orang berkata, "Dia ni introvert" atau "Aku ni memang ekstrovert"? Istilah introvert dan ekstrovert sebenarnya merujuk kepada jenis keperibadian, iaitu bagaimana seseorang berinteraksi dengan orang lain dan cara mereka bersosial dalam kehidupan seharian.

Apa Itu Introvert, Extrovert Dan Ambivert

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan cara seseorang berfikir dan berinteraksi sehari-hari.

Setiap orang adalah unik. Tiada keperibadian yang lebih baik atau lebih buruk — semuanya bergantung pada cara seseorang itu menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Maksud Introvert

Introvert ialah individu yang cenderung bersendirian atau suka melakukan aktiviti yang tenang. Mereka biasanya lebih selesa dalam kumpulan kecil atau bekerja secara individu.

Introvert sering berfikir secara mendalam sebelum bercakap dan lebih suka perbualan yang bermakna berbanding sembang kosong.

Ciri-ciri introvert:

Introvert ialah individu yang lebih selesa dengan suasana tenang dan suka bersendirian. Ini tidak bermaksud mereka anti-sosial atau tidak suka berkawan, tetapi mereka biasanya memerlukan masa sendiri untuk bertenang selepas berinteraksi dengan ramai orang.

Ciri-ciri orang introvert:
  • Suka bersendirian atau berada dalam suasana tenang.
  • Berfikir dahulu sebelum bertindak atau bercakap.
  • Lebih selesa mendengar daripada bercakap.
  • Mudah letih selepas aktiviti sosial yang lama.
  • Ramai orang introvert sebenarnya pandai mendengar, kreatif dan sangat fokus dalam kerja yang memerlukan pemikiran mendalam.

Maksud Ekstrovert

Ekstrovert pula ialah individu yang menyukai interaksi sosial dan aktiviti luar. Mereka biasanya lebih ceria, aktif dan mudah bergaul dengan orang lain.

Mereka biasanya ceria, peramah dan tidak kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

Bagi ekstrovert, berbual dengan orang ramai, menyertai aktiviti berkumpulan atau keluar bersama kawan-kawan boleh membuatkan mereka rasa lebih bertenaga dan gembira.

Ciri-ciri ekstrovert:
  • Suka bergaul dan bertemu ramai orang.
  • Bercakap dengan yakin dan spontan.
  • Gemar aktiviti berkumpulan.
  • Berasa bertenaga selepas bersosial.
  • Gemar bercakap dan berkongsi pendapat.
  • Berani tampil ke hadapan.
  • Rasa bosan jika terlalu lama bersendirian.

Ekstrovert selalunya pandai berkomunikasi, yakin dengan diri sendiri dan sesuai dalam situasi yang memerlukan kerja berpasukan.

Salah Faham Tentang Introvert dan Ekstrovert

Terdapat beberapa salah faham yang biasa berlaku:
  • Introvert bukan pemalu — mereka cuma lebih berhati-hati dalam bersosial.
  • Ekstrovert bukan terlalu bising — mereka cuma selesa meluahkan diri.
  • Introvert dan ekstrovert sama-sama boleh berjaya dalam pelbagai bidang.
  • Keperibadian tidak menentukan tahap kejayaan seseorang, tetapi cara seseorang menggunakan kelebihan diri mereka.

Introvert dan ekstrovert hanyalah cara untuk memahami diri sendiri dan orang lain dengan lebih baik.

Dengan mengenali keperibadian masing-masing, kita boleh:
  • Menghormati perbezaan orang lain.
  • Mengelakkan salah faham.
  • Meningkatkan keyakinan diri.
  • Yang paling penting, jadi diri sendiri dan hargai keunikan yang ada pada diri anda.

Adakah Seseorang Hanya Introvert atau Ekstrovert?

Ambivert

Sebenarnya, tidak semua orang 100% introvert atau 100% ekstrovert. Ramai juga yang berada di tengah-tengah dan mereka ini dipanggil ambivert.

Ambivert boleh jadi peramah dalam situasi tertentu, tetapi pada masa yang sama memerlukan masa bersendirian untuk berehat.

Contohnya, seseorang mungkin aktif dan ceria di sekolah atau tempat kerja, tetapi lebih suka duduk diam di rumah pada hujung minggu.

Ambivert mempunyai ciri-ciri introvert dan ekstrovert, bergantung kepada situasi dan persekitaran.

Antara ciri-ciri ambivert ialah:
  • Selesa bergaul dengan orang lain, tetapi tidak terlalu kerap.
  • Boleh bercakap di hadapan orang ramai, namun juga menikmati masa bersendirian.
  • Fleksibel dan mudah menyesuaikan diri.
  • Kadang-kadang suka suasana meriah, kadang-kadang suka suasana tenang.
  • Pandai mendengar dan juga pandai bercakap.

Contoh Situasi Ambivert

Contohnya:
  • Di sekolah atau tempat kerja, seorang ambivert boleh menjadi aktif dalam perbincangan berkumpulan.
  • Namun apabila pulang ke rumah, dia lebih suka berehat sendirian seperti menonton video, membaca atau mendengar muzik.
  • Ini tidak bermaksud dia berubah-ubah, tetapi itulah cara ambivert mengekalkan keseimbangan tenaga.

Kelebihan Ambivert

Ambivert mempunyai beberapa kelebihan, antaranya:
  • Mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
  • Boleh bekerja secara individu atau berkumpulan dengan baik.
  • Mempunyai keseimbangan antara mendengar dan bercakap.
  • Sesuai dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan, pendidikan dan perniagaan.

Kesimpulan

Introvert, ekstrovert dan ambivert bukanlah label yang menentukan baik atau buruk seseorang. Ketiga-tiganya mempunyai kelebihan tersendiri.

Memahami keperibadian diri sendiri dan orang lain dapat membantu membina hubungan yang lebih baik serta meningkatkan keyakinan diri.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 232: Haruan Besarkan Kemaluan

SBDJ Siri 232: Haruan Besarkan Kemaluan

Selain berguru dengan pamannya, Din Pawang Manis juga menuntut ilmu dunia hingga ke Siam, India dan Kemboja. Kepandaian dan kebolehannya sudah mengatasi kehebatan gurunya. Dia boleh membesarkan serta memanjangkan alat kelamin kaum sejenisnya.

Toyol jadi-jadian

Saudara Tamar, ada tiga cara dilakukan bagi melaksanakan maksud tersebut. Cara pertama urut. Kedua picit dibahagian tertentu. Kalau cara itu tidak berkesan, cara ketiga ialah memanfaatkan ikan haruan paya.

Katanya ilmu itu dikutipnya dari hasil pergaulan dengan penduduk asli di perbatasan Thailand-Kemboja. Malah dia mengakui telah memperaktikkan ilmu tersebut untuk dirinya.

Sungguh melucukan bila Din Pawang Manis menyatakan, sebelum menggunakan ikan haruan paya alat kelaminnya cuma 7 sentimeter.

Tetapi, setelah memanfaatkan dengan sebaik mungkin khasiat haruan paya alat kelaminnya menjadi 13 sentimeter serta bertambah besar dan garang.

Dengan murah hati dia memberitahu ada empat tahap penting untuk membesarkan aalat kelamin atau kejantanan dengan haruan paya.

Saya perturunkan untuk pengetahuan anda. Bukan menyuruh anda melakukannya, sekadar untuk suka- Tetapi kalau anda mahu suka melakukannya saya tidak menghalang. Asalkan, risikonya anda tanggung sendiri.

