Sunday, September 22, 2013

Syiah Di Malaysia Disebarkan Oleh Remaja Dan Kanak-kanak

Syiah Di Malaysia Disebarkan Oleh Remaja Dan Kanak-kanak

Info Syiah. “Penyebaran Syiah di negara ini kini turut dilakukan generasi ketiga pengikut fahaman itu yang masih kanak-kanak dan remaja. Mereka seperti kader (ahli terlatih) yang dikesan mula menyebarkan buku mengenai ajaran Syiah di sekolah rendah dan menengah.”

Syiah

Demikian pendedahan Penolong Pengarah (Aqidah) Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Aizam Mas’od mengenai ancaman terbaru fahaman Syiah yang turut membabitkan generasi muda negara ini.

Menurutnya, generasi ketiga pengikut ajaran Syiah itu lahir daripada keluarga berfahaman Syiah, termasuk yang menerima pendidikan di Iran. “Jadi, ada dalam kalangan mereka (generasi ketiga) dilatih menjadi kader Syiah dan peranan mereka mengembangkan fahaman itu dalam kalangan rakan sekolah,” katanya. Mohd Aizam berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Program Bicara Ad-Din, Bahaya Ajaran Syiah peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, semalam.

Menurutnya, JAKIM kini bekerjasama dengan Badan Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan untuk mengesan jumlah sebenar murid dan pelajar sekolah yang terbabit.

“JAKIM dan BPI kini dalam usaha mengesan mereka untuk diselamatkan walaupun menyedari tugas ini sukar disebabkan mereka sudah lama mempunyai prinsip akidah berbeza daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Mohd Aizam menyifatkan Syiah sebagai ajaran sesat paling klasik dalam sejarah dunia Islam dan mula menjadi ancaman kepada Malaysia selepas tercetusnya Revolusi Iran pada 1979.

“Pada masa itulah wujudnya generasi pertama penganut Syiah di negara ini,” katanya.

Mohd Aizam berkata, JAKIM kini bersikap proaktif mengekang penyebaran fahaman Syiah di negara ini dengan melakukan pelbagai usaha termasuk menggunakan khidmat guru, kakitangan jabatan agama dan pensyarah institusi pengajian tinggi.

“Mereka ini dilatih menjadi kader di pihak kita bagi menangkis dakyah yang disebarkan puak Syiah termasuk disebarkan melalui media sosial di Internet,” katanya.

Menurutnya, antara penyelewengan maklumat mengenai Islam yang diuar-uarkan pengikut Syiah termasuk menggunakan Internet ialah menetapkan syarat sah solat ialah wajib beriman kepada Saidina Ali serta 12 imam besar mereka, selain menyamakan taraf Saidina Ali dengan Rasulullah SAW.

Metro Ahad 8 September lalu melaporkan mengenai pengakuan seorang wanita yang juga bekas pengikut Syiah mengenai perkahwinannya secara mutaah sebanyak tiga kali dengan mas kahwin hanya sebuah kitab, telefon bimbit dan selipar.

Pada tarikh sama, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh ketika berucap pada Seminar Mendepani Virus Syiah menggesa kerajaan memutuskan semua bentuk hubungan diplomatik dengan Iran selepas ancaman Syiah dilihat kian meruncing.

Menyusul sehari kemudian, akhbar ini turut mendedahkan mengenai pembabitan lebih 250 syarikat termasuk pengeluar air rawatan terkenal yang menjadi penyumbang dana terbesar kepada pengembangan Syiah di Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Thursday, September 19, 2013

Profesor Syiah Lakukan Seks Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah

Profesor Syiah Lakukan Seks Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah

Info Syiah. Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Gambar hiasan.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Video Versi Sesat Puak Syiah Melaungkan Azan

Video Versi Sesat Puak Syiah Melaungkan Azan

Info Syiah. Salah satu syariat agama Islam yang diubah oleh kelompok Syiah adalah lafaz azan. Adapun lafaz azan Syiah ada beberapa versi yang mirip, 2 versi di antaranya adalah:

cara-azan-syiah

Versi 1
  1. Allahu Akbar, Allahu Akbar (2 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  2. Asyhadu Alla Ilaha Illallah (2 kali): Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah
  3. Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah (2 kali): Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah
  4. Asyhadu Anna Aliyyan Amiral Mukminina Waliyullah : Aku bersaksi bahawa Ali, Amirul Mukminin adalah wali Allah
  5. Asyhadu Anna Aliyyan Hujjatullah : Aku bersaksi bahawa Ali adalah hujah Allah
  6. Hayya ‘Alash Shalah (2 kali): Mari kita menunaikan shalat
  7. Hayya ‘Alal Falah (2 kali): Mari kita meraih kemenangan
  8. Hayya ‘Ala Khairil ‘Amal (2 kali): Mari kita mengerjakan sebaik-baik amal
  9. Allahu Akbar, Allahu Akbar (1 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  10. Lailaha Ilallah (2 kali): Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah

Kalimat Lailaha Ilallah dibaca satu kali, namun kelompok Syi’ah membacanya dua kali.




Versi 2
  1. Allahu Akbar, Allahu Akbar (2 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  2. Asyhadu Alla Ilaha Illallah (2 kali): Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah
  3. Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah (2 kali): Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah
  4. Asyhadu Anna Aliyyan Hujjatullah (2 kali): Aku bersaksi bahawa Ali adalah hujah Allah
  5. Hayya ‘Alash Shalah (2 kali): Mari kita menunaikan shalat
  6. Hayya ‘Alal Falah (2 kali): Mari kita meraih kemenangan
  7. Hayya ‘Ala Khairil ‘Amal (2 kali): Mari kita mengerjakan sebaik-baik amal
  8. Allahu Akbar, Allahu Akbar (1 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  9. Lailaha Ilallah (2 kali): Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah

Kalimat Lailaha Ilallah dibaca satu kali, namun kelompok Syi’ah membacanya dua kali.

[Sumber]

Monday, September 16, 2013

Sejarah Permulaan Syiah Dan Kesesatan Mereka

Sejarah Permulaan Syiah Dan Kesesatan Mereka

Info Syiah. Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".


Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Tasyayyu' pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah:

"Tasyayyu' menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat orang yang diikuti dengan ikhlas".

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk. Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)

Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.

Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah". Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait". Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':

"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1. Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".

2. Al-Kulaini mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat. Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".

Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi: "Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".

3. Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".

Budak Ali bin Husin berkata: "Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".

4. Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:

"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".

Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.

Al-Quran Menurut Syiah

Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.

Al-Kusyi pula berkata: "Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".

Menurut para ulama Syiah: “Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.

Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya. Contohnya ayat: "Mengapa kamu masuk neraka?"

(Menurut penafsiran ulama Syiah): "Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".

Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran: "Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".

Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Hadis Menurut Syiah

Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.

Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum. Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi:

"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".

Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani.

Beliau menegaskan: "Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".

2. Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".

Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah): "Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".

3. Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):

"Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".

Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah): "Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".

Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad: "Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin".

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah): "Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".

Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah): "Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".

Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah. Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far berkata: "Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".

Abdullah berkata: "Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".

Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad: "Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".

Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik. Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah. Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan

Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah. Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu Ja'far berkata:

"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam)".

Nikah Mut'ah

Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu. Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat.

Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke Hari Kiamat. Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:

"Dari Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".

"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".

Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:
  1. Beriman kepada keEsaan Allah - (التوحيد)
  2. Beriman kepada Keadilan - (العدل)
  3. Beriman kepada Kenabian - (النبوة)
  4. Beriman kepada Imam - (الامانة)
  5. Beriman kepada Hari Kiamat - (المعاه)

Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir. Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah: "Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".

Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".

Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah. Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka.

Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam.

Wallahua’lam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

BACA INI JUGA: Nikah Mutaah, Penipuan Untuk Menghalalkan Zina

[Sumber]

Sunday, September 15, 2013

Kenali Tiga Golongan Puak Syiah

Kenali Tiga Golongan Puak Syiah

Islam agama ilmu. Islam juga memerangi kejahilan. Oleh itu, umat Islam diperintahkan agar mencari ilmu. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: "Menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap muslim".

Tiga Golongan Puak Syiah

Daripada ayat al-Quran yang pertama diturunkan iaitu Iqra', Allah SWT menghendaki manusia membaca dan pembacaan itu merupakan pintu kepada memperolehi ilmu.

Al-Quran itu sendiri merupakan kitab ilmu dan al-Quran telah menjadikan ilmu sebagai kayu pengukur kepada kelebihan seseorang manusia di atas dunia ini.

Justeru ketika menilai sesuatu pegangan dan aliran mestilah daripada perspektif ilmu agar tidak terpedaya dengan syaitan. Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.

Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.

Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng.

Jika persepsi menjadi ukuran, sudah tentu masyarakat akan mudah terikut dengan akidah dan pegangan orang Jepun.

Orang Jepun masyhur dengan semangat kerja mereka, disiplin yang tinggi, bahkan amalan kebersihan yang sangat dipuji sehinggakan ada menyatakan bahawa seseorang itu boleh tidur dalam tandas di Jepun lantaran tandas mereka yang sangat bersih!

Namun, apakah kehebatan dan penampilan masyarakat Jepun itu mewajarkan kita mengamal dan menganut agama Shinto mereka yang syirik itu? Sudah tentu tidak!

Oleh yang demikian, ilmu hendaklah dijadikan suatu ukuran untuk menerima sesuatu pegangan dan ajaran.

Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

3 Golongan Syiah

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).

Daripada tiga golongan Syiah ini, Syiah Rafidah atau Imamiyah merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini.

Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.

Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.

Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum (bebas daripada segala dosa dan kesalahan).

Mereka ini juga dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.

Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.

Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba'.

Dia merupakan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda'.

Setelah Abdullah bin Saba' memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.

Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.

Syiah dan al-Quran

Bahaya Syiah jelas apabila melihat kepada pandangan mereka terhadap kitab suci al-Quran. Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.

Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: "Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat".

Pegangan golongan Syiah ini jelas menunjukkan bahawa mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.

Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran.

Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."

Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji."

Syiah dan Hadis

Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum.

Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa, para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW, sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda.

Secara tidak langsung, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.

Golongan Syiah juga sangat biadab terhadap para isteri Rasulullah SAW dengan mengatakan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir.

Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.

Syiah dan Taqiyah

Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura namun, konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.

Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.

Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah".

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Thursday, September 12, 2013

Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung

Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung

Salah satu alasan yang membuatkan kaum Syiah Rafidhah selalu berbunga-bunga ialah sebagai berikut;
  • Syiah adalah musuh terbesar Amerika dan Israel.
  • Syiah adalah musuh utama Zionis Yahudi yang sangat ditakuti.

Syiah

Sejarah Syiah: "Selalu Menusuk Ahlus Sunnah dari Belakang. Dan Tak Pernah Perang Melawan Orang Kafir."
  • Hizbullah adalah sumber kekuatan Syiah yang gagah-berani menghadang barisan Zionis Israel.
  • Sementara Saudi, Kuwait dan Qatar, selalu bermanis-manis kata dengan kuda tunggangan Yahudi, iaitu Amerika.
  • Revolusi Khomeini adalah revolusi Islam yang menginspirasi perjuangan gerakan-gerakan Islam di dunia.

Ya, lebih kurang lebih begitulah tuntutan para aktivis agama Parsi (Syiah Rafidhah) ini. Di pelbagai forum, kesempatan, termasuk dalam perbincangan di blog ini, alasan-alasan itu selalu mereka war-warkan. Seolah-olah, tiada lagi alasan bagi Syiah untuk terus wujud di muka bumi, selain tuntutan-tuntutan seperti itu.

Jadi, bagaimana pandangan kita sebagai Ahlus Sunnah tentang kenyataan kaum Syiah ini?

Mari kita bahas secara ringkas dan praktikal, dengan memohon pertolongan Allah SWT.

PERTAMA. Kaum Syiah Rafidhah terus bekerja keras dan sangat bernafsu, agar mereka tetap diakui sebagai Islam, tetap dipandang sebagai Muslim, tetap menjadi sebahagian dari kaum Muslimin sedunia.

Perkara ini adalah hakikat seksaan spiritual yang Allah turunkan ke atas hati-hati mereka, selamanya. Sudah terlalu banyak dosa yang mereka lakukan kerana mencaci, menghina, mengutuk dan mendoakan keburukan ke atas isteri-isteri Nabi, para Khulafaur Rasyidin dan para sahabat r.a.

Maka Allah pun menjadikan mereka sentiasa gelisah, takut dan mahu supaya dilabel sebagai Islam atau Muslim.

Mereka sentiasa didalam kebingungan, seperti Bani Israil yang kebingungan selama 40 tahun di Padang Tiih, kerana telah menghina Nabi Musa 'Alaihissalam dan Allah Ta'ala.

Lihatlah manusia-manusia pemeluk agama Parsi (Rafidhah) itu, kemana pun halatuju mereka, puak Syiah sentiasa membawa bersama laknat atas doa-doa laknat yang mereka bacakan untuk mengutuk para sahabat Radhiyallahu 'Anhum.

