Wednesday, December 28, 2016

‘Tiada Siapa Suka Dilabel Mak Janda’

‘Tiada Siapa Suka Dilabel Mak Janda’

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi pada pengacara Donna Muslim apabila teruk dihentam peminat Rita Rudaini selepas mengelar pelakon wanita itu sebagai ‘Mak Janda’ menerusi laman Instagramnya.

Janda

Berikutan insiden itu, Donna, 27, tampil mengakui kesalahannya dan memberi penjelasan kepada semua pihak.

“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

“Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis.

"Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Donna memberitahu, dia telah pun memohon maaf kepada Rita selepas perkara itu menjadi kecoh.

“Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya, jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.

“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih,” katanya.

Sementara itu, Rita yang mengetahui hal itu daripada peminatnya menyifatkan tindakan pengacara itu sebagai kurang bijak.

“Sepatutnya sebagai kawan dia tak patut menggunakan perkataan itu apatah lagi di laman sosial.

"Semua orang tahu status saya sebagai ibu tunggal, tapi tak ada siapa yang suka jika dilabel dengan gelaran itu,” katanya.

Diharap salah faham antara ‘teman tapi mesra’ ini dapat diselesaikan segera, tambahan pula Donna telah pun mengakui kesilapan dirinya.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Suami Mengaku Curang Dengan Janda

Sumber: HM

Tuesday, June 10, 2014

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha?

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha?

Kecoh industri hiburan apabila tersebar beberapa keping gambar screenshot pemain bola kebangsaan Zaquan Adha yang dikatakan bermain cinta denggan seorang gadis di aplikasi WeChat.

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha

Namun perkara itu telah dinafikan oleh isterinya Ayu Raudhah yang mengatakan akaun WeChat tersebut bukan milik suaminya.

Terbaru, rata-rata peminat tidak mahu pelakon Rita Rudaini memberikan apa-apa.komen berhubung isu skandal bekas iparnya, Zaquan Adha dengan wanita lain.

Malah, mereka turut memohon agar pelakon jelita yang juga bekas isteri kepada kembar Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan supaya berdiam diri serta mengunci mulut jika diajukan dengan pertanyaan berhubung isu tersebut.

Rita Rudaini DILARANG Komen 'SKANDAL' Zaquan Adha [3]

Peminat Rita Rudaini bersikap demikian kerana bimbang kalau-kalau pihak media menggunakan ibu tunggal kepada 2 anak itu dengan tujuan untuk melaga-lagakan dia dengan bekas birasnya, Ayu Raudhah.

Yang paling menarik mereka juga meminta agar Rita Rudaini hanya membaca komen-komen mereka mengenai isu skandal Zakuan Adha itu tanpa membalas semula komen mereka.

Namun, kebanyakan mereka menganggap bahawa isu skandal tersebut sebagai satu pembalasan terhadap Ayu kerana mereka mendakwa Ayu pernah cuba mencampuri urusan rumahtangga Rita dan Aidil sewaktu rumahtangga mereka bergolak tidak lama dahulu. [Sumber]

Lagi Screenshot Zaquan Adha Main Kayu Tiga Di Instagram

Lagi Screenshot Zaquan Adha Main Kayu Tiga Di Instagram

Jika sebelum ini satu Malaysia kecoh dengan pendedahan yang mengatakan Zaquan Adha cukup licik memikat gadis di aplikasi sosial WeChat, nampaknya hari ini ada satu lagi bukti yang ditampilkan oleh seorang lagi mangsa. Ganas bunyinya, mangsa..

Zaquan Adha menerusi sebuah aplikasi chat yang menggunakan Instagram sebagai platform ada menegur seorang gadis yang tidak kami ketahui namanya dan mengajak gadis itu berjumpa.

Perkara ini didedahkan melalui forum hiburan popular, Cari.com.

Menerusi screenshot di atas, jelas menunjukkan ID Instagram iaitu zaqone_08 dan jika kita mengikut teori isterinya, Ayu Raudhah sebelum ini memang ada kemungkinan screenshot kali ini juga merupakan hasil kerja manipulasi grafik oleh sesetengah pihak.

“Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini,“ ujar Ayu Raudhah. [Sumber]

-Sentiasapanas.com

Friday, May 09, 2014

"Janda Bukan Wanita Murahan"

"Janda Bukan Wanita Murahan"

“Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class (kelas bawahan).”

Rita Rudaini

Demikian luahan dramatis popular, Rita Rudaini berhubung tindakan individu tidak dikenali yang menyebarkan nombor telefon palsu 10 janda berhias membabitkan golongan artis popular termasuk dirinya di Internet dan aplikasi sosial.