Begini petuanya atau caranya saudara Tamar:
  • Ukur alat kelamin semasa "mati" dan "hidup" (tegang). Ukuran itu dicatatkan dalam buku peribadi.
  • Pergi ke kawasan berpaya atau redang yang banyak terdapat ikan haruan. Pancing sendiri ikan haruan yang beratnya 1 kg atau lebih. Gunakan umpan anak katak, belalang, sarang kerengga dan sebagainya.
  • Lakukan secara tertutup atau rahsia. Andainya tidak boleh meminta bantuan orang yang memang ahli memancing untuk mendapatkan ikan haruan yang baik.
  • Sebaik sahaja memperolehi ikan tersebut samada siang atau malam, pegang kepala ikan haruan dengan kemas dan pukulkan kepada alat kelamin hingga ia bertindak balas. Bawa ikan haruan itu balik ke rumah dan masukkan kedalam baldi yang bersih. Paling elok dalam kolah (kolam) yang sederhana besarnya tetapi bersih.
  • Pelihara ikan itu selama sebulan, setiap tengah malam ambil lendir haruan di kolah dan lumurkan ke bahagian alat kelamin yang sensitif. Biarkan selama sepuluh minit, kemudian basuh atau bilas dengan air panas (suam).
  • Setelah cukup sebulan, ikan haruan itu dicekik dan dipanggang dan dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Mesti dimakan habis kecuali bahagian kepala dan ekor.
  • Setelah makan ikan haruan, sediakan seperempat madu tulin dari hutan bersama dua biji telur itik. Perkara itu dilakukan setiap hari selama sebulan selepas maghrib.
  • Setiap setengah malam sapukan alat kelamin dengan krim minyak kelapa yang dicampur dengan bunga kenanga satu piring sambil ditarik perlahan-lahan kedepan hingga terasa sakit.

Itulah yang diceritakan pada saya Tamar. Apakah anda berminat? Sesungguhnya saya tidak berminat dalam hal-hal begini. Ada lagi kisah yang lucu dan tidak masuk akal.

BOTOL

Di rumahnya terdapat berbotol-botol minyak cenuai, berbelas-belas cula buaya dan cula tupai mati beragan di samping mani gajah liar yang sudah di awetkan. Di simpan dalam beberapa gelas kecil. Soalnya, apakah benda-benda yang di simpannya itu memang betul atau sebaliknya?

Tamar yang baik hati, barangkali memang sudah ditakdirkan, mungkin juga kerana perbuatan dan amalannya tidak direstui Allah hidupnya nampak tidak bahagia. Walaupun rumahnya dikunjungi ramai, minta ubat itu ini, minta tangkal dan azimat.

Setiap orang yang minta khidmatnya dikenakan bayaran yang agak tinggi. Pendapatannya boleh dikatakan besar juga. Tetapi dia kelihatan seperti kesempitan saja. Barangkali rezeki yang diperolehinya tidak diberkati oleh Allah.

Memang tidak ada sesiapa yang menduga, (terutama orang-orang yang taksub dengannya), Din Pawang Manis menemui ajal dalam keadaan yang sungguh mengerikan. Rumahnya dipanah petir waktu subuh. Terbakar hangus dan mayatnya rentung tidak dapat dikenali langsung.

Seminggu selepas kematiannya, seorang wanita mencari Din Pawang Manis. Wanita muda berusia awal empat puluhan itu tergamam dan hampir hysteria bila melihat kesan kebakaran rumah orang yang disanjung, dihormati dan dianggap sebagai keramat hidup.

Tujuan wanita dari Kuala Perlis menemui Din Pawang Manis untuk membuang susuk yang dipasang oleh Din Pawang Manis ke tubuhnya.

Ada beberapa sebab kenapa wanita berkulit putih, berdarah campuran Cina-Melayu itu mahu membuang susk emas yang dipakainya.

Pertama, setelah dia mendengar nasihat seorang lebai kampung yang perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran agama.

Kedua dia tidak tahan dipulaukan oleh saudara mara sebelah suaminya sebaik saja mereka mengetahui yang dia memakai susuk.

Akibat kematian Din Pawang Manis, cita-cita dan hasrat si wanita itu tidak terlaksana. Rasa bersalah mengundang tekanan perasaan yang tidak dapat dikawal.

Si wanita itu jatuh sakit. Sebulan lebih terlantar di rumah, puas berubat secara moden dan tradisional, namunnya penyakitnya tidak juga sembuh. Malah bertambah berat.

Masuk hari ke 35 wanita berkulit putih menemui ajalnya dengan cara yang sungguh aneh sekali.

Semasa nyawanya mahu berpisah dengan jasad, si wanita itu mengalami satu keadaan yang sungguh menakutkan. Dia mengerang dan merintih sayu sambil menyebut nama Din Pawang Manis dengan berkata "TUK GURU, BANTULAH AKU" berulang kali.

Walaupun diajar mengucap dua kalimah syahadat oleh keluarga terdekat, dia tetap menyebut nama Din Pawang Manis. Setiap kali nama orang yang disanjungnya disebutnya, dia terus mengaru-garu kulit pipi kiri dan kanan hingga mengelupas.

Wanita itu juga menjerit –jerit sambil menghentak-hentak sepasang tumit kakinya ke atas lantai.

Enam orang menjaganya, dua orang menunggu di muka pintu bilik manakala dua orang berada di bahagian kepala dan dua orang lagi berada di hujung kakinya.

Wanita yang secara tiba-tiba mempunyai kekuatan luar biasa itu, berusaha untuk pergi ke arah matahari terbit, iaitu arah kedudukan bekas rumah Din Pawang Manis.

Setiap kali dia berjaya bangun, saudara mara wanita tersebut terpaksa menangkap dan memasanya baring semula di katil. Kedua dua kaki dan tangan terpaksa dipegang dengan kuat. Malah, pernah diikat dengan tali belati.

Sekali imbas, memang kejam kelihatannya. Apakan daya hal itu terpaksa dilakukan oleh keluarga.

JERIT

Dalam keadaan menjerit sambil menyebut nama orang yang disanjung, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Matanya terbeliak, lidahnya separuh terjelir. Wajahnya segera berubah menjadi hitam legam, sungguh hodoh sekali.

Beberapa keping logam yang halus macam serbuk kopi, berkilat serta bercahaya keluar dari lapisan kulit mukanya. Bila jatuh atas lantai bertukar menjadi air yang jernih macam air embun yang akhirnya hilang entah kemana.

Paling mengejutkan, semasa jenazahnya dimandikan mengeluarkan bau busuk. Kulit mukanya relai.

Ketika jenazahnya diusung ke tanah perkuburan, orang yang mengusungnya terasa amat berat sekali. Malah, ada diantara mereka mengalami sakit bahu berminggu-minggu.

Saudara Tamar, itulah kisah duka saat kematian orang yang memakai susuk untuk kelihatan muda dan manis.

Anda juga harus tahu tentang Din Pawang Manis. Beberapa orang melintasi kawasan rumahnya yang terbakar akibat dipanah petir, terlihat lembaga menyerupai Din Pawang Manis berjalan disitu selama tujuh senja.

Saudara Tamar, kalau umur dipanjangkan Allah, ada rezeki pula, saya akan datang ke Tanah Semenanjung untuk mencari bekas anak-anak murid paman saya yang sudah salah langkah.

Bagaimana kalau saya ajak and membantu sama? Tentu anda tidak keberatan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, memang sudah menjadi tanggungjawap saya untuk membetulkan mereka.

Kalau dulu paman membawa mereka ke arah jalan yang salah. Sekarang dengan bantuan saudara, biarlah saya membawa mereka ke jalan yang betul dan benar.

Rasanya, tidak begitu sempurna Islam saya, kalau membiarkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama berlaku dan berleluasa di sekeliling kita.