KEDUA. Dalam sejarah, sejak zaman Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu sehingga ke hari ini, ketahuilah bahawa Syiah Rafidhah tidak pernah berjihad melawan kaum kufar, baik Nasrani, Yahudi, musyrikin mahupun orang-orang atheis.

Syiah tidak mempunyai sejarah jihad menghadapi kaum kufar. "Jihad" kaum Syiah sebahagian besar diarahkan untuk menyerang kaum Sunni, sejak zaman dahulu kala sampai sekarang.

Mula-mula Syiah di Kufah mengundang Hussein Radhiyallahu 'Anhu datang ke Kufah, kononnya untuk dibaiat.

Kerana Hussein sudah berangkat ke Kufah, penguasa dikala itu (Yazid bin Muawiyah) Hussein dianggap belot, sehingga boleh dikalahkan.

Tiba di Kufah, tidak ada satu pun kaum Syiah keluar untuk membaiat, menolong dan menyokong Hussein. Posisi Hussein tersepit, kembali ke Madinah, dia sudah dianggap membelot.

Meminta bantuan Kufah, tidak ada seorang pun Syiah yang sedia menolong. Akhirnya, Hussein dibunuh di Padang Karbala.

Malah, ketika peristiwa pembunuhan itu, tidak ada satu batang hidung Syiah pun yang menampakkan diri, walaupun sekadar untuk mengurus mayat dari pihak Hussein dan keluarganya.

Lihatlah, peristiwa pembunuhan beramai-ramai Hussein oleh kaum Syiah itulah yang selalu mereka rayakan dan nikmati dalam sambutan hari Asyura.

Air mata mereka mengutuk pembunuh Hussein, sedangkan hati mereka mengucap: "Alhamdulillah Hussein dan keluarganya telah binasa di Karbala."

"Jihad" kaum Syiah seterusnya ialah membantu Hulagu Khan (pemerintah Monggol) untuk menumpaskan Bani Abbasiyah.

Kemudian mereka berusaha melenyapkan kaum Sunni di Mesir, tetapi ditumpaskan oleh Nuruddin Mahmud Zanki.

Mereka seterusnya mengganggu perjuangan Salahuddin Al Ayyubi. Mereka juga selalu menjadi musuh Khalifah Turki Uthmaniyah, selalu bekerjasama dengan negara-negara Nasrani Eropah untuk melemahkan Khalifah Turki.

Di zaman kontemporari, Revolusi Khomeini di Iran telah menumpaskan Ahlus Sunnah di Iran. Mereka juga membelakangkan perjuangan mujahidin di Afghanistan.

Mereka membantai Ahlus Sunnah di Iraq, Lubnan, Syria, Yaman, malah mereka hampir-hampir menguasai Bahrain.

Pendek kata, tidak ada Jihad kaum Syiah dalam sejarah, selain "jihad" yang diarahkan untuk memusnahkan dan menghancur-leburkan kaum Sunni. Sejarah klasik dan moden sudah memaparkan fakta.

Dalam kes Iran Contra Gate terbongkar skandal besar. Rupanya, di sebalik gerakan penentangan di Nicaragua, Amerika membekalkan senjata kepada para gerila. Dari mana dana diperolehi?

Dari hasil kerjasama jual-beli minyak dengan Iran. Padahal dalam kempen dunia, sudah dimaklumkan bahawa Amerika sedang berkonflik dengan Iran.

Tetapi di sebalik itu ada sandiwara "jual-beli minyak" yang menggelikan. Kes ini sangat terkenal, sehinggakan seorang kolonel Amerika dikorbankan sebagai kambing hitam.

KETIGA. Apa yang dilakukan Hizbullah (Syiah Rafidhah) di Lubnan kepada Israel? Adakah mereka terlibat dengan perang secara terbuka dengan Israel? Adakah mereka menduduki wilayah Israel dan berusaha mengusir penduduk Yahudi?

Ternyata, aksi-aksi Hizbullah hanya melepaskan tembakan mortar ke arah pasukan Israel atau wilayah Israel. Atau mereka melakukan tembakan atau tembakan peluru berpandu anti-tank. Hanya itu saja.

Mereka tidak pernah terlibat dengan perang terbuka, seperti para pejuang Ahlus Sunnah di Iraq, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain.