Ketika dihubungi semalam, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 38, mengakui pelik dengan mentaliti dan pertimbangan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.

“Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul,” katanya.

Selain Rita, sembilan lagi selebriti yang menjadi mangsa adalah aktres Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan penyanyi Fauziah Latiff.

Mesej yang tertera nombor telefon palsu semua selebriti itu bertujuan mempersenda dan mengaibkan mereka tersebar luas di Internet sehingga menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Rita berkata, tindakan itu hanya dilakukan individu yang mempunyai masalah jiwa atau otak saja.

“Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada ada masa buat macam ini.

“Tapi bagi orang psiko macam ini mungkin dia puas tengok bila orang ketawa dengan mesej macam itu,” katanya.

Rita juga berasa pelik dengan sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kesedihan atau kekurangan dilalui ibu tunggal sepertinya.

Katanya, walaupun ia tidak betul, tetapi penyebaran maklumat palsu itu boleh mengelirukan sesetengah pihak.

“Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua berfikiran panjang.

“Kalau yang berfikiran rendah tentu akan percaya dengan gurauan begini sebab sesetengah orang memang mudah percaya contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul,” katanya.

Manakala, Erra pula berkata, mendoakan individu terbabit mendapat kesedaran atas perbuatan tidak berfaedah yang dilakukannya.

Erra Fazira Janda Cantik

“Semoga Allah SWT membersihkan jiwa individu itu yang punya banyak kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan.

“Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti, wallahualam,” katanya.

Sementara itu, penyampai radio Sarimah berkata, tindakan itu adalah kebudak-budakan dan tidak meninggalkan kesan kepadanya.

“Nombor itu pun tak betul dan palsu. Ada yang bersikap kebudak-budakan untuk mencari publisiti.

“Saya rasa sesetengah memang bosan dan bersikap kebudak-budakan dan selalunya memang begitu.

“Bagi mereka, itu satu bentuk hiburan. Ini benda mengarut dan kebudak-budakan tetapi tak ada kesan kepada saya,” katanya. -Hmetro

Monday, April 14, 2014

Erra Fazira Enggan Rujuk Semula?

Erra Fazira Enggan Rujuk Semula?

Susulan tindakan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dilihat mahu memulakan langkah untuk kembali rujuk, Erra Fazira memohon agar dirinya tidak didesak selain berharap pihak tersebut menghormati privasinya.

Erra Fazira Enggan Rujuk Semula

Emran, 39, baru-baru ini telah memuat naik gambar anak mereka, Engku Aleesya, 5, yang memakai tshirt bertulis #prayformomandayah di laman Instagramnya beserta meluahkan hasratnya untuk memenangi semula hati Erra kerana mengakui masih lagi mencintai bekas isterinya itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Erra menerusi mStar Online berkata, “tolong hormati privasi saya. Tiada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak”.

“Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya,” katanya lagi.

Peminat setia penyanyi dan pelakon popular itu turut mendoakan agar hubungan mereka kembali bersatu demi kebahagiaan anak tunggal mereka selepas mengetahui perancangan Emran dan Aleesya untuk menawan kembali hati Erra.

“Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Erra, 40, dan Emran, 39, mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun telah disahkan bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dengan talak satu.

Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran

Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran

Rata-rata peminat mendoakan agar mereka dapat berbaik semula kerana ingin melihat mereka sekeluarga bahagia selain demi kepentingan Aleesya sendiri.

Antara yang menyokong Emran ialah pelakon Rita Rudaini yang menulis di laman Instagramnya, bahawa Erra cukup bertuah kerana pernah mempunyai teman hidup seperti Emran yang menggelarkan Erra sebagai Syurga Aleesya (SA).

Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran [2]
Rita Rudaini Puji Sikap Engku Emran [3]

Menurut aktres itu lagi, memang susah nak jumpa lelaki seperti Emran yang sanggup berkorban demi kebahagiaan serta masa depan anak tunggalnya.

Namun, Erra sudah pun memberikan jawapan balasnya berhubung perkara tersebut yang meminta bekas suaminya menghormati privasi serta jangan mendesaknya.

Sama-samalah kita berdoa, kerana semuanya sudah ketentuan Allah, kalau panjang jodoh mereka, pasti akhirnya bersatu jua kelak.

Sumber: Mynewshub.my

Friday, January 17, 2014

Aidil Bayar RM700 Nafkah Anak Tapi RM2,000 Untuk Kereta Mewah!