Anda tentu bersetuju jika saya katakan bahawa kita yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama, harus bertindak secara diplomasi membetulkan mereka.

Saya tidak marah, kalau anda menolak pelawaan ini. Tetapi, saya berazam untuk membasmi perbuatan yang tidak menguntungkan ini, perbuatan yang merugikan agama dan bangsa sendiri.

Sesungguhnya saya ingin sekali datang ke kampung halaman saudara. Saya mahu melihat sungai, gunung dan hutan rimba. Selebihnya, saya mahu berkenalan dengan ahli agama di tempat anda untuk menambahkan ilmu.

Sekian dulu Tamar, bila kita bertemu wajah, banyak kisah mahu saya bentang untuk anda. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Lagi sekali terima kasih untuk anda dan sampaikan salam pada datukmu.

Kalau tidak ada halangan, bulan depan saya mahu turun ke Medan mahu berjumpa Syed Hamid Al-Hadad.

JARAK

Anda telah membaca surat yang ditulis oleh Ali Usman kepada saya. Tetapi anda tidak tahu apakah rentetan peristiwa yang saya alami semasa dalam perjalanan pulang dari rumah orang tua Ali Usman menuju ke kota Medan, pada petang itu.

Kira-kira dalam jarak seribu kilometer meninggalkan halaman rumah keluarga Ali Usman. Cara mengejut Syed Hamid Al-Hadad menyuruh pemandunya memberhentikan kereta.

Saya dan datuk yang duduk dibahagian belakang berpandangan sama sendiri. Penuh dengan tanda tanya.

Beberapa orang pemandu kenderaan berat dan ringan yang lalu di situ, sama ada menju ke Pengkalan Beranda atau Kota Medan merenung ke arah kami.

Ada yang membunyikan hon sambil memperlahankan kenderaan. Mereka bersedia memberi bantuan, andainya kami mengahdapi masaalah.

"Kenapa Pak? Perlukan pertolongan," tanya mereka.

"Tidak ada apa-apa sengaja berhenti," terang pemandu Syed Hamid Al-Hadad dengan senyum. Mereka membalas dengan lambaian tangan sambil membunyikan hon tanda terima kasih.

Syed Hamid Al-Hadad terus membuka pintu kenderaan dan keluar. Begitu juga dengan datuk. Si pemandu nampak tenang dan bersahaja, seolah-olah tahu apa yang bakal dilakukan oleh majikannya.

"Saya nak keluar."

"Jangan Tamar," tahan pemandu kenderaan.

"Kenapa saya tidak boleh, kenapa mereka boleh," saya memprotes.

"Mereka ada urusan dan jangan diganggu."

"Hum..." saya menedengus.

"Tutup Tamar."

Pintu kereta yang terbuka separuh segera saya rapatkan kembali. Dalam masa yang sama saya toleh ke arah Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Ternyata mereka sedang membincangkan sesuatu. Nampaknya, mereka cukup serius.

DEBAR

Syed Hamid Al-Hadad melangkah tenang ke arah saya. Sudah tentu hati kecil ini berdebar semacam. Tetapi, debar di hati tidak lama, bila saya lihat datuk mengekorinya di belakang.

Kerana memikirkan datuk akan kembali dudk di tempat asalnya, pintu kereta segera saya buka dengan seluas-luasnya.

Satu perhitungan yang salah. Ternyata datuk tidak bersedia untuk masuk. Dia berdiri tercegat di situ sambil merenungke arah saya. Lagi sekali hati berdebar cemas.

"Tamar."

Segera mengengsot punggong di kusyen menghampirinya.

"Ada apa tuk?"

"Kita tukar tempat."

"Tukar tempat?" saya kehairanan.

"Iya, kamu duduk di depan kawankan drebar. Aku dengan Tuan Syed Hamid duduk di belakang."

"Kenapa tuk?"

"Eh, budak ni banyak pula tanyanya. Jangan banyak cakap. Ikut cakap orang," begitu keras sekali nada suara datuk. Sepasang anak matanya merenung ke wajah saya.

Bagaikan kura-kura saya mengesot ke bucu tempat duduk dan terus keluar dari perut kereta. Si pemandu hanya tersenyum melihat telatah saya.

Syed Hamid Al-Hadad, tidak meluahkan sebarang komentar. Dia cuma memerhatikannya dengan tenang.

"Bukan apa-apa Tamar," lembut tutur Syed Hamid Al-Hadad.

"Bila kami duduk satu kusyen banyak cerita yang mahu kami ceritakan. Tak payahlah kami kerap menoleh ke belakang, sakit tengkok dibuanya, saya harap kamu tak marah dengan tindakan ini."

Saya hanya mengangguk dalam senyum.

"Kamu tak marah," ulangnya lagi.

"Tidak, Tuan Syed," pendek saya menjawap.

TAPAK

Tiga tapak saya melangkah ke depan, berdiri dekat pintu sebelah dreber yang ternganga. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad berbalas senyum. Saya kira, masing-masing mempunyai andaian tersendiri tentang diri saya.

"Masuk," pelawa drebar.

Saya masih tegak kaku. Masih berfikir, wajarkah saya duduk.

"Masuk Tamar," drebar memukul kusyen kereta beberapa kali .

"Masuk saja, jangan banyak fikir," desaknya lagi.

Wajah drebar direnung sejenak. Bagaikan ada desakan tersembunyi di kalbu menyuruh saya masuk. Beberapa saat berikutnya, punggung pun berlabuh atas kusyen empuk.

"Biarkan mereka dengan cerita mereka Tamar."

"Maksud kamu?"

Untuk kesekian kalinya muka drebar saya tatap. Dia menghadiahkan sebuah senyum bersahaja untuk saya. Tetapi, membawa makna yang tajam.

"Maksudnya mudah saja Tamar. Orang tua sesuai bercakap dengan orang tua. Biarkan, agaknya mereka mahu bernostalgia tentang zaman muda yang dilalui. Cakap mereka tak sesuai untuk kamu dan aku," bisik drebar kecuping telinga saya.

"Jalan."

Syed Hamid Al-Hadad memberikan arahan pada pemandu kenderaannya. Si pemandu yang setia anggukkan kepala.

Empat tayar kereta yang melekat dipermukaan jalan raya mula berputar. Mula-mula perlahan-lahan kemudian bertukar pantas dan kereta pun segera bergerak. Dan keadaan langit ketika itu cukup aneh.

Sepasang anak mata yang amat mencintai alam semula jadi, segera menangkap pepucuk dan dedaun yang bergerak lembut mengikut gerak bayu yang bertiup lembut.

Pepokok besar yang tinggi menjulang dengan dahan dan ranting kukuh. Tegak berdiri di kiri kanan jalan raya. Satu pemandangan yang sungguh menyenangkan.

Ada kumpulan monyet liar melintas dengan bebas di jalan raya. Mereka tidak memperdulikan kenderaan lalu lalang di situ.

Bila sampai diseberang jalan, kumpulan monyet tersebut segera memanjat batang pokok dan bergayut di dahan untuk meneruskan perjalanan selanjutnya.

Dalam deru kereta yang agak keras itu, saya masih dapat mendengar bunyi kicauan burung dan jeritan unggas lain.

Gegendang telinga masih dapat mendengar suara datuk dan Syed Hamid Al-Hadad tingkah meningkah. Sesekali mereka ketawa. Dan saya tidak ambil kisah dengan apa yang mereka bualkan. Saya kira, pemandu di sebelah juga bersikap seperti saya. Kami berkecuali.

"Kamu pernah dengar harimau mengaum Tamar?"

"Pernah."

"Suara gajah bertempik? Pernah kamu dengar?"

Pertanyaan kedua yang dikemukakan oleh drebar membuat saya mengedutkan dahi.

