Friday, November 07, 2014

Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu

Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu

Sebelum tertubuhnya negara Palestin, negara itu tidak mempunyai pemerintah daripada penduduk asal Palestin.

Sejarah Palestin

Mengikut rekod, sejak abad ke 19, pentadbiran Palestin dituntut oleh kuasa dari luar Palestin termasuk kerajaan Khalifah Othmaniah (Turki), British, Hijaz (kini Arab Saudi) dan terkini adalah pengganas Zionis.

Sebelum Perang Dunia Pertama berlaku, Palestin berada di bawah pentadbiran Khalifah Utmaniah. Inggeris memanggil kerajaan ini sebagai Ottoman Empire. Kerajaan Khalifah ini berpusat di Istanbul, Turki.

Mengikut kaedah pemerintahan yang diamalkan dalam sistem Khalifah, kawasan negara dibahagikan kepada beberapa daerah yang dikenali sebagai Mutasarrifiyyah atau 'Sancak' dalam bahasa Turki.

Jadi, daerah Palestin telah dipecahkan kepada tiga bahagian pertama dikenali sebagai Al-Quds Ash-Sharif (Baitul Maqdis atau Jurusalem), Akka (kini Israel) dan Nablus.

Setiap Mutasarrifiyyah mempunyai Mutasarrif (Gabenor) tersendiri. Gabenor ini dilantik oleh Sultan yang memerintah.

Gabenor terakhir bagi Al-Quds bernama Ahmet Izet Pasha, pemerintah Tentera Ketiga Khalifah Uthmaniyyah daripada keturunan Albania.

Apabila tentera Khalifah Uthmaniyyah dan Jerman yang mempertahankan Baitul Maqdis ditewaskan tentera British pada bulan Disember 1917, Ahmet Izzet telah menandatangani surat penyerahan Baitul Maqdis kepada British.

Antara isi kandungan perjanjian itu:

"Disebabkan kedahsyatan pengepungan bandar dan penderitaan yang ditanggung negeri aman ini akibat senjata berat anda; dan kerana bimbang bom-bom akan mengenai tempat-tempat suci, kami terpaksa menyerahkan kepada anda bandar ini melalui Hussein Bey Al-Husayni, Datuk Bandar Baitul Maqdis, sambil berharap bahawa anda akan melindungi Baitul Maqdis sebagaimana kami telah melindunginya selama lebih lima ratus tahun."

Melalui kuasa inilah, British dan Amerika memulakan bencana di Palestin dengan membenarkan Zionis menubuhkan negara Israel dengan niat untuk menghapuskan bangsa Arab. Dan niat penghapusan etnik Arab di Palestin terus berlaku sehingga hari ini.

Dengan sokongan senjata daripada Kerajaan Amerika, polisi putar belit British dan dasar tutup mata Bangsa-bangsa Bersatu, agenda Zionis terus membunuh orang yang tidak bersalah tanpa peri kemanusiaan.

BACA INI JUGA: 729, Barkod Produk Israel

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, July 16, 2014

Iron Dome Gagal Pintas Roket J80 Al-Qassam!

Iron Dome Gagal Pintas Roket J80 Al-Qassam!

Wartawan TV10 Zionis dilaporkan telah memohon maaf kepada penonton-penontonnya kerana Iron Dome mereka tidak mampu menghentikan roket-roket J80 Al Qassam.

Jaabari 80 (J80)

Isnin lalu pada jam 9 malam (waktu Gaza) 2 pagi (waktu Malaysia), Al-Qassam melancarkan roket terbaru mereka iaitu Jaabari 80 (J80) ke arah Israel.

Al-Qassam memberi amaran awal agar Tel Aviv bersedia dan mencabar Iron Dome milik Israel untuk mematahkan serangan mereka.

Roket-roket mula dilancarkan. Siren dibunyikan. Masjid-masjid bertakbir seperti takbir hari raya. Bunyi letupan berlaku di banyak tempat.

Israel panik dan huru-hara apabila Iron Dome mereka tidak dapat menghalang roket ciptaan terbaru milik Al-Qassam. 4 letupan kedengaran.

Iron Dome
Misil dilancarkan 'Iron Dome', sistem pertahanan misil jarak dekat.

Ada roket Iron Dome yang jatuh terkena mereka sendiri sehingga ada rumah yang hancur. Bunkers dipenuhi manusia sehingga sesak. Hospital menerima pesakit yang sangat ramai.

Malah ada pelancong Amerika yang begitu terkejut dengan bunyi siren lalu mati di tempat kejadian.

Zionis begitu terkejut dengan kekuatan roket terbaru milik Al-Qassam.

Tambah mereka, Al Qassam telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Arab sebelum ini.

Roket ‪Jaabari 80 bergerak secara berayun dan tidak tetap membuatkan Iron Dome tidak dapat menangkis.

Penganalisis tentera Israel untuk saluran Ibrani berkata roket Jaabari 80 Al Qassam dihasilkan dengan teknologi untuk mengelak dari Iron Dome.

Selain itu, wartawan TV2 Zionis melaporkan terdapat kemungkinan Hamas akan meneruskan serangan ini untuk tempoh 4 minggu.

J80 Al-Qassam
Roket yang dilancarkan dari sempadan Gaza menuju Israel.

Video serangan roket Jaabari 80 ke atas Tel Aviv




Tuesday, July 15, 2014

Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!

Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!

Perang di Gaza kini bukan sekadar bertumpu kepada serangan bersenjata di kawasan itu oleh tentera Yahudi tetapi dikembangkan juga sehingga ke dunia siber.

Malaysia Security Tester (MST)

Ratusan laman web milik Israel sudah berjaya digodam pasukan siber dari seluruh dunia (anonGhost) termasuk dari negara ini yang di ketuai oleh Malaysia Security Tester (MST).

Serangan dimulakan sejak 1 Julai lalu dan setakat ini lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh kerajaan haram Israel berjaya digodam.

Laman yang digodam akan diletakan hastag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin.

Sumber MST memberitahu, serangan mereka hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir co.il.

anonghost

Antara laman kerajaan Israel yang diserang ialah http://jobs.galil.gov.il/temp/ dan http://galilee.gov.il/temp/index.asp.

Tinjauan juga mendapati sebahagian laman web rasmi kerajaan Israel yang berjaya digodam telah ditutup sementara dipercayai oleh webmaster laman-laman berkenaan.

Sementara itu, jurucakap AnonGhost, Donnazmi pula berkata, serangan siber pihak mereka adalah bagi mendedahkan kepada dunia sikap dan keganasan Israel ke atas masyarakat Palestin.

“Tindakan melancarkan roket dari sektor Gaza ke Israel adalah sesuatu yang normal dan boleh diterima terhadap babi-babi berkenaan (Israel), ia dipanggil penentangan dan bukannya keganasan,” katanya.

Malaysia Security Tester (MST) [2]

Tambah kenyataan itu, Israel tidak pernah wujud dan yang ada hanyalah Palestin.

“Tunjukan kepada dunia berapa banyak darah yang ada di tangan Yahudi,” katanya.

Serangan siber ke atas Israel dipercayai akan diteruskan sehingga objektif untuk mendedahkan kezaliman negara haram Yahudi itu berjaya dicapai. –Mynewshub.my

Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

Bumi Gaza terus dibedil dan jumlah kematian di pihak Palestin terus meningkat. Begitu juga dengan mangsa yang cedera. Hospital sesak.

Gaza

Ubat-ubatan tidak mencukupi. Banyak rumah ranap. Masjid turut runtuh terkena bom. Penduduk di Genting Gaza dilanyak oleh rejim Zionis. Apakah kesudahannya?

Yahudi terus mengganas tanpa mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rejim Yahudi akan terus mencari kepuasan dengan alasan mahu menggempur pejuang Hamas tetapi yang menjadi mangsa adalah orang awam termasuk kanak-kanak.

Begitulah apabila sifat kebinatangan menguasai manusia. Siapa pun yang memimpin Israel, keadaannya sama.

Di tangan mereka `berlumuran darah' rakyat Palestin. Sebutlah siapa pemimpin itu. Benjamin Netanyahu, Ehud Olmert, Ehud Barak atau Ariel Sharon. Tiada bezanya.

Bukanlah sesuatu yang pelik apabila rakyat Palestin diserang, 'polis dunia' hanya mampu merayu dan melihat pembunuhan mereka yang tidak berdosa.

Mereka ini hanya bertindak pantas dan cuba campur tangan apabila sesama umat 'bergaduh' di negara yang dinaungi pemimpin Islam.

Lihat apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Mesir, Syria, Iran dan beberapa negara lain. Adakah mereka peduli nasib umat Islam yang nyawa mereka seolah-olah tidak berharga. Jika dilihat jumlah pelarian, sudah tentu paling ramai adalah dalam kalangan masyarakat Islam.

Kisah pembunuhan dan penindasan anggota keluarga kita yang beragama Islam ada di seluruh pelosok dunia. Selain Palestin, kita tahu nasib rakan-rakan umat Islam di Bosnia, Chechnya, Pattani, Myanmar, Tunisia, Kashmir, Lubnan, Uzbekistan dan China. Kenapa terjadi begitu?

Adakah jumlah umat Islam teramat sedikit sehingga tidak mampu lagi untuk membantu rakan-rakan seagama yang ditindas?

Kembali ke Palestin, sudah terlalu banyak cerita duka. Kematian menjadi rutin harian. Palestin tidak boleh lari daripada kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis. Saban hari akan ada kekejaman yang dilakukan tanpa ada rasa belas kasihan.

Apa yang melanda di Palestin bukanlah isu kemanusiaan semata-mata sebaliknya berkait dengan keimanan kepada Allah. Ini kerana perkara itu membabitkan maruah agama Allah SWT yang perlu dipertahankan semua pihak di seluruh dunia.

Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak tahan dengan penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh puak Zionis akan lari meninggalkan negara itu. Adalah lebih baik untuk mereka mencari negara lain yang menjanjikan suasana yang lebih baik.

Keadaan sebaliknya berlaku bagi penduduk Palestin. Bagi mereka, memang benar peribahasa, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri.

Bagi rakyat Palestin, bumi negara itu perlu dipertahankan walaupun sebahagian daripadanya sudah hilang.

Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin dan Pemimpin Tertinggi Hamas pernah berkata kepada pemimpin Malaysia bahawa, "Kami di sini lebih beruntung kerana diberi peluang oleh Allah untuk menikmati syahid mempertahankan bumi Baitulmaqdis bagi pihak kalian''.

Palestin

Bumi Palestin adalah tanah yang diwakafkan dan umat Islam seluruhnya mempunyai hak terhadap tanah itu yang melahirkan ramai nabi dan imam Shafie. Di bumi Palestin juga terletaknya kiblat pertama umat Islam.

Penduduk Palestin sering menyatakan rasa syukur kerana berpeluang tinggal di situ dan mempertahankan tanah milik umat Islam itu. Begitulah semangat yang ada pada rakyat Palestin.

Malangnya ketika ini, Israel sedang melakukan pengusiran secara halus apabila mengarahkan penduduk meninggalkan kediaman mereka untuk memberi ruang tentera melancarkan serangan.

Diselak kembali lembaran sejarah, kekejaman pemimpin Israel tidak pernah terhenti. Mungkin masih ramai yang ingat bagaimana kezaliman yang dilakukan oleh Ariel Sharon pada 16 September 1982.

Di kem Sabra dan Shatila yang menjadi khemah pelarian rakyat Palestin di Lubnan digempur oleh rejim Zionis. Ketika itu Sharon bertindak sebagai Menteri Pertahanan. Akibat tindakan ganas itu yang hanya berpunca mahu menghapuskan pejuang PLO, kira-kira 3,000 maut.

Sharon bebas malah 'kegemilangan' itu meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri. Apakah tindakan ke atas Sharon?

Sharon hanya 'dihukum' menderita strok sehingga hilang jawatan Perdana Menteri. Bayangkan jika pembunuhan seumpama itu dilakukan oleh pemimpin di negara Islam. Mereka akan dicari sehingga ke lubang cacing.

Sharon dengan angkuh pernah berkata: ''Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing Barat ke Jordan'' (New York Times 17 Mei 1982).

Itu impian Sharon yang diteruskan oleh Ehud Olmerd dan kini Benjamin Netanyahu. Bilakah akan berakhir penderitaan rakyat Palestin ini? Apakah masih ada harapan bagi mereka hidup merdeka di negara sendiri?

Masyarakat Islam dunia hanya mampu berdoa dan menunaikan solat hajat supaya penduduk Palestin diberikan kekuatan dan dilindungi.

Mereka bersama masyarakat pelbagai anutan agama yang lain juga hanya mampu mengutuk dan menganjurkan demonstrasi bantahan.

Mereka hanya mampu menangis mengenangkan bencana ciptaan manusia yang melanda kehidupan masyarakat Palestin.

Disebabkan tidak ada harapan lagi, ada yang mengharapkan agar peristiwa kemusnahan tentera bergajah yang mahu menghancurkan Kaabah berulang.

Ketika itu Allah mengirimkan sekumpulan burung yang menjatuhkan batu-batuan dari tanah yang terbakar ke atas tentera bergajah pimpinan Abrahah.

Maknanya dalam keadaan seperti di Gaza sekarang, hanya kuasa Tuhan yang dapat menghapuskan kekejaman dan keangkuhan Zionis itu.

Alangkah baiknya jika Ababil datang membantu. Malangnya tidak. Kenapa? Jika Ababil tidak dapat membantu, adakah umat Islam hanya sekadar melihat dan mendengar rintihan rakyat Palestin?

Bilakah agaknya pemimpin umat Islam yang ramai ini benar-benar bersatu menunjukkan kekuatan bagi menghadapi rejim Zionis ini?

OIC

Apa yang berlaku di Palestin adalah satu ujian amat besar kepada umat Islam khususnya pemimpin-pemimpin serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Tidak ada gunanya jumlah kita yang ramai tetapi lemah.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Seorang sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Adakah kita (umat Islam) hari ini sudah tergolong dalam kumpulan itu?

BACA INI JUGA: Kekejaman ISIS Dan Kezaliman Zionis

sumber: utusan

Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Bina Mall Terbesar Di Dunia!

Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Bina Mall Terbesar Di Dunia!

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya, apa kaitannya serangan Israel di Palestin dan hasrat kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hendak membina pusat membeli-belah terbesar di dunia?

Dubai ‘Mall Of The World’

Jawapannya mudah, bayangkan segala peruntukan berbilion dolar untuk membina Dubai ‘Mall Of The World’ itu disalurkan untuk kemudahan perubatan, pembangunan warga dan bumi Palestin atau kelengkapan untuk rakyatnya mempertahankan diri, sudah tentu Palestin tidak melarat dan diganyang sedemikian rupa oleh rejim zionis Laknatullah!

Berbalik kepada projek super-mega kerajaan UAE ini, ia dijangka merangkumi keluasan sebanyak 8 juta kaki persegi yang akan menyambungkan 100 buah hotel dan 20,000 buah bilik.

Gaza, Palestine

Suhunya akan sentiasa nyaman kerana dikawal bagi memenuhi keselesaaan para pelanggan dan peniaga di sepanjang tujuh kilometer kompleks perniagaan itu.

Taman tema terbesar di dunia khas untuk hiburan mereka yang berkeluarga juga akan dibina di tempat yang sama.

Di dalam Mall of The World juga akan dibina kawasan menyerupai Oxford Street London untuk membeli belah, kawasan hiburan menyerupai Broadway New York dan kawasan taman santai seperti di Barcelona.-Mynewshub.my

Dubai ‘Mall Of The World’ [2]
Dubai ‘Mall Of The World’ [3]
Dubai ‘Mall Of The World’ [4]

Monday, July 14, 2014

Video Penyampai Berita Amerika Kutuk Kekejaman Zionis Yahudi

Video Penyampai Berita Amerika Kutuk Kekejaman Zionis Yahudi

Jutaan penduduk dunia ketika ini membantah dan menentang kekejaman tentera rejim israel yang sudah berterusan membedil warganegara Palestin sejak minggu lepas sehingga korban mencecah angka 172 orang.

Malam Lailatul Qadar

Sudah pastinya, sebaik artikel ini ditulis angka kematian rakyat tidak berdosa di bumi Gaza terus bertambah.

Pengendali laman Facebook; Muslim Care Malaysia Society hari ini berkongsi sebuah video menunjukkan penyampai berita laman web www.rt.com di Amerika,

Abby Martin yang jelas menyuarakan kemarahannya kepada israel.

Abby dilihat berang dengan kenyataan yang dikeluarkan jurucakap White House di Washington DC, yang mahu pejuang Hamas menghentikan serangan roket berterusan ke Gaza.

Selain itu, beliau juga menyelar White House yang mahukan perdana menteri israel, Benjamin Netanyahu bertindak menghadapi serangan Hamas itu dengan bertanggungjawab.

Beliau turut menjelaskan kenyataan sebenar yang dialami penduduk Gaza apabila ratusan penduduk Gaza terbunuh ekoran serangan Zionis yang didakwa dilaksanakan untuk membendung serangan roket dari Gaza.

“Bertindak secara bertanggungjawab? Saya mesti berada di alam dongeng sekarang kerana bagi saya ia adalah hukuman terkumpul yang kepada seluruh penduduk Gaza, bertentangan dengan “bertindak secara bertanggungjawab,” kata Abby.

Abby berkata laporan yang dikeluarkan oleh media Amerika Syarikat tidak boleh diharapkan melaporkan kebenaran kerana mereka sebenarnya ‘bertugas’ sebagai jurutaip kerajaan pimpinan Presiden Barrack Obama.

Menurut beliau, pada peringkat awal serangan zionis laknat sudah pun membedil 200 sasaran di Gaza dengan lapan kanak-kanak terbunuh, apa yang boleh termampu dibalas oleh Hamas hanyalah menembak roket ke Israel bagi mempertahankan tanah air mereka.-Mynewshub.my


Wednesday, February 06, 2013

Rahsia Komando Al-Qassam Palestin Digeruni Yahudi

Rahsia Komando Al-Qassam Palestin Digeruni Yahudi

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam, sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Komando dari Al-Qassam

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu.

Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH:
  • Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
  • Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  • Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  • Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  • Berdisiplin dan mentaati amir.
  • Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011.

Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar.

Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan.

Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini.

Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com