Monday, January 23, 2017

Jangan Lakukan Ini Dalam WhatsApp Group Sekolah Anak!

Jangan Lakukan Ini Dalam WhatsApp Group Sekolah Anak!

Anda pening dengan group WhatsApp anak-anak? Misalnya anda ada 3 anak, semua ada group - pening!

WhatsApp

Apa-apa pun, di mana-mana pun, bila-bila masa pun, ibu bapa kenalah berakhlak dengan semua orang. Akhlak dijunjung, budi disanjung.

Ibu bapa dalam group tu bukan semua kita kenal. Jadi berbudilah dalam berbicara. Berhati-hatilah dalam tingkah laku dan kata-kata.

Ada beberapa perbuatan yang selalu dilakukan oleh ibu bapa yang sebenarnya 'kurang elok' dilakukan dan cubalah jangan buat 6 perkara ini dalam Whatsapp group sekolah anak anda.

1. Berniaga dalam group

Jangan iklankan perniagaan sendiri mahupun orang lain di dalam group. Itu group untuk makluman sekolah dan kelas sahaja.

2. Jangan beri arahan kepada cikgu dengan lagak seorang bos

Jangan beri arahan macam-macam kepada guru seperti:
"Tolong tengokkan anak saya"
"Tolong tengokkan dia bawa buku ke tak"

Dan lain-lain lagi yang ibu bapa boleh fikirkan sendiri

Hantarlah mesej personal jika anda perlukan pertolongan. Bukannya hantar mesej dalam group. Adakalanya menjengkelkan bagi orang lain.

3. Tunjukkan kematangan sebagai ibu bapa

Jangan menerjah group jika berlaku kes yang tidak diingini seperti kita menyangka ada kes buli dalam kelas. Kita pun tanya dalam group macam-macam.

Sila PM tepi, serahkan kepada guru untuk membuat siasatan, bukannya ambil tindakan sendiri.

4. Guru bukan penjaga mesej group

Jangan mengharapkan guru membalas atau respon pada mesej anda secepat mungkin. Guru juga ada banyak tugas yang perlu dibuat di sekolah. Nak layan 30-40 pelajar dalam satu kelas. Beri mereka masa.

5. Jangan overshadow guru

Guru belum jawab lagi tetapi dia dah jawab dulu. Sekali salah pula jawapan yang diberi.

Kalau nak tolong respon, biarlah dengan cara yang berhemah dan sopan, "Saya tolong jawabkan untuk cikgu ya.."

6. Ingat, ini group formal

Jangan buat group macam group jiran tetangga atau group mesyuarat tingkap jiran belakang. Ini group formal, tak semua ibu bapa di dalam group itu kita kenal.

Semoga memberi manfaat. Sekian.

BACA INI JUGA: 7 Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial

Sumber: thereporter

Thursday, January 12, 2017

WhatsApp Tambah Sokongan Mencari Dan Menghantar Gambar Animasi

WhatsApp Tambah Sokongan Mencari Dan Menghantar Gambar Animasi

WhatsApp telah menambah satu demi satu fungsi baru dalam menjadikan perkhidmatan permesejan mereka menarik.

WhatsApp GIF

Terkini, WhatsApp turut telah menambah sokongan carian gambar beranimasi GIF terus pada aplikasi mereka, sekaligus memudahkan lagi para pengguna untuk menghantar gambar beranimasi.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu mengemaskini kepada aplikasi WhatsApp versi terkini. Seterusnya, anda boleh mula membuat carian gambar GIF dengan tap pada ikon emoji, dan seterusnya pada tab bahagian bawah, memilih GIF.

WhatsApp GIF

Pengguna boleh membuat carian GIF berdasarkan kepada kata kunci, dan seterusnya menghantar gambar berkenaan dengan mudah kepada rakan-rakan atau dalam sembang berkumpulan.

Fungsi ini sedia diperkenalkan untuk pengguna iPhone dan kini diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna peranti Android.

BACA INI JUGA: WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Bagi Model Lama Telefon Pintar Mulai Julai 2017

Sumber: amanz

Friday, May 27, 2016

Cara Mengatasi Masalah WhatsApp 'Crash' Pengguna iPhone

Cara Mengatasi Masalah WhatsApp 'Crash' Pengguna iPhone

Kami ingin berkongsi kepada sesiapa pengguna iPhone yang merana kerana aplikasi WhatsApp selalu crash.

Masalah WhatsApp 'Crash' iPhone [3]

Ini adalah salah satu cara penyelesaian yang mungkin berhasil.

Caranya senang sahaja, pergi dekat Setting > WhatsApp > OFF semua seperti dalam gambar.

Masalah WhatsApp 'Crash' iPhone.jpg
Masalah WhatsApp 'Crash' iPhone [2].jpg

Baca Bismillah kemudian cuba buka WhatsApp anda, bila dah boleh buka pergi semula ke setting semula dan ON kan semua. Cuba 2-3 kali jika cubaan pertama gagal.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

Sumber: Mynewshub.cc