Memang saya pernah mendengar suara tempikan gajah. Tetapi soalnya wajarkah saya memberitahu drebar Syed amid Al-Hadad perkara tersebut?

"Tak pernah," kata saya berdalih.

Si drebar menjeling tajam. Cepat-cepat saya alihkan wajah ke kanan. Saya tidak mahu anak mata saya dengan anak matanya bertembung.

"Kamu nak tengok gajah dan harimau?"

Saya gelengkan kepala. Si drebar terus mengendalikan kenderaan dengan tenang. Anak mata masih lagi merenung kearah kiri kanan jalan raya.

Kenderaan sedang mendaki laluan berbukit. Bebunga hutan yang berjuntaian di reranting, di lereng bukit nampak indah dan cantik sekali.

"Kamu takut harimau dan gajah?"

Pertanyaan dari drebar tidak saya jawab. Tindakan saya itu mematikan hasratnya untuk memajukan pertanyaan selanjutnya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 232/284

BACA: SBDJ Siri 231: Pawang 99 Isteri
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Tuesday, December 23, 2025

Bagaimana Tiram Menghasilkan Mutiara?

Bagaimana Tiram Menghasilkan Mutiara?

Mutiara merupakan salah satu permata semula jadi yang paling bernilai dan unik di dunia. Berbeza dengan batu permata lain yang terbentuk di dalam tanah, mutiara terhasil di dalam laut melalui proses biologi yang berlaku dalam tubuh tiram dan beberapa jenis moluska lain.

Mutiara Tiram

Mutiara biasanya mengambil masa antara 1 hingga 5 tahun untuk terhasil, bergantung pada banyak faktor.

Ia memerlukan masa yang panjang, kesabaran dan keadaan semula jadi yang sesuai, sebab itulah mutiara dianggap bernilai tinggi.

Bagaimana Mutiara Terhasil?

Kemasukan Bendasing

Proses pembentukan mutiara bermula apabila bendasing seperti parasit, serpihan cengkerang atau zarah kecil masuk ke dalam tisu lembut tiram. Bendasing ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kerengsaan kepada tiram.

Mekanisme Pertahanan Tiram

Sebagai tindak balas, tiram akan melindungi dirinya dengan menghasilkan satu bahan yang dikenali sebagai nacre atau ibu mutiara. Nacre terdiri daripada kalsium karbonat dan protein semula jadi.

Pembentukan Lapisan Mutiara

Nacre akan menyelaputi bendasing tersebut lapisan demi lapisan. Proses ini berlaku secara perlahan dan boleh mengambil masa beberapa tahun.

Semakin banyak lapisan nacre terbentuk, semakin besar dan berkilau mutiara yang terhasil.

Mutiara Matang

Apabila proses ini berterusan tanpa gangguan, bendasing itu akhirnya menjadi mutiara yang keras, licin dan berkilau.

Bentuk mutiara boleh menjadi bulat, bujur atau tidak sekata, bergantung kepada keadaan dalam tiram.

Fakta Menarik Tentang Mutiara
  • Tidak semua tiram mampu menghasilkan mutiara.
  • Mutiara semula jadi sangat jarang ditemui.
  • Kebanyakan mutiara di pasaran hari ini ialah mutiara ternakan, dihasilkan dengan bantuan manusia.
  • Warna mutiara seperti putih, krim, merah jambu atau hitam dipengaruhi oleh spesies tiram dan persekitaran air.

Kenapa mutiara sangat mahal?

Mutiara sangat mahal kerana beberapa faktor penting yang berkaitan dengan kelangkaan, proses pembentukan, kualiti dan permintaan pasaran.

Berikut penjelasannya:

Proses Pembentukan yang Lama

Mutiara terbentuk secara semula jadi di dalam tiram melalui proses yang boleh mengambil masa bertahun-tahun. Tidak semua tiram berjaya menghasilkan mutiara dan tidak semua mutiara yang terbentuk mempunyai kualiti tinggi.

Kelangkaan Mutiara Semula Jadi

Mutiara semula jadi amat jarang ditemui. Kebanyakannya ditemui secara kebetulan, menjadikannya bernilai tinggi.

Walaupun mutiara ternakan lebih banyak di pasaran, mutiara semula jadi tetap jauh lebih mahal.

Kualiti Mutiara

Harga mutiara ditentukan oleh beberapa ciri utama:
  • Kilauan (lustre) – Semakin berkilau, semakin tinggi nilainya.
  • Bentuk – Mutiara bulat sempurna paling bernilai.
  • Saiz – Mutiara yang lebih besar biasanya lebih mahal.
  • Permukaan – Kurang cela atau kecacatan meningkatkan harga.
  • Warna – Warna tertentu seperti hitam Tahiti atau emas Laut Selatan sangat bernilai.

Risiko dan Kos Penternakan

Penternakan mutiara memerlukan:
  • Kepakaran tinggi.
  • Penjagaan rapi tiram.
  • Risiko kematian tiram akibat penyakit atau perubahan cuaca.
  • Proses ini memakan masa dan kos yang tinggi, menyebabkan harga mutiara meningkat.

Permintaan Tinggi dalam Industri Perhiasan

Mutiara melambangkan keanggunan, kemewahan dan status. Permintaan tinggi dalam industri perhiasan global menjadikan harganya terus meningkat.

Kesimpulan

Mutiara mahal bukan sekadar kerana keindahannya, tetapi kerana ia sukar dihasilkan, mengambil masa lama, berisiko tinggi dan sangat bernilai dari segi estetika serta simbolik.

MUTIARA ASLI vs MUTIARA TERNAKAN

Berikut penjelasan ringkas tentang perbezaan harga antara mutiara asli dan mutiara ternakan, serta cara mengenal pasti mutiara berkualiti.

1. Perbezaan Harga

Mutiara Asli

Sangat jarang ditemui kerana terbentuk secara semula jadi tanpa campur tangan manusia.

Disebabkan kelangkaannya yang tinggi, harganya amat mahal — boleh mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit atau lebih bergantung pada saiz, kilauan, kualiti dan sejarahnya.

Mutiara Ternakan

Ini adalah mutiara yang dibantu oleh manusia melalui proses ternakan di ladang tiram.

Walaupun masih "mutiara sebenar", ia lebih mudah didapati dan lebih murah berbanding mutiara asli.

Harga pula berubah ikut jenis dan kualitinya — contohnya:
  • Mutiara air tawar: daripada kira-kira RM100 ke RM2,000 dan lebih.
  • Akoya (laut) / Tahiti / South Sea: lebih tinggi lagi, boleh sehingga beberapa ribu ringgit untuk mutiara berkualiti tinggi.

Kesimpulan, Mutiara asli jauh lebih mahal daripada mutiara ternakan kerana kelangkaan, masa pembentukan, dan permintaan koleksi mewah.

2. Cara Mengenal Pasti Mutiara Berkualiti Tinggi

Untuk menilai mutu mutiara, gunakan faktor-faktor berikut:

Kilauan (Lustre)

Mutiara berkualiti tinggi memantulkan cahaya dengan sangat jelas dan terang — disebut kilauan tinggi.

Permukaan

Permukaan yang bersih dan kurang cela (goresan, tompok) menunjukkan mutu lebih baik.

Bentuk

Mutiara yang hampir bulat sempurna biasanya lebih bernilai.

Saiz

Umumnya, lebih besar mutiara, lebih tinggi nilainya (jika kualitinya juga bagus).

Warna

Beberapa warna yang jarang dan cantik seperti bersinar lembut atau unik (emas, hitam berkilau) biasanya lebih mahal.