Jadi pendek kata, aksi-aksi Hizbullah hanyalah 'permainan' untuk membazirkan peluru-peluru ringan. Itu saja!

KEEMPAT. Dalam sejarah perang Arab-Israel, sejak merdeka pada tahun 1948, Israel sudah berkali-kali bertempur dengan pasukan Arab.

Yang terkenal adalah perang pada tahun 1948, perang tahun 1967 dan perang tahun 70-an. Ia kerap disebut perang Arab-Israel.

Setelah itu belum ada lagi perang yang signifikan. Dalam sejarah ini, Iran tidak pernah terlibat secara langsung sama sekali.

Malah, ketika Gaza dihancur-leburkan Israel pada tahun 2008-2009 yang lalu, Iran langsung tidak terlibat apa-apa.

Jadi, apa yang boleh dibanggakan oleh manusia-manusia pemeluk agama Parsi (Syiah Rafidhah) itu?

KELIMA. Menurut Ustaz Farid Okbah, di Iran sangat ramai penganut-penganut Yahudi. Menurut maklumat, jumlahnya mencapai 50,000 orang. Mereka boleh hidup aman dan sentosa di Iran, sedangkan Ahlus Sunnah hidupnya sangat menderita.

Iran bersikap welcome kepada kaum Yahudi dan sangat ofensif terhadap kaum Muslimin. Ini adalah realiti yang sangat menyedihkan. Tidak keterlaluan kalau kita mengatakan, Rafidhah lebih sadis dari orang-orang kafir!

Contoh yang sangat unik ialah kerjasama antara Hamas dan Iran. Banyak orang menyebutkan, Hamas kerap bekerjasama dengan Iran.

Kononnya mengikut sikap Syeikh Al Bana yang dulu pernah berkata, bahawa Syiah adalah saudara sesama Muslim.

Mereka sama-sama Ahlul Qiblah. Tetapi realitinya, Ikhwanul Muslimin di Syria dibantai puluhan ribu manusia oleh regim Assad. Regim itu dan anaknya, dibantu oleh Iran. Sangat ironis.

Hamas bekerjasama dengan Iran, sementara Al Ikhwan di Syria dibantai oleh regim Syria yang disokong oleh Iran.

KEENAM. Propaganda bahawa Syiah Rafidhah adalah musuh Zionis Israel, padahal sebenarnya semua ini hanyalah propaganda belaka.

Mereka sebenarnya sekutu yang akrab, sahabat terdekat, saling tolong-menolong, sebahagian menjadi wali atas sebahagian yang lain.

Mereka selamanya tidak akan pernah terlibat dalam peperangan. Kaum Yahudi memerlukan Iran, sebagai seteru Ahlus Sunnah.

Sedangkan Iran memerlukan Yahudi, juga sebagai seteru Ahlus Sunnah. Dalam hadis Nabi Saw juga disebutkan bahawa kelak dajjal akan muncul dari Isfahan (salah satu bandar di Iran yang ketika ini ramai dihuni Yahudi) bersama 70,000 pasukan.

Yahudi memerlukan Iran, kerana darinya akan muncul pemimpin mereka. Dan dalam ajaran-ajaran Syiah, dajjal sebenarnya adalah "Al Mahdi Al Muntazhar" yang mereka tunggu-tunggu.

Begitulah, banyak persamaan kepentingan antara Syiah dan Yahudi.

KETUJUH. Fakta seterusnya yang sangat menakjubkan. Syiah Iran juga menjalin kerjasama dengan China dan Rusia, dua negara Komunis.

Mereka secara umumnya bekerjasama dalam bidang industri, perdagangan, dan jual-beli senjata. Ketika Amerika mahu melakukan sekatan akibat pemasangan loji nuklear Iran, China dan Rusia memveto niat itu.

Kedua-dua negara terang-terangan membela Iran. Begitu juga China dan Rusia juga membela regim Bashar Assad (semoga Allah Al Aziz akan memecahkan kepala manusia durjana ini, amin ya Mujibas sa'ilin) melalui hukuman antarabangsa.

Sedangkan kita tahu, regim Syria sangat rapat hubungannya dengan Iran. Jadi, kita boleh simpulkan sendiri kedudukan Iran di mata China, Rusia dan regim Syria.