Aidil Bayar RM700 Nafkah Anak Tapi RM2,000 Untuk Kereta Mewah!

Memang patut rasanya Rita Rudaini ‘panas’ dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, berkaitan isu nafkah.

Aidil-Rita

Dalam keterangan sebelum ini, pemain bola sepak itu dengan ‘bangganya’ berkata yang dia tidak pernah culas membayar nafkah untuk Rita dan anak-anaknya.

Rupa-rupanya, dia tidak pernah menjelaskan bayaran rumah sewa sejak keluar dari rumah kelaminnya pada Januari, dua tahun lalu, memetik laporan Sinar Harian.

“Sepanjang tempoh anak-anak tinggal dengan plaintif (Rita Rudaini), saya memang tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka, tetapi, cuma tak bayar sewa rumah.

(Baca: Jen Selter, Selebriti ‘Punggung Seksi’ Paling Popular Di Dunia!)

“Saya tidak berbohong kepada mahkamah, cuma keterangan pada 4 Disember 2013 itu tidak tepat,” jelasnya sewaktu prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim, Abd Halim Abu Samah.

Rita yang pada ketika itu masih isterinya menjelaskan bayaran selama 18 bulan sehinggalah mereka bercerai 4 Ogos tahun lalu.

Alasan Aidil, itu bukan rumah kelamin mereka. Amboi, agak-agaklah! Bukan Rita sahaja yang mendiami rumah itu, tetapi anak-anaknya juga.

Aidil-Rita [2]

Lebih kelakar, peruntukan perbelanjaan yang diberi untuk anak-anak ialah sekitar RM700 sebulan sahaja, tetapi mampu pula membayar ribuan ringgit untuk kenderaan mewahnya.

“Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu.

“Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,” katanya.

(Baca: Kelab Malam Untuk Kanak-kanak di Rusia?)

Rita sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka iaitu Airit Ryan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, yang meliputi belanja makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Prosiding tersebut ditangguhkan sehingga 31 Mac depan.

Hai, geleng kepala kami dengan si Aidil ini..

Sumber: Mynewshub

Thursday, December 19, 2013

"Saya Dah Bagi Dia Diskaun" - Rita Rudaini

"Saya Dah Bagi Dia Diskaun" - Rita Rudaini

Aktres jelita Rita Rudaini tidak peduli dan tak kisah langsung mengenai gosip terbaru bekas suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak yang dikatakan bakal bernikah dengan kekasih Zarema Zainal.

"Saya Dah Bagi Dia Diskaun" - Rita Rudaini
Rita Rudaini tak ambil tahu gosip Aidil Zafuan.

"Saya tak nak komen. Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak perlu ambil tahu," katanya seperti dipetik laporan Malaysia Digest.

Tambah Rita, kes tuntutan nafkah yang dimintanya sebanyak RM5,392 masih berjalan dan dia menganggap tuntutan itu munasabah kerana itulah jumlah belanja yang diperlukan untuk kedua-dua anak lelakinya.

(Baca: Tahukah Anda Asal-usul Kasnova, Gelaran Buat Lelaki Buaya Darat? )

"Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja.

"Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya, orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua kan."

Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak pernah mengajar anaknya Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, cara hidup mewah sungguhpun kehidupan tampak seperti mewah.

"Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya."

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan filem terbarunya "Balistik" bergandingan dengan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor dan Adi Putra yang bakal menemui penonton pada 9 Januari depan.

Sumber: My.entertainment.yahoo

Thursday, September 05, 2013

Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan Disahkan Bercerai

Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan Disahkan Bercerai

Mahkamah Rendah Syariah di sini mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 36.

Rita Rudaini

Hakim, Hamizan Mohd Nor memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Rita dan Aidil semasa prosiding berlangsung.

Aidil dalam keterangannya mengaku menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos lalu bahawa dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu kira2 antara jam 4 hingga 5 petang.

Aidil turut mengaku SMS itu dihantar dalam keadaan waras dan sedar tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Rita dalam keterangannya juga mengaku menerima SMS itu dan membalasnya dengan perkataan ‘Alhamdulillah’ berserta simbol senyum. -Hmetro

Monday, August 26, 2013

Aidil Spesis Manusia Tak Kenang Budi - Rita Rudaini

Aidil Spesis Manusia Tak Kenang Budi - Rita Rudaini

Aidil sebelum ini memaklumkan yang Rita berbohong ketika memberikan kenyataan kepada media. Semalam Rita dengan panjang lebar memberikan kenyataannya dalam ruangan Bi Pop Berita Harian;


Saya berbohong?

Hanya Allah SWT saja yang tahu siapa berbohong! Saya percaya orang berbohong dan bersalah akan menerima balasan.

Kita tunggu masanya akan tiba suatu ketika nanti.

Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan raya anak-anak?

Kenapa ketika berada di Jepun baru nak SMS saya?

Saya boleh pula menyediakan kelengkapan anak-anak sebelum puasa.

Saya juga sibuk, tetapi masih ingat tanggungjawap terhadap anak-anak.

Apabila pulang dari Jepun, kenapa tidak beri duit belanja raya?

Kenapa pada hari raya keempat baru teringat nak beri duit raya?

Nampak sangat dia tiada langsung ciri-ciri bapa bertanggungjawab.

Apabila saya cakap dan bising, dia cakap saya burukkan dirinya!

Saya sudah lama menahan sabar dalam tempoh masa empat tahun in.

Saya tidak nafikan, Aidil ada memberi nafkah tapi hanya tahun ini saja baru setiap bulan beri duit.

Tahun lepas mana sejak Januari?

Mana bukti dan tolong tunjuk!

Dia mempertikaikan apa yang tidak cukup? Saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dulu saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya.

Mana dia pernah ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!

Dulu, kadang kala dia hanya beri RM500 saja untuk anak, dia bukan tahu keperluan makan dan susu anak mahal ke murah!

Hidupnya main bola dan balik makan saja.

Dia tak pernah ambil tahu belanja dapur!

Tapi saya jenis tidak berkira asalkan hidup bahagia dan tidak bergaduh.

Jangan nak menafikan hakikat itu.

Dia ni spesies manusa tidak pernah kenang budi ketika tidak berduit dulu.

Bila sudah senang, lupa diri.

Tapi tidak mengapa, Allah SWT Tahu apa yang berlaku.

Saya tidak takut!

Saya juga pelik bila pula masanya saya tuduh adik dan kekasihnya dalam kenyataan saya tempoh hari?

Ada saya menyebut nama mereka?

Dia ni sebelum kantoi, tuduh saya buat fitnah, tapi apabila satu Malaysia tau, dia SMS pada saya dan cakap “suka hati akulah nak berkahwin dengan sesiapa”.

Saya nak gelak pun ada..

Hari tu, berjanji nak datang jenguk anak-anak tapi bila tiba harinya, batang hidung pun tak nampak.

Dia ingat saya duduk rumah goyang kaki agaknya.

Kerja saya banyak tergendala kerana janji kosongnya.

Cakap depan hakim di mahkamah nak jumpa anak pada Ahad, tapi SMS beritahu tak dapat datang.

Soal tidak balik ke rumah keluarganya, saya nak tanya Aidil, tanyalah mana-mana wanita, siapa nak balik jika dia pun asyik kena marah, ada ketika pernah kena sepak terajang dengan keluarganya.

Mungkin Aidil lupa, dia pernah beritahu saya dan kawan saya.

Tidak dinafikan ibu bapanya pernah datang ke hospital ketika saya melahirkan Airit Rayyan.

Tapi mereka tidak mahu berjumpa dengan ahli keluarga saya.

Bila saya cakap jumpa dengan mama saya dulu, mereka terus tergesa-gesa mahu pulang.

Elok ke perangai macam itu?

Itukah gaya orang nak merapatkan hubungan?

Di situ pun saya dapat menilai mereka ikhlas atau tidak.

Saya bukannya tidak mahu berjumpa keluarga Aidil, tapi kadang kala apabila terkenang kejadian kena halau ketika mengandungkan Rayyan, saya jadi trauma.

Saya akan pergi kalau keluarganya tunjuk perangai baik.

Saya selalu mengirimkan makanan dan tanya khabar mereka.

Tapi saya terkejut apbaila tercetus pergaduhan, apabila saya cuba hubungi bekas mentua, dia tidak melayan saya lagi.

Di situ sudah nampak, mereka memang tidak suka saya sejak dulu.

Tidak mengapalah tidak menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya tanyalah khabar cucu.

Itupun susah untuk mereka lakukannya.

Tapi saya hairan, mereka ada hati nak merebut anak-anak saya.

Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya.

Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook.

Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi.

Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran.

Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.

Macam mana saya nak balik ke rumah keluarganya?

Seperkara lagi, saya dan keluarga pernah mahu pergi melawat bapanya yang kononnya sakit, tapi Aidil berkeras tidak mengizinkannya.

Saya pelik sangat-sangat.

Sekarang nak mempersalahkan saya pula.

Dia yang tidak pandai nak menjernihkan hubungan saya dengan keluarganya.

Keluarga saya selalu tanya dan nasihat pada Aidil supaya merapatkan saya dan keluarganya, tapi dia gagal melaksanakannya.

Mengaku sajalah Aidil.

Dia pun pernah buat pengakuan pada abang dan keluarga saya.

Dulu, saya tidak berani berkata-kata tapi tidak sekarang.

Saya mahu bangkit untuk mempertahankan diri.

Tidak perlulah saya cerita semuanya. Aidil kena ingat, sejak kena halau dari rumahnya, sejak itulah bermula titik hitam dalam hidup kami.

Sikap mereka menjadikan saya lebih keras hati.

Minta dia tengok semula SMS atau dia tak pandai membaca?

Lagipun itu tanggungjawab dia (beri duit nafkah).

Aidil ada ucap terima kasih pada saya melahirkan zuriat dia dan tolong sara keluarga?

Tak pernah sekalipun. Sekarang pun dia tidak pernah ucapakan terima kasih dan bersimpati pada saya yang menjaga anak-anak seorang diri.

Dia pun tidak boleh nak uruskan anak jika saya tinggalkan mereka sekejap.

Tapi dia tiada hati perut, sejak keluar rumah, dia membebankan saya dengan kes mahkamah dan macam-macam hal. Soal skandal, tak perlulah cakap saya tuduh. saya bukan boleh pasang CCTV di mana-mana.

Semua ini adalah petunjuk. Allah SWT tidak akan menutup apa yang dilakukan terlalu lama. Sampai masa, Allah sendiri akan buka aib dia.

Aidil tentu tahu apa yang dilakukan. -BeritaHarian

Friday, August 23, 2013

Rita Rudaini Pernah Cuba Berbaik Namun Dihina Keluarga Mentua Kerana Status Janda

Rita Rudaini Pernah Cuba Berbaik Namun Dihina Keluarga Mentua Kerana Status Janda

“Saya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga sembilan bulan saja.


Sebaik keluarga Aidil tahu kami sudah berkahwin, bermulalah episod mencabar dalam bahtera yang dilayari,” begitulah luahan rasa pelakon Rita Rudaini bila ditebak mengenai keruntuhan rumahtangganya.

Mendedahkan kemelut yang melanda, Rita, 37, yang ditemui sewaktu menghadiri majlis Hari Raya kakitangan New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, semalam, berkata, orang ramai yang tidak tahu hujung pangkal kisahnya bebas untuk membuat sebarang kenyataan.

Dia juga tidak kisah jika dituduh sebagai bermulut jahat apabila meluahkan rasa hati yang hanya dipendam selama ini.

Rita dan keluarga mentuanya sebelum ini memang mempunyai masaalah dan hubungannya bersama Aidil mulai retak apabila satu demi satu isu melanda rumahtangga mereka.

Dalam pada itu, Rita Rudaini turut berkongsi pengalaman sedih dirinya yang pernah dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Menurut Rita,

Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. 

Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.

Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap.

Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami.

Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda

Aidil Zafuan akhirnya menceraikan Rita dengan talak satu menerusi sms pada bulan Ramadhan lalu dan ianya menimbulkan pertengkaran hingga melibatkan kembar Aidil iaitu Aidil Zakuan.

[Sumber]

Monday, August 19, 2013

Selama Ini Rita Berbohong - Aidil Zafuan

Selama Ini Rita Berbohong - Aidil Zafuan

Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak.


Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.

Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.

Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.

Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil

“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.

“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban

“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkanlah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.

Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu. -Malaysian Digest

Tuesday, August 06, 2013

Luahan Kesedihan Rita Rudaini Di Instagram

Luahan Kesedihan Rita Rudaini Di Instagram

Isteri mana yang tidak sedih apabila diceraikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi akan menyambut perayaan Aidilfitri.


Namun, pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi, Rita Rudaini tetap tabah menerima keputusan suaminya, Aidil Zafuan yang telah melafazkan cerai talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Ahad lalu.

Rita berkongsi luahan perasaan sedih mengenai penceraiannya dengan memuat naik status di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Antara kata-kata yang dimuat naik Rita di Instagram.

Desas desus mengatakan punca Aidil melafazkan cerai adalah kerana kenyataan Rita di dalam akhbar Berita Harian berkenaan hubungan sulit Aidil bersama seorang wanita.


Rita dan Aidil bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Semoga Rita sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan berat yang menimpanya itu.

-Sentiasapanas.com