Ketebalan Nacre

Nacre ialah lapisan berkilau yang membentuk mutiara — jika nacre tebal, mutiara tahan lama dan lebih bernilai.

3. Cara Mudah Untuk Periksa Mutiara Asli vs Palsu di Rumah

Ini lebih kepada bezakan realistik — bukan untuk bezakan asli vs ternakan — kedua-duanya adalah benar tapi jenis pembentukannya berbeza.

Ujian Gigi (tooth test):
  • Raba mutiara perlahan-lahan di bahagian gigi;
    • Asli (termasuk kultivasi): terasa sedikit kasar/gritty.
    • Palsu (plastik/kaca): terasa halus.

Perhatikan Bentuk & Permukaan:
  • Mutiara sebenar sering ada sedikit ketidaksempurnaan semula jadi, sedangkan mutiara palsu sering terlalu sempurna.

Ujian Aseton (untuk mutiara fizikal):
  • Mutiara sebenar tidak terjejas oleh aseton, sementara mutiara palsu mungkin terkupas.

Namun, untuk benar-benar tahu sama ada mutiara itu asli/ternakan dengan kualiti tinggi, biasanya perlu diperiksa melalui verifikasi gemologi seperti GIA.

Berbaloikah menyimpan mutiara?

Ya, menyimpan mutiara boleh dianggap berbaloi, tetapi ia bergantung kepada tujuan anda — sama ada untuk pelaburan, hiasan atau kegunaan peribadi.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Thursday, December 18, 2025

SBDJ Siri 231: Pawang 99 Isteri

SBDJ Siri 231: Pawang 99 Isteri

Sayup-sayup terdengar suara menyebut nama saya dan Ali Usman. Bila saya menggerakkan kepala dan menoleh ke kiri dan ke kanan, ternyata kami berada di pangkal pokok angsana, berdahan besar dan berdaun lebat.

Toyol jadi-jadian

Ayah Ali Usman, Syed Hamid Al-Hadad dan orang-orang kampung mengelilingi kami. Malah beberapa orang daripada mereka cuba mengangkat tubuh kami ke tempat yang lebih selamat dan selesa.

"Hampir satu jam kami menunggu. Kamu bertiga tidak juga balik-balik. Aku ajak orang-orang kampung mencari ke rumah tua ni. Sebaik saja kami sampai di halaman rumah terdengar letupan, kami nampak kamu berdua tercampak keluar dari rumah," Ayah Ali Usman memberi penjelasan dan diakui oleh orang kampung yang berada di situ.

"Datuk kamu di mana?" Tanya Syed Hamid Al-Hadad.

"Entah, tadi kami bertiga berada di dalam rumah," jelas saya.

"Apiii..."

Jerit lelaki yang berdiri di sebelah kanan pokok angsana. Semua bji mata tertumpu ke arah rumah lama milik raja rasuk. Api terus menjilat bahagian depan rumah dengan rakus sekali. Asap hitam tebal, kelihatan menuju ke dada langit.

Beberapa letupan kecil turut kedengaran. Pokok besar yang selama ini gagah melindungi rumah raja susuk turut dijamah api. Binatang-binatang liar yang selama ini berkeliaran di dahan pokok besar, di bumbung rumah dan kaki tangga hilang entah ke mana.

"Datuk kamu di mana?" Tanya Syed Hamid Al-Hadad lagi.

"Dalam rumah."

"Subhanallah," sahut Syed Hamid Al-Hadad sambil menepuk dahi.

Semua wajah di situ nampak cemas. Malah ada yang cuba mahu masuk ke dalam rumah yang terbakar. Tetapi, segera dihalang oleh Syed Hamid Al-Hadad.

"Kita berdoa, semoga dia selamat," cadangan dari Ali Usman diterima dengan sebulat suara. Semua yang berada di situ segera berdoa.

Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu. Rasa sedih, hampa dan putus asa berbaur dalam hati.

Mahu rasanya, saya rempuh api yang menyala. Mahu rasanya saya menjerit. Syukur, apa yang difikirkan tidak pula terjadi. Saya masih dapat mengawal perasaan.

Surah ALAM NASRAH tidak lekang dibibir, tidak terpisah dari hati saya.

Allah yang maha penyayang dan pengasih menerima doa orang kampung. Dalam api yang menyala ganas bersama kepulan asap tebal, kelihatan datuk melangkah tenang mendatangi ke arah Ayah Ali Usman dan Syed Hamid Al-Hadad. Mereka berdakapan. Pakaian datuk tidak dijamah api.

"Kamu hebat."

Ayah Ali Usman menatap tubuh datuk dari kepala hingga ke kaki. Syed Hamid Al-Hadad tidak memberikan sebarang komentar. Berkali-kali dia mengucap syukur pada Allah kerana datuk selamat.

"Apa ilmu kamu," Ayah Ali Usman seperti mendesak.

"Semuanya atas kemahuan Allah. Sebagai hamba-Nya, aku berusaha dan berdoa. Alhamdulillah doa aku diperkenankan oleh Allah dan aku selamat. Sebagai orang Islam tempat paling baik meminta pertolongan ialah Allah yang Maha Besar. Dalam meminta pertolongan itu kita mesti berusaha dan berdoa, melakukan apa yang disuruh dan membuang apa yang ditegah," secara tidak langsung datuk memberikan ceramah.

Semua yang berada di situ anggukkan kepala. Mereka sependapat dengan saranan datuk itu.

KERAS

Dalam tempoh tidak sampai satu jam. Rumah besar milik raja susuk punah ranah menjadi abu. Kecuali tiang, tegak tiga yang dibuat dari kayu keras. Tetapi, bahagian bucunya nampak hitam dan mengeluarkan asap nipis.

Beberapa patung dari tembaga bergelimpangan. Tidak ada sesiapa pun yang berminat untuk mengambilnya.

Berdasarkan pada keterangan dari ayah Ali Usman. Memang tidak lama kami berada di dalam rumah raja susuk yang sudah menjadi debu itu. Namun dugaan demi dugaan yang dialami menyebabkan kami terasa seperti berada lebih dari lima jam dalam rumah tersebut.

Ketika kami dan orang-orang kampung meninggalkan kawasan rumah raja susuk yang terbakar, api sudah padam sama sekali. Hanya bara saja yang masih menyala.

Sekejap garang, sekejap malap, mengikut irama tiupan angin yang berlegar di situ.

TAUBAT

"Tamar, rasanya kehebatan dan kemasyhuran bapa saudara aku sudah habis. Aku bersyukur kerana dapat menyedarkannya, membimbingnya. Dia sempat bertaubat sebelum mati," kata Ali Usman kepada saya, di saat mahu berangkat ke Kota Medan.

"Sebenarnya, masih belum selesai lagi Ali," secara mendadak datuk campur.

"Maksudnya?" Soal Ali Usman.

"Fikirkan sendiri," datuk menjawab.

Ali Usman termenung sejenak. Anak matanya merenung ke wajah datuk. Dua tiga kali Ali Usman menggosok-gosok pangkal hidungnya. Ternyata dia masih belum dapat menyelami maksud ungkapan kata dari datuk.

"Saya tak faham," Ali Usman mengaku kalah.

"Maksud aku begini Ali, anak-anak murid bapa saudara kamu masih ramai, berselerak di tanah semenanjung, di Sumatera dan tanah Jawa. Barangkali ada di antara anak-anak muridnya itu lebih handal, lebih hebat darinya. Boleh jadi mereka menambahkan lagi amalan ilmu susuk dari ilmu dari Siam, Tibet dan macam-macam lagi. Kemudian mereka campur adukkan dengan ayat-ayat Quraan."

"Betul juga. Ini masalah besar, bukan mudah mengatasinya," keluh Ali Usman.

Syed Hamid Al-Hadad yang dapat menangkap perbualan antara datuk dengan Ali Usman hanya anggukkan kepala.

Ayah Ali Usman bersama sekumpulan orang kampung berborak kosong dekat tangga rumah. Mereka seolah-olah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku antara datuk, Syed Hamid Al-Hadad dan Ali Usman.

Barangkali, mereka masih memperkatakan tentang diri datuk yang dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran.

"Perkara begini bukan mudah diatasi. Banyak cubaan dan rintangannya," Ali Usman mengulangi keluhannya.

Datuk meraba pangkal hidungnya. Syed Hamid Al-Hadad segera mendekati Ali Usman.

"Berikhtiar dulu, jangan banyak mengeluh sebelum berjuang. Kita yang tahu harus menunjukkan jalan yang betul pada orang Islam yang sudah tersalah langkah. Kalau kita biarkan, kita berdosa," Syed Hamid Al-Hadad menepuk lembut bahu kiri Ali Usman.

"Saya setuju dengan pendapat tuan Syed," datuk mencelah.

Mereka bertukar senyum. Ali Usman menarik nafas.

TUBUH

Angin yang bertiup mengerakkan hujung rambut Ali Usman. Beberapa orang kampung yang berkumpul di kaki tangga mula berpecah. Masing-masing dengan tujuan tersendiri. Hembusan angin membuat tubuh terasa sejuk.

"Membenteras perbuatan begini memang susah. Tapi kalau ada keyakinan boleh berhasil," Syed Hamid Al-Hadad memulakan percakapan yang sudah terhenti.

"Pada hemat aku, semakin maju cara manusia berfikir, semakin kuat perkara tahyul, syirik berlaku. Sebabnya dalam kemajuan dunia moden, manusia selalunya lupa pada asas agama," dengan teratur Syed Hamid Al-Hadad menyusun kata.

"Mereka mengutamakan kebendaan dan kemajuan dunia. Mereka lupa pada hal-hal kerohanian. Kemajuan pembangunan dan fikiran yang tidak berlandaskan hukum agama akan membawa manusia kembali kepada perkara-perkara yang karut, tahyul hingga terkeluar dari akidah agama," sambung Syed Hamid Al-Hadad lagi.

Datuk setuju dengan pendapat itu. Tetapi, Ali Usman tidak memberikan sebarang komen.

Dua tiga kali Ali Usman berlegar-legar di depan datuk, Syed Hamid Al-Hadad dan saya, macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Tiba-tiba Ali Usman berhenti menjawab. Dia mendongakkan kepala merenung ke langit, melihat awan yang berarak lembut seketika. Ali Usman cuba mencari ketenangan mengikut caranya sendiri.

"Ali, apa masalah kamu?" Tanya datuk.

Dengan langkah yang pantas dia menuju ke sisi datuk. Telapak tangan datuk disambarnya dan digenggam dengan erat.

"Dengan ilmu yang sedikit ini, perkara itu tidak akan berulang lagi di sini. Kalau panjang umur dan ada rezeki, saya cari anak-anak murid bapa saudara saya di semenanjung atau mana saja," satu ikrar dari Ali Usman, bekas pelajar salah sebuah pusat pengajian tinggi di Arab Saudi.

"Mudah-mudahan Allah memberkati cita-cita kamu," serentak Syed Hamid Al-Hadad dan datuk berkata.

Ali Usman melepaskan telapak tangan datuk yang digenggamnya. Dia beralih kearah Syed Hamid Al-Hadad lalu memeluknya.

Perbuatan mereka bertiga menarik perhatian ayah Ali Usman dan orang-orang kampung. Mereka segera mendekatinya.

"Berpeluk kerana mahu berpisah, kami nak berangkat ke Medan," saya sekadar berjenaka.

Dan tanpa diduga kata jenaka menjadi kenyataan. Bila Syed Hamid Al-Hadad menyuruh pemandunya menghidupkan enjin kereta.

Orang-orang kampung pun segera menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mendoakan perjalanan yang bakal kami lalui terhindar daripada kejadian yang tidak diingini.

Sebahagian daripada mereka memeluk datuk dan Syed Hamid Al-hadad. Air mata ayah Ali Usman mengalir dipipi. Suasana perpisahan pada petang itu terasa hiba dan pilu sekali.

Ali Usman saya lihat dua tiga kali mengesat kelopak mata dengan telapak tangannya.

SEMENANJUNG

Beberapa tahun berikutnya, atas undangan pihak tertentu Ali Usman datang ke bahagian utara semenanjung. Dia diminta memberikan ceramah agama oleh pihak yang mengundangnya.

Malah, dia sempat tinggal di tempat tersebut (negeri) selama enam bulan untuk berkhidmat secara sukarela mengajar tafsir Al-Quran dari surau ke surau.

Sebenarnya, di samping mengajar Ali Usman ada tujuan lain. Dia mahu mengesan dan mencari bekas anak murid bapa saudaranya. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Dengan izin Allah semasa dia mengajar di salah sebuah surau di Daerah Kuala Muda, dia sempat bertemu dengan salah seorang bekas murid arwah pamannya.

"Ustaz orang Medan?"

"Iya," lembut suara Ali Usman.

"Saya pernah belajar di sana Ustaz."

"Belajar apa?"

"Ilmu dunia ustaz. Guru saya tu memang handal dalam hal-hal dunia. Dia duduk di kawasan Pengkalan Berandan."

"Haaaa..." kata Ali Usman.

Dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.

"Kenapa Ustaz?"

"Tak ada apa-apa, mari kita ke warung kopi."

Dialog itu terjadi di halaman sebuah masjid, sebaik sahaja Ali Usman selesai menyampaikan kuliah subuh. Dan mereka pun segera menuju ke sebuah warung.

Terlalu banyak yang ditanyakan oleh Ali Usman sebelum dia memperkenalkan dirinya pada bekas anak murid bapa saudaranya itu.

Setelah diyakininya orang itu tidak berbohong, barulah Ali Usman menerangkan kedudukan yang sebenar.

Dalam pertemuan yang tidak disengajakan itu. Bekas anak murid pamannya dengan bangga memberitahu yang dia sudah berhasil memperisterikan sembilah puluh sembilan (99) wanita.

Dua puluh orang terdiri dari anak dara yang berusia bawah dua puluhan.

Lima puluh lima (55) anak dara tua. Berusia dari tiga puluh lima (35) hingga lima puluh (50) tahun.

Selebihnya, dua puluh empat (24) terdiri daripada janda beranak satu hingga lima.

Kahwin cerai, sudah menjadi perkara biasa dalam hidupnya.

Pernah terjadi, dalam tempoh waktu sebulan, si anak murid menikah empat kali. Dan dalam waktu yang lain, dia menceraikan empat isteri sekaligus untuk menikah lagi.

Kebanyakan isteri yang dicerai tidak mahu kahwin lagi. Kalau kahwin pun tidak lama usianya, paling tinggi enam bulan.

KEBATINAN

Alasan yang diberikan oleh para janda bekas anak murid pamannya ialah tidak puas.

Suami baru tidak sehebat dengan suami yang dulu, sama ada dari segi kebatinan, kerukunan rumahtangga dan kemesraan.

Kalau yang baru tidak menyamai dengan yang lama, lebih baik menjanda sampai akhir hayat.

Terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh si murid tentang kehebatan bekas gurunya.

Hebat dalam dunia persilatan. Handal memikat kaum hawa, dengan sekali jeling kaum hawa boleh diajak jadi teman tidur.

Boleh menghilangkan diri, tubuh tidak lut senjata tajam. Boleh mengekalkan kejelitaan wajah, kaum Adam tidak kelihatan tua.

Bila diberitahu, bekas gurunya sudah meninggal dunia. Si murid terkejut, termenung panjang dan menggelengkan kepala. Lebih-lebih lagi bila mengetahui bekas gurunya mati dalam masjid dan sempat bertaubat.

"Kenapa mati begitu, Ustaz?"

"Kenapa tanya macam tu, bukankah setiap yang bernyawa lawannya mati."

"Bukan begitu, tuk guru beritahu saya, dia mati dalam air. Kerana itu sumpahnya, nyawanya tidak berpisah dengan badan selagi kakinya memijak bumi."

"Siapalah yang boleh melawan kuasa Allah. Guru awak sudah silap dan takbur. Mahu melawan kudrat Allah."

"Hummmmm..." si anak murid mengeluh.

"Esok kita jumpa di sini lagi. Nanti saya ceritakan, apa yang kamu tidak tahu tentang guru kamu," kata Ali Usman.

"Saya setuju."

Serentak mereka bangun dan bersalam. Si anak murid menjelaskan bayaran minuman. Kemudian mereka melangkah menuju haluan masing-masing.

SURAT

Bekas anak murid paman saya cukup megah dan bangga. Hasil dari kahwin cerai, dia mempunyai 80 orang anak, tidak termasuk yang meninggal semasa lahir.

Malah, ada di antara anak-anaknya itu tidak dikenalinya langsung. Tidak hairanlah bila anak tak kenal ayah, sebabnya ayah tidak kenal anak, tulis Ali Usman dalam sepucuk suratnya kepada saya.

Surat itu diposkan di Medan, setelah dia kembali ke kampung halamannya.

Apa yang menghampakan saya, kenapa semasa berada di negeri jelapang padi, dia tidak menghubungi saya?

Tetapi, kehampaan itu berakhir begitu saja, bila memikirkan yang dia kesuntukan waktu.

Dalam suratnya itu, Ali Usman menyatakn bekas anak murid pamannya dikenali dengan nama DIN PAWANG MANIS. Terkenal di kalangan para penyanyi, pelakon filem dan bangsawan.

Din Pawang Manis diburu oleh golongan tersebut untuk pasang susuk. Agar tidak kelihatan tua. Beberapa isteri orang besar, tokoh politik dan perniagaan juga memburunya minta minyak pelaris, pengasih, agar disayangi suami.

Ada juga para isteri tokoh perniagaan yang separuh umur datang menemuinya untuk mengunci nafsu suami. Alat kelamin tidak berfungsi, lembik macam batang keladi patah pangkal, bila berhadapan dengan wanita terutama yang cantik dan muda.

Tetapi, bila berhadapan dengan isteri sendiri alat kelaminnya berfungsi kembali. Lebih garang dan hebat.

Din Pawang Manis juga boleh mengurut orang terseliuh, patah dan sengal-sengal tulang. Tetapi, urut yang selalu dilakukannya, ialah urut tenaga batin.

Pelanggan urut tenaga batinnya terdiri dari lelaki yang sudah berusia enam puluhan ke atas terutama yang beristeri dua. Muda dan cantik pula.

Berapa bayaran yang dikenakan tidak kisah. Pokoknya pengayuh tua mampu mengawal perahu di laut bergelora.

"Apa yang lucu..." tulis Ali Usman lagi.

Pada suatu hari Din Pawang Manis dikunjungi oleh seorang anak muda. Pada hemat Din Pawang Manis, anak muda itu mahu memasang susuk. Dia pun menyediakan kelengkapan yang sepatutnya.

Sungguh mengejutkan, kedatangan anak muda itu bukan mahu memasang susuk pemanis, bukan mahu minta minyak pengasih atau ubat-ubat guna-guna. Tetapi, mempunyai maksud yang lain, terlalu peribadi.

Semuanya ini membuat Din Pawang Manis agak cemas. Sepanjang kerjanya sebagai pawang, belum pernah dia berhadapan dengan kejadian seperti ini.

Si pemuda terus menceritakan rentetan peristiwa diri dan ibunya secara terperinci. Berdasarkan cerita dari pemuda itu. Tidak dapat disangkal lagi. Tidak daya dinafikan dan Din Pawang Manis mengaku, budak lelaki yang tertonggok didepannya adalah anaknya dari isterinya yang ketujuh.

Sebaik saja Din Pawang Manis memberikan pengakuan. Si pemuda didepannya terus bangun lalu melepaskan penampar sulung ke muka Din Pawang Manis.

Dalam keadaan yang terpingga-pingga itu, si pemuda yang baran terus meluahkan geram dan dendam kesumatnya.

Din Pawang Manis dituduh ayah tidak bertanggungjawab. Bijak mengatur nikah ceri diri sendiri. Tetapi, tidak pandai memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah.

Belum pun sempat Din Pawang Manis menjelaskan kedudukan yang sebenar, anak muda yang berdarah panas meninggalkan rumah.

Dalam beberapa pertemuan berikutnya, saya pernah menasihati Din Pawang Manis supaya jangan mengamalkan ilmu salah.

Di samping itu saya beritahu, dia sudah tua. Hidup sendirian, di sebuah pondok di kaki bukit. Terasing daripada orang ramai. Malangnya, nasihat saya tidak diendahkannya.

"Usah mengajar aku," kata Din Pawang Manis.

"Bukan mengajar tetapi, nasihat. Pintu taubat masih terbuka. Allah sayang kepada hambanya yang menyedari kesilapan lalu."

"Kalau kamu ini bukan anak saudara guru aku, di sini aku cekik sampai mampus.

"Ehhh... kamu tahu, aku datang dari masjid kerana mendapat tahu yang memberi kuliah subuh orang dari Medan. Aku datang bukan nak kuliah subuh, aku merisik bekas guru aku," jawab Din Pawang Manis.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 231/284

BACA: SBDJ Siri 230: Wanita Berkaki Ikan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Saturday, November 29, 2025

Bukti Sejarah Pembersihan Etnik Di Palestin Dari Tahun 1947

Bukti Sejarah Pembersihan Etnik Di Palestin Dari Tahun 1947

Zionisme yang muncul pada akhir abad ke-19 di Eropah, sebagai gerakan nasionalis Yahudi, bertujuan untuk membina sebuah negara Yahudi di wilayah Palestin (dikenal sebagai Eretz Israel), yang ketika itu masih dibawah Kesultanan Uthmaniyah, juga untuk menjamin keselamatan, identiti dan kedaulatan Yahudi setelah berabad-abad diusir di Eropah.

Pembersihan Etnik Di Palestin

Zionisme bukan agama Yahudi, tetapi gerakan politik dan ideologi. Tidak semua Yahudi Zionis dan tidak semua Zionis adalah Yahudi.

Zionisme dan Kepercayaan Kepada Tuhan:
  • Zionisme Aliran Agama - Mempercayai Tuhan, mengaitkan hak atas tanah Israel dengan janji Tuhan dalam Alkitab.
  • Zionisme Sekular/Politik - Fokus kepada aspek nasional dan keselamatan, Tuhan tidak menjadi faktor wajib.
  • Zionisme Sosialis - Fokus pada pembangunan masyarakat, ekonomi dan komuniti; Tuhan tidak relevan untuk tujuan ideologi.
  • Zionisme Kanan - Kadang-kadang menggabungkan nasionalisme dengan kepercayaan agama, tetapi tetap menekankan politik.

Berikut adalah ringkasan lengkap, kronologi dan bukti sejarah mengenai pembersihan etnik di Palestin dari 1947 hingga 2025, berdasarkan penyelidikan sejarah, laporan NGO hak asasi manusia dan kajian ilmiah yang diiktiraf (Benny Morris, Ilan PappĂ©, Rashid Khalidi, Amnesty International, HRW, B’Tselem, UN OCHA, dll).

FASA 1: 1947–1949: NAKBA (Pembersihan Etnik Utama)

Inilah fasa paling besar pembersihan etnik.

APA BERLAKU?
  • Militia Zionis (Haganah, Irgun, Lehi) menyerang ratusan kampung Palestin.
  • Pengusiran lebih 750,000 rakyat Palestin.
  • Pemusnahan lebih 500 kampung dan bandar Palestin.
  • Pembantaian yang memaksa penduduk lari (contoh: Deir Yassin).

TUJUAN?

Mengosongkan kawasan bagi menubuhkan negara Yahudi dengan majoriti demografi.

ISTILAH YANG DIGUNAKAN OLEH SARJANA BARAT:

  • Ethnic cleansing (Ilan PappĂ©).
  • Transfer (istilah yang digunakan pemimpin Zionis sendiri).
  • Forced displacement (UN).

Rumusan:

1947–49 adalah pembersihan etnik utama yang mengubah Palestin selama-lamanya.

FASA 2: 1950–1966: Pengusiran & Rampasan Tanah Sistematik

Dalam Israel (garis sempadan 1948).

APA BERLAKU?
  • Palestin yang kekal di Israel dikenakan perintah tentera, tidak boleh bergerak bebas.
  • Tanah mereka dirampas di bawah undang-undang "Absentees' Property Law."
  • Ratusan kampung Palestin dihapuskan dari peta.

TUJUAN?

Menjadikan Palestin minoriti tanpa tanah dalam negara sendiri.

FASA 3: 1967: Pendudukan dan Pengusiran Baharu

Perang 1967 membawa Israel menakluk:
  • Tebing Barat
  • Gaza
  • Baitulmaqdis Timur
  • Golan Heights

APA BERLAKU?

  • 250,000–300,000 Palestin diusir sekali lagi.
  • Rumah-rumah berhampiran tembok Buraq (Western Wall) dirobohkan untuk membuka kawasan Yahudi.

TUJUAN?

Menetapkan kawalan ke atas seluruh Palestin bersejarah.

FASA 4: 1970–1993: Penempatan Haram & "Slow Ethnic Cleansing"

Menurut PBB, penempatan Israel di Tebing Barat & Baitulmaqdis Timur melanggar undang-undang antarabangsa.

APA BERLAKU?
  • Penubuhan ratusan penempatan haram.
  • Ribuan Palestin kehilangan tanah akibat "perintah ketenteraan" & "kawasan tertutup."
  • Pelan jangka panjang: memecahkan wilayah Palestin agar tidak bersambung (fragmentation).

FASA 5: 1993–2000 (Era Oslo): Kawalan Tanah Bertambah Ketat

Oslo tidak menghentikan pembersihan etnik — malah mempercepatkan.

APA BERLAKU?
  • Kawasan Palestin dibahagi kepada A, B, C.
  • 62% Tebing Barat (Kawasan C) jatuh sepenuhnya di bawah Israel.
  • Ratusan rumah Palestin dirobohkan atas alasan "tiada permit."

(Sedangkan permit hampir mustahil untuk rakyat Palestin diperoleh.)

FASA 6: 2000–2020: Tembok Apartheid & Pengusiran Besar-besaran

UN, ICJ, Amnesty, HRW dan B’Tselem menyebutnya sebagai apartheid sistematik.

APA BERLAKU?
  • Pembinaan tembok apartheid memotong kampung Palestin.
  • Rampasan tanah untuk penempatan Yahudi meningkat mendadak.
  • Pengusiran berterusan di: Sheikh Jarrah, Silwan, Hebron dan Lembah Jordan.

STATISTIK:
  • 100,000 rumah Palestin dirobohkan sejak 1967.
  • 700,000 pelampau penempatan Yahudi kini tinggal di tanah Palestin.

FASA 7: 2021–2023: Ketegangan Terburuk Sebelum Gaza Dibom

Sebelum perang Gaza 2023:

APA BERLAKU?
  • Peningkatan ekstremisme pelampau penempatan.
  • "Pogrom" anti-Palestin di Huwara oleh pendatang.
  • Pengusiran keluarga Palestin di Baitulmaqdis meningkat.

FASA 8: 2023–2025: Gaza — Fasa Pembersihan Etnik Paling Besar

Inilah fasa paling dahsyat sejak 1948.

Apa yang berlaku di Gaza selepas Oktober 2023?

1. Pemusnahan besar-besaran

PBB: 70–80% Gaza musnah atau rosak. Bandar seperti Gaza City, Khan Younis, Beit Hanoun, Rafah hampir tinggal runtuhan.

2. Pengusiran 1.9 juta orang
  • 85% penduduk Gaza diusir secara paksa.

Ini selari dengan definisi ethnic cleansing menurut undang-undang antarabangsa.

3. Sekatan makanan/air/elektrik

Pakar PBB menyebutnya: "Collective punishment" dan "kondisi pembunuhan perlahan."

4. Tuduhan Genocide

Pelapor khas PBB mengatakan Israel melakukan tindakan yang "memenuhi empat elemen genocid."

5. Pengusiran kekal?

Beberapa menteri Israel secara terbuka menggesa:
  • "memindahkan orang Gaza ke negara lain."
  • "menyelesaikan masalah dengan mengeluarkan mereka."

Ini adalah tanda jelas hasrat pembersihan etnik.

RUMUSAN 1947–2025

Selama 78 tahun:
  • Pengusiran
  • Rampasan tanah
  • Pembunuhan awam
  • Pemusnahan kampung
  • Penempatan haram
  • Apartheid
  • Pengepungan Gaza
  • Pengusiran besar-besaran 2023–2025

Semua ini digelar oleh para sejarawan dan institusi hak asasi sebagai:
  • "Pembersihan etnik berterusan"
  • "Kolonialisme penempatan"
  • "Apartheid"

Dan sejak 2023: "Genosid terhadap penduduk Gaza" (menurut beberapa laporan PBB & NGO besar).

DOA QUNUT NAZILAH

Ya Allah, Tuhan yang Maha mendengar suara hati hamba-Nya, kurniakanlah kami pengampunan, sesungguhnya kami adalah hamba-hamba-Mu yang sering alpa dan melakukan kesilapan. Ampunilah dosa-dosa kami yang terdahulu dan terkemudian, yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan, yang kecil dan sedikit mahupun yang seluas lautan. Dan janganlah Kau jadikan dosa tersebut menjadi penyebab terhijabnya setiap permintaan.

Wahai Tuhan yang memperkenan permohonan hamba-Nya, pada hari dan saat yang penuh keberkatan ini, kami tunduk dengan insaf dan tawaduk, mengemis secebis rahmat-Mu Ya Rahman, bantulah saudara saudari kami yang tertindas di setiap tempat, khususnya Palestin.

Ya Allah Ya Mannan, Kau ringankanlah bebanan mereka, lindungilah mereka dari ancaman kekerasan dan bahaya, sembuhkanlah yang sakit dan terluka, dan kurniakanlah rezeki-Mu bagi yang lapar dan dahaga.

Ya Latiff Ya Hannan, dakapilah mereka dengan rahmat-Mu, tempatkan mereka dalam kasih sayang-Mu, teguhkan semangat mereka dengan keyakinan pada bantuan-Mu.

Ya Allah Ya Dzal ‘Izzi was-Sultan, gantikan ketakutan mereka dengan keamanan, kesempitan dengan kelapangan, keresahan dengan ketenangan, dan kesedihan dengan kegembiraan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia. Kurniakanlah bagi kami juga kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari azab api neraka.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com