Jadi kalau kita mendengar propaganda Syiah anti-Yahudi, Syiah anti-Amerika, Syiah anti-Zionis dan sebagainya... silakan ketawa.

Semua itu hanya permainan kata sahaja. Syiah selamanya akan berkawan dengan kaum kufar dan memusuhi kaum Muslimin (Ahlus Sunnah).

Mereka lahir dari sejarah kita, wujud tapi hatinya milik orang kafir. Na'udzubillah wa na'udzubillah min dzalik.

Semoga artikel sederhana ini bermanfaat. Semoga kita semakin sedar, bahawa Syiah Rafidhah bukanlah kawan.

Mereka memerlukan istilah kawan selagi masih lemah. Kalau sudah kuat, mereka akan menghancur-leburkan Ahlus Sunnah.

Tetapi cukuplah Allah Ta'ala sebagai Wali, Pelindung dan Penolong kita. Dialah sebaik-baik Pelindung dan Penjaga.

Walhamdulillahi Rabbil a'alamiin.

BACA INI JUGA:

Sumber: Eramuslim.com

[Edited by SP]

Wednesday, August 28, 2013

Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Agak mengelirukan apabila tokoh-tokoh agama Syiah menggembar-gemburkan kemuliaan Masjid Kufah di Iraq serta kesucian Karbala sebagai ganti kepada Masjid Al-Aqsa yang dianggap mereka sebagai tidak wujud dalam syariat Islam.

Syiah sesat

Menarik untuk ditanya, adakah karamah Masjid Kufah dan bumi Karbala yang ditonjolkan sebagai destinasi ibadah untuk umat Islam?

Tidakkah ia hanya merupakan sentimen Syiah untuk mencari premis ibadah baru demi mencabar akidah Ahli Sunnah Waljamaah?

Dengan penuh berani, ulama Syiah menafikan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang meletakkan Al-Aqsa sebagai masjid ketiga mulia dalam Islam selepas Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah.

Masjid Kufah
Masjid Kufah, Iraq

Keunggulannya ketiga-tiga masjid itu sering disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis baginda dan mendorong umat Islam melakukan ibadah dengan ganjaran pahala yang disebut dengan sahih.

Mengikut sebuah buku tafsir Syiah berjudul 'Tafseel Wasaail Ash-Sheeah' Masjid Kufah dianggap sebagai rahmat Allah kepada Sayidina Ali dan tiada siapa yang boleh membinasakannya melainkan akan menerima bala daripada Allah. Ditegaskan bahawa masjid itu adalah yang ketiga termulia.

Persoalan tentang kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai masjid ketiga termulia ditolak oleh ulama Syiah.

Semuanya sependapat bahawa ayat 1 surah al-Israq (17) bukan bermaksud al-Aqsa di Jurusalem tetapi sebuah masjid di Baitulmuqaddis di syurga.

Al-Kulani dalam bukunya berjudul 'Al-Kaafi' memetik kata-kata seorang ulama yang mendengar ucapan tokoh agung Syiah bernama Syeikh Abu Abdullah al-Sidiq sebagai berkata bahawa satu kali solat di dalam Masjid Kufah adalah bersamaan seribu kali solat di tempat-tempat lain. Satu dirham dibelanjakan di masjid ini adalah bersamaan seribu dirham dibelanjakan ditempat lain.

Dijelaskan lagi bahawa tanah dan Masjid Kufah adalah tempat ibadah para malaikat sebelum Nabi Adam diturunkan ke bumi. Tempat itu memiliki sebuah taman di tengah-tengah perkarangannya dan sumber ini akan tersaksi di akhirat nanti.

Diceritakan bahawa seorang penduduk Iraq datang ke masjid itu untuk bertemu dengan tokoh agung Syiah, Abu Abdullah Al-Siddiq untuk mengucapkan selamat tinggal kerana ingin mengembara ke Al-Aqsa.

"Apakah yang kamu ingin cari dalam pengembaraan ini?", tanya Abu Abdullah.

"Saya ingin ke MAsjid Al-Aqsa dan ingin mendapat restu dan pandangan syeikh," jelas orang itu.

"Apakah yang kau ingin capai daripada lawatan itu?" tanya syeikh itu lagi.

"Pahala," jawab orang itu.

Secara keras Syeikh Abu Abdullah berkata, "Pergi jual unta kamu dan makanlah bekalan perjalanan kamu dan sembahyanglah di dalam masjid ini!"

Lalu ulama Syiah itu menjelaskan bahawa sembahyang waktu dalam masjid ini adalah sama dengan melakukan haji dan sembahyang sunat adalah sama dengan pahala umrah.

Dijelaskan lagi bahawa kawasan Masjid Kufah mempunyai karamah besar sejauh 12 batu. Di bawahnya terdapat telaga susu, telaga air dan minyak. Akan ada sebuah kolam yang boleh membersihkan kamu zahir dan batin. Di sinilah berlaku pelancaran bahtera Nabi Nuh.

Selanjutnya dijelaskan bahawa seandainya seseorang mengalami masalah, maka bersolat di masjid ini sesaat akan nescaya Allah akan memenuhi permintaannya dan menghilangkan masalahnya.

Perlu diketahui bahawa dari sudut sejarah, Masjid Kufah pada awalnya dibina oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Saad Ibni Abu Waqqaas pada 17H pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Apabila tiba zaman kepimpinan Sayidina Ali, masjid ini dirobohkan dan dibina semula.

Lantaran sentimen yang melampau terhadap Ali, maka Syiah mewujudkan sebuah hadis bersanad kepada khalifah itu yang menyebut bahawa perjalanan ibadah adalah pada tiga buah masjid iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Kufah adalah dituntut oleh syariah (Syiah). Catatan itu hanya ada di dalam kitab fikah dan kitab sejarah tulisan Syiah sahaja.

Dalam pada itu tanah perkuburan Karbala menerima keagungan yang lebih tinggi dari kaca mata puak Syiah, malah lebih agung daripada Al-Aqsa dan Kaabah.

Hari Asyura
Pengikut Syiah merayakan Hari Asyura meratapi kematian Hussein.

Karbala yang merupakan medan pertempuran antara pengikut Yazid, anak kepada Muawiyah, khalifah pertama Bani Umaiyyah dengan kejam membunuh Sayidina Hussein dan rombongannya yang datang ke bumi Iraq.

Tindakan kejam tentera Yazid memancung kepala Hussein menyebabkan puak Syiah merasa bersalah kerana tidak membantu cucu Rasulullah dalam pertempuran itu.

Kejadian itu membuatkan pengikut Syiah semakin 'cinta' kepada keturunan Nabi (ahlul bait) dan sekaligus membuatkan mereka lebih mengagungkan Karbala.

Dalam kitab 'Bihaar Al-Anwaar' dimaktubkan bahawa Allah memilih bumi Karbala sebagai tempat yang selamat dan tersuci, 24 ribu tahun sebelum berlaku pembinaan Kaabah. Kesucian tempat itu akan terus dipelihara Allah hinggalah ia akan dijadikan taman syurga kelak.

Dalam buku yang sama dijelaskan bahawa menziarahi kubur Sayidina Hussein adalah sama seperti mengerjakan haji. Syeikh Abu Abdullah Al-Sidiq berkata, barang siapa menziarahi kubur Hussein bersamaan hari Arafah akan dicatat Allah pahala sejuta haji dan demikian juga pahala yang diberi kepada ibadah umrah.

Makam
Menziarahi kubur Hussein adalah merupakan ibadah yang tersuci.

Ulama Syiah, Syeikh Al-Faidh Al-Kaashaani ketika menjelaskan fadilat lawatan ke kubur Hussein menegaskan, sekalipun seseorang akan mengalami kepenatan, mengeluarkan belanja dan bersusah payah berada di perkarangan masjid itu maka Allah menjanjikan petunjuk di dunia mahupun di akhirat.

Keagungan dan kebesaran Masjid Kufah dan Karbala banyak sekali dihidangkan dalam kitab-kitab fikah dan Mazaarat oleh ulama, sejarahwan dan pentafsir mazhab Syiah.

Kelainan fahaman Syiah ke atas Masjid Al-Aqsa adalah untuk memberi signifikan kepada Masjid Kufah dan perkuburan Hussein di Karbala. Entah dari sumber mana tafsir dan hadis ini dipetik tidak dapat dipastikan dengan sahih.

Tindakan berani itu diambil untuk menyimpang titian agama supaya laluan pengikut Syiah dianggap lebih betul daripada pengikut Ahli Sunnah Waljamaah atau mazhab-mazhab lain dalam Islam.

BACA INI JUGA: Bagaimana Mengenal Penganut Syiah?

-SENTIASAPANAS